20101220

KEADILAN Johor Bersedia Gempur DUN Tenang

Al Fatihah buat Allahyarham Sulaiman Taha. Moga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama roh-roh para ahli Jannah. Buat keluarga diucapkan salam takziah.

Sejenak pencatat membawa pembaca ke DUN N-5 Tenang. Sudah pasti UMNO-BN merasa selesa disitu kerana diberitakan ianya kubu kuat UMNO.

Jika ia benar, maka pencatat merasakan jentera KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu berganding bahu.

Rakan-rakan KEADILAN Johor sudah mula 'berbicara' dimana harus dilakukan gerak-gempur. Namun pencatat diberitahu, kami hanya menunggu isyarat daripada Pusat untuk 'memulakan langkah'.

Kepada individu yang bercita-cita ingin menjadi ketua AMK Johor, selepas pencatat. Inilah saatnya buktikan kepakaran dan susun atur pasukan. Insyallah cita-cita akan tercapai.

DUN N.5 - TENANG

TAHUN 2004

MD SAIM BIN SIRAN (PAS) - 2,138
SULAIMAN BIN TAHA (BN) - 7,655
MAJORITI MENANG - 5,517

TAHUN 2008

SULAIMAN BIN TAHA (BN) - 6,367
MD.SAIM BIN SIRAN (PAS) - 3,875
MAJORITI MENANG - 2,492

No comments:

Post a Comment