20101206

Konvensyen BN Memberi Harapan Kejayaan KEADILAN

Telah selesai kelmarin Konvensyen Barisan Nasional dengan dihadiri oleh parti komponen dan pertubuhan yang menyokong mereka.

Dari wakil parti-parti komponen meminta mereka semua bersatu. Dari presiden UMNO-BN pula minta juak mereka menyahkanKEADILAN dari bumi Malaysia.

Jelas sekarang mereka masih belum bersatu lagi. Semuanya terus berebut kontrak dan tender yang telah kepupusan. Perjuangan untuk rakyat hanya pura-pura.

Kita lihat Datuk Seri Najib Razak masih tidak boleh tidur lena dengan KEADILAN dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ucapan penutupnya semalam.

Saban hari mereka berkata KEADILAN parti kapal karam, parti celup-celup, parti keluar ramai-ramai dan macam-macam lagi gelaran. Pandangan pencatat, Najib pasti menyentuh 'mereka' yang berada lebih tinggi daripadanya.

Apa perlunya mengentam 'mereka' yang berada ditahap terendah.

Komen dan hentamlah PAS, DAP atau lainnya. Kenapa terus mengentam parti yang dikatakan tiada maruah dan harga diri.

Sebenarnya KEADILAN atau PKR lah parti terkuat di Malaysia. Buktinya setiap hari pelbagai tomahan, serangan dan penindasan politik dikenakan terhadap KEADILAN. Tetapi keahilan, Ranting dan Cabang semakin banyak dan ampuh.

Kini BN terpaksa mengadakan konvensyen hanya kerana untuk memusnahkan KEADILAN kerana ucapan Najib jelas memperlihatkan siapa KEADILAN sebenarnya.

UMNO-BN boleh 'beli', hasut dan ugut ahli dan pimpinan KEADILAN. Malang bagi UMNO-BN, kami semakin bersatu dan bersih.

Najib Razak mengajak haridin ketawakan Anwar Ibrahim dan KEADILAN dimajlis tersebut. Semua ketawa. Tetapi tentu dalam hatinya Najib masih menanggis. Jika pembaca tidak yakin, pembaca ada penilaiannya.

Kenapa KEADILAN terus dicerca oleh Najib, Muhyiddin dan semua juak UMNO-BN ?

Pencatat kurang arif jawapannya. Pembaca boleh bertanya makcik yang baru pulang dari pasar atau pakcik yang baru pulang dari kebun. Kenapa rakyat Malaysia makin yakin dengan KEADILAN dan benci UMNO-BN.

No comments:

Post a Comment