Sambutan Eidul Fitri masih dipersadanya. Kepada rakan muslimin-muslimat AMK dan amnya pendokong PKR juga Pakatan Rakyat, pencatat menyusun sepuluh jari agar kesilapan dan kecacatan budi-pekerti dimaaf-ampunkan.
Buat warga dan generasi peneroka FELDA, pencatat berharap begitu juga. Usah dikenang penipuan FELDA. Sudah menjadi lumrah penipuan menjadi darah-daging.
Ramadhan yang lepas FELDA mengumumkan Hadiah Raya lingkungan RM300.00. Dan FELCRA menganugerahkan Habuan Raya sekurang-kurangnya RM 1,900.00. Ia dicatat lebih 6 kali ganda.
Sawit yang sama, gred yang sama dan keuntungan per Tan yang sama. Malangnya agihan keuntungan pula berbeza. Ini berlaku kerana menjadi lumrah FELDA dengan budaya RM 300.00 hampir setiap tahun.
Beberapa bulan lepas FELDA mengumumkan mencatatkan keuntungan lebih RM1 Billion. Diagihkan sekitar RM37 juta iaitu hanya sekitar 3% dari keuntungan bersih FELDA. perlu dingat organisasi FELDA adalah hasil caruman wang peneroka.
Adakah adil pelabur hanya mendapat 3% keuntungan dan dimana pergi baki keuntungan itu setiap tahun. Pembaca boleh bayangkan jika 30 tahun melakukan pekara ini.
Adilkah kami (ANAK) digelar penderhaka dan perosak pemikiran peneroka ?
Ia tidak termasuk penipuan gred minyak sawit, isi rong yang lesap, buah muda yang dimunipulasi, pengurusan sebutharga / tender yang tidak telus dan pembiayaan hutang kepada anak syarikat FELDA dan individu/firma lain yang tidak diumumkan dengan telus.
Pencatat berharap peneroka serta generasi berganding bahu memusnahkan penipuan ini dari berterusan. Sayang anak rotan-rotankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan dan sayangkan FELDA, tukar Kerajaan.

http://generationcyber.blogspot.com/2010/09/ulasan-artikel-sayangkan-felda-tukar.html
ReplyDeleteBukankah pentadbir Felda merupakan petugas kerajaan dengan rata-rata telah berpuluh tahun berkhidmat untuk menjaga kebajikan peneroka?Bukan politician.Buat apa tukar kerajaan?ANAK yang mendapat tempias anugerah visi kerajaan terdahulu kini ingin jadi juara kebajikan peneroka?Saya cabar ANAK secara jujur berkerjasama dengan pentadbir FELDA,tapi macam saudara sendiri beragenda politik.
ReplyDeleteJumlah pelaburan peneroka setakat perusahaan ladang sahaja dengan tanah, rumah dan segala macam peruntukan diberikan semata kerana lahir dari perut isteri peneroka.Ayah2 kita datang Felda bawak telur sahaja, ayah saya Darjah 6 aja pun.Saya masuk universiti pun lama nak dapat guaranteed income, tanah dan rumah serta peruntukan lain.Rasa nak masuk peneroka,dah tak buka.
Percayalah ANAK, beribu lagi rakyat luar sana sanggup 'dizalimi' Felda, tanya org kampung sebelah hatta org UMNO pun cemburu.Apa kata jika tak puashati dengan FELDA, kamu dengan keluarga kamu tinggalkan FELDA,beribu lagi anak Melayu dan kaum bumiputera lain hatta orang asli pun nak ganti tempat ayah dan tempat kamu.
Hasil hiliran dan lain-lain keuntungan FELDA jauh sangat lebih banyak daripada hasil peneroka,kamu tak malu putar belit fakta?Saya sedar fakta tersebut dan berterima kasih kerana jika nak betul2 adil apa yang peneroka patut dapat,rancangan Felda dan pembangunan peneroka dan belia takkan dapat seperti hari ini.
Tolong malu dengan Allah En.Zabidi, usiklah politician mana kamu nak usik,tapi saya rayu jangan diusik benteng orang miskin dan melayu ini.