20100914

Delima Ketua Umum Atau Presiden ?

Terima kasih kepada Ahli PKR Cabang Kulai kerana memberi kepercayaan kepada pencatat untuk meneraju Cabang Kulai. Sudah tentu satu amanah yang amat berat untuk digalas.

Kehangatan pertandingan pemilihan Cabang dan Kepimpinan Pusat kian hangat diperkatakan. semangat demokrasi berbeza khususnya di Johor. Pemilihan lepas agak lesu, kini agak rancak.

Mengenai pemilihan pimpinan peringkat pusat, pencatat ingin menarik perhatian tentang status Presiden dan Ketua Umum. Dimanakah yang perlu dikecapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ?.

Sebelum ini ada bicara dari Selangor dengan berkata biarlah DSAI dipersada Ketua Umum. Pencatat merasakan ada perlunya DSAI mengekalkan status itu. Agar Azmin Ali tidak perlu bertanding dengan Datuk Zaid Ibrahim untuk status no.2 .

Tetapi dari sudut lain dilihat DSAI perlu bertanding kerana PKR adalah parti demokrasi. Pengamal demokrasi perlu berani dimana jua gelanggang.

Jika bertanding pula, terdapat seorang Calon Ketua AMK Pusat telah 'mengajak dengan serius' mereka yang telah lompat parti ( golongan reformasi - kecewa ) untuk mengundi.

Kini ada pihak telah memukul gendang untuk mereka 'mamper' untuk mengundi. Tidak mustahil 'undi protes' berlaku jika terus dipalu berterusan.

Apa juga keputusan DSAI mengenai jawatan yang dipilih kelak, pencatat sebagai ahli demokrasi menerimanya dengan keterbukaan.

Pencatat menyeru kepada individu yang berkempen untuk apa juga jawatan perlu berwaspada dengan apa juga isu yang dimainkan. Jika anda 'ahli ISA atau lokap', boleh sahaja gunakan simbul 'Reformasi'.

Namun kini telah diganti 'Harapan Baru'
. Adakah perlu slogan Reformasi lagi ?

No comments:

Post a Comment