20100930

Sembang Menjelang Hari Pemilihan

Pertemuan dengan wartawan RTM semalam mengimbau bicara lepas. Ramai rakan-rakan terperangkap apabila ketemu media pro UMNO. Tidak pasti dikeluarkan dikaca tv atau tidak.

Persoalan meraka seperti didalam jangkauan. Isu-isu pemilihan dan pencalonan pimpinan pusat. Disebut juga kesetian ahli terhadap PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertanyaan lain banyak berkisar tentang beberapa pemimpin PKR yang kalah dalam pemilihan Cabang dan beberapa insiden bantahan. Sepatutnya mereka bertanya Setiausaha negeri. Kurang manis pencatat diajukan sedemikian.

Menjelang pemilihan cabang 02 dan 03 Oktober ini, pencatat melahirkan rasa keyakinan baki Cabang di Johor dapat melaksanakan dengan bijaksana.

Mungkin ada rakan-rakan tersinggung denga pesanan ringkas ( sms ) dan bicara facebook. Jika difikir dari sudut rakan sepejuangan, tentunya kurang manis didengar.

Jika dilihat dari sudut pertandingan, tidak dinafikan 'bentisan' dan 'terjahan' mungkin berlaku.

Ada juga diberitakan telah bersiap sedia dengan surat bantahan jika percaturan mereka tewas. Masalah teknikal pusat dijadikan senjata ampuh seperti notis lambat diedarkan, senarai keahlian tidak dibekalkan dan sebagainya.

Ia memperlihatkan ahli PKR sudah cekap dalam pilihanraya. Pencatat menyeru kepada ahli AMK Johor, jika kalah terima kenyataan dan jika menang teruskan kerjasama pasukan.

20100929

Penipu : Peneroka Menang Lagi Kes Saman Felda

http://www.malaysiakini.com/news/143905

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Pencatat :

Adat penipu tetap menjahamkan bangsa sendiri.

20100928

Pertembungan Mesra Perwira AMK

Tanggal 03 Oktober 2010 adalah hari terakhir pemilihan pimpinan Cabang dan pencalonan pimpinan pusat. Walau tersebar mengatakan beberapa Cabang terdapat bantahan. Pencatat yakin masalah ini bakal diatasi dengan bijaksana.

Pencalonan AMK Pusat tidak kurang hebatnya. Shamsul Iskandar Mohd Akin kini mendahulu pencalonan walaupun ada ura-ura beliau bertanding Naib Presiden. Tidak dinafikan juga khabar angin beliau bakal dilantik Ketua Penerangan.

Namun apa juga tanggapan, Shamsul Iskandar yang mesra dipanggil Sam bergitu ampuh dari segi pencalonan dan sokongan akar umbi. Boleh dikatakan disetiap cabang nama beliau dicatat untuk pencalonan.

Ramai ahli AMK beranggapan Sam bakal mempertahankan Ketua AMK. Apa yang menarik, beliau mendapat pencalonan tertinggi jika dihitung dari semua pencalonan. Sam calon paling popular setakat ini.

Rafizi Ramli, calon dokongan 'Inspirasi Selangor' berkeyakinan mampu menandingi calon-calon lain. Alasan beliau bagi merebut Ketua AMK agak mudah dan mantap, " 4 juta belia perlu nafas Harapan Baru".

Chegu Bard panggilan mesra dan gagah diantara anak muda diseluruh negara. Tirai Besi bukan lagi ugutan yang yang merendahkan motivasinya. Pemerhati berkata, jika Sam berundur dari pertandingan Ketua AMK, jawatan itu bukan impian lagi.

Hasmi Hashim, hadir kali ke-2 dengan pendekatan terbaru. "Budayawan perlu dinobat dan Perdana Menteri usah gentar diundi terus dari rakyat". Sautu cetusan kepada pemikiran lebih dewasa dan berani. Anak jati jawa Parit Solung, mengelarkan diri 'calon underdog'.

Johor tidak lesu dari persada AMK. YB Amirruddin Shaari dan Khairul Annuar ( Jonnah ) kedua-duanya dari Pontian dan Layang-Layang. Amiruddin pernah menjawat Ketua AMK Johor selama 2 tahun.

Manakala Jonnah pernah ditahan ISA dan bertanding di Parlimen Pekan menentang DS Najib Tun Razak. Mereka berdua diketahui umum bertanding Timbalan Ketua AMK Pusat.

Dalam semua catatan pencatat ini, pencatat ingin merumuskan satu pekara. Siapa sahaja Ketua dan Timbalan AMK, musuh kita adalah siapa yang menzalimi bangsa sendiri. Mungkin juga UMNO, mungkin juga FELDA, mungkin juga MCA, mungkin juga MIC.

Yang pasti mereka yang tersebut diatas adalah pendokong Reformasi dan Harapan Baru. Terima mereka ini sebagai pewira bangsa abad ini.

Pembaca dan pengundi lebih pintar dari pencatat. Mengundilah dengan semangat demokrasi.. Ayuh kita ke Pilihanraya Kecil DUN Galas dan rempuh kezaliman.

20100926

Bersama Gapai 'Nusajaya Gemilang'

Beberapa cabang di Johor telah menyelesaikan pemilihan dan mesyuarat. Tahniah kepada pemenang. Walau tersebar mengenai cabang Parit Sulong.

Pencatat berharap tiada tanggapan nagitif dari pembaca. Ia hanya masalah taknikal yang pasti dapat diselesaikan secara ukhuwah.

Tahniah juga kepada beberapa pemimpinan Johor yang dicalonkan untuk calon tertinggi parti. Perubahan drastik kearah 'Gemilang Nusajaya'.

Terima kasih tidak terhingga daripada pencatat diatas pencalonan keatas pencatat dari beberapa negeri untuk Majlis Pimpinan Pusat.

Rasa terharu dan teruja ini menjadikan iltizam pencatat lebih membara untuk "Menuju Nusajaya".

Terima kasih tidak terhingga buat Dato' Chua Jui Meng, Pak Ngah dan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang sering mengerakkan pencatat dalam perjuangan MEMERTABATKAN RAKYAT.

Kunjungan pencatat ke Felda Semencu beberapa hari lepas memperlihatkan juga kekecewaan peneroka akan penindasan FELDA. Siri jelajah FELDA tidak membataskan pencatat dalam musim Eidul Fitri dan pemilihan.

Terdapat pemintaan daripada beberapa tanah rancangan agar saman dijalankan dengan segera terhadap FELDA. Ia memerlihatkan peneroka sudah tidak tahan penipuan FELDA.

Pak Ngah : Pasukan Nadi Pengerak PKR Johor

SAIMAN BIN MARJUKI, atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah bukan asing bagi PKR Johor dan Pakatan Rakyat Johor. Beliau pendokong parti sejak 1998 lagi.

Nama Pak Ngah mula terserlah sejak memegang jawatan ketua cabang Sembrong dan Setiausaha PKR Johor dua tahun lepas.

Seorang yang tegas dan displin dalam setiap agenda gerak kerja menyebabkan Pak ngah adakala kurang disenangi oleh segelintir 'lalang' dan menjadi titik tolak kejayaan gerakkerja PKR Johor.

Daripada hanya lebih kurang 10 cabang sahaja yang bergerak aktif di Johor. Sejak Pak Ngah menjawat setiausaha negeri kini hampir 26 cabang bergerak aktif. Begitu juga dengan AMK Johor.

Terdapat juga omong-omongan beliau anti cina, perkataan lain beliau tidak bersetuju dengan perlantikkan Dato' Chua Jui Meng sebagai pengerusi PKR Johor. Bukti dengan puluhan program dijayakan bersama Chua Jui Meng menafikan tanggapan itu.

Malah setiap kali program negeri beliau kelihatan bersama ( kecuali terdapat pertembungan aktiviti ) menafikan tanggapan itu.

Pencatat teruja dengan pencalonan beliau untuk Naib Presiden. Sesautu diluar jangkaan. Ia memperlihatkan Johor berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan calon-calon lain di peringkat pusat.

Kepada Pak Ngah, pencatat mengucapkan setinggi penghargaan atas bantuan memantapkan AMK Johor dan Cabang Kulai. Moga Pak Ngah terus menyumbang bakti demi memastikan Pakatan Rakyat mencapai matlamat " Menuju Nusajaya & Putrajaya".

Terima kasih Pak Ngah.

20100925

Sayang Anak Rotan - Rotankan, Sayang Bini Tinggal - Tinggalkan

Beberapa cabang di Johor akan melakukan pemilihan esok dan terakhir 03 Oktober 2010. Tahniah kepada pemenang yang juara tanpa bertanding.

Kepada yang terpaksa bersaing, pencatat berharap tiada sengketa berlaku. Terdengar juga dibeberapa Cabang perbalahan agak panas. Adat pertandingan memang begitu. Pencatat berharap selepas pemilihan ianya tidak berterusan.

Pencatat agak terharu tentang rakan-rakan pejuang yang mengundurkan diri dari pemilihan ini. Ramai antara kita sibuk ingin menjadi juara tetapi rakan-rakan dilupai tanpa bertanya khabar. Di Pasir Gudang, Johor Bahru dan lainnya khabarnya ramai telah menyepikan diri.

Ramai juga suami-isteri yang terbabit dalam pemilihan mula mengeluh bila 'dapur' mula dilupakkan dan anak-anak tidak diambil kisah.

Si-isteri terpaksa mengunakan duit raya anak untuk membeli lauk, suami terpaksa mengoreng telur untuk menyuap anak-anak. Pencatat berharap pekara begini tidak berterusan. Ambil iktibar kepada mereka tersungkur dialam rumahtangga.

Pemilihan akan berterusan untuk pusat selepas 03 Oktober 2010, pencatat juga berharap gerak kerja berpasukan dieratkan kerana ahli PKR diseluruh negara melebih 300,000.

Jika tiada berkeyakinan untuk menang elok berundur daripada dicalonkan. Apa gunanya bertanding jika hanya mendapat 20 undi dan tersenarai calon ke 230 kelak.

Sepekara yang ingin pencatat bicangkan. Jika anda didatangi oleh calon yang membawa wang untuk undi. Rakan-rakan berhak untuk menegurnya agar tidak melakukan pekara itu.

20100924

SENARAI CALON DARIPADA PKR JOHOR

A) NAIB PRESIDEN -
a) DATUK SRI CHUA JUI MENG
b) SAIMAN BIN MARJUKI (PAK NGAH)

B) Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
1 SAIMAN BIN MARJUKI J140000133 CABANG SEMBRONG
2 AHMAD FAIDHI BIN SAIDI CABANG SIMPANG RENGGAM
3 MOHD ANNUAR BIN MOHD SALLEH KETUA CABANG PENAJA MERSING
4 ZABIDIE BIN ABAS J240000240 KETUA CABANG KULAIJAYA
5 ABDUL MANAN BIN OTHMAN J230000004 KETUA CABANG GELANG PATAH
6 MOHD ZAID BIN MOHD YUSOF J090000160 KETUA CABANG PENAJA AIR HITAM
7 SAADON BIN ABDULLAH JO40000128 KETUA CABANG PENAJA PAGOH
8 GURMIT SINGH HULLON J040000013 KETUA CABANG SEGAMAT
9 SYED HAMID ALI KETUA CABANG BATU PAHAT
10 YOUNG THAU KETUA CABANG PENAJA SEKIJANG
11 HASSAN KARIM KETUA CABANG PENAJA TANJUNG PIAI
12 MARK MATHEW TIMBALAN KETUA CABANG KLUANG

FELDA : Peneroka Sedia Berunding.....

Setelah peneroka di Kelantan memenangi kes penipuan FELDA. Kini peneroka di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang bangkit mempertahankan hak mereka.

Janji-janji Menteri FELDA di Pilihaanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor ternyata hanya palsu. Walaubagaimanapun pencatat merasakan menteri itu tanpa segan-silu akan berbohong lagi.

Merujuk beberapa kes saman, pencatat yakin FELDA tiada fakta konkrit untuk menafikannya. Tidak mustahil menteri itu akan mengunakan pelbagai muslihat untuk menerangkan apa yang berlaku diperakaunan FELDA.

Tanpa fakta dan angka, menteri dan warga pentadbiran FELDA hanya berkata kami melampaui batas dan hanya membuat onak.

Persatuan belia wilayah anjuran FELDA yang saban tahun disogok puluh ribu ringgit dengan lantang menentang ANAK dan Biro tajaan PKR dengan pelbagai tomahan. Itu sahaja senjata BN-UMNO mempertahan diri dari tuntutan peneroka.

Pencatat bersama ANAK dan Biro Peneroka Peneroka Felda PKR akan terus menuntuk hak yang terabai dan diselewengkan sejak puluhan tahun. Adakah salah FELDA memulangkan hak peneroka dirompak.

Pencatat berharap FELDA hentikan penipuan dan pulangkan hak peneroka. Kami sedia berunding cara pembayaran semula.

20100923

Gejala Mr X dan Mr Y....

Beberapa panggilan telefon masih berkisar hal pemilihan. Pencatat juga menerima teguran demi teguran dari kelompok Mr X.

Ada juga yang termengaku dirinya terpalit. Jika seorang insan mengaku dirinya Mr X. Lantas menberi pesanan kepada rakan pencatat. Pencatat merasakan Mr X perlu muhasabah diri.

Jika Mr X merasakan diri jerih, ampun dan berketermpilan. Rasanya tida perlu lagi membuat kenyataan media mengecam Mr Y lagi.

Apa bezanya kita berada parti yang mengamalkan prinsip demokrsi tersohor jika asik mencemuh sesama sendiri.

Kalau begitu gamaknya, rakan berkata pencatat ini kelompok Mr Y. Hotel tersedia, wang pun tida terkira...

Pencatat ingin mengulangi kata-kata saban hari. Islam adalah Agama mengamalkan keadilan sejati. Yang bathil tetap ditentang, yang lebih jernih menjadi pilihan.

20100922

Wabak Mr X Kini Melanda Johor...

Tentunya rakan-rakan sama seperti pencatat. Acapkali menerima deringan telefon tentang desupan pimpinan ingin ketemu dengan pelbagai hajat.

Ahhh... perasaan benci membaluti benak kepala. Sepanjang dua penggal menjadi Timbalan Ketua AMK dan sepenggal menjadi Ketua AMK, musim pemilihan paling memualkan.

Terdapat 'Mr X' boleh dikatakan sudah ratusan sms, email dan panggilan telefon minta jasa baik bantu PKR Johor. Haram.. satu jawapan pun tidak perolehi.

Jangan kata perkataan " Maaf, saya akan hubungi saudara kemudian" atau "Maaf, saya sibuk urusan DUN, MP & PKN..." Satu sms,email atau call selama 6 tahun tidak pernah berbalas. ( Ahh pencatat ni pendendam rupa-rupanya )

Kini terhegeh-hegeh meminta undi dan pencalonan. Agak malang terdapat bekas pimpinan AMK Johor bersetongkol dengan Mr X ini. Pencatat rasa, tentu sipulan ini perolehi habuan lumayan.

Pencatat berharap YB-YB dari tengah tanahair dan anak seorang YB tesohor yang juga berstatus YB di Dewan Rakyat usah bermuka-muka mencerca pesaingan Mr X. Kelak anda juga menjadi bahan kemualan kami di Johor.

Pencatat berharap YB Nik xxxx jangan keterlaluan mencerca pesaing Mr X ini dimedia .Pencatat bimbang YB juga dipandang rendah/dingin oleh kami.

Walaubagaimanapun pencatat menghargai usaha Mr X untuk mencari pencalonan dan undi kelak. Namun usah mencela pesaing YB. Dahulu pabila diumumkan sipulan ini menyertai PR Mr X lah terkinja-kinja bersorak menyambutnya.

Kini dikatakan hampir diseluruh tanahair dan dimedia kumpulan Mr X mencerca pesaingannya. Pencatat rasa dukacita peristiwa tersebut.

Kepada rakan-rakan PKR Johor dan semua diharap catatan ini tidak mempengaruhi pembaca. Sentimen ini sekadar merasakan kekesalan peribadi.

20100921

SELAMAT DATANG KE JOHOR DARUL TA'ZIM

Lidah 'suara rakyat' (Malaysiakini) sehari-dua ini menghadapi masalah gangguan oleh manusia yang tida bertanggungjawab. Hakikat kepada manusia sejak zaman Nabi Adam A.S . Hasad dengki.

Tentunya rakan-rakan pembaca menanti dengan debaran siapakah yang dicalonkan sebagai peneraju PKR selepas ini. Adakah 'A' dipilih atau 'B' tersingkir.

Sehingga detik catatan ini ditaip, Ketua AMK, Srd. Shamsul Iskandar Mohd Akin memecah rekod AMK dan politik tanahair apabila mendapat percalonan tertinggi pencalonan meneraju golongan anak muda dan Naib Presiden.

Malah beliau menerima pencalonan Majlis Pimpinan Pusat dan ada ura-ura beliau akan membuat kejutan dalam pecalonan. Ianya akan diketahui selepas hari terakhir pencalonan pada 3hb Oktober 2010.

Pencatat mendengar rakan-rakan dari Sabah, Pahang atau Johor seakan bakal mencalonkan beliau pada tampuk yang diimpikan oleh setiap politikus.

Agak mengecewakan bagi rakan pimpinan pusat mula bermuka-muka mencari undi ketika ini. Sedangkan sebelum ini ingin mendapat bantuan gerak-kerja dan pandangan nasihat tidakdi layanani langsung.

Ada suara-suara sumbang menasihatkan Johor memberi pecahan undi kepada YB Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim. Pencatat enggan mengulasnya kerana sebelum ini mereka memang susah untuk dihubungi. Mungkin dibelenggu urusan yang bertali arus.

Pencatat mengucapkan kepada regu Azmin dan sesiapa sahaja, SELAMAT DATANG KE JOHOR DARUL TA'ZIM. Kedatangan tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan. Mudah-mudah bukan sekadar memancing undi. Berterusanlah mampir ke Johor.

Tanpa kami siapa tuan, tanpa tuan siapalah kami. Terima kasih atas kesudian menelefon pencatat dan rakan-rakan.

20100919

Tahniah Anak Jati Johor : Hasim Hasim






Kepada yang Bercuti, Selamat Kembali....

Bahang Pemilihan Cabang masih menjadi agenda dibeberapa negeri dewasa ini.

Mungkin juga kerana UMNO-BN lali bertelagah dengan PERKASA menjadi punca rakan-rakan menyibukkan diri dengan isu-isu dan individu Pemilihan 2010.

Isu Tan Sri Hashim Ali disingkirkan oleh JCorp juga kebimbangan dikalangan pemerhati ekonomi Johor Darul Ta'zim. Kononnya 'istana' terbabit dalam penyingkiran tersebut.

Isu beberapa politikus cuba merampas kerusi Menteri Besar daripada Datuk Seri A Ghani Othman juga tidak memanaskan cuping teliga rakan-rakan di PKR Johor.

PERKASA yang secara tidak langsung menentang tranfomasi 1Malaysia daripada Islam Hadhari yang dijaja oleh Utusan Malaysia nampaknya menguatkan lagi perbalahan Najib-Mahathir. Ianya hanya gimik mencari popualariti.

Lebih mengambil perhatian dalam PKR Johor mengenai isu kelayakkan Bekas ketua Cabang Johor Bahru yang dibelenggu masalah perniagaan dan Pemilihan Ketua Cabang Gelang Patah yang dikatakan Mantan ketuanya menyusun strategi khusus.

Gelang Patah menjadi buah-mulut dikalangan rakan-rakan melayu PKR setelah dikatakan Dr. Zaleha hadir dihari penamaan calon dan dikatakan telah mengadakan beberapa siri perjumpan bagi menyusun-atur tampuk Ketua Cabang, Timbalan, Naib Ketua dan Ketua AMK Gelang Patah.

Pencatat lihat daripada bicara PERKASA hingga isu pemilihan adalah asam-garam politik dewasa ini. Pencatat mengucapkan selamat kembali kepada Dr. Zaleha ke persada politik setelah bercuti panjang selepas sakit.

Pencatat berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng menyambut kembali Dr Zaleha dengan memberi tugas yang agak selesa melalui pengalaman dan jasanya kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Kepada rakan-rakan yang terbabit dengan perebutan jawatan, pencatat mengingatkan bahawa setiap pertandingan pasti ada yang menang dan kalah.

Yang menang perlu gapai yang kalah, yang kalah perlu menyokong yang menang. Itulah istilah demokrasi yang diimpikan semua.

20100917

Senarai Pencalonan Sementara PKR Johor 2010

Pembaca boleh memperolehi maklumat Senarai Percalonan Sementara khusunya di Johor bagi Cabang dan AMK pada sisipan Pautan Akbar & Blog. Pada sebelah kiri laman ini.

Harap Maklum.

Sepakat Dalam Demokrasi Pemilihan

Semakin rancak 'Open House Raya' senada juga dengan isu-isu pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat. Amnya beberapa Cabang di Johor kelihatan agak meriah.

Terdapat juga beberapa isu lama digembar-gemburkan semula. Isu yang menjadi tarikan pada 'Zaman Reformasi'. Facebook dan Blog mula meraih undi.

Oleh kerana laman Facebook tidak dilarang untuk berkempen, maka meraih undi cara ekonomik kini menjadi bicara menarik.

Pencatat merasakan media pro UMNO menunggu peluang melaga-lagakan antara calon kelak. Dalam masa UMNO memperkecil-kecilkan PERKASA, mereka menunggu peluang mencoret arang untuk pemilihan antara ahli untuk Cabang dan organisasi PKR Pusat.

Kelihatan banyak calon-calon baru mula 'mengambil tempat' dan menawarkan kewibaan diri. Ia sautu pertembungan sihat kearah Harapan Baru.

Ada berpendapat ia adalah budaya cantas-mencantas. Ia pendapat yang boleh didengar, pada hakikatnya pemimpin akan beralih-kerusi apabila undi ahli menjadi penentu.

Pencatat melahirkan rasa ghairah dengan perkembangan ini dan melihat unsur-unsur positif kian berkembang. Rapatkan saff dan gapai segala keringat untuk musnahkan kezaliman.

20100915

Sayangkan FELDA , Tukar Kerajaan

Sambutan Eidul Fitri masih dipersadanya. Kepada rakan muslimin-muslimat AMK dan amnya pendokong PKR juga Pakatan Rakyat, pencatat menyusun sepuluh jari agar kesilapan dan kecacatan budi-pekerti dimaaf-ampunkan.

Buat warga dan generasi peneroka FELDA, pencatat berharap begitu juga. Usah dikenang penipuan FELDA. Sudah menjadi lumrah penipuan menjadi darah-daging.

Ramadhan yang lepas FELDA mengumumkan Hadiah Raya lingkungan RM300.00. Dan FELCRA menganugerahkan Habuan Raya sekurang-kurangnya RM 1,900.00. Ia dicatat lebih 6 kali ganda.

Sawit yang sama, gred yang sama dan keuntungan per Tan yang sama. Malangnya agihan keuntungan pula berbeza. Ini berlaku kerana menjadi lumrah FELDA dengan budaya RM 300.00 hampir setiap tahun.

Beberapa bulan lepas FELDA mengumumkan mencatatkan keuntungan lebih RM1 Billion. Diagihkan sekitar RM37 juta iaitu hanya sekitar 3% dari keuntungan bersih FELDA. perlu dingat organisasi FELDA adalah hasil caruman wang peneroka.

Adakah adil pelabur hanya mendapat 3% keuntungan dan dimana pergi baki keuntungan itu setiap tahun. Pembaca boleh bayangkan jika 30 tahun melakukan pekara ini.

Adilkah kami (ANAK) digelar penderhaka dan perosak pemikiran peneroka ?

Ia tidak termasuk penipuan gred minyak sawit, isi rong yang lesap, buah muda yang dimunipulasi, pengurusan sebutharga / tender yang tidak telus dan pembiayaan hutang kepada anak syarikat FELDA dan individu/firma lain yang tidak diumumkan dengan telus.

Pencatat berharap peneroka serta generasi berganding bahu memusnahkan penipuan ini dari berterusan. Sayang anak rotan-rotankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan dan sayangkan FELDA, tukar Kerajaan.

20100914

Delima Ketua Umum Atau Presiden ?

Terima kasih kepada Ahli PKR Cabang Kulai kerana memberi kepercayaan kepada pencatat untuk meneraju Cabang Kulai. Sudah tentu satu amanah yang amat berat untuk digalas.

Kehangatan pertandingan pemilihan Cabang dan Kepimpinan Pusat kian hangat diperkatakan. semangat demokrasi berbeza khususnya di Johor. Pemilihan lepas agak lesu, kini agak rancak.

Mengenai pemilihan pimpinan peringkat pusat, pencatat ingin menarik perhatian tentang status Presiden dan Ketua Umum. Dimanakah yang perlu dikecapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ?.

Sebelum ini ada bicara dari Selangor dengan berkata biarlah DSAI dipersada Ketua Umum. Pencatat merasakan ada perlunya DSAI mengekalkan status itu. Agar Azmin Ali tidak perlu bertanding dengan Datuk Zaid Ibrahim untuk status no.2 .

Tetapi dari sudut lain dilihat DSAI perlu bertanding kerana PKR adalah parti demokrasi. Pengamal demokrasi perlu berani dimana jua gelanggang.

Jika bertanding pula, terdapat seorang Calon Ketua AMK Pusat telah 'mengajak dengan serius' mereka yang telah lompat parti ( golongan reformasi - kecewa ) untuk mengundi.

Kini ada pihak telah memukul gendang untuk mereka 'mamper' untuk mengundi. Tidak mustahil 'undi protes' berlaku jika terus dipalu berterusan.

Apa juga keputusan DSAI mengenai jawatan yang dipilih kelak, pencatat sebagai ahli demokrasi menerimanya dengan keterbukaan.

Pencatat menyeru kepada individu yang berkempen untuk apa juga jawatan perlu berwaspada dengan apa juga isu yang dimainkan. Jika anda 'ahli ISA atau lokap', boleh sahaja gunakan simbul 'Reformasi'.

Namun kini telah diganti 'Harapan Baru'
. Adakah perlu slogan Reformasi lagi ?

20100910

Mamat Exist - Ku Pohon Restu Ayah Bonda (FULL SONG + LYRICS)






Selamat jalan duhai Ramadhan, bulan Allah dan para kekasih-Nya
Perpisahan denganmu
Sedih hati berpisah denganmu
Rindu hati atas kepergianmu
Kami ucapakan padanya salam bagimu wahai bulan Allah yang agung! Wahai hari raya para kekasih-Nya!

Saya Zabidie Abas & AMK Negeri Johor Mengucapkan:
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1431 H.

Mohon maaf lahir & batin

20100904

MENAWARKAN DIRI CALON MAJLIS PIMPINAN PUSAT

Sejak pembentukkan semula organisasi Parti Keadilan Nasional (PKN) pada tahun 1998 , dengan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan penuh keyakinan saya menyertai perjungan PKN membela bangsa yang saban hari kian dirundung malang.


Setelah Biro Politik menentukkan PKN dirobah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jiwa juang saya kekal bersama gerombolan pejuang bangsa. Nafsu perjungan ini menyuntik semangat saya untuk menawarkan diri sebagai Calon MAJLIS PIMPINAN PUSAT (MPP).


Selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) Johor, Setiausaha Kehormat ANAK*, Setiausaha Cabang Kulai, Ketua AMK Kulai, Bendahari Majlis Belia Felda Wilayah Selatan dan beberapa lagi jawatan tempatan lain.


Saya merasakan tiada sebab mengapa saya tidak meneruskan langkah untuk meningkat setapak lagi untuk mengapai jawatan MPP ini.


Bersama ini saya juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Kulai.


Sebenarnya bukan jawatan menjadi taruhan saya selama ini dan kini. Tanggungjawab sebagai ahli PKR dan ahli bersama Pakatan Rakyat lebih bermakna untuk memertabatkan bangsa Malaysia yang telah punah-ranah.


Saya mempertaruhkan pengalaman memimpin sejak dibangku sekolah hingga hari ini untuk menuntut sokongan ahli PKR. Namun saya juga menyokong individu-individu lain yang mempertaruhkan diri dalam jawatan ini.


Persaingan sihat ini perlu disinambungkan dengan perjuangan membela bangsa merdeka dan keluruhan perlembagaan. Salam demokasi buat semua rakyat Malaysia dan ahli PKR.


* Persatuan Anak-Anak Peneroka kebangsaan


Oleh Prof Nanat Fatah Nasir

Suatu hari, Khalifah Abu Bakar hendak berangkat berdagang. Di tengah jalan, ia bertemu dengan Umar bin Khathab. "Mau berangkat ke mana engkau, wahai Abu Bakar?" tanya Umar. "Seperti biasa, aku mau berdagang ke pasar," jawab sang khalifah.

Umar kaget mendengar jawaban itu, lalu berkata, "Engkau sekarang sudah menjadi khalifah, karena itu berhentilah berdagang dan konsentrasilah mengurus kekhalifahan." Abu Bakar lalu bertanya, "Jika tak berdagang, bagaimana aku harus menafkahi anak dan istriku?" Lalu Umar mengajak Abu Bakar untuk menemui Abu Ubaidah. Kemudian, ditetapkanlah oleh Abu Ubaidah gaji untuk khalifah Abu Bakar yang diambil dari baitul mal.

Pada suatu hari, istri Abu Bakar meminta uang untuk membeli manisan. "Wahai istriku, aku tak punya uang," kata Abu Bakar. Istrinya lalu mengusulkan untuk menyisihkan uang gaji dari baitul mal untuk membeli manisan. Abu Bakar pun menyetujuinya.

Setelah beberapa lama, uang untuk membeli manisan pun terkumpul. "Wahai Abu Bakar belikan manisan dan ini uangnya," ungkap sang istri memohon. Betapa kagetnya Abu Bakar melihat uang yang disisihkan istrinya untuk membeli manisan. "Wahai istriku, uang ini ternyata cukup banyak. Aku akan serahkan uang ini ke baitul mal, dan mulai besok kita usulkan agar gaji khalifah supaya dikurangi sebesar jumlah uang manisan yang dikumpulkan setiap hari, karena kita telah menerima gaji melebihi kecukupan sehari-hari," tutur Abu Bakar.

Sebelum wafat, Abu Bakar berwasiat kepada putrinya Aisyah. "Kembalikanlah barang-barang keperluanku yang telah diterima dari baitul mal kepada khalifah penggantiku. Sebenarnya aku tidak mau menerima gaji dari baitul mal, tetapi karena Umar memaksa aku supaya berhenti berdagang dan berkonsentrasi mengurus kekhalifahan," ujarnya berwasiat.

Abu Bakar juga meminta agar kebun yang dimilikinya diserahkan kepada khalifah penggantinya. "Itu sebagai pengganti uang yang telah aku terima dari baitul mal," kata Abu Bakar. Setelah ayahnya wafat, Aisyah menyuruh orang untuk menyampaikan wasiat ayahnya kepada Umar. Umar pun berkata, "Semoga Allah SWT merahmati ayahmu."

Kisah yang tertulis kitab fadhailul 'amal itu sarat akan makna dan pesan. Di bulan Ramadhan ini, kita dapat mengambil pelajaran dari sikap dan keteladanan Abu Bakar yang tidak rakus terhadap harta kekayaan. Meski ia adalah seorang khalifah, namun tetap memilih hidup sederhana demi menjaga amanah.

Inilah sikap keteladanan dari seorang pemimpin sejati yang perlu ditiru oleh para pemimpin bangsa kita. Perilaku pemimpin, memiliki pengaruh yang besar bagi kehidupan masyarakat

.

20100903

NOTA PENCATAT

Pertembungan merebut jawatan ke 2 tertinggi Keadilan dijangka hangat. Masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri dan bercita-cita untuk kebaikan Keadilan.
Johor mempunyai pandangan berbeza. Calon dinilai dari ketokohannya, kebijaksanaannya, kekerapan turun padang, gagasan yang dibawa dan keikhlasan serta kejujuran dalam perjuangan Keadilan.
Tan Seri Khalid umpamanya, dalam kesibukan, beliau sudi juga turun ke Johor walaupun hanya untuk beberapa kali. Mustapha Kamil Ayub juga rajin mampir di Johor membantu pimpinan Johor. Datuk Zaid Ibrahim pula, selepas PRK Hulu Selangor sahaja beliau sedah hadir di Johor tidak kurang 3 kali.
Berbeza dengan YB Azmi Ali, walaupun beliau dikatakan hebat dibanyak negeri tetapi tidak pada pandangan Johor. Beliau tidak sudi langsung berkunjung ke Johor. Undangan demi undangan diutarakan menjemput beliau, masih belum punya waktu untuk menyemarakkan Keadilan Johor.
Walau bagaimana sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi semua pemimpin. Belum kelihatan pemimpin lain yang penuh kesungguhan turun padang menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa juga jawatan yang ditandingi DSAI, Johor tetap memberikan undian 100%.
.

Perebutan Jawatan No 2 Keadilan Bermula

Pengumuman penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau akan merebut "jawatan No 2" dalam pemilihan parti November depan - menyaksikan pertandingan semakin hangat.


Syed Husin Ali yang telah memegang jawatan timbalan presiden PKR untuk selama dua penggal dijangka tidak lama lagi akan mengumumkan hasratnya untuk bersara.

Mereka yang lain itu termasuk naib presiden Mustapha Kamil Ayub, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang lagi naib presiden Azmin Ali.

Namun menurut seorang ahli biro politik yang tidak mahu dikenali, pertarungan sebenarnya adalah antara Zaid dan Azmin.

Khalid juga mengakui beliau kurang berminat dengan politik tetapi sebaliknya ingin menumpukan perhatian mentadbirkan Selangor.

Mustapha, pula dilihat sebagai calon yang 'ditanam' oleh pihak tertentu bagi melunturkan semangat mereka yang lain untuk bertanding jawatan yang sama. Mustapha dianggap sebagai calon yang 'tidak dikenali' di kalangan pertarungan gergasi itu. "Dia (Mustapha) mungkin orang lama tetapi dari segi profail, dia akan kalah kepada Azmin.” Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.

Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, "(Zaid) mesti diuji dulu. Tidak dinafikan dia banyak berkorban dengan meninggalkan Umno tetapi ahli akar umbi ingin lihat kesetiaannya terlebih dahulu.

Zaid, yang kini diberi tanggungjawab sebagai ketua PKR Wilayah Persekutuan menyertai parti itu dua tahun lalu. Tindakannya meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negara - mendapat sanjungan dan penghormatan ramai.

Azmin lebih dikenali khususnya di Selangor - lebih-lebih lagi beliau baru dilantik sebagai ketua negeri yang baru bagi menggantikan Khalid berikutan rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti.

Sokongan di Selangor dilihat penting kerana negeri itu mempunyai 400,000 ahli yang setiap seorang daripada mereka memegang satu undi.

Bagi Zuraida, pergeseran di antara Khalid dan Azmin juga akan mempengaruhi keputusan pemilihan ahli kali ini.
.

20100901

Berhati-hati Dengan Calon Berjiwa umNO

Panas sungguh hari ini, sepanas kempen pemilihan Keadilan samada diperingkat Cabang, AMK, Wanita dan Pusat. Bahangnya mulai terasa terutama pemilihan AMK Pusat. Pencabar jawatan Ketua AMK semakin bertambah. Kini sudah 4 orang yang digembur-gemburkan akan mencabar Samsul Iskandar Mohd Akin.

Pencatat sudah melepasi had usia AMK, jadi secara automatiknya tersingkir. Ketahuilah bahawa inilah peluang terbaik untuk seluruh anggota menampilkan diri sebagai calon. Tidak perlu lagi menyembunyikan diri. Kalau dirasakan diri mempunyai kemampuan dan mampu memimpin lebih baik daripada pemimpin sediada, silakan jangan ketinggalan.

Tapi seperkara yang perlu diingat, "ukur dahulu baju dibadan sendiri" sebelum menawarkan diri. Sejauh mana jasa dan khidmat yang telah dicurahkan untuk Keadilan. Kelihatannya terlihat muka-muka yang baru muncul atau telah lama meninggalkan Keadilan, demi kerana rebut jawatan, maka ramailah yang mengaku hebat berjasa terhadap Keadilan.

Ezam juga berjasa terhadap Keadilan tetapi apa berlaku kesudahannya?. Jangan tertipu, ada ramai barua umno didalam Keadilan yang sentiasa mengintai untuk merebut peluang. Golongan ini bakal memusnahkan Keadilan. Musim pemilihan mereka berlumba-lumba merebut jawatan, menjelang Pilihanraya 13 nanti, mereka juga turut berlumba-lumba keluar Keadilan.. Saat itu, menyesal pun tidak berguna lagi.

Derita Di Bawah Langit Hitam Palestina