20110220

Kecelaruan Fitnah II

Kes Fithan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin bercelaru. Bukti demi bukti yang dikemukakan bertambah mengarut. Hal ini berlaku ketika perbicaraan Kes Anwar baru-baru ini. Anwar mengesahkan bahawa memang berlaku kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

Menurut beliau, “Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama".

“Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula,” kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya. Juga fitnah keatas beliau menemui jalan buntu. Kekuasaan Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Untuk menjadi Ahli Parlimen BN tak perlu pandai dan lebih layak untuk patuh sahaja. Jangan membantah, jangan bertindak baik, yang penting taat terhadap pemimpin. Apa yang pemimpin katakan mesti setuju...

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut ‘setuju’ atau ‘tidak’ sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

“Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap ‘setuju’.

“Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja,” kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.
Inilah nilai kepimpinan dalam pentadbiran Umno/BN

Tiga syarikat kroni dapat kontrak minyak RM2.45 bilion

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN). Beliau tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah,” katanya.

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang. Sambil bergurau, beliau berkata “Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia,”

20110215

RM 50,000 untuk AMK Yang Mahu Melompat

Umno/BN Johor mula menggelisat sekarang ini. Faktwa yang mengatakan "Johor Kubu Kuat BN" sudah tidak boleh digunapakai lagi. Mereka mulai merasa bimbang, takut "Kubu" bertukar menjadi "KUBUR".
.
Kemenangan PRK DUN Tenang hanya berlandaskan tipu muslihat Umno/Bn sahaja. Jika mereka telus ketika itu, jangan mimpi kemenangan berpihak kepada mereka. Dalam suasana banjir besar yang melanda, dalam kesibukan pengundi menyelamatkan barang dan harta benda, jumlah yang keluar mengundi masih tinggi 70% lebih. Penipuan ini sengaja dilakukan bagi menyelamatkan maruah Muhyidin.
.
Banjir besar tersebut boleh dielakkan sekiranya kawalan empangan Bekok dan Juaseh dikawal selia dengan sempurna. Ada pendapat menyatakan bahawa banjir tersebut memang telah dirancang dengan membuka empangan yang kononnya dikhuatiri empangan pecah. Oh Tuhan... jika benar ini perancangan mereka... tergolonglah mereka dikalangan orang yang zalim.
.
Hal ini dilakukan kerana perasaan takut menyelubungi mereka. Mereka sanggup lakukan apa saja walaupun terpaksa menghalalkan cara. Terbaru, suatu yang mengejutkan dimana terdapat beberapa orang pemimpin AMK Johor telah ditawarkan RM 50,000 seorang agar meninggalkan AMK /PKR. Jijik sungguh perbuatan mereka.
.
Selepas ini, jika ada dari kalangan anggota PKR yang secara tiba-tiba istihar keluar parti, bermakna beliau telah dibeli. Anggota yang melompat selepas ini adalah dari manusia yang tidak bermaruah, tamakkan ganjaran kebendaan, bukan pejuang yang sebenarnya.
.
Pencatat mengingatkan agar kembali kepada matlamat asal perjuangan PRK. Bukan harta kekayaan yang dicari, bukan pangkat dan kedudukan dikejar, yang terpenting adalah pembelaan dan perjuangan untuk seluruh rakyat. Tegakkan keadilan di bumi ini dan menghapuskan kezaliman itulah matlamat kita. Rakyat lebih memerlukan pembelaan kita. Janganlah menggadaikan kepercayaan rakyat hanya sekadar imbuhan yang seciput.
.
Namun Pencatat juga mengalu-alukan kepada sesiapa juga yang tidak bermaruah tersebut untuk melompat. Kehadiran anda tidak diperlukan dalam PKR. Menjelang PRU 13 nanti bakal menyaksikan berduyun-duyun orang yang mengaku anggota PKR istihar keluar parti. Tentunya besar ganjaran yang diterima kelak.
.
"Hidup Bermaruah, Mati Mulia"

Forum : FTA Membunuh


Perasmian Pejabat PKR Cabang PAGOH


20110214

Tawaran Untuk Menjadi Peneroka Baru Felda

Pakatan rakyat komited untuk mengubal dasar Felda seandainya memenangi pilihan raya umum ke 13 kelak. Felda Plantation Sdn Bhd bakal dimansuhkan dan akan digantikan dengan peneroka baru. Ianya akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari setelah Pakatan Rakyat memerintah Negara,

Pembukaan Ladang Felda Plantation adalah tersasar dari matlamat asal penubuhan Felda kerana tiada seorang pun peneroka yang ditempatkan di Tanah Rancangan tersebut. Hanya buruh-buruh ladang bergaji hari termasuk tenaga buruh asing. Mengikut AKTA GSA 1960, penubuhan Felda (LKTP - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) adalah untuk memberi tanah kepada rakyat yang sekurang-kurangnya 10 ekar setiap peserta. Tetapi lain halnya dengan Felda Plantation yang mementingkan keuntungan tanpa mengambilkira kebajikan untuk rakyat.

Oleh kerana itulah, Pakatan Rakyat mendapati bahawa penubuhan Felda Plantation sebagai tidak sah dan telah menipu kerajaan Negeri. Ianya mesti dimansuhkan dan dikembalikan kepada rakyat. Seramai 80,000 orang peneroka baru bakal memenuhi Tanah Rancangan tersebut dengan setiap peserta memperolehi tanah seluas 10 ekar.

Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan tuntutan ini dan berjanji akan melaksanakannya setelah memperolehi kemenangan dalam PRU ke13 yang bakal tiba. Oleh yang demikian, permohonan akan dibuka tidak lama lagi dan hanya kepada anak-anak peneroka yang layak sahaja.

Proses pengambilan peneroka baru akan dimulakan dengan mengisi borang, kemudian proses penapisan dan penilaian setiap permohonan, diikuti proses temuduga dan akhir sekali keputusan permohonan samada berjaya ataupun gagal.

Tawaran ini hanya terhad kepada 3 katogeri iaitu 1) AnakPeneroka 2) Bekas Kakitangan Felda dan 3) Orang Asal ( Asli ). Setiap keluarga hanya dibenarkan untuk membuat satu permohonan sahaja. Keutamaan kepada permohonan yang telah berumah tangga dan memiliki sekurang-kurangnya 2 orang anak atau lebih serta Tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sila pastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 bagi merealisasikan pengubalan Dasar Felda ini dapat dilaksanakan. Rebutlah peluang ini dengan penuh kebijaksanaan.

20110212

CNN International interview with Anwar Ibrahim on #Egypt and Democracy i...



Kejatuhan Hosni Mubarak: Mesej jelas buat Umno BN

Pimpinan KEADILAN mengalu-alukan kejatuhan regim pimpinan diktator Hosni Mubarak di Mesir melalui kebangkitan rakyat dan percaya, peristiwa bersejarah itu sepatutnya memberi pengajaran kepada pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitter awal pagi ini, menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah.

“Mubarak dipaksa berundur. Pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah. Reformasi!” kata Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak membawa mesej jelas kepada Umno Barisan Nasional (BN).

“Kuasa rakyat tegak di Mesir. Tahniah kepada semua warga Mesir. Selepas ini siapa? Ini mesej jelas kepada Umno,” kata Ahli Parlimen Gombak itu melalui twitternya.

Hosni Mubarak tunduk kepada kebangkitan rakyat dengan meletak jawatan pada hari ke-18 demonstrasi rakyat dan disambut gembira penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Thahir.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar turut menganggap kejatuhan Hosni Mubarak hasil gerakan rakyat di Dataran Tharir yang secara sinis disamakan beliau dengan Dataran Merdeka

“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” katanya juga melalui twitter.

Selain pimpinan KEADILAN, Kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat lain turut mengalu-alukan kejatuhan Hosni Mubarak, melalui paparan twitter.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyifatkan kejatuhan diktator Mesir itu sebagai berakhirnya rejim Umno Mesir.

“Tahniah rakyat Mesir 18 hari tak berganjak, akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Berakhirnya rejim Umno Mesir,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Sarawak mencontohi kebangkitan rakyat Mesir dengan menumbangkan ‘Mubarak Sarawak’, merujuk kepada Ketua Menteri Sawarak, Tan Sri Taib Mahmud.

Untuk rekod, tempoh pemerintahan Hosni dan Taib sama iaitu 30 tahun dan kedua-dua pemimpin itu sarat dengan pelbagai dakwaan rasuah dan penindasan terhadap rakyat.

20110211

Siapa Mohammad Bouazizi?

Tentu ramai yang ingin mengenali siapakah Mohammad Bouazizi yang begitu dicemburui pejuang keadilan dan kebenaran.

Tunisia, seperti negara yang sedang bergejolak lainnya, merupakan negara yang rakyatnya dihimpit masalah kemiskinan. Peluang pekerjaan yang terhad memaksa rakyatnya untuk hidup berdikari berniaga demi mencari sesuap nasi.

Bouazizi hidup susah sejak dari kecil, beliau menyara kehidupannya dan keluarga dengan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan.

Suatu hari, gerainya dirampas oleh pihak berkuasa gara-gara berniaga tanpa lesen. Beliau sendiri ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita.F Hamdi bukan sahaja menampar, malah meludah, menghancurkan alat timbang milik Bouazizi di depan matanya sendiri sambil dibantu oleh dua rakannya yang lain membelasah dan mengutuk ayahnya.

Malang yang menimpa dirinya berterusan apabila rayuan dan suaranya tidak diendahkan oleh pihak Gabenor kawasan Sidi Bouzid.

Kecewa dan hilang arah tujuan kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, mesej beliau yang terakhir di Facebook:

"Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu.

“Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya.

“Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan."

17 Disember 2010, dengan setin minyak petrol beliau nekad membakar dirinya di hadapan bangunan pentadbiran Sidi Bouzid dan dikejarkan ke Hospital. Beliau bertahan sehingga 4 Januari dan menghembuskan nafasnya di Hospital di Sidi Bouzid.

Rakaman kejadian Bouazizi membakar dirinya dan kisah bagaimana nasib yang menimpa dirinya menimbulkan kesedaran kepada puluhan ribu rakyat Tunisia.

Ibunya berkata, "Dia (Bouazizi) mati kerana mempertahankan maruahnya yang tercalar, bukan kerana desakan hidup," Memang, di Tunisia mereka yang sudah tidak berdaya dan tidak mampu menanggung dan menyara keluarga hanya layak mati

Kerajaan Ben Ali cuba mengawal keadaan dengan menurunkan harga barang selain berjanji tidak akan mempertahankan jawatan yang telah dipegangnya selama 23 tahun, namun kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dielakkan.

Kemarahan rakyat ke atas kezaliman dan salah laku kerajaan, khususnya Ben Ali dan isterinya sudah tidak dapat dibendung. Berita kematian Bouazizi membuka mata puluhan ribu rakyat yang lain untuk bangkit menuntut pembelaan dan keadilan daripada kerajaan.

Begitulah yang terjadi di Tunisia dan kesannya merebak ke seluruh negara Timur Tengah yang rakyatnya berhadapan dengan krisis dan kepincangan urustadbir kerajaan yang korup, zalim dan menindas.

20110209

Penderitaan Peneroka Akibat Penipuan Felda



Generasi Ke2 Felda Di Pinggirkan

Generasi Baru Felda kerap dikaitkan dengan keruntuhan akhlak. Remaja-remaja yang liar, yang terbabit dengan zina, mengandung anak luar nikah, buang bayi, dadah, ganja, arak, curi motor, Mat Rempit, pergaduhan, dan pelbagai lagi akhlak negatif yang semuanya dipalitkan dengan remaja Felda. Kenapa ini berlaku? Adakah benar remaja Felda memang liar? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Felda...

Generasi Baru felda yang meliputi anak, cucu dan cicit peneroka merupakan pewaris kepada generasi peneroka. Mereka seharusnya dididik dengan cara yang betul. Mereka juga perlu dibantu dan dibimbing kemaheran menguruskan ladang. Tetapi kenapa Felda melarang Generasi ke2 ini melibatkan diri dengan ladang bapa mereka? Felda lebih selesa kalau Generasi ke2 ini tidak ambil tahu langsung berkenaan ladang bapa mereka.. Apa muslihat Felda?

Sekolah Berasrama Penuh Felda kini dipenuhi anak-anak Staf Felda. Anak-anak peneroka kebanyakkannya sudah tamat persekolahan. Cucu atau Cicit peneroka memang tidak layak merebut peluang bersekolah disitu. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana peneroka terlibat dalam penubuhannya. Duit hasil penerokalah yang digunakan untuk perbelanjaan persekolahan tersebut. Tapi kini dimanfaatkan oleh anak-anak staf Felda...

Begitu juga penubuhan pasukan bolasepak Felda United. Kos perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh Felda. Duit dari mana?.. Tentulah duit peneroka. Tapi berapa ramai anak peneroka yang terpilih membarisi pasukan tersebut? Kenapa tidak pilih dari kalangan anak-anak peneroka? Kemaheran boleh datang dengan didikan yang berterusan. Ini kaedah menyalah gunakan duit Felda.

Felda lebih rakus merompak duit peneroka dengan pelaburan yang membazir. Pembukaan Hotel Felda di Arab Saudi dan Terengganu.. Siapa yang mendapat manfaat? Mampukah peneroka menyewa di hotel tersebut? Projek ternakan lembu Intergrasi dalam ladang peneroka.. apa khabarnya sekarang ini? Langsung tidak diketahui untung ruginya. Dimaklumkan bahawa projek ini mengalami kerugian yang teruk. Siapa yang menanggungnya... peneroka juga yang terpaksa menanggungnya.

Kenapa perlu membina menara Felda? Kenapa tidak diperbincangkan bersama peneroka? Pembaziran seumpama ini tidak seharusnya berlaku. Kewangan ini amat bermanfaat untuk membantu Generasi ke 2 felda. Boleh lah mereka menjadi usahawan, berniaga, menceburi IKS, membina penempatan untuk mereka, menambahbaik pendidikan anak-anak dan sebagainya.

Lebih menyayat hati apabila dilihat kehidupan generasi ke2 diFelda. Mereka terpaksa menumpang kehidupan bersama ibubapa. Ada satu rumah terpaksa menempatkan 2 atau 3 atau 4 kelamin dalam satu bumbung. Ditambah pula dengan berbelas cucu-cucu, memenuhi satu rumah. Felda menjanjikan tapak rumah untuk mereka. Sehingga kini, tiada sebarang anugerah yang diberikan. Kebanyakkan mereka ini tidak punya slip gaji, juga tidak punya borang J cukai pendapatan. Ini halangan utama bagi mereka untuk memiliki rumah. Sesuatu pembelaan terhadap mereka diperlukan.

Tanah-tanah rezeb atau poket diFelda seharusnya diagih-agihkan kepada mereka. Mereka memang layak kerana cukai tanah tersebut telah dibayar oleh peneroka sejak sekian lama. Atau Felda perlu menyediakan rumah untuk mereka dengan skim bayaran mudah umpama sewa beli.

Pakatan Rakyat mempunyai usul terbaik untuk membantu Generasi ke2 Felda. Kemenangan Pakatan Rakyat sehingga mengambil alih Puterajaya bakal merubah keperitan hidup generasi Felda. Estate Felda Plantation Sdn Bhd akan dimansuhkan dan memasukkan peneroka baru yang terdiri daripada Generasi ke2, bekas kakitangan Felda dan orang-orang Asal ( Asli ). Seramai hampir 80,000 orang peneroka baru akan ditempatkan di estate tersebut dengan kurniaan tanah seluas 10 ekar setiap seorang. Ini adalah tawaran keemasan bagi merubah kehidupan Generasi Ke2 demi masa depan yang lebih cemerlang.

Rebutlah peluang ini. Dalam waktu terdekat Pakatan Rakyat akan membuka permohonan kepada seluruh Generasi ke2. Tapisan akan dibuat bagi mengutamakan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Selanjutnya temuduga akan dijalankan selepas pengumuman Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya ke 13.

Adakah anda layak?... Dapatkan borang permohonan segera... Tarikhnya akan diumumkan pada masa yang sesuai.

20110208

Warga Felda Penentu Dasar Karajaan

Kebanyakkan Rakyat Malaysia merasakan bahawa kehidupan di Felda amat menyeronokan. Kelangkapan prasarana dan kemudahan asas cukup sempurna. Semuanya lengkap sehinggakan terasa amat berdosa untuk berpaling tadah mengundi Pakatan Rakyat. Peneroka berasa terhutang budi dengan Umno kerana mengubah kehidupan mereka.

Tahukah anda bahawa segala pembangunan yang berlaku di Tanah Rancangan Felda adalah hasil usaha peneroka sendiri. Sejak sedari awal menjejakkan kaki ke Tanah Rancangan, peneroka dibebani hutang sehingga kini dan akan berterusan hingga keanak cucu cicit mereka. Tidak ada yang percuma bagi peneroka Felda, semuanya ditanggung oleh mereka.

Tanah yang mereka duduki 10 ekar setiap peneroka bukan anugerah percuma. Peneroka terpaksa membayar setiap bulan. Cukai tanah juga dibayar oleh peneroka sehingga keseluruhan tanah di Rancangan mereka termasuk tanah-tanah rezeb, tapak pejabat Felda, tapak kilang sawit felda, Tapak rumah Kakitangan Felda, kawasan-kawasan paya, tapak-tapak kedai dan bangunan-bangunan yang ada semuanya dibayar cukainya oleh peneroka.

Kos pembukaan hutan, Kos penanaman sawit, Baja, Racun, jalan Ladang, pembentungan, perparitan, kos kerosakan alam semuanya ditanggung oleh peneroka. Kos pembukaan kilang sawit, pembinaan rumah kakitangan Felda, pembinaan pejabat Felda semuanya tanggungan peneroka. Malah pada peringkat awalnya, pembinaan masjid, tabika Kemas, bangunan Umno, balairaya, jalan kampung, lampu jalan semuanya hasil duit peneroka.

Peneroka juga dibebani pemotongan gaji bulanan secara tetap yang berterusan, bayaran untuk GPW, JKKK, Belia, Rela, Masjid, Sekolah, Tadika, Khairat kematian, kubur, lampu jalan, penyelenggaran kawasan kampong, mesin rumput, pembuangan sampah, landskap mengindahkan kampong, papan tanda kampong, dan banyak lagi kos-kos yang perlu ditanggung oleh peneroka.

Lebih malang lagi, peneroka juga tertekan dengan denda-denda yang menghimpit mereka. Peneroka akan dikenakan denda kiranya menghantar hasil sawit yang mengkal, biji lerai yang tidak terkutip, pokok sawit yang tidak sempurna dipronning, ladang yang lewat diracun, Kadar perahan gred minyak yang akan ditolak dan sebagainya. Pendek kata peneroka dihisap dan dipergunakan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan Felda.

Gaji Pengurus dan Kakitangan Felda termasuk Felda Technoplant juga dibayar oleh hasil peneroka. Istilahnya, gaji mereka telah dibayar oleh peneroka sedangkan mereka hanya AGEN PENGURUSAN yang dilantik oleh peneroka sahaja.

Peneroka harus sedar keadaan ini. Jangan tunduk dengan ugutan Felda. Felda tidak berhak untuk menyingkirkan peneroka hanya kerana menyokong Pakatan Rakyat. Kemajuan yang dinikmati di tanah rancangan adalah hasil keringat peneroka sendiri. Yakinlah bahawa peneroka mampu berdiri dikaki sendiri tampa bergayut dibawah ketiak Felda.

Sehingga kini kawasan Felda tidak banyak berubah dan boleh dikatakan tiada perubahan langsung yang dibawa oleh Felda. Kemewahan rumah-rumah peneroka dan persekitaran yang menawan adalah hasil duit dan titik peluh peneroka. Rumah peneroka tersergam mewah bukan dari duit Felda. Kereta menjalar digarej peneroka juga dari duit poket sendiri. Kedai-kedai juga terpaksa dibangunkan sendiri. Jadi apa peranan Felda?...

Pakatan Rakyat bakal merancang pembangunan baru yang lebih dinamik untuk warga Felda. Keperluan pekerjaan, peluang perniagaan dan peluang pendidikan yang lebih baik. Sewajarnya kawasan-kawasan felda yang kerkelompok-kelompok dibangunkan bagi menaikkan taraf hidup Warga Felda. Dikawasan tersebut perlu dibangunkan kompleks perindustrian, pusat membeli belah, pusat-pusat pengajian dan pusat latihan kemaheran, buka bank-bank, membuka peluang-peluang perniagaan, bantu usahawan-usahawan untuk generasi baru Felda dan susun atur semula pendidikan anak-anak Felda.

Sudah tiba masanya warga Felda berubah seiring dengan kepesatan pembangunan dibandar. Perubahan ini perlukan pengorbanan yang berani. Untuk merealisasikan impian ini, warga Felda perlu bersatu mengubah dasar kerajaan dan memilih Kerajaan Baru Pakatan Rakyat. Hentikan rasa takut dengan ugutan.

Kuasa penentu ditangan warga Felda... Selamatkan Malaysia..

20110207

Siri Pengkhianatan UMNO & BN Kepada Raja-Raja Melayu !!!

* Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

* Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul ...Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjan
jian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.

* Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.

* Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

* Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.

* Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan .

* Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

* Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

* Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa .

* Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

* Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

* 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008

* Penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009.

* Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.

* Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993.

* Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)

Nikmat Seks-Ketua Umno Puchong

http://bagindareformasi.blogspot.com/2011/02/fuhh-ketua-umno-puchong-perdana-seks.html

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

20110206

Mesir - Gelombang Kebangkitan Rakyat Malaysia?

Pergolakan kuasa di Mesir perlu dijadikan iktibar oleh kerajaan Malaysia. Rakyat bangkit menentang kerajaan Kuku Besi Mubarak. Rakyat memberontak dan mahukan Mubarak turun tahta.. Namun Mubarak tetap Angkuh.

Bagaimana pula situasi di Malaysia? Adakah Umno/BN juga dikatagorikan sebagai Kerajaan Kuku Besi? Adakah kerajaan mendengar kehendak rakyat? Adakah kerajaan mendengar masalah rakyat? Mungkinkah gelombang kebangkitan rakyat juga akan melanda Malaysia?

Jika kerajaan masih meneruskan agenda lama tanpa memikirkan keutamaan untuk rakyat, Gelombang ini pasti berlaku.. Setiap pemerintahan yang zalim pasti akan tewas akhirnya. Jangan terlalu angkuh menongkat langit.

Ramai juga rakyat Malaysia yang meluat dengan pemerintahan Kerajaan BN. Dalam derita kehidupan dengan kenaikkan harga barang, gaji pekerja yang rendah, pembangunan yang kurang berkualiti, janji manis penipuan yang menghiasi kempen-kempen PRK, teguran membina dari pembangkang yang dipandang sepi tanpa mengendahkannya. ditambah sikap pembaziran kerajaan dalam merencanakan pembangunan dan banyak lagi teguran yang tidak diendahkan menjadikan kerajaan BN umpama kerajaan Kuku Besi. Suara rakyat hanya didengar menjelang PRU atau PRK sahaja.

Jangan mensia-siakan masa aman kita dengan mengabaikan kebajikan rakyat. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang perihatin terhadap rakyat. Kami menawarkan kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia.

Bukan cara kita dan bukan budaya kita untuk mengambilalih kerajaan dengan cara rusuhan. Keamanan tetap terpelihara dan menjadi keutamaan. Rakyat perlu bangkit memperjuangan Pakatan Rakyat secara aman. Namun tetap berjuang memperjuangkan keadilan dan menghapuskan kezaliman dengan jiwa dan raga walaupuan terpaksa mengorbankan nyawa. Kami bersedia terkorban demi menganugerahkan kehidupan yang terbaik buat anak cucu cicit kami dimasa hadapan.

Selamatkam Malaysia...
.

gong xi fa cai



20110202

Doa Murah Rezeki



Doa Jawsyan Kabir (Arab-Indonesia).flv



Subhanallah.flv



AMK JB Keluar Parti?

Kedengaran desas desus disekitar Negeri Johor, bekas Ketua AMK dari Cabang....? telah mengumumkan keluar Parti. Pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum PRK 05 Tenang. Berita ini amat memeranjatkan pencatat.

Pencatat segera menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan. Tanpa berselindung, beliau menjawab "Ya Benar" ungkapan jujur keluar dari mulut beliau sendiri. Pencatat menghormati keputusan beliau dan terasa juga akan kehilangannya. Beliau melahirkan rasa meluat terhadap PKR dan hilang keyakinan. Beliau menginginkan PRK benar-benar adil, benar-benar demokrasi, benar-benar mengutamakan rakyat dan akar umbi.

Selama ini beliau berjuang bersama AMK tanpa mengharapkan sebarang imbuhan selain mahu melihat keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini. Apa yang mengecewakan beliau adalah, PKR masih sama dengan umno. Kenapa aduan yang diterima tidak diambil tindakan oleh Parti? Kenapa tidak segera menyelesaikan masalah tersebut? Kenapa perlu ada perebutan kuasa dan jawatan yang melampau? Sedangkan kebanyakan daripada ahli menyertai PKR kerana mahu memperjuangkan KEADILAN.

Pencatat merasakan bahawa perkara ini perlu dipandang serius oleh Pucuk pimpinan. PKR belum memerintah sepenuhnya. Adalah lebih baik diselesaikan segera. Ramai dari kalangan kita yang berjuang dengan tidak mengharapkan sebarang imbuhan. Kita mahukan keadilan. Seandainya PKR menang sekalipun, kita sebagai penjual Berger tetap menjadi penjual Berger. Kita buruh binaan tetap sebagai buruh binaan. kita petani tetap sebagai petani. kita nelayan tetap sebagai nelayan.. Tetapi adakah pemimpin kita akan menjadi kaya raya dengan meninggalkan kita terus miskin?