20090228

28 - 02 - 2008

7.54 am
Saya akan bersama Pak Ngah juga Hj Annuar salleh serta yang lain ke Shah Alam bagi mendengar amanat daripada Ketua Umum Parti keadilan Rakyat (PKR) sebentar lagi. Saya akan ulas pekara tersebut kelak setelah kembali.
Setelah beberapa kali mendengar dan meneliti rakaman ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Sidang Parlimen pada 19/02/2009 (http://anwaribrahimblog.com/). Saya pada dasarnya tidak terkejut malah kehairanan timbul dibenak hati. Persoalannya kenapa seorang Ahli Parlimen dari Johor yang namanya acapkali disebut begitu d****u dalam tindakan poliitiknya. Beliau yang boleh di label kan sebagai 'tong kosong' BN-UMNO. Saya pasti pengundi beliau jika mendengar ucapan DSAI itu pasti menyesal mengundi beliau.
Mungkin juga beliau bercita-cita ingin menjadi menteri di era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nanti. Persoalannnya mahukah bakal PM itu nanti melantik menteri kabinet seperi beliau. Saya pasti jawapannya 'ya'. Kerana tradisi BN-UMNO melantik menteri dari golongan pembodek dan 'tong kosong'. Pastinya lagi banyak 'rekod' makin tinggi kedudukannya.

20090227

27 - 02 - 2009

4.09 pm

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan mesej yang bertema 'Amanat Harapan Rakyat' .Kepada Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Ahli Exco Angkatan Muda, Wanita dan Pejabat Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat.

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 Febuari 2009
Masa: 2.30pm (pendaftaran media mulai 12.30 pm, sila bawakan pas media untuk pengesahan)
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam . Selangor
Kami berharap pihak tuan/puan dapat menugaskan wartawan untuk membuat liputan program ini.

Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat


7.36 am
Kelmarin Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat , Dr. Boo Cheng Hau berkata di Dewan Undangan Negeri bahawa ' amalan bumiputeraisme menyemai idologi apartied '.
Kami akan menemui beliau bagi memahami mendalami kenyataan tersebut. Pekara tersebut akan dibawa ke mesyuarat AMK Johor pada 01 mac nanti. Saya berharap semua pihak terutama umat melayu bertenang terhadap kenyataan ADUN Skudai tersebut.
AMK Johor juga mencela kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kerana enggan berdiskusi perkara tersebut malah menganggap Dr. Boo Cheng Hau adalah keterlaluan. Tindakan Menteri besar Johor agak kurang pintar kerana dibincangkan dengan media tanpa meminta penjelasan penuh.

20090226

26 - 02 - 2009

6.02 pm
Apabila penyamun tarbus mengaku dirinya penyelamat bangsa padahnya sudah tentu ke lurah-longkang. Itulah bidalan umum buat bekas Menteri Besar Selangor. Dengan kenyataan terbaru hari ini berkaitan ketidaktulusan berurusan dengan LHDN pasti membawa barah-parah peluang beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mat Jenin juga akhirnya Dato' Seri Khir Toyo jadinya.
Rasanya semua masih ingat kelantangan Ahli Parlimen Semberong berkata, " Pemuda UMNO pantang dicabar..... (sambil menghunus keris) " . Itu kata-kata seorang yang diibaratkan 'ekor berpalit tahi ' . Sekarang beliau berkata , apa perlu diperdepatkan issu PPSMI. Jantannya sudah goyang kiranya....
Ezam Mohd Noor pernah berkata dahulu bahawa MP tersebut seorang Ketua Pemuda yang paling tidak bermoral semasa berceramah 'Sumpah Keramat' termasuklah juga Srd. Lokman Noor Adam. Bergelumang juga meraka akhirnya perosak bangsa.

3.12 pm
Kami kerap dikunjungi dan panggilan telefon oleh Pegawai Polis dari pelbagai pangkat sejak tahun 1998. Pelbagai persoalan dan maklumbalas diterima dari mereka. Ianya amat merimaskan. Hinggakan hendak ke sesautu majlis pun ditanya soal akan kehadiran. Saya selaku Ketua AMK Johor mempelawa anggota Polis sekitar Johor yang berusia 40 tahun ke bawah agar menyertai AMK PKR di mana juga bahagian. Dari situ mereka boleh mendapat maklumat lengkap setiap akiviti, agenda, perlembagaan parti dan iltizam kami.
Jika kekuatiran kami ingin melakukan rasuah, membuat kacau dan menganggu gugat ketentaraman awan. Mereka boleh mengunakan pengalaman bagi memperbaiki kami. Atau jika disekat disebabkan peratuan kerja. Mereka boleh menulis surat secara rasmi untuk menghadiri setiap mesyuarat. Ianya lebih jelas dari merisikhendap dan berbual dengan psilokologi seperti pencuri.

8.23 am
Beberapa tahun lepas berlaku satu peristiwa disebuah Sasjid di Johor pada majlis Qurban. Ahli qariah masjid tersebut menjadi keliru kerana lembu untuk tujuan Qurban dikatakkan diberikan oleh seorang menteri tidak diakad untuk penama . Maka Pengerusi masjid tersebut yang binggung, dan mengumumkan sesiapa yang berhajat menyertai ibadat Qurban diminta membayar RM100.00 per bahagian.
Dikatakan juga menteri tersebut telah memberi lebih 50 ekor lembu seluruh Johor sahaja. Tahun yang sama juga dikatakan lembu yang dibeli oleh Menteri besar Selangor telah hilang, jumlahnya seingat saya dalam 100 ekor ( sila betulkan jika tersilap fakta ). Tahun yang sama juga sebuah syarikat gergasi telah menghadiahkan lebih 50 ekor lembu kepada Perdana Menteri untuk tujuan/niat yang tidak diketahui. Ianya diiklankan satu halaman di surat khabar.
Tidak kira dari UMNO-PAS-PKR atau apa juga parti politik. Jadikankanlah Sunnah Nabi S.A.W sebagai satu ibadat penuh keiklasan disamping mengharapkan keredhaan Illahi. SPRM akhirnya menjadi mangsa poliitik ibadat Qurban tersebut. Menjualbeli Agama dengan bertopengkan politik amatlah dikeji.

20090225

25 - 02 -2009

5.29 pm
Dua Adun Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.
Saya yakin laporan itu akan senyap begitu sahaja dan esok di Utusan Malaysia pelbagai kritikan penafian serta dicemuh kepada PKR .

20090224

24 - 02 - 2009

6.16 pm
Jadual ketat mentiti AMK Johor. Saya pasti anak muda Johor tidak akan ketinggalan untuk berbulanmadu di Kedah dan yang terbaru di Sarawak. Kepada semua yang ingin menyertai AMK Johor untuk Ke Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak ayuh serahkan nama seberapa segera kepada saya atau Srd. Azam Basri.
.
Anak lembu mencari ibu,
Lembu betina disimpan tuan.
Lapuran Polis sudah beribu-ribu,
Lembu Qurban jadi sasaran.
.
7.44 am
Semalam saya bersama Ketua AMK Bahagian Gelang Patah Srd. Azlan Ishak , Ketua AMK Tebrau Sdr. P. Magendran , Naib Ketua Srd. Mohd. Nazri Ismail dan lainnya serta rakan-rakan se-Malaysia telah membuat 36 lapuran Polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Datuk Seri Ahmad Said akan salahguna kuasa beliau.

Walaupun saya yakin lapuran Polis itu sia-sia (tanpa pendakwaan) namun saya telah berkhidmat kepada rakyat Johor-Malaysia dan semua pembayar cukai bahawa beliau telah menyalahgunakan amanah yang dikendong. Saya menyeru kepada semua rakan-rakan terutama yang berada di BN-UMNO agar bersama kami merealisasikan Harapan Baru kearah Malaysia tanpa kekufuran.

20090223

23 - 02 -2009

04.33 pm
Artikel dari ABC News (Australia)
Visiting Pilot Find Over Child Porn
ADELAIDE - A Malaysia Airlines pilot who was caught importing child pornography to Australia yesterday has faced court. When Ahmad Said, 25, arrived at Adelaide Airport yesterday he said he did not have anything to declare. But customs officers searched his laptop and found child sex videos. A handcuffed Said has faced court. Magistrate Simon Smart told him the videos were cruel and violent and it was a disgrace that the married father of two had brought the material to Australia. The magistrate said people like Said encouraged the market for child pornography. Said, whose wife is expecting their third child, was fined $6,000. He left court with a jumper over his head because of television camera crews.

12.05 pm
Saya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (No. K/P : 741229-04-5273) beralamat di JA 5347, Kg Kesang Jaya, 77000 Jasin, Melaka membuat laporan ini berikutan dengan kenyataan media yang di buat oleh Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Ahmad Said Bin Hamdan pada 20 Februari 2009 berkenaan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB MB Selangor mengenai sumbangan 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB MB Selangor yang mana sedutan mengenai kenyataannya telah dilaporkan secara meluas oleh media massa negara baru-baru ini.
Saya berpandangan bahawa kenyataan KP SPRM tersebut bahawa terdapat bukti kukuh dan kuat untuk pihak SPRM mendakwa YAB MB Selangor di mahkamah merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan mempunyai niat sebaliknya untuk memburuk-burukkan reputasi YAB MB Selangor kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Selangor sendiri.
Saya juga percaya bahawa maklumat atau hasil siasatan pihak SPRM terhadap tuduhan salah guna kuasa YAB MB Selangor tersebut merupakan pendedahan satu maklumat atau laporan SULIT kerana ianya merupakan dokumen satu KERTAS SIASATAN (KS) yang tidak sepatutnya didedahkan secara umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.Sehubungan itu, tindakan KP SPRM tersebut adalah jelas menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang telah dilakukan oleh KP SPRM pada 20hb Februari 2009. Dan saya juga percaya kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM tersebut mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan reputasi YAB MB Selangor dan cuba melakarkan seolah-olah YAB MB Selangor merupakan seseorang yang telah melakukan rasuah.
Selain itu kenyataan KP SPRM tersebut juga bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk mendakwa dan menghukum YAB MB Selangor sebagai seseorang yang telah melakukan rasuah dan kenyataan tersebut seolah-olah telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk menghukum YAB MB di atas tuduhan kesalan rasuah yang telah disiasat oleh pihak SPRM.Saya menggesa pihak polis untuk menyiasat tujuan sebenar KP SPRM yang telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana kenyataannya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakstabilan politik di Malaysia dan khususnya Negeri Selangor.
Sekian laporan saya

7.39 am
Ketua UMNO Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pembangkang tidak mengaitkan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes Menteri Besar Selangor dengan kerajaan Barisan Nasional (BN). "Mungkin ini pendekatan baru yang digunakan SPRM. Saya tak nak BN dituduh buat kerja ini," katanya.
Itulah ayat yang biasa kita dengar oleh BN/UMNO. Kes kapal selam tiada satu pun pendakwaan. Begitu juga kes penyelewangan Kg. Baru Plentong Tengah. Keadaan butapekak SPRM sangat ketara. Malah semalam Mingguan Malaysia berdonggeng mengenai undi saluran 4 dan 5. Mereka berkata, golongan muda tertipu dengan tulisan blog. Sudah kecundang masih berkata artikal-artikal mereka bermoral . Lihat sahaja Ezam Mohd. Noor. Mungkin juga akan mengikuti jejak Datuk Ibrahim Ali kelak.

20090222

22 - 02 -2009

6.02 pm
UMNO dirasakan oleh ahlinya kian perkasa tika ini. Semua Jabatan dan Kementerian disalahgunakan dengan maksima. Jabatan Agama dan Kehakiman sudah punahranah. Jika diteliti dalam dalil kehancuran dunia pada kiamat. Diceritakan pekara-pekara pelik yang berlaku sebelumnya. Maka inilah yang ditakdirkan kiamatnya Kerajaan BN/UMNO.
Bila semua institutsi keadilan diperkosa dengan dasyat. Mereka yang diamanahkan kian merosakkan dan melindungi penjenayah. Maka hari yang pasti akan tiba adalah kehancuran BN/UMNO. Sekutu UMNO dalam BN kelihatan sudah lari dari persada media. Kiamat pasti berlaku dalam benak MCA, MIC dan lainnya. Hakikatnya rakyat makin bencijelak dengan segala kekotoran.

20090221

21 - 02 - 2009

12.23 pm
Datuk Diego Maradona.
Kini menjadi datuk setelah anak perempuannya, Gianina melahirkan seorang bayi lelaki Khamis lepas. Namun tidak setaraf Datuk Shah Rukh Khan. Maradona hanya datuk gelaran setelah mendapat cucu, artis hindustan pula mendapatnya 'munkgin' dengan baktinya mencium seseorang. Al-maklum, di Johor ahli politik BN/UMNO boleh dihitung yang mendapat gelaran ' Datuk' dari Istana Bukit Seren. Malah ada yang menaggih dari Filipina dan Kraton Indonesia. Itulah pelahapnya BN/UMNO Johor mengejar darjat.
Kepada pembaca senior berita TV1 , Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan Altantuya, kami AMK Johor saksikan kegelojohan seorang individu BN/UMNO sering dalam kerakusan melampau batasan. Penyiksaan dasyat pasti berlaku.

8.48 am
BN/UMNO pasti punahranah.
Semua institusi disalahguna untuk menutup pekong, berbaloikah untuk ranapkan bangsa UMNO. Apalah diperbodohkan rakyatpengundi sekelian. Mertabat bangsa melayu diperkosa dengan zalim. Tiada perasaan malukah mereka pada sekutu MCA, MIC dan lainnya pabila mencacitomah keterlaluan sesama Islam demi haloba pada kontrak dan projek.
Saya terdengar seorang rakan bercerita, dia berkata ada seorang gadis mengaku Datuk Shahrir Abdul Samad mempunyai perempuan simpanan berusia awal 30'an. Saya berkata, " Itu tuduhan yang sangat jahat ". Rakan saya berkata lagi, " Allahualambisawab..... ". Jika benar, ayuh simpan segera, nanti dijahamankan rakan se-UMNO. Jika tidak, usaha berpolitik sekadar mencari rezeki dan populariti.

20090220

20 - 02 - 2009

10.16 am
Sekitar 8.30 am.
Berlaku satu kebakaran yang mengemparkan bandar Kulai. Berlaku dibelakang Bank BSN. Hirukpikuk dibuatnya. Alkisah rupanya premis yang hangus itu dikatakan premis tempat pelacuran. Dalam kerugian membawa najitah bahawa kemungkaran pasti mengalami akibat buruk. Kita nantikan juga lapuran Polis yang akan dibuat oleh Ketua Pembangkang terhadap Ketua Polis dan Ketua Peguam Negara jam 11.30 pagi nanti.
Harapkan pagar, pagar berdarjat diharapkan...
7.29 am
Salam muhibbah buat pendokong AMK Johor.
Ucapan syabas buat ahli UMNO Johor yang sering mengambil berat dan beryakinan kami boleh merobah Kerajaan Johor pada PRU-13. Sistem mereka yang menghalalkan sogokkan sudah lumrah. Tidak lain hanya merosakkan anakbangsa dan memalukan bangsa melayu.
Saban hari kami diserang, kekuatan makin ampuh.
Ketetapan yang BN ambil agar terus menuduh menghinacela kian menampakkan BN hampiri runtuhnya kesatuan. Mendabik dada didada akbar menampakkan BN / UMNO sudah tiada kerja selain membuat nista dan takukkan jawatan pangkat terlucut. Sesautu yang menarik, Tingkat 4 di Putrajaya dan Tingkat 1 di Bangunan Sultan Ibrahim kian berkecamuk dengan pergolakkan politik rebutan kuasa.

20090219

19 - 02 - 2009

5.59 pm
Rumah siap tukul berbunyi.
Bangunan belum siap. Jentolak mundarmandir, peranca sanasini. Sebahagian staff Kerajaan Negeri telah diarah berpindah ke Pusat Pentabdiran Nusajaya yang masih 'huruhara' . Apa gamaknya arahan supaya berpindah pada bangunan dan kemudahan yang belum siap. Logiknya makin bercelaru, dilihat Puteri Harbour bagi persinggahan bot mewah seperti hampir siap. Mungkin juga untuk pada nelayan di Johor mudah bertemu Menteri Besar. Namum sebak dihati tidak ketemu Masjid disitu, mungkin dalam perancangan. Tetapi itulah kerajaan BN. Islam Hadhari katanya!!
8.53 am
Mesyuarat Biro Politik lewat malam kelmarin akur dengan kehendak Srd. Noor Azman Hashim agar beliau tidak disenaraikan sebagai Ketua Biro Strategi & Pilihanraya . Penglibatan beliau sejak penubuhan ADIL banyak membantuk AMK Johor dari aspek strategi dan gerakkerja.
Naluri beliau banyak berkisar tentang kemantapan AMK Johor dan PKR Johor. Kami paham kekuathiran beliau akan kepimpinan Johor yang acapkali silih berganti. Keengganan beliau dalam jentera AMK agak memilukan kami. Namun hakikat itu berlaku.
AMK Johor khasnya mengucapkan segunung terima kasih diatas tenaga, idea, iltizam dan harta yang pernah beliau korbankan atas dasar perjuangan.

20090218

18 - 02 -2009

6.23 pm
Kabare Pak Syed Hamid Albar, (Y.B. Kota Tinggi merangkap Menteri Dalam Negeri )

Karpal Singh mendedahkan rakaman audio yang membuktikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dikatakan mendakwa telah memberi rasuah.
Rakaman audio dalam bahasa Inggeris selama 29 minit itu berbunyi:
"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were attended to.""That is my personal experience, I am telling this to all the clerks and all the registries to stop this nonsense."
Rakyat Johor-Kota Tinggi agak lali memek muka Y.B ini bila bicara hal salahlaku. Saksisenyum kita di paparan tv1, tv3 dan Utusan Malaysia lepas ini perihal Ketua Hakim era Pak Lah-Najib.

2.37 pm
Dr. Puad Zarkashi mendedahkan bahawa beliau didekati oleh pakatan pembangkang tahun lalu, untuk menandatangani petisyen memohon Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.
''Saya adalah salah seorang yang dihampiri untuk menandatangani petisyen untuk dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen dengan alasan Perdana Menteri tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan. Kenapa pembangkang bersikap 'double standard?'

Mungkin beliau satu Ahli Parlimen yang sudi menandatangi petisan tersebut ? Saya tiada maklumat itu. Namun keretakanbelah BN kian ketara. Tikambelakang dan rebut projek untuk membayar lifestyle huraharakan Putrajaya. 6 DUN sudah bocor di Johor, Dr. Puad Zarkasi dan rakan BN Johor tinjaulihat PR Johor. Seperti biasa, pasukan Polis diberikan tugas politik.

7.57 am
Asal bisa dikerapkan jadi biasa,
Lompi lompat mundar mandir.
Kian tercemar peribahasa,
PM jenayah pula yang hadir.

Perlis Johor Sabah Sarawak,
Dua menang Dua jadi bebas satu PAS dapat.
Perak jadi kat awak,
Nusajaya diburu sampaikan dapat.



20090217

17 - 02 - 2009

5.42 pm
AMK Johor akan mengadakan sidang akhbar esok ( 18-02-2009 ) jam 10.30 pagi bertempat di pejabat PKR Kulai. Semua Exco, AJK dan pendokong KEADILAN diseru bersama-sama.

2.36 pm
Sidang Parlimen penggal ke-2 Sudah bermula.
Media menuding jari ke MP Pakatan Rakyat bila Yang Dipertuan Agong bertitah. Seperti hebat sangat semua MP dari Johor. Datuk Seri Hissamuddin Tun Hussein yang sebelum ini terlalu kerap membidas sifu PR, jarang kelihatan di sidang parlimen yang lepas. Gamaknya keris keramatnya sudah tumpul. Kini lebih 60% pelajar kita tidak tahu/mahu menjawab jawapan peperiksaan dalam bahasa asing. Dok riuh ketuanan melayu sanasini tapi nista di sidang . Ulasan lapuknya, ' Kementerian Pendidikan sedang mengkaji '. Jika anak jantan wahai Y.B. Semberong, hadirlah dengan berani ke Sidang Parlimen , bicarakan masalah anakbangsa.

7.49 am


Media prima membantu Pakatan Rakyat dengan kesungguhan yang jitu.
Rakyat umum, terutama di Kota Tinggi dan Pagoh melihat dengan jelas kelibat Ahli Parlimen mereka menbebel dimuka akbar dan television tentang keadilan hak individu, demokrasi dan pemantapkan ekonomi negara . Hak pengundi mereka hanya diperolehi sebelum pilihanraya umum sahaja. Melayu memang suka saguhati dan memberi undi. India dan cina mula memangkah logo yang bukan dacing.
Datuk Adham Baba menanti-nanti juga apa akan terjadi kepada Datuk Halimah Sidiq yang kerap menemani Tan Sri Rafidah Aziz berkempen untuk jawatan Ketua Wanita. Jika menang... aduh, berkerut dahi Datuk Adham Baba. Jika kalah belum tentu dapat kerusi Pasir Raja lagi.
Apalah dirisaukan jutawan Malaysia susut harta RM76 bilion. Susutnya hanya berkisar nilaian saham. Kemewahan masih dimiliki. Peniaga kecil, penjaja pasar malam, petani dan peneroka FELDA merintih pendapatan merundum. Datuk Shahrir Samad hanya mencicir pasal Komplek Kastam (CIQ) yang ditentangnya sejak dari dahulu. Apa dia peduli ikan selar kuning kecil itu berharga RM8 sekilogram. Hanya amah yang ke pasar.

20090216

16 - 02 - 2009

5.53 pm
Kira-kira 2 minggu lepas, mantan Menteri Besar Selangor kelihatan berada di Taman Sri Skudai, khabarnya mencari Ketua dan timbalan Pemuda UMNO Gelang Patah. Dua hari lepas ditahan Polis di Pulau Pinang marahkan kelibat Karpal Singh. Semalam merapu seorang 'single' ADUN PKR Selangor atas dikatakan tersebarnya foto ranggi. Apakan daya setelah melarat tiada jawatan dok meracau ke hulu kehiri mereneh pemikiran anak bangsa agar saling membenci.
Datuk Seri Abdul Ghani Othman pun apa kurangnya. Semasa Anwar Ibrahim dipenjara bukan main menyinga mencaci cerca. Bila hero PKR ini mula mencakar, agak sepi suaranya tapi kerap juga melontar batu sembunyi tangan. Tidak mustahil Dewan Undangan Johor ditakluki Pakatan Rakyat kelak. Yang pasti banyak kedengaran orang-orang BN dok berkira menjadi calun Pakatan Rakyat untuk PRU-13. Pilihanraya kecil di Kedah dan Perak memberi getaran makin kuat di Johor, pencacai BN Johor mula geleng-gelengkan kepala. Apatah lagi jika Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah dipersada lumbaan UMNO Mac nanti.
Tiada bongkak lagi selepas PRU-12.

7.27 am
Saudara Mohammad Nazri Ismail dan Simon Ng Chun Chet, tahniah dilantik sebagai Naib Ketua AMK Johor. Saudara Khalid Osman , atas kesungguhan iltizam telah di sandarkan kepada jawatan Bendahari. Ketua AMK Tenggara, Saudara Arbain Sabar mengalas Ketua Peneranggan.
Biro Ekonomi dilantik kepada Dato' Paduka Kadir Hj Zainuddin. Saleh Kamaluddin sebagai Biro Latihan. Biro Sukan dan Sosial ialah Nor Hadi Mat Isa. Biro Integrasi kaum dan Agama kepada Khairul Fauzi Muhammud. Biro Penerangan dan Teknologi Maklumat oleh Arbain Sabar.
Diharap kepada yang berkeinginan jawatan, ia telah diberi. Galas dengan jiwa yang murni tanpa meyalak bukit.

20090214

14 - 02 - 2009

1.11 pm
Malam kelmarin kami berdiskusi bersama YB Tian Chua di Kulai. Kemesraan kami makin erat. Beliau diiringi oleh seorang ADUN PR dari Perak. Kelihatan BN/UMNO kian resah walaupun mereka sebenarnya kaum minoriti. Malah puak mereka makin goyah dengan kalam kabut. Moral UMNO runtuh mendadak . Rasuah tidak dibendung, pengumuman ransangan hanya angka tanpa cash dan undi keramat menanti PR untuk dijulang.
.
7.36 am
Setelah lama ditegah 'akhirnya' (ayat yang kerap disebut oleh Datuk Dr. Zambry semasa diwawancara secara langsung oleh tv1) Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Y.B. Karpal Singh menjadi wira tv3 dan Utusan Malaysia. Sehingga Dr. Mahathir menegur media tersebut kerana keterlaluan popularkan 2 tokoh ini. Saban hari, lebih 6 muka surat dan 20 minit khas buat 2 tokoh PR ini.
Namun 'akhirnya' setelah ditewaskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, bakal mantan PM telah diangurahkan Berek Hijau Komando. Mujurlah kejadian d ilif 'akhirnya' tidak mengundang bencana kepada bakal pesara PM itu. 'Akhirnya' bakas PM yang dimalukan itu biasanya mungkin / akan mendapat gelaran 'Tun' dari Yang dipertuan Agong.
Dikhabarnya Kongress PKR yang akan berlangsung Mac ini akan memberi implak yang besar kepada politik Malaysia. Kongras khas ini dikatakan bakal meluluskan satu dimensi baru untuk pemilihan Presiden dan Ketua Bahagian. 'Akhirnya' ia akan mengundang ikutan yang kepada pemilihan NGO , parti politik dan organisai dan mungkin UMNO akan 'akhirnya' menirunya.
'Akhirnya' kemungkinan besar akan berakhir riwayat Datuk Seri Hisammuddin Tun Hussein, Syed Hamid Albar, Muhyidden Yassin, Khalid Nordin dipersada UMNO Mac ini ?
.

20090213

13 - 02 - 2009

12.26 pm - PENEROKA FELDA
28 Peneroka Bukit Besar diketuai oleh Md. Sipul Bin Yahya telah berdiskusi mengenai tuntutan mereka yang mendakwa tidak berikan hak mereka dengan kami.
.
1. Sejak tahun 1993 pokok sawit mereka telah ditanam sendiri, tetapi sehingga hari ini FELDA enggan membayarbalik wang yang dicarum terdahulu .
2. Mulai 20-01-2009, Semua peneroka FELDA yang tanam semula sendiri ( tidak melalui pengurusan FELDA ) tidak dibenarkan menjual hasil sawit mereka ke kilang anak syarikat FELDA kecuali mempunya lesen dengan POLRA.
3. Mereka telah ke MPOB untuk memohon lesen PORLA, Peneroka terbabit memberitahu kami bahawa MPOB mengatakan pihak FELDA menghalang mereka tersebut dari memiliki lesen tersebut.
.
AMK Johor akan bincangkan dengan pihak-pihak tertentu untuk menyelaikan masalah tersebut.

7.15 am - Tahun Baru Cina
Sambutan meraikan Tahun Baru Cina bersama YB Tian Chua
Tarikh :13hb Febuari 2009
Masa : 7.00 - 9. 00 PM
Lokasi : Pejabat Bahagian Kulai, Taman Gunung, Kulai , Johor
Hubungi : Sdr. Zabidie Abbas ( 019- 7654699 )

20090212

12 - 02 - 2009

4.23 pm
.
Hello Zabidie,
Apakah keadaan di Johor?
JED YOONG
.
Hai Jed,
Johor merupakan negeri yang unik landskap politiknya. Kami baru sahaja menerima Ketua Perhubungan dan Angkatan Muda negeri yang baru iaitu Sdr. Anwar Salleh dan Sdr. Zabidie Abbas. Stuasi politik Singapura memungkinkan kami seperti selesa. Pemimpin BN Johor menyerang PR diluar kawasan kerana seperti tiada tekanan di Johor. Itu kesilapan kami.
Johor juga perlukan sentuhan pimpinan pusat yang sangat jarang kesini. Azmin Ali tidak kelihatan. Ketua Umum sudah 8-9 bulan tidak melawat rakyat Johor dan Presiden lama tidak kelihatan dipentas ceramah atau diskusi. Satu persatu anggota AMK meletakkan jawatan mereka.
Namun begitu, doakan dan tegurlah kami. Agar kami sentiasa berada dilandasan yang memberi kebaikkan kepada semua.
.
8.25 am
Tiada kekuatiran anak mudamudi disekitar Johor mengenai perubahan politik di Perak maupun mungkin berlaku di Putrajaya. Di Kawasan Perindustrian Tebrau , Senai dan Pasir Gudang telah berlakunya ribuan pekerja diberhentikan. Malah Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang memperlihatkan jurang penyusutan kapal masuk-keluar dengan ketara.
Pemuda UMNO/BN Johor lebih risaukan Karpal Singh daripada rakan-rakan meraka yang telah dan bakal dipecat. Terdapat juga pemuda PKR juga ada yang terlalu risau dengan jawatan. Pemuda-pemudi di desa , Felda dan bandar mula meminta Pakatan Rakyat memayungi nasib kejatuhan harga sawit , getah dan pemberhentian tenagakerja.

20090211

11 - 02 - 2009

11.05 am
Disekitar Johor terdapat 7 laporan Polis dilakukan oleh oleh juak BN terhadap Karpal Singh. Relevannya bagi penduduk Johor ini kononnya Karpal Singh melakukan jenayah terberat dalam negara yang telah mencatat 83 laporan Polis. Tiada siapa yang kisah dari UMNO mengenai penyelewangan di Kg. Baru Plentong Tengah .
Dalam masa yang sama dunia mencatatkan satu lagi keruntuhan ekonomi dengan pengumuman kerugian UBS Bank di Eropah dengan catatan lebih USD70 billion. Namun Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak semalam menyatakan kadar defisit fiskal tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Malah beliau membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang mengalami difisit fiskal mencecah 10%
Pada masa yang sama Tan Sri Muhiyiddin Yasin mengakui Pelaburan Asing Langsung ( FDI ) Malaysia bakal mengalami kejatuhan ekoran krisis kewangan global. Ianya telah disentuh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 4 bulan yang lepas. Ketua UMNO Pagoh itu baru tersedar semalam.

20090210

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980


“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.
Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/sultan-bukan-pemilik-negara-ini-umno.html

10 - 02 - 2009

3.10 pm
Akbhar arus perdana dan berita prima tidak mengulas lagi masalah yang kegawatan kini dan akan implikasi merundum pendapatan rakyat disebabkan faktor ekonomi global. Inilah kemahiran media masakini. Apatah lagi ia dibawah 'paku aras' Barisan Nasional. Perak adalah kebanggaannya dan Pakatan Rakyat terus ditomah.
Semalam Tan Sri Muhiyiddin Yassin merupakan ketua Bahagian UMNO Pagoh berkata di Melaka, " Bagi saya inilah masa yang sesuai buat rakyat berfikir dan dan ambil iktibar jika mereka masih mengganggap pakatan pembangkang mampu menunaikan kehendak rakyat". Mungkin bagi beliau semua rakyat mahukan kemewahan dengan cara mudah dengan menerima sogokkan ataupun 'ang pow'.
8.25 am
Ekonomi hiliran menjamin tidak memberikan keuntungan besar dalam jangkamasa yang segera. Thailand dikenali sebagai sebuah negara industri pertanian yang bersekala besar dan berjaya. Skim ekonomi berkelompok berbentuk hiliran memberi pulangan dan masadepan yang memberangsangkan.
Dayausaha yang berterusan dalam sektor pertanian amat penting. Ekonomi yang stabil serta mantap memboleh politik 'internal' menjana kearah kejayaan. Tidak rugi berbudi pada tanah.

20090209

09 - 02 - 2009

06.39pm
Saya berdiskusi dengan seorang rakan yang telah lama didalam perjuangan. Topik perbincangan kami cenderung kepada idealisme kerakusan pimpinan kerajaan BN. Mereka secara terang menolak tegasan Tun Dr. Mahathir membenteras rasuah dalam menjayakan sesutu misi. Tumbangannya kerajaan PR Perak cenderung kearah itu. Kami yakin natijahnya akan diterima di Pilihanraya kecil Bukit Gantang.
.
12.25 pm
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi. Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi juga Pengerusi Bank Simpanan Nasional menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.
.
Kepada keluarga dan semua sahabat handai, diharapkan mereka tabah dengan kembalinya Allahyarham kerahmatullah. Iltizam allahyarham sepanjang hayatnya kearah negara demokarasi khasnya dan keutuhan perjuangan Agama rasmi Negara amnya amat disanjung. Semoga rohnya bersama-sama orang beriman. Amin.

08 - 02 -2009

10.00 AM - AMK Johor bersama Perhubungungan Johor telah menyertai seminar pengubalan dan perbincangan mengenai pindaan perlembagaan parti. Sautu yang dijanji oleh pucuk pimpinan akhirnya hampir kemuncaknya.
Initpati keutamaan :-
* Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) ditukar kepada Jawatankuasa Pusat ( JP )
* Naib Presiden daripada 7 sekarang kepada 9 .
* Cawangan berfungsi sebagai unit operasi dan tiada diwajikkan hadir dalam mesyuarat Bahgian.
* Pemilihan Ketua Bahagian dan Presiden bukan terdiri dari perwakilan lagi tetapi oleh semua ahli berdaftar dan berkelayakan. ( sila rujuk kepada yang menghadiri taklimat ).
.
8.31 AM - Kepada Penganut Hindu, AMK Johor mengucapkan Selamat menyambut Thaipusam terutama kepada Ketua AMK Tebrau , Ketua AMK Pulai dan semua pemuda dan pemudi beragama Hindu.
Teras perpaduan dan prinsip hidup merupakan tunjang utama dalam mengekalkan intergeriti kaum. Falsafah yang jelas dan memantapkan ekonomi diri dan persekitaran. Sikap hasad dengki dan berfikiran negitif merupakan kejatuhan sesautu bangsa dan kaum.

Welcome To Dairy Amk Johor

Kepada semua, diucapkan selamat maju jaya