20100330

One Israel : Malu Bertanya, Palit Tahi Ke Hidung Sendiri..

Usaha UMNO untuk memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagai 'menepuk air didalam belangga, terpercik air kemuka sendiri'. Itulah akibat bercakap di parlimen tanpa mengunakan akal yang waras.

Nampaknya bekas pengurus pemasaran syarikat komoditi haram (Ace Commerecial Sdn Bhd) iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belut membuahkan hasil yang berbaloi kepada Pakatan Rakyat dan Anwar.

Pendedahan dokumen berserta maklumat lengkap telah dibuat pagi tadi oleh Anwar di Sidang Dewan Rakyat, malah Anwar mencabar Dewan Rakyat menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuktikan One Israel adalah anutan 1Malaysia.

Alangkah baik jika juak UMNO mencabar Datuk Ibrahim Ali ataupun Datuk Seri Sammy Vellu dalam apa juga isu kerana kenyataan kedua-dua pemimpin ini sememangnya melucukan.

Inilah akibat malu bertanya Anwar apa sebenarnya isikandung telahan beliau minggu lepas. Ia bole dianggap kepada Rahman Dahlan, " Malu bertanya, palit tahi ke hidung sendiri".

Adakah Rahman Dahlan rasa dengan UMNO 'membeli' wakil rakyat Pakatan Rakyat, dia boleh sesuka hati bercakap seperti 'anjing menyalak bukit' ? Pembaca menilai maruah UMNO.

Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja - Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara. "Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad.

Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya. Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.


No comments:

Post a Comment