20100308

Mengenali ' Sekutu Abu Lahab' Dalam PKR

Pencatat pada mulanya agak kaget dengan berita YB Zulkifli Noordin dipecat dari PKR. Pencatat merasakan ada pendekatan lebih 'lembut' diambil.

Biro Politik PKR mengambil tindakan tersebut mungkin beliau lebih berminat bercakap dengan surat khabar daripada berbincang dimeja mesyuarat.

Pencatat merasakan rakan-rakan juga bersetuju Zulkifli Noordin dipecat dan mengosongkan kerusi yang dimenangi di parlimen Kulim-Bandar Baharu. Beliau hanya penumpang kerusi tersebut dan bukannya 'nakhoda'.

Namun pencatat merasakan keempat-empat MP PKR yang 'penyakit' ini sudah tentu tidak akan melepaskan jawatan kerana mereka ada tugas 'menjahamkan' bangsa.

Pencatat mengharapkan rakan-rakan bersiaga menjahamkan sekutu Abu Lahab ini. Perjuangan mereka sebelum ini hanyalah pura-pura demi mahu menjadi wakil rakyat yang kini sebagai perosak harapan rakyat.

Kita tentu nantikan serangan seterusnya daripada mereka ini. Golongan manusia yang menghianat parti dan rakyat yang diberi harapan juga sumber pendapatan dan darjat.

No comments:

Post a Comment