20090331

31 - 03 - 2009

10.00 am

SUARA KEAMANAN

Suara Keamanan ganti Suara KeadilanDisebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini. Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.

7.30 am
Merancana krisis ekonomi dalam pasaran terbuka perlu kepada perlaksanaan gitu. Rata-rata, terutama remaja berbicara ingin membuka perniagaan. Kajian saya lebih 60% remeja terutama lelaki bekobar-kobar ingin berniaga. Topik utama semestinya dimana mahu meminjam modal awalan. Lantas berbicara bank mana dan siapa perlu dipinjam.
Nafsu ini adalah positif , tetapi apa perlunya meminjam jika tiada asas perniagaan . Budaya ini mungkin juga kerana ingin cepat kaya dan nafsu ingin berkenderaan mewah. Budaya meminjam untuk memulakan perniagaan perlu disekat pada perlaksanaannya. Berhutang bukannya budaya keji tetapi terlalu ramai yang mengadaikan harga diri kerana tidak mampu memulangkannya. Lantas dari itu memutuskan silaturahmi di antara keluarga , kelompok dan sahabat handai.
Alasan dalil 99% hasil rezeki datangnya dari perniagaan bukannya pemangkin untuk berhutang. Murnikan diri dengan menerokai rezeki itu dengan kapasiti poket dan keperitan individu.

20090329

29 - 03 - 2009

02.28 pm
Saya bersama calon di Bukit Gantang dan rakan-rakan. Sdr. Azam di Bukit Selambau dan rakan-rakan AMK Johor. Sdr. Sahat dan AMK Pusat di Batang Air.
Ketiga-tiga tempat memerperlihatkan gabungan pelbagai parti pada satu matlamat iaitu dari rakyat untuk rakyat. Harapan Barisan Nasional bagai sudah terkubur hari ini. Jentera dan jabatan kerajaan dipergunakan dengan maksima tanpa rasa bersalah dihari penamaan calon hari ini.
Jawah Gerang dengan rasa terharu menyatakkan selama bersama Barisan Nasional, beliau tidak rasa sebegini sambutan penduduk tempatan. Kehadiran penyokong dari Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan lainnya menyebakkan dirinya. Calon bebas terkejut akan kehadiran kami dan terus mengistiharkan menyertai PKR dan secara terbuka merayu pengundi Batang Air memilih calon PKR.
Saya di Bukit gantang terasa diri begitu kerdil dengan lautan 'Harapan Baru'. Pergaduhan berlaku lagi, yang mengelikan hati ianya berlaku di antara BN-Umno. Agaknya merebut-rebut habuan Putrajaya. Di Bukit Selambau pula dikhabarkan penyokong BN dengan slogan ciplaknya``BN Untuk Semua`` bagai melancarkan 'visi langau'. Kami akan terus berkerja keras demi rakyat Malaysia. Ayuh gempur selagi hayat dikandung badan.

20090327

27 - 03 - 2009

7.19 am

Pertelingkahan masakini berleluasa dipelusuk tanahair.
Bagi yang berkemampuan akan dibawa terus kemahkamah. Trend lama juga masih wujud dengan cara tradisional ( bomoh-sihir jampi ) dan pergaduhan-pergelutan. Majoritinya disebabkan wang , harta dan kuasa. Di Malaysia sistem juri membuat keputusan di mahkamah tidak dipraktikkan. Pro-kontra sering dibahaskan.
Satu dimensi yang berluasa ketika ini ialah menuntut hak sivil melalui Mahkamah Syariah, malah ada yang bukan penganut Islam mengunakkan khidmat peguamcara syariah. Ini kerana moral Islam tetap utuh. Dewasa ini tuntutan hutang dan pertelingkahan perniagaan telah banyak diperbicarankan di Mahkamah Syariah. Perbankkan Islam telah menjadi ikutan bank-bank di barat.
Suatu yang membanggakan ialah penganut hindu, buddha dan kristian mula berminat dengan Mahkamah , peguamcara dan perundangan Syariah Islam. Malah kejituan kerajaan Pakatan Rakyat yang didominasi parti berteraskan parti Islam seperti Kelantan, Kedah dan Perak ( sebelumnya ) tidak dipertikaikan oleh parti yang majoritinya bukan Islam. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang dengan terbuka menyatakan akan mencontohi kerajaan Islam yang terdahulu ( dizaman kegemilangan Islam ).
Sautu hari nanti tidak mustahil undang-undang syariah akan mengantikan undang-undang ala-London di Malaysia.

20090326

26 - 03 - 2009

2.20 pm


Sejak pagi saya mendapat banyak panggilan dan pesanan ringkas sms mengenai Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang ditahan oleh SPRM awal padi ini di Johor Bahru. Secara jujur saya maklumkan bahawa tidak mengetahui pekara tersebut.
Bagi saya ia adalah 'projek proganda' BN-Umno menjelang tiga pilihanraya kecil. Lihat sahaja dikaca television ketika ini. Persidangan Umno seperti berada di Zoo. Menjerit-melalak mengalahkan anak-anak sekolah. Pimpinan sendiri penjenayah dan penuh skandal, Pakatan Rakyat pula disalahkan.
Saya mengalu-alukan Ketua Pemuda Umno yang baru. Bagi saya, beliau adalah santapan paling enak untuk diratah. Dipersembahkan ' Twin Pirate of Malaysiaan' bagi Presiden dan Ketua Pemuda Umno.

7.41 am
Jika diteliti dalam peninggalan sejarah. Terdapat banyak catatan ataupun transkrip kehidupan terdahulu. Peninggalan tersebut menjadi rebutan, malah ada yang dinilaikan puluhan juta. Bagi mereka catatan kerja dan hasil-kerja adalah penting. Pelbagai bahasa dan corak catatan didapati kini.

Ia menggambarkan setiap gerak-kerja dan hasil-kerja pentingnya catatan kekal disimpan dengan teliti. Bukan sahaja untuk diperbaiki malah dijadikan kayu pengukur. Kegagalan kebiasaannya berlaku dari gerak-kerja tanpa pelan cadangan dan perbincangan teliti. Ianya sering berlaku dalam organisasi dan persatuan remaja. Kerap belaku ketua mengunakan kuasa veto keterlaluan tanpa berlandaskan fakta angka dan kesan jangka panjang.
Saya tidak membangga diri dengan anugerah-anugerah dan kecapaian lepas dalam kesatuan belia. Ia adalah piala bersama. Permuafakatan , penyediaan dan perlaksanaan kertas-kerja serta toleransi adalah penyumbang cemerlangnya setiap kerja berorganisasi .
Sikap ego dan kerap memprotes adalah individu yang lebih cenderung dalam kegagalan. Kebiasaannya individu ini tiada kecapaian yang boleh dibanggakan.

20090325

25 - 03 - 2009

5.41 pm

Datuk Seri Najib Razak semakin sasau.
Simpati sungguh saya mendengar ucapan perasmian perhimpuanan Pemuda dan wanita Umno malam tadi. Sekadar membaca teks. Dengar merintih, merayu, mengugut dan mencemuh anggota Umno agar tidak mengamalkan rasuah. Malang yang yang berbicara itu raja segala perasuah . Tidak layak bagi Timbalan Perdana Menteri itu bercakap tentang moral dan adap mulia pada kaum wanita dan pemuda.
Setiap hari diterangkan dengan jelas pada ceramah-ceramah Pakatan Rakyat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak penjenyah. Pihak Polis duduk ' diam-diam dan terpingga-pingga' dibalai Polis sambil menunggu arahan untuk menyerbu ceramah Pakatan Rakyat. Jika ditangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim, nanti dokumen didedahkan. Maka benarlah kata Lim Kit Siang bahawa ' UMNO GILA' .
Gila kerana mempunyai pemimpin yang menyuruh ahlinya jangan merasuah dan melakukan jenayah . Tetapi dirinya mempunyai puluhan pertuduhan dengan bukti jenayah rasuah dan menyuruh ahli Umno jadi 'Alim-Ulamak'.
Dahulu semasa sekolah ada rakan saya berkata, " Layakkah syaitan menyuruh anaknya sholat.... " Saya jawab, 'tidak...' . Dia terus berjalan sambil ketawa. Sehingga hari ini saya masih menunggu jawapan itu.

7.43 am
Apabila penganut Kristian mengunakan perkataan ' ALLAH ' dalam agama mereka. Ia memperlihatkan anasir yang mengelirukan. Ianya tidak sepatutnya berlaku. Saya menentang dengan tegas.
Walaupun sebahagian besar penyokong Pakatan Rakyat majoritinya di Majlis Peguam dan beragama Kristian, mereka tidak sepatutnya mengambil kesempatan dalam isu ini. Saya pasti semua yang beragama Islam di Pakatan Rakyat membantah keras pekara ini. Isu agama dipermain-mainkan dengan sewenang-wenangnya. Jesus tetap Jesus bukannya Allah. Allah Maha Agong kedudukkannya dan Jesus adalah tuhan ciptaan mereka.
Al Quran adalah kalam Allah hanya satu versi dan Injil adalah kata-kata Jesus punyai banyak versi dan mengikut paderi berpengaruh mengubahnya.
Malangnya semalam Tan Sri Rafidah Aziz menghina Al Quran, kononnya bercakap benar dihadapan Al Quran dangan tanpa menutup aurat. Beliau adalah penganut Islam-Umno yang jahil. Mungkin beliau tidak pernah membaca-mendengar terjemahan kalam suci Allah itu.
Allahualambisaw.

20090324

24 - 03 -2009

7.26 am

Tahniah keatas Datuk Seri Ir. Mohd Nizar yang dicalonkan bagi Parlimen Bukit Gantang.

Malam tadi saya dan Sdr. Hairi ( Timbalan Ketua Bahagian Kulai ) ketemu pegawai polis dari Bukit Aman (mengelarkan dirinya Tuan Azman ) dan seorang Inspektor dari Balai Polis Daerah Kulai. Mereka bersahaja dengan teknik psikologi menyokong dasar-garispanduan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengenai ekonomi negara dalam diskusi kami.
Amnya, saya tahu ianya adalah tipu-daya agen BN-Umno kerana pada masa yang sama, malam tadi ceramah DSAI di Kedah disembur gas pemedih mata. Dan semalam juga, akbar Suara Keadilan dan Harakah digantung permit pengedarannya selama tiga bulan. Pihak Polis Di Raja Malaysia diperkudakan dengan dasyat. BN-Umno pasti tewas.
Mereka juga merayu kepada saya agar tidak menyampaikan memorendum kepada Sultan Johor. Mungkin juga ada 'watikah' khas dari Datuk Seri Syed Hamid Albar atau Datuk Seri Abdul Ghani Othman agar memerendum tersebut tidak sampai ketangan Tuanku Sultan. Al maklumlah peristiwa tikam-menikam di pemilihan Ketua Umno Kota Tinggi, pesaingnya hanya tinggal disekitar Istana Bukit Serene.

20090323

23 - 03 - 2009

5.30 pm
Jawah Gerang sebagai calun Pakatan Rakyat dari KeADILan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Batang Ai. Juga diumumkan ialah pemilihan saudara Nicholas Bawin sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.
Kini dua kerusi yang diperuntukkan untuk PKR telah diumumkan. Walaupun AMK Johor tidak terlibat secara rasmi ke Sarawak namun saya diberitakan AMK Pusat telah menusunatur jentera ke Batang Ai. Jika terdapat anggota AMK Johor yang ingin berkhidmat , sila hubungi saya atau Sdr. Azam Basri . Saya dimaklumkan kemenangan menakjubkan menanti PKR disana. Malah beberapa kejutan bakal berlaku. Ayuh ranapkan BN.
12.30 pm
Sebentar tadi, seorang Special Branch telah menghubungi saya. Kami bersembang melalui telefon mengenai isu terkini tolakcampur politik tanahair. Saya lebih mengutarakan pentadbiran BN-Umno yang sudah tidak releven dikacamata masyarakat dan media.
Lebih kurang setengah jam perbualan tersebut, rasionalnya kebimbangan pihak berkuasa pada isu-isu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Berkemungkinan mereka bimbang jika Pakatan Rakyat memerintah akan berlakunya jenayah lebih teruk dari yang 'disajikan' oleh BN-Umno. Diakhir perbualan kami, beliau mempelawa saya untuk 'beramah-mesra' dengan pegawai atasannya .
Insyaallah malam ini mungkin saya ketemu mereka. Pengalaman saya yang telah sudah, terlalu banyak intipan dan ugutan tangkapan dilakukan oleh pihak Polis terhadap saya dan rakan-rakan yang lain. Saya berharap tugas mereka tidak berat sebelah semasa menjalankan tugas.

7.41 am
Berapa minggu lepas saya mengupas mengenai dokumen Ketua AMK Kepala Batas yang menjadi kekalutan PKR Pulau Pinang dan beliau dipanggil oleh Lembaga Displin. Saya tidak mahu ulas pekara tersebut, bukan kerana saya takut dipanggil kali ke-2 oleh badan tersebut.
Apa yang ingin saya katakan ialah dua hasil keputusan berbeza.
1. Mohamad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan kerana ingin 'menyambung belajar'.
2. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hanya tidak dibenarkan bertanding yang terbukti melakukan rasuah . Tetapi dikekalkan Ketua Menteri Melaka.
Mereka berdua dilibatkan dengan jawatan Timbalan. Saya tidak mengetahui secara terperinci dua permasalahan tersebut. Tetapi PKR adalah parti berjiwa rakyat. Yang bersalah tetap bersalah serta tidak boleh memimpin, kerana rasuah adalah najis segala jenayah dan musuh No. 1 Malaysia. Dua hasil keputusan tersebut memperlihatkan SPRM semakin dunggu dalam menjalankan tugas mereka.
Amanah dan 'akujanji' sebelum menjalankan tugas tidak dipatuhi. Jika Tun Mahathir Mohamad berkata Tan Sri Muhammad Taib tidak reti berbahasa orang putih dan tidak layak menjadi Tmbalan Presiden Umno. Maka SPRM boleh juga dilebelkan sebagai lembu yang tidak pandai membaca. Ratusan lapuran dibuat keatas penjenayah politik BN-Umno tetapi malangnya mereka tidak pandai membaca.

20090321

21 - 03 - 2009

2.18 pm

Saya kini masih berada di Pahang atas urusan peribadi.
Saya melihat sekilas membaca nama 'najis-najis' UMNO yang di istiharkan telah terbukti melakukan rasuah di internet. Khabarnya 4 najis tersebut terdiri dari ADUN dari Pahang. Saya kira, jika ADUN tersebut digantung keahlian dan mereka menjadi calon bebas. Senario politik akan banyak berubah. Lembaga Displin UMNO agak pelik kali ini . Mereka hanya tidak membenarkan bertanding, diberi amaran dan dilucut jawatan secara terpilih .
Mungkin juga kerana 'najis' terkemuka Malaysia bermukim di Pahang. Maka 'najis-najis' yang lain berasa selesa dan bermaharajalela. Saya tidak pelik jika pelaku terbukti rasuah untuk calon Ketua Pemuda Umno hanya diberi amaran. UMNO hanya membenarkan perasuah terhebat sahaja menjadi pemimpinnya. Bagi mereka hanya penjenayah sahaja boleh mentadbir Malaysia.
Ahli Parlimen Pengerang agak 'kepanasan' kini. Beliau adalah mangsa kambing hitam terkini bagi memujuk Tun Mahathir Mohamad menyertai UMNO semula. Tun Mahathir pula terpaksa bermain dengan media sekarang demi memenangkan anaknya. Jika anaknya kalah, bersepailah UMNO.
* Perkataan 'najis' dipinjam dari blog Kerajaan Rakyat.

8.06 am
Saya dihubungi oleh seorang 'paku dibahu' mengenai satu perhimpunan yang akan diadakan hari ini Di Kuala Lumpur. Perhimpunan itu dikatakan dianjurkan oleh NGO yang ditunjangi oleh NGO pro UMNO.

Saya menyeru semua anggota AMK Johor tidak terpedaya atau menyertai perhimpunan tersebut. Ia adalah agenda UMNO untuk mempolitikkan atas nama kesatuan melayu. Kesatuan melayu yang dilaungkan kerana mereka sedaya-upaya ingin menyelamatkan UMNO yang hampir pasti terpadam di peta politik Malaysia. UMNO adalah parti penjenayah.
Saya mendapat infomasi , penyokong PKR yang berbangsa india di Johor akan menyertai beramai-ramai ke Pilihanraya kecil di Bukit Selambau. Dijangka lebih 200 orang telah siapsiaga untuk membantu calon PKR disana.

20090320

20 - 03 -2009

6.31 pm

Tahniah dan selamat maju-berjaya buat Sdr. S.Manikumar.
Hari ini beliau diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Permai, Sungai Lalang di sini.
Manikumar, 35 tahun, seorang anggota biasa PKR sejak dua tahun lalu, merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.Anggota PKR bahagian Merbok itu berasal dari Taman Ria Jaya , menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.
Saya akan gerakkan segala jentera AMK Johor untuk membantu kemenangan bersama.

MINISTRY OF DEFENCE

It is wrong to think that Defence scandals confine only to submarine, Eurocopter, Sukhoi, and big-time weapons.
Today I held a press conference in the lobby of the Parliament to expose more scandals in awarding Defence contracts. Last week, I received a written answer from the Ministry of Defence revealing that in 2008 54% of the RM8 Billion worth contracts had been awarded through direct negotiation.
The justification for direct negotiation was due to secrecy and sensitivity of national security. However here is a case that required high level secrecy:
One the favorite recipients of contracts is a guy named Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal. I found out that he is a loyal member of Umno from Bukit Gantang division (Membership no.: 00924477).
My search also found that he has been a director or share-holder of some 30 companies. Nearly 90% of contracts involving the supply of various items and rations to the Defence Department were awarded to his companies.
I presented to the reporters a list of these contracts. Here I just want to cite two examples:
a. Komantra Sajian Sdn Bhd was awarded through direct negotiation a privatisation project of food catering to the Armed Force (ATM) for Northern and Eastern Zones of Peninsular Malaysia. The contract cost taxpayers RM600 million.
b. GPB Coporation Sdn Bhd was given a RM300 million contract for bus transportation to service National Service training.
I don’t want to go into the issues of the quality of the services. I have also received a lot of complaints from members of our Armed Forces over the food quality and other supplies.
We have no doubt some hanky panky is going on here. I think Pak Lah didn’t have much time to go into the details in the Defence Ministry. However I call on him to at least set up an independent inquiry to audit the Defence spending and contracts.
By Tian Chua

20 - 03 -2009

7.39 am

Semalam saya bersama gerombolan belia di Kota Tinggi. Kami berdiskusi bagaimana kesatuan gerakkerja dan sepakat dalam organinasi.
Jelas, ilmu adalah tunjang bagi perolehi pendapatan yang memuaikan. Penelitian kertas cadangan harus diberi keutamaan setiap aktiviti perekonomian. Dan seterusnya bidang kuasa setiap individu pemimpin perlu diteraskan dengan ilmu dan pengalaman. Tindakan beremosi amnya memudaratkan hasil-kerja berkumpulan.
Walaupun Malaysia telah melahirkan ratusan ribu siswazah, namun ilmu yang diperolehi gagal mengekang krisis ekonomi internal. Malah amat mengecewakan bajet rangsangan terbaru tiada peruntukkan bagi membaikpulih sistem IPTA-IPTS sediaada. Penyediaan dan penghasilan ilmu dipandang enteng.
Terdapat ramai siswazah berkelulusan pertanian berkerja difirma bank atau yang tiada kaitan dengan kertas ijazahnya. Itulah malangnya dibawah tadbiran kerajaan BN-Umno. Bajet hanya menyelamatkan golongan 'mereka' bukannya rakyat keseluruhannya.

20090319

19 - 03 - 2009

3.09 am

Sejauh mana pihak berkuasa terutama 'pegawai paku dibahu' boleh diperalatkan bagi menjadi benteng BN-UMNO ? Lima dah rebah, lainnya makin goyah.
Staff Kementerian, Jabatan dan separa kerajaan banyak yang telah menafikan dengan terbuka tidak diperkudakan oleh BN-Umno lagi. Ugutan akan dipindahkan ke pantai timur atau Sabah-Sarawak jika tidak meyokong BN-Umno sudah tidak mampan. Realitinya terdapat penjawat awam menjadi petualang bangsa dengan gaji sedikit tetapi kehidupan mewah di jabatan kerajaan.
Saya meneliti paparan pengistiharan pendapatan para Exco kerajaan Pakatan Rakyat di laman web kerajaan Selangor. Jika mereka memperolehi RM17,000 sebulan, sudah tentu Exco sebelumnya juga memperolehi hampir sama. Exco BN-Umno yang lepas mempunyai kemewahan luarbiasa. Saya agak terganggu dengan angka-angka tersebut. Dibenak terfikir, mengapa segelitir pegawai kerajaan bersungguh-sungguh melindungi kerajaan BN-UMNO ?
Mungkin perkiraan mereka, wang pencen boleh digunakan untuk ke Mekah untuk taubat bersama-sama pimpinan BN-Umno bila sudah bersara. Allahulalmbisaw...

7.31 am
Ketika keyakinan rakyat kian meningkat pada PKR, BN-UMNO makin rebah dalam politik tanahair. Bukan desas-desus lagi pimpinan parti berlogokan keris itu ingin meyertai PKR, ianya akan berlaku tanpa kejutan.
Pergeseran yang jelas diseluruh Malaysia dan pentadbiran songsang oleh BN-UMNO memperlihatkan Dewan Parlimen dan Putrajaya diisi dengan bergaya pada PRU-13. Graf kecapaian negeri-negeri yang di tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat memperlihatkan kenaikkan membanggakan. Malah pegawai-pegawai negeri sediaada memberi kerjasama menyeluruh.
Kerisauan saya bukan kejatuhan BN-UMNO, mereka sudah tiada moral. Saya lebih memfokuskan kesatuan belia dan ekonomi masyarakat keseluruhan agar berpadu tenaga meningkatkan taraf ekonomi bersepakat. Persatuan, Koperasi dan Syarikat jalinan usahasama perlu meningkatkan daya-kualiti . Pemasaran dan perakaunan perlu mengikut arah-arus semasa. Penelitian perlu pada ekonomi kerana ia lebih penting dari memikir-bicara BN-UMNO yang telah punahranah

20090317

17 - 03 - 2009

5.37 pm
Kelmarin memperlihatkan gelombang di Segamat amat memberangsangkan. Pekan yang dahulunya merupakan antara kubu terkuat BN-UMNO kini ia akan menjadi catatan sejarah sahaja.
Isu yang dipawagamkan tentang ketuanan melayu kini menikam BN-UMNO. Rakyat Johor telah lama sedar siapa dalang yang membelakang istana selama ini. Jika sekarang ini BN-UMNO mengatakan Pakatan Rakyat membelakangkan istana dan cuba menghapuskan hak melayu-bumiputera, ianya pasti menjadi bahan jenaka.
Bukan sahaja Datuk Seri Wira Mohd. Ali Rustam sahaja akan berputih mata, kemasukkan berduyun-duyun keahlian PKR di Johor memperlihatkan Nusajaya juga bakal dihuni oleh Pakatan Rakyat.

20090316

16 - 03 - 2009

6.35 pm
Rombongan kami seramai 6 orang pergi ke Bahagian Segamat, disambut kesungguhan oleh para pendukung disana.
Mereka menunggu sekitar 10 orang. Iltizam mereka amat menajubkan. Dalam masa terdekat mereka berjanji akan mengemukakan barisan baru bagi membaik-elok barisan sediaada. 'Cikgu Zul' yang tidak asing bagi PKR Johor menyatakan akan menggerakaktifkan barisan baru di Bahagian Segamat. Sementara Mr Ng Chee Yong bersetuju untuk memimpin barisan hadapan bagi Bahagian Sekijang.
Terdapat juga cadangan dari rakan-rakan berkaitan organisasi AMK Johor, terutama berkaitan tugas kerja dan perjawatan. Insyallah, padangan tersebut akan diambil perhatian. Dalam berjemaah tidak semua pandangan diterima dan ditolak.
Malam tersebut kami telah diundang oleh DAP Segamat menghadiri Majlis makan malam bersama YAB Lim Guan Eng. Kehadiran sungguh luar biasa. Semua meja habis, malah ramai yang sanggup datang berdiri, tidak kurang juga yang terpaksa mendengar dari luar saja.
YAB Lim memulakan pidato yang hebat dan seterusnya Cik Nah Budin dijemput menyampaikan ucapan bagi pihak PKR Johor. Mendapat tepukan dan sorakkan gemuruh sehingga ramai yang melontarkan ucapan tahniah kepada beliau. Turut berucap, Wakil Pas Segamat Sdr Firdaus, YB Dr Boo Cheng Hau, Mr Pang dan Sdr Ahmab Tun. Majlis tamat jam 11.30 malam

12.40 pm
Sekitar 5.00 petang nanti, saya dan beberapa rakan PPNJ akan mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Segamat. Wanita yang diwakili Cik Nah Budin dijangkakann menemui juga pergerakan wanita.

Pada sebelah malam kami dijemput oleh DAP Segamat bagi meraikan majlis mereka. Kami juga dijangkan akan beramah-mesra dengan PAS disana.
Saya dimaklumkan juga AMK Gelang Patah telah membatalkan program mereka pada 22/03/2009 atas masalah teknikal . Oleh kerana kelender YB Nik Nazmi masih kekal ke Johor pada tarikh tersebut. Sdr. Azam Basri akan memaklumkan lokasi baru kelak. Harap maklum.

10.44 am
Pasaran kerja agak terhad ketika ini. Bukan sahaja dikalangan lepas IPTA/S. Golongan professional juga kian terbabit dalam krisis ekonomi ini. Dijangka suku tahun ketiga dan seterusnya memperlihatkan tekanan yang tinggi diseluruh dunia.


Para ekonomis bimbang kejadian jenayah akan meningkat dengan pantas terutama jenayah kolar putih. Kerana jenayah ini lambat dikesan malah ada yang tidak terkesan. Gejola ini bagai tidak dapat dibendung lagi. Kejadia pecah rumah mungkin meningkat.
Apa yang sangat dibimbangkan penaikkan harga petrolium dunia sekali lagi. Kesannya pasti parah. Walaupun ianya boleh meruntuhkan kerajaan sediaada (BN). Padahnya sudah tentu kepada semua.

20090314

14 - 03 - 2009

12.22 am
Perangkap tidak memilih mangsa.
1. Dakwaan Datuk Azlina Othman Said mendakwa orang Kem UMNO merosakkannya.
2. Datuk seri Hissamuddin Tun Hussein mendakwa mangsa surat layang.
3. Tan Sri Muhammad Taib mencabar Datuk Sei Anwar Ibrahim berdebat diluar dewan mengenai ekonomi negara.
4. Utusan Malaysia mendakwa Rosmah Mansor adalah Permata Negara.
5. Tun Dr. Mahathir Mohamad : Masyarakat melihat 'robohnya' UMNO yang penuh dengan rasuah.
6. Datuk Seri Khir Toyo mendakwa PKR dan UMNO Selangor kompromi menjatuhkan beliau.
7. Cadangan Gobind Singh Deo digantung setahun disidang Dewan Rakyat. Siapa akan terima padahnya ?

8.19 am
Sebentar lagi saya akan bersama rakan Pakatan Rakyat akan menadakan sidang akhab berkaitan permasalahan kekerapan masalah banjir di ibukota Johor. Plan alternatif amat mendukacitakan. Kepakaran yang dimiliki anakjati Johor yang mempunyai kepakaran berkaitan dipinggirkan.
Kelekaan BN-UMNO Johor ditahap terburuk dan perlu diubah kerajaan sediaada. Pelan alternatif seperti penambah-tinggi jalan, tanah, benteng penghadang dan menambahbaiki peperitan diabaikan begitu sahaja. Saya berharap pihak Polis jangan hanya berkumpul beramai-ramai dimajlis ceramah dan perhimpunan kami. Jika berlaku banjir kilat, hadirlah dibandar Johor Bahru. Bantu pemilik kenderaan yang terperangkap banjir dan kesesakkan yang berlaku. Polis Trafik mempunyai pegawai terhad.

20090313

Norza Sebak (Bacul) Di luar Mahkamah

Jika salah seorang yang cuba merasuah Calon PAS di DUN Pasir Raja pada PRU-11 yang lepas mengucapkan 'Astafirullahalazim....' sepeti seorang yang sudah bertaubat nasuha.
Hari ini Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhaan rasuah, berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.
Sambil menitiskan air mata, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti.
Mungkin baginya setelah banyak berjasa kepada partinya, 'halal' untuk pemimpin BN-UMNO melakukan rasuah. Saya pasti beliau maksudkan ialah ribuan lagi fail yang terdapat dikantong SPRM dan Lembaga Displin UMNO masih disorokkan.
Bagi saya adalah bacul bagi Datuk Mohamad Norza hanya mendiamkan diri jika mengetahui rakan-rakannya juga bersalah. Bongkarlah 'semua fail' agar mereka menanggis bersama.

13 - 03 - 2009

3.30 pm

Mesyuarat Khas AMK Johor
* Agenda : Akan dimaklumkan
* Tarikh : 13-03-2009 ( Jumaat )
* Masa : 8.00 Malam
* Lokasi : Pejabat AMK Johor, Simpang Ranggam, Kluang Johor.
* Kehadiran : Exco, Ketua AMK Bahagian, Ketua Biro dan Ketua Zon.

7.28 am
Para Alim-Ulama mengelarkan bulan ini sebagai bulan kerasulan. Ia sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 'tahun gajah'.
Lantaran itu, iktibar dan garis-panduan menyeluruh perlu dijadikan tauladan. Niatusaha yang selari kearah masadepan yang harmoni perlu dimantapkan. Ibadat yang konsistan dan istiqamah dalam perjuangan murni perlu dikendung selagi hayat dikandung badan.
Hanya 13 tahun menjalankan dakwah-perjuangan, baginda dapat memberi sinaranNya hingga ke hari ini. Lantaran itu, AMK Johor dan semua diingatkan agar sentiasa menjadikan Rasulullah sebagai panduan hidup agar hidup kita dan generasi perolehi nikmat hidup yang sejati. Usah tunduk pada kebatilan kerana 'mereka' yang menegakkan kebatilan adalah musuh Allah, negara dan bangsa.

20090312

12 - 03 - 2009

5.12 pm
***RALAT***
Merujuk kepada catatan dairi saya pada 11-03-2009, jam 9.21 am. Pengaduan SPRM terhadap Datuk Seri Syed Hamid Albar adalah merujuk kepada pemilihan UMNO Bahagian Kota Tinggi. Ia tiada kaitan pada PRU-11 atau 12. Harap maklum
10.09 am
Dua Sidang media akan diadakan :-
1. Sidang Media Masalah Isu Pengairan
Tarikh : 14/03/2009
Masa : 10.00 am
Lokasi : Hadapan CIMB , Jalan Sg. Segget, Johor Bahru

2. Sidang Media Masalah Ketenteraman Awam
Tarikh : 15/03/2009
Masa : 10.00 am
Lokasi : : Hadapan Caltex, Bandar Putra, Kulai, Johor.

Semua pendokong keadilan, wartawan dan ahli Pakatan Rakyat dipelawa hadir. Pihak Polis tidak perlu 'berhempas-pulas' kerana sidang ini tidak melibatkan pertuduhan rasuah terhadap BN-UMNO.

7.41 am
Wakil Perhubungan Negeri diwakili saya, Cik Nah Budin dan Sdr. Azam Basri telah melakukan lawatan kerja ke Bahagian Kota Tinggi semalam sekitar 7.30 - 10.00 malam.
Kami bangga dengan iltizam rakan-rakan disana. Walaupun tekanan daripada pegawai 'paku dibahu' agak drastik, namun mereka mempunyai perancangan bagi perelok-baiki organisasi di Kota Tinggi. Pekara ini akan kami bawakan ke Mesyuarat Negeri kelak. Seterusnya kami akan membuat lawatan ke Bahagian lain dalam masa terdekat. Insyallah akan dimaklumkan.
Kepada AMK Bahagian-Bahagian lain diingatkan untuk meningkatkan hubungan-gerakkerja bersama PAS dan DAP dengan bersepadu.

20090311

11 - 03 - 2009

9.21 am

" Astafirullahalazimmmmm....."
Itulah ungkapan jelas dimulut Sdr.Azman B. Abdul Rahman setelah beliau ditangkap oleh saya dan rakan-rakan ketika melakukan rasuah terhadap Hj. Sanip bagi mewakili Datuk Halimah Sadiq supaya wakil PAS itu menarik dari pada PRU ke-11. Bersama beliau adalah Srd. Abdul Rahim Bin Adlan juga agen BN-UMNO.( Berlaku pada 16 mac 2004 jam 12.00 tengahari ). Kami menyerahkan perosak bangsa ini kepada Sarjan Mansur (Balai Polis Bukit Besar).
Pada jam 4.15 petang Tuan Azman dan 7 anggota BPR (SPRM) dari cawangan Johor telah datang ke lokasi dan mengambil pengaduan dan duit bukti sebanyak RM5,000.00. Saya mendengar sendiri baki RM95,000,00 akan diberikan setelah Hj. Sanip menarik diri pada PRU-11 itu.
Sehingga kini pihak SPRM masih membisu. Semalam, saya bersama Srd. Mazlan Aliman dan rakan-rakan sekali lagi membuat tuntutan dan lapuran keatas pekara yang sama juga aduan berkaitan Datuk Seri Syed Hamid Albar. Saya berharap SPRM Johor tidak mengikuti jejak SPRM Pulau Pinang, Selangor dan Ibupejabat seperti yang diungkapkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim iaitu 'lembu yang dicucuk hidung'.
*
8.11 am
Sepakat kearah gemilang.
Saya ingin menegaskan kepada barisan Exco AMK Johor agar sentiasa berhubung dan mengambil keputusan dalam apajua akiviti dan perancangan. Tindakan yang lepas banyak memberi implikasi negitif dan memberi kepersepakatan yang rapuh.
Kepada individu AJK AMK Johor jika terdapat masalah berbangkit aktiviti yang lepas, sila buat lapuran bertulis agar ianya diteliti dan diambil tindakan. Pada dasarnya 'pelaku' perlu memberi solution untuk mengatasinya.
Pada beberapa hari yang lepas Setiausaha AMK Johor telah berbincang dengan Datuk Johari Abdul di Kedah mengenai gerak-kerja AMK Johor di 3 pilihanraya kecil. Keputusan dan persetujuan telah diambil untuk AMK Johor bertugas di Bukit Gantang. Namun jika terdapat pendokong yang ingin ke Bukit Selambau atau Batang Ai sila maklumkannya.

20090310

10 - 03 - 2009

5.30 pm
BN-UMNO sudah rasa kejatuhannya di bumi Gemilang ini.
Pagi tadi mereka mengutus penjawat kerajaan yang mempunyai paku dibahu untuk menyoal-gertak Exco AMK Johor. Aduh... lagaknya macam tidak akan jumpa malaikat maut. Enak sungguh ugut kami yang kerdil ini.
Saya pada dasarnya tidak kaget, walaupun 'si-sipulan' agak gementar. Permainan ini sudah lali bagi penjawat 'berpaku dibahu' di seluruh Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.
Apalah jantannya mereka mengertak ahli politik dengan gari dan sel lokap. Penjenyah yang ternyata dokuman, terbukti angka dan merompak wang rakyat dibiarkan mondar-mandir.
Kepada pegawai berpaku dibahu , perlukah kami keluar dari PKR dan bersama-sama BN-UMNO merompak dan menipu rakyat ? Bila kamu pulang ke rumah nanti, dihadapan anak-isteri 'kamu' jawaplah persoalan ini dengan jelas kepada mereka. Kami izinkan mereka mendengar bagi pihak kami yang 'kamu' anggap kami perosak negara.

8.04 am
Hari ini satu laporan-memorendum kepada Suruhanjaya Pesuruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Johor jam 11.30 pagi. Kami mahu kes rasuah Datuk Seri Syed hamid Albar disiasat dengan adil dan kes sogokkan calun pada Pilihanraya Umum ke-11 terhadap calon PAS DUN Pasir Raja.
Diseru agar semua pendokong keadilan menyertainya. Semua bukti, fakta dan agen yang terlibat kami kemukakan dengan jelas, terang dan tepat.

20090309

09 - 03 - 2009

1.01 pm

Saya telah menerima arahan daripada Ketua Perhubungan Negeri dan AMK Pusat agar menyiap-siagakan jentera AMK Johor ke Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Perak. Saya berharap semua jentera tidak leka dan 'melucahkan' gelaran-sebutan 3 pilihanraya tersebut. Kelekaan pasti membawa padah.
Mengenai beberapa pertanyaan mengenai 'skim mini ransangan' yang akan diumumkan esok. Saya melihat, jika RM 10-15 Billion diagihkan. Ianya tidak mencapai maksud pakej rangsangan ekonomi. Pemulihan maksima perlu dilakukan dengan teliti :
1. Peniaga kecil dan sedarhana diberi pinjaman-saguhati khas bersyarat.
2. Pakej rangsangan sepatunya RM100-150billion (dinilai mengikut peratusan tranksaki perniagaan-perdanganan tahun 2008) .
3. Pelabur asing diberi imbuhan khas dan pekerja asing disusut-berhentikan bagi mengisi pengangguran rakyat. ( Mengurangkan pengalirkan dana keluar tanpa pertumbuhan ekonomi )
4. Bonus khas diberikan kepada usahawan-pengusaha yang telah bertahan lebih 10 tahun.
5. Jumlah Kolej-Universiti tajaan kerajaan dikurangkan. Kerana terdapat beberapa pusat pengajian mempunyai bidang pengajaran yang sama. Pejimatan kos perlu dilakukan dengan tegas. ( Telah dilaksanakan di Singapura )
6. Kerajaan perlu jujur mengistiharkan syarikat-syarikat yang telah mengalami kerugian-muflis.( seperti di istiharkan dengan jujur di barat )

9.36 am
Hayati Cerpen Zionis Malaysia. Layari & klik : http://amkjohor.blogspot.com/2009/03/arnaud-dubus-vs-najib-tun-razak.html

8.12 am
Kemana Pemuda UMNO di Johor, riuh bak gagak . Ajak bersemuka. sepi seribu bahasa !
Kelmarin selepas mendengar Pidato 'Ketuanan Rakyat' di Shah Alam. Saya sempat meneguk secawan teh dan sepinggan nasi lemak bersama Ketua PPNJ iaitu Hj Annuar Salleh, Pengerusi Tetap PKR iaitu Hj Issamuddin, Cik Nah Budin, Sdr. Fauzi Ketua AMK Batu Pahat, Sdr Azam Setiausaha AMK Johor termasuk 11 orang yang lain.
Diskusi dibawah pokok itu amat menarik. Maklumat terkini, keahlian baru PKR Johor kini terkumpul mencecah 1000 orang. Fokus diskusi lebih menjurus kepada gerakkerja bersepadu dan 'serangan cyber' bertaliarus terutama kepada UMNO.
Beberapa rangkakerja sepanjang tahun 2009 antara AMK dan Perhubungan Negeri akan diatur tanpa pulisiti awal bagi keberkesanannya. Minggu hadapan saya bersama Cik Nah Budin akan melawat dan memulih-selia satu bahagian diselatan.
Dalam sehari-dua hari lagi saya akan mengumumkan perlantikan pegawai khas AMK Johor bagi menyelaras gabungan pemuda Pakatan Rakyat dan NGO. Ianya bagi penyelasaran sumber maklumat , gerakgempur dan 'serangan c4' untuk dilakukan sepadu.

20090307

07 - 03 - 2009

4.08 am
Selaku Setiausaha Persatuan Anak-Anak Peneroka FELDA Kebangsaaan (ANAK) dan Bendahari Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Selatan (MBFWJS) , saya merasakan ulasan yang dilakukan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor seperti menegakkan benang yang basah.
Bagi saya, tindakan beliau menidakkan hak generasi pertama-kedua peneroka FELDA bagaikan 'meneguk air berkuman'.
Mereka (Belia FELDA Tementi) alpa tentang keputusan mahkamah terhadap FELDA di Gua Musang. Jika lapuran Polis kami dipandang enteng, adalah jalan terbaik kepada kami untuk membawa pekara ini kemuka pengadilan. Namum pekara tersebut akan saya usulkan-bincang bersama ANAK sebelum menfailkan saman tuntutan terhadap mereka yang rakus dan penindas.
*
7.18 am
Pada tahun 2006 saya telah dipanggil oleh Lembaga Displin Pusat bagi soalselidik pertuduhan. Ketika itu saya tidak sedikitpun merasa gusar.
1. Saya tidak pernah mengharap jawatan.
2. Tiada terpasang niat untuk menjadi calon pilihanraya walaupun acapkali dilawa.
3. Tiada kekebalaan dalam menuntut keadilan sejagat.
4. Tidak pernah terfikir untuk lari dari perjuangan walaupun ketika itu dipecat atau dihukum.
5. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sedia menerima hukuman walaupun saksi ,dakwadakwi dan kewarasan pendakwaan dipalsukan.
Saya berharap AMK Pulau Pinang tidak melatah tentang apa yang berlaku disana. Keadilan wujud disetiap inci bumi Allah. Jika terdapat keputusan tidak menyebelahi atau tindaklaku sumbang. Ianya boleh diperbaiki dan dirayu.
Tiada manusia yang kebal walaupun individu itu lahir di istana kayangan. Apabila sampai waktunya setiap insan pasti mati tidak kira apa agamanya. Di Situ penghakiman adalah bukan mainan seperti lakunan Tan Sri Abdul Ghani Patail . Yakinlah pada keiklasan.

20090306

06 - 03 - 2009

5.52 pm
Jika skandal sex jadi agenda populariti MCA itu agak mengiurkan.
Datuk Seri Hissamuddin Tun Hussein pantang mendengar selain kaum UMNO mempopualarkan diri dengan membangkit isu Agama atau melayu di media. Mahu tersembur-sembur air liurnya mencabar sesiapa yang memainkan isu tersebut. Datuk Razali Ismail pula sorokdiri pergi ke Balai Polis untuk buat lapuran terhadap Karpal Singh. Konon-kononya menyorok dari wartawan. Langkah kecundang bakal ditempah. Ewah, malusilu anak Muar ini menjawap wartawan.
Kepada MCA, usah bermain isu Agama, kelibat-kelibat UMNO sedang mabuk populariti. Mahu remuk redam kamu dibelasahnya nanti. Tepuk dada , tanya Ketua Pemuda pasir Gudang.
*
12.37 pm
Waduh Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang. Lagaknya bagai Megat Panji Alam.
Dikatanya kami membisu seribu bahasa. Saya sejak dahulu, malah sebelum Parti Keadilan Nasional ditubuhkan lagi tidak bersetuju sistem quota bumiputera-melayu. Usah ego dihadapan wartawan saudara Rohazam. Dengan sepanduk penghinaan terhadap Karpal Singh terus cacicela kami. Mahu kemuka debat, kami tahu Pemuda UMNO bacul.
Saya alu-alukan cadangan menegakkan kebenaran aparteid. Pastikan Saudara Rohazan menyediakan fakta , usah seperti Menteri Penerangan. Diskusi yang memalukan UMNO sahaja.
*
8.45 am
Daripada pak Ngah :
Syabas, pdon telah menunaikan satu tanggungjawab demi perjuangan.Terus terang sahaja sebenarnya AMK sembrong belum dilahirkan dan masih dalam kandungan ibunya ( bunting gajah). Pdon akan menjadi bidannya kerana bidan yang ada sedang sakit tenat dan nazak.Pak ngah sangat bangga dengan pdon kerana sebenarnya saudara mempunyai bakat dalam bidang penulisan. mesti diteruskan dan digilap hingga terserlah.Sebagai orang tua di sembrong, pak ngah sentiasa amalkan " tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak terkuak". Orang putih kata " win-win sitiution". Tugas dalam politik adalah tugas sukarela dan tiada paksaan, oleh itu, apa sahaja percakapan anak buah kita adalah betul ( w/pun kita tahu yang dimaklum adalah alasan bukannya jawapan kepada persoalan sebenar). sebenarnya sokongan dengan dokongan adalah dua perkara yang berbeza w/pun pengertiannya hampir sama. samalah dengan" hendak buat "dengan "akan buat" sebenarnya tidak memberi pengertian apa-apa kerana kedua-dua belum membuahkan hasil. kesudian pdon menghadiri mesyuarat dengan melapor perkara semasa dalam mesyuarat sudah cukup mengembirakan hati pak ngah bahawa bahagian sembrong kembali bernyawa dan nyawa-nyawa ikan sudah tiada lagi. "hangat-hangat tahi ayam tak sama panasnya tahi lembu ( sekarang cerita lembu lebih popular dari ayam)."Perjuangan kita memerlukan banyak pengorbanan terutama dengan masa, wang dan ruang peribadi. Tanpa masa yang kita ada, kita akan mencari alasan untuk menyatakan kesibukan harian. Tanpa wang yang kita ada, kita akan sembunyikan untuk tidak menunjuk kita tidak ada cukup wang dan kita kan mencari alasan yang berterusan.Terlalu selesa dengan ruang peribadi, kita akan lupa janji perjuangan.Oleh itu, masa, wang dan ruang perlu kita sediakan dahulu sebelum berjuang. itu semua adalah bekalan dalam perjuangan. Dayatahan dan kekuatan perjuangan akan terhakis jika kita tiada masa, wang dan ruang. Kuatkan MWR....mawar berduri..., durinya sering menikam kulit halus dan lembut yang meninggalkan kesan parut. ..( kita bicara lagi, dilain masa....salam perjuangan
*
Daripada Mohd. Firdaus Bin Zainal ( AMK Semberong ) :
1.Jangan melulu serangan.
2.Bertindak balas terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh media-media perdana
3.Tiap-tiap ahli parti perlu siap sedia berhujah dengan fakta atau alasan yang kukuh
4.Jangan mendabik dada dengan apa yang ada
5.Gilap semula semangat perjuangan
6.Menonjolkan tokoh-tokoh yang hebat dari semua bangsa
7.Mendidik semua pemimpin dan ahli-ahli parti tentang dasar serta matlamat parti
8.Sikap saling tegur menegur sesama ahli serta pemimpin parti samada dalam bentuk kritikan atau idea..tetapi melalui cara yang bijak bukan dengan emosional
9.Agenda perjuangan –rakyat diutamakan
10.Semua pemimpin mempunyai tanggungjawab bukannya keistimewaanMesyuarat diadakan dengan secara bergilir-gilir lokasi mesyuarat mengikut Zon.Tidak lagi sebelum ni hanya tertumpu pada lokasi di Simpang Renggam sahaja dengan ini boleh mengatasi masalah ketidakhadiran ahli-ahli mesyuarat.
Telah diputuskan,lokasi mesyuarat AMK akan datang diadakan di Zon 4 iaitu Gelang Patah bertarikh 19 April 2009 dalam jangkaan.
Masalah ketidakhadiran ahli-ahli mesyuarat semakin serius dan selepas ini setiap kehadiran ahli-ahli mesyuarat akan dicatat dan akan dinilai setiap seorang dan boleh menjadi masalah disiplin itu sendiri.Alasan ketidakhadiran yang munasabah akan diterima.
*
8.25 am

Daripada G mampos anwar :
Kesamarataan….em, katekan ade 7 student melayu/bumi dpt 7A dlm SPM dan 3 org dpt 10A & ada 10 student cina/india yg dapat 10A…tp kuota utk ke oversea hanya utk 10 org…..kesian btol org melayu/bumi yg hanye bbrp org dpt diserap utk kuota tersebut…..berbanding skrg yg msh mengekalkan hak keistimewaan org melayu, msh besar peluang utk org melayu further study ke oversea…bukan nak racist, ttp itu adalah hak org melayu tetapi hendak dimansuhkan pula oleh org melayu itu sndri iaitu DSAI!

Daripada chee-meng :
Malaysia should take Singapore as role model….let the deserved ones rule the country and in charge of economy. No more special priviledge for bumi…like study loan or scholarships and others.Malaysia should abolish quota system…No more BUMI quota for ASB, Mara, ITM, Polytechnics and emloyment in Govt and Semi Govt including PeTronas, TNB, Telekom and the likes. Let Bumi compete equally with non bumi like Singapore.This is what we call “ABSOLUTE JUSTICE”. Singapore is progressive bcos of this. Bravo

Daripada sherry :
Yes, we should take PAP’s Singapore as role model, like Singapore’s PM appointing his wife as the CEO of Temasek and losing US$56 billion for Wall Street’s investment (Meryll Lynch, Bank of America,etc.), or the PM’s father’s uncle as the Chairman of Singapore Investment Group and losing US$50 billion for Citigroup’s and other investment. Is this what you call Absolute Justice? or is it absolute nepotism at the highest order. Where are Malay’s brains in Singapore? Probably they have smaller-sized brains than the Chinese.
Hmmm….there’s no cronyism and nepotism in DAP role model too yah!

20090305

Aux portes du pouvoir, le chef de l'opposition accusé de «sodomie»

DUBUS Arnaud
De notre correspondant à Bangkok Le dirigeant de l'opposition en Malaisie Anwar Ibrahim a-t-il sodomisé l'un de ses jeunes assistants ? Le vice-Premier ministre Najib Razak était-il l'amant d'une Mongole assassinée et dont le corps a été détruit à l'aide d'explosifs ? Ces questions, qui pourraient constituer la trame d'un soap opéra de mauvais goût, témoignent du climat délétère de la vie politique malaisienne.
Anwar Ibrahim, dont le mouvement politique a ébranlé la coalition gouvernementale lors des élections de mars dernier, a été inculpé jeudi de «sodomie consensuelle», un crime passible de 20 ans de prison en Malaisie. Les faits se seraient produits le 26 juin. Mais selon un rapport médical, dont les détails ont été largement diffusés sur Internet, rien n'indique que Saiful Bukhari Azlan, l'assistant d'Anwar qui a porté plainte, a été sodomisé.
«Conspiration». Anwar Ibrahim a depuis été libéré sous caution par un tribunal de Kuala Lumpur, devant une audience bondée de ses partisans. Agé de 60 ans, le charismatique leader de l'opposition a désormais la voie libre pour participer à une élection législative partielle, fin août, prélude à son entrée au parlement et, espère-t-il, au renversement du gouvernement en place.
Etrangement, les accusations d'abus sexuel lancées contre Anwar, qui avait été condamné dans le cadre d'une affaire similaire en 1998 avant d'être acquitté six ans plus tard, semblent avoir renforcé sa popularité. Un sondage effectué par le Merdeka Centre de Kuala Lumpur montre que 89 % des sondés ne croient pas aux nouvelles accusations. «Beaucoup de gens voient cela comme une nouvelle conspiration, estime Steven Gan, directeur du site d'information politique Malaysiakini. A moins que les accusateurs n'apportent des preuves solides, ils ne parviendront pas à convaincre le public.» Cela risque d'être d'autant plus délicat que le vice-Premier ministre, Najib Razak, a reconnu avoir rencontré l'assistant d'Anwar Ibrahim début juillet, avant que l'affaire n'éclate.
Instabilité.Affaibli par la mauvaise performance électorale de mars, le Premier ministre Abdullah Badawi a d'ores et déjà indiqué qu'il allait transférer le pouvoir, à l'horizon 2010, à Najib Razak, un aristocrate aux ambitions affichées. Mais celui-ci est lui-même lié à une scabreuse affaire de meurtre commis par ses gardes du corps : l'assassinat par explosif d'une jeune traductrice mongole qui faisait chanter un ami proche de Najib. Depuis, Anwar et Najib sont en guerre ouverte, échangeant mutuellement accusations et invectives.
S'il est élu fin août au parlement, Anwar peut devenir Premier ministre, à condition d'arriver à débaucher trente députés de la coalition gouvernementale. Certains d'entre eux étaient prêts à franchir le pas, avant que la nouvelle affaire de sodomie ne fasse surface. Depuis, ils attendent de voir quel tour vont prendre les événements.
Les autres estiment que la volonté d'Anwar de saisir immédiatement le pouvoir risque de prolonger l'instabilité politique. «Beaucoup pensent qu'il devrait attendre quelques années et entrer à Putrajaya [le site du gouvernement, ndlr] par la grande porte et non pas par la porte de derrière», affirme le politologue Chandra Muzaffar. Le sous-entendu est graveleux mais il est révélateur de l'atmosphère politique à Kuala Lumpur.

05 - 03 - 2009

6.06 pm
Esok 06-03-2009, saya akan menyertai YB Boo Chen Hau ke Kukup Pontian bagi melawat dan menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa ribut. Kepada sesiapa terutama ahli PKR diseru turut serta.
*
12.44 pm
Mudah bagi saya mencanang cadangan ini. Bumiputera-malayu UMNO pasti mengatakan saya penghianat jikalau saya seorang MP memperkatakan ini di Dewan Parlimen. Mungkin kecaman akan saya terima lebih teruk dari yang YB Karpal Singh terima. Demi bangsa anakketurunanbangsa melayu saya rela dicemuh. Dasar keutamaan perkauman khusus pada melayu menyebabkan melayu sekarang begitu tertinggal, lemah dan sembab.Perlaksanaaan politik dunggu kerajaan BN-UMNO menyebabkan jenayah berleluasa. Institusi Agama dijualbeli.
Punah sudah bangsa melayu.
*
9.39am
Daripada Nurulamin Abu Bakar
*
Saudara Zabidie,
Harapan saya selaku rakyat marhaen, jika PR betul2 melaksanakan apa yang dikatakan “ketuanan rakyat” seperti yang dilaung2kan selama ini, ATAU PR sebenarnya adalah klon kepada BN yang sudah memerintah 51 tahun. Maklumlah, BN sudah tua, PR nampak “remaja” di mata rakyat. Takut2 buat benda yang sama akhirnya.
Terutamanya, PKR, walaupun parti berbilang kaum, harus membuang imej UMNO. Tapis pemimpin2 tertinggi terutamanya “bekas” pemimpin UMNO yang diterima masuk, kerana mereka akhirnya akan membawa perangai UMNO ke dalam parti anda. Saya melihat PAS amat konsisten dengan perjuangan mereka walaupun ditawar wang dan kuasa. Tengok apa jadi dengan wakil PKR dan DAP di Perak sehingga sanggup “lompat parti”. Mereka ini “Lemah dalam perjuangan”.
Mungkin juga dasar kerajaan selama ini yang dianggap “Aparteid” oleh PR akan lagi dikitar semula jika PR diamanahkan oleh rakyat. Mungkin hanya diberi penjenamaan baru sahaja.
Satu lagi, ketuanan rakyat memang wujud, tapi bukan di Malaysia. Contoh terdekat, Indonesia dan Filipina. Ketua kerajaan yakni Presiden terus dipilih oleh rakyat. Sehinggakan siapa2 dari kalangan rakyat waima bekas pelakon pun, berpeluang menjadi Ketua Kerajaan. Itulah ketuanan rakyat yang diperjuangkan oleh golongan2 tertentu di negara ini.
Maka, berani kah kita semua membuat perubahan???
Saya berdoa ianya tidak akan berlaku. Harap2 “ketuanan rakyat” slogan ciptaan DSAI hanyalah satu reformasi pada “ketuanan melayu” yang sedia ada.
Kita tunggu dan lihat!!!

*
07.27 am
Sebenarnya, apartheid dimulakan untuk membantu Bumiputera Orang Putih di afirka Selatan dengan konsep "separate development", makna pembangunan juga untuk kaum masing-masing sebaik Ketuanan Afrikaner ditegakkan (Orang Putih berketurunan Belanda). Tetapi dasar apartheid lama-lama menjadi dasar untuk mempertahankan kedudukan sosiekonomi dan poltik segelitir elit berkuasa (pada wanktu itu minoriti orang putih) apabila mengabaikan kepentingan majoriti orang hitam, Orang Melayu Cape, orang india, dan orang hitam. Makna apartheid bermaksud Bumiputeraism disalhgunakan untuk kepentingan segelintir elit berkuasa, di dalam konteks Malaysia Umnoputera+MCA+MIC. mengambil alih Putra Jaya akan ada satu dasar yang betul2 akan dapat memberi “kesamarataan” kepada semua rakyat malaysia.Saya hanya mampu memerhatikan, samada PR


Dr. Boo Cheng Hau
*
YB Dr. Boo dan rakan-rakan.
Tidak mengapa jika diasaskan oleh entiti mana. Sejarah meningkatkan ilmu dan sepadan kepada kenistaan. Secara jujur sebagai melayu-bumiputera saya lihat sistem quota menyebabkan bangsa melayu-bumiputera menjadi pasif. Aparteid kaum cina juga berlaku di Singapura. Di Indonesia, masyarakat kaum cina terpaksa mengunakan nama pribumi untuk mengecapi sedikit advantage. Masyarakat mat black sudah dinaik taraf di barat. Si Obama memecah dominasi perkauman minoriti, dan banyak mat black lain telah banyak menjadi Trillionair.
Golongan bangsa tertekan-tertindas lebih berjaya pada amnya. Pasti conggakan saya, melayu-bumiputera akan kecapi kecemerlangan jika menjadi bangsa tertinggal.
Perkiraan saya, tidak perlu diperdebatkan Aparteid ini dengan BN-UMNO. Kita kuasai sahaja Putrajaya dan hapuskan sistam quota-aparteid. BN-UMNO tidak pandai berdebat !

20090304

04 - 03 - 2009

2.12 pm
Saya kini berada di Kuala Lumpur bersama Md Simpul Hj Yahya dan rakan-rakan. Beliau adalah wakil kumpulan bekas peneroka Felda yang di 'anaktiri' kan oleh Felda. Sebentar tadi kami berdiskusi dikantor En. Anuar Hj. Harun, beliau adalah Pengurus Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia.
Beliau amat terkejut dengan permasalahan yang berlaku terhadap bekas peneroka Felda ketika ini. Kini kami dalam perjalanan ke MPOB bagi menyerahkan permohonan lesen untuk menjual buah sawit .
.
08.43 am
Bumiputerarisme atau Apartheid
* MHSE, Pelabuhan Tanjung Pelapas dan Syarikat gergasi lain memperlihatkan orang melayu berani bersaing.
* Bank perdagangan dan firma pembiaya tidak memilih untuk membantu. Namun kondisi pentabdiran dan prasyarat menjadi keutamaan.
* Terdapat banyak projek yang dianugerahkan kepada bumiputera telah terbengkalai. Banyak juga firma bukan melayu yang menyiapkan projek tersebut melalui konsep 'alibaba'.
* Terdapat banyak firma bumiputera yang mana pengarahnya adalah hanya kerani atau pemandu syarikat. Perlukah ia diteruskan bagi memuaskan kuota bumiputera.
* Apa perlunya pemilihan/keutamaan kaum dalam pengagihan tender, pinjaman dan pemberian hak jika bangsa melayu terus mundur dalam ekonomi dan sektor pelbagai industri.
* BN-UMNO bimbang penjawat politik mereka tidak mendapat imbuhan jika quota melayu-bumiputera dihapuskan.
* Terdapat banyak firma bumiputera telah mencapai tahap kecapaian dunia tanpa melibatkan tender kerajaan dan membangkitkan isu quota.
* Rekod melayu-bumiputera pasti lebih gemilang dengan persaingan sihat dan tanpa memilih kaum.
* Pengagihan kuasa melalui dasar perkauman-apartheid merosakkan kitaran ekonomi dan politik negara.

20090303

Bumiputerasim yang Disalahgunakan Merupakan Apartheid

KENYATAAN YB Dr BOO CHENG HAU
( Ketua Pembangkang Johor )

Tujuan saya membangkitkan perbandingan di antara Apartheid dan Penyalahgunaan Bumiputeraism dalam dasar ekonomi adalah untuk menarik perhatian Kerajaan terhadap ketidakpuasan pelabur Dana Johor terhadap harga belian balik satu saham 50 sen manakala pelabur Amanah Saham Johor ditawarkan harga belian balik satu unit satu ringgit.
Maka layanan berbeza ini boleh dikatakan bersifat “Apartheid” yang memisahkan dua golongan Warga Johor. Seperti yang dikatakan oleh YAB Menteri Besar 49% pelabur Dana Johor adalah Orang Melayu.Oleh itu, tujuan saya adalah mengharapkan Pelabur Dana Johor Melayu ditawarkan harga belian balik saham yang saksama juga jika berbanding dengan Amanah Saham Johor.
Oleh itu, hujah YAB Menteri Besar sendiri itu membuktikan bahawa saya tidak memainkan sentimen perkauman sebab pelabur Dana johor didirikan daripada semua Anak Johor pelbagai kaum.Tambahnya sesetengah bank menwujudkan dua kadar faedah berasaskan Ahli dan Bukan Ahli. Sebenarnya, keahlian tidak ditawarkan kepada bukan Bumiputera walaupun mereka miskin.
Dasar ini bukannya tindakan afirmatif tetapi lebih bercorak segregasi dan menjejaskan perpaduan warga Malaysia.Apartheid adalah ditafsirkan sebagai “separate development” (Pembangunan Berasingan)

Selanjutnya, sila layari http://drboochenghau.blogspot.com/

03 - 03 - 2009

5.11 pm

Sidang DUN Perak dijalankan di bawah pokok.
Sandiwara BN-UMNO memperkosa segenap institusi. Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak lagaknya seperti Sultan mengatakan Sidan DUN tidak boleh dilakukan, petang ini Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh Ridwan Ibrahim meluluskan permohonan injunksi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam exco negeri bagi menghalang Speaker V Sivakumar mengadakan persidangan DUN alasan penghakiman ianya tidak mengikut undang-undang.
BN-UMNO kian panik, malah Datuk Mazlan Harun, UMNO Muar sendiri telah jelak dengan tipuhelah partinya. Malangnya ugutan beliau jika aduan tidak diterima, belaiu ingin menyertai Pakatan Rakyat (PR). Mungkin bagi Datuk Mazlan PR adalah parti pengemis. Saya rasa beliau adalah pengemis.
*
8.02 am
Semalam saya berkesempatan duduk bersama Naib Ketua (1) Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sambil menikmati tom yam udang di Restoran Noor, Taman Universiti, Skudai. Apa yang menarik dalam perbincangan malam itu adalah berkaitan dengan pemikiran EXCO AMK Johor dan Ketua2 dan EXCO2 Bahagian...Beliau yang baru sahaja pulang dari Mesyuarat EXCO AMK Johor dan beliau berpandangan bahawa EXCO AMK Johor dan Ketua2 AMK Bahagian perlu ada anjakan paradigma di luar kotak pemikiran jika mahukan AMK atau PKR itu sendiri dihormati lawan dan kawan...... ( catatan penuh di http://amkgelangpatah.blogspot.com/ )

Sdr. Faizul Amer dan rakan-rakan.
Makenisma perlaksanaan memerlukan toleransi dan persepakatan antara penjawat Bahagian dan Negeri serta Pusat. Bahagian Gelang Patah mempunyai nama tersohor diserata, kombinasinya diambil iktibar dari segi positif dan negitif.
Saya menerima pandangan saudara dengan inisiatif dan positif. Bawakan pekara tersebut ke mesyuarat AMK Gelang Patah , utarakan secara rasmi dan bentangkan pada mesyuarat negeri. Kami akan minitkan untuk diambil tindakan. Saya pasti Naib Ketua, Srd. Nazri Ismail mempunyai inovasi kearah kecapaian terbaik cadangan tersebut.
Saya menelitinya pada transaksi yang lalu. Rekod Johor agar memilukan sehingga Ketua Umum menegur secara tegas kepada barisan kepimpinan baru PKR Johor agar memperbaikinya.
Saya berterima kasih atas pandangan tersebut. Persoalan dan jawapan keseluruhannya, kesepakatan dalam membuat keputusan pada perancangan membawa kebaikkan. Tindakan individu pastinya menanggung kredit kepada kelompok lainnya. Ia memeritkan.

20090302

02 - 03 - 2009

6.59 pm
http://www.1malaysia.com.my/ * Pertandingan Fotografi *
Ini ada blog Dato' Seri najib Tun Razak. Beliau menyediakan hadiah kepada pertandingan fotografi. Saya yakin beliau belum pernah melihat kekejaman FRU dan pihak berkuasa lain 'gotong-royong' membelasah rakyat Malaysia seperti tentera Israel membelasah penduduk Palastin. Mungkin juga beliau belum pernah melihat kesengsaraan anak-anak mangsa ISA kelaparan tiada makanan. Mungkin juga beliau ingin melihat india, melayu dan cina di belasah dalam satu perhimpuanan aman.
Bersama-sama kita menghantar gambar tersebut kepada beliau. Semoga ada kesedaran kepadanya akan kekejaman BN-UMNO kepada bangsa Malaysia .
*
8.23am
AMANAT HARAPAN RAKYAT
Ucapan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim

STRATEGI
Kita perlu memperkukuhkan jentera serta memperkuat semangat, kita juga harus memikirkan secara bersama bagi mendapatkan dana untuk parti.
Untuk itu, saya telah meminta Setiausaha Agung parti agar membawa parti ke hadapan untuk menyahut cabaran tersebut. Mulai saat ini juga, pihak sekretariat akan lebih memberi tumpuan kearah pengukuhan akar umbi diseluruh negara.

Bagi mencapai tujuan itu, kita akan memastikan sekurang-kurangnya satu mesyuarat dan ceramah diadakan pada setiap bulan oleh setiap negeri dan bahagian. Manakala ketua penerangan di setiap negeri akan diminta untuk melaporkan kepada ibu pejabat parti setiap bulan bagi membincangkan perkembangan terkini serta arahan dan langkah selanjutnya.
Pengambilan ahli-ahli baru harus ditingkatkan kerana ia adalah salah satu strategi kita bagi menghadapi pilihanraya di masa depan.

Tahun-tahun kebelakangan ini, anda telah mempamerkan semangat kesungguhan dalam perjuangan. Namun demikian kita seharusnya akur bahawa masih terdapat kekurangan dan kelemahan, masih ada ruang untuk kita memperbaiki serta melakukan peningkatan. Kita juga mahukan penyertaan yang lebih berkesan daripada rakan-rakan yang baru menyertai parti. Kita mesti terus melangkah ke hadapan, manakala mereka yang ada bersama kita pada hari ini adalah mereka yang komited dan sanggup berkerja keras untuk membawa parti ini ketahap yang lebih tinggi.

Perjuangan ini akan mencapai matlamatnya jika setiap daripada kita mengerti akan pentingnya semangat kerja berpasukan.
Bahtera telahpun menarik sauh tanda pelayaran sudah bermula, ayuh bersama kita melakar sejarah yang penuh gemilang. Kepada anda yang telah meraih undi daripada rakyat, adalah teramat penting mendapatkan sokongan berterusan dari rakyat untuk terus bersama melayari bahtera perjuangan.

Buat anda yang telah diberi tanggungjawab dengan memegang jawatan-jawatan dalam parti, diharap dapat menjalankan amanah tersebut dengan berusaha lebih gigih demi memartabatkan perjuangan keadilan.Masa semakin berlalu , ia telah membawa kita hampir kepada Pilihanraya Umum sekali lagi, oleh itu amatlah penting buat kita merebut setiap detik bagi membina kekuatan perjuangan menegakkan keadilan.Dengan situasi ketidaktentuan ekonomi serta kerapuhan dalaman pihak lawan, ia seharusnya memberi kita kelebihan untuk terus mara kehadapan. Tambahan pula, keyakinan yang ditunjukkan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat masih tetap utuh. Ini semua hasil dari kesungguhan kita yang selama ini senantiasa menumpukan untuk terus berkhidmat demi masyarakat.

02 - 03 - 2009

7.32 am
Salam perjuangan.....
Pak Ngah lama menunggu saat seperti ini untuk dapat ngobrol dijalanan bersama tokoh hebat AMK johor. " kenal bukan bererti sudah memahami jiwa rohani seorang bakal pemimpin hebat abad 21.".
Banyak perkara yang terungkai dan tertunda dapat dibicara dan dibualkan di sepanjang perjalanan ke kuala lumpur amat terpegun bila buku sejarah melayu yang pernah saya baca semasa mengambil STPM dahulu dirungkai dengan lunak melalui sajian herba versi baru oleh DSAI. Pasti saudara zabidie akan mengupasnya dengan dailog dan lokasi baru. Sejarah melayu berulang lagi, kalau dulu di Melaka, kini sejarah melayu diteropong dari PUTRA JAYA. Siapakah pemegang watak "si kitol" dan "raja mandelar".
*
Salam Harapan Baru buat Pak Ngah dan semua.
Meneliti legenda dan mitos peradapan melayu , kelihatan kemusnahan Kerajaan Melayu Melaka hampir persamaan dengan bakal akan berlaku pada Kerajaan Melayu UMNO. Watak Si Kitol dan Raja Mandelar dalam BN-UMNO perkiraan saya terlalu ramai. Malah usah dilihat pada 'seberang sana', Si Kitol pun mungkin ' ada disini '. Lihat sahaja selepas PRU-12, terlalu ramai individu menagih jawatan . Katanya sejak 1998 beliau telah berjuang dan sering mendengar ceramah. Kita perhatikan sahaja nanti .
Teguran dan tamparan yang berkumandang di Hotel Quality itu terhadap 'deligasi Johor' amat sahdu. Barisan baru tidak patut menyalahkan barisan terdahulu, kerana kita berada di barisan terdahulu ketika itu.
*
1. Banyak bercakap tetapi tidak berkerja.
2. Banyak yang berkerja tetapi tiada hasil.
3. Berjawatan tetapi untuk glamour.
4. Berkerja tetapi tidak berpasukan.
5. Berkerja tetapi berharap jawatan tinggi.
*
Ada kemungkinan 'kita semua' adalah Si Kitol perosak. Muhasabah diri adalah yang terpuji.

20090301

01 - 03 - 2009

10.30 pm
Mesyuarat AMKNJ petang tadi hanya menampilkan 17 orang sahaja daripada 10 Bahagian. Sedangkan Johor memiliki 23 AMK Bahagian yang telah lengkap organisasinya. Adakah hal ini berpunca daripada Ketua AMK yang tidak berkelayakkan, atau terdapat masalah dalaman AMK Bahagian-bahagian lain terhadap ketua AMKNJ ?

Perkara ini mestilah diatasi segera. Jika tidak sampai bila pun tetap kucar-kacir. Belum memerintah dah kelam-kelibut, apatah lagi bila memerintah kelak. Buang kekeruhan dan kemelut peribadi. Bersatu membina kekuatan, Tumpukan matlamat perjuangan , menegur kiranya berlaku kesilapan, demi rakyat dan parti mesti jadikan keutamaan

Kita bukan Hang Jebat, Kita juga tidak menginginkan Hang Tuah, Si kitol mesti kita perangi, apatah lagi si bangsat mendaliar. Jadi dimanakah letaknya kita.

KEBIJAKSANAAN MENGATASI SEGALA-GALANYA..... Berjuang demi kemenangan rakyat

01 - 03 - 2009

Kemuncak Bantahan Terhadap PPSMI

Adakah kerajaan sedar bahawa mereka sebenarnya cuba menegakkan benang yang basah atau buat-buat tak tahu kerana keegoan diri melebihi daripada kepentingan masyarakat dan negara.Butakah mereka ini kerana Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Mathematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja dibantah oleh orang-orang kampung malah oleh Gapena, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIM), Teras, tokoh bahasa, para cendikiawan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Pakatan Rakyat, malah parti komponen BN sendiri iaitu MCA turut membantah.

Pelik, Datuk Seri Hishamuddin tidak ak buat kajian awal ke, atau memang patuh melulu arahan Tun M? Umno sendiri je yang sokong, itu pun bukan semua. Wahai ahli-ahli umno, nasihatkanlah pemimpin-pemimpin kamu yang bongkak. Kembalikan kedaulatan Bahasa Melayu. Letakkanlah kelogikkan dan kewarasan pada tempatnya iaitu dengan meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya menjadikan Sains dan Mathematik sebagai mangsa.

Kalau pemimpin-pemimpin kamu tetap bongkak, JOM SERTAI KAMI, demi kedaulatan Bahasa Ibunda kita dan kejayaan anak-anak kita dalam Matematik dan Sains dimasa depan. Tunjukkan Kesungguhan kita dengan menyertai :

HIMPUNAN AMAN 100,000 RAKYAT
Tarikh : 7hb Mac 2009
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Istana Negara, Kuala Lumpur