20091031

Gembling Belia Kearah Harapan Baru

Bersama belia di daerah Kota Tinggi amat merangsang minda. Malam tadi pencatat bersama kelompok belia sebuah perkampungan Felda.

Beberapa gerak kerja digembling bersama bagi mencapai pertandingan. Harapan pencatat bukan sahaja pingat terhasil, aktiviti yang digarap membuahkan individu berkualiti.


Beberapa kelompok belia Felda kini berada dilandasan yang memberangsangkan . Namun perkampungan Felda masih mencatat dan menghasilkan penagih dadah tertinggi di negara .

Kekecewaan pencatat terhadap kerajaan BN yang hanya meraih keringat dan undi dari peneroka. Tanggungjawap terhadap nilai kemanusiaan diabaikan.


Pencatat kini berusia 40 tahun, aktiviti bersama persatuan belia sudah sampai pada hadnya. Ingin bersama belia makin bergelora bukan kerana jawatan tetapi 'terhibur' dengan belia yang bersemangat untuk mempertingkatkan diri.

Kerajaan BN dan pengurusan Felda hanya memerah darah anak bangsa, lihatlah anak-anak peneroka yang terjebak dengan najis dadah, rempit, boshia dan jenayah pecah rumah. terabai dan tidak dipedulikan.

Hanya mementingkan undi dan keuntungan, anak-generasi peneroka terbiar.Sampai bila ianya harus berlaku. Pastinya anda bersama kami merobohkan kerajaan yang bongkak.

20091030

Mengupas Catatan Ayahnda Anwar

Pencatat baru sahaja habis menbaca catatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Kaerah, Mesir. Catatan ayahnda Anwar kelihat agak benggis kali ini.

Ahhh siapa tidak marah, madu diberi tuba dikembalikan. Kian seronok YB kita melompat sana sini. Keringat bersama sejak 1998, pabila setahun bergelar Yang Berhormat sudah bongkak, ludah melata.

Pencatat mengerti apa yang Ayahnda Anwar maksudkan. Pencatat juga percaya ramai rakan-rakan agak emosi dengan telatah ADUN PKR yang ibarat katak.

Mungkin juga ada kalangan kita bila bergelar Y.B. kelak beranggan-anggan ingin berkereta mewah, berumah ibarat istana. Bergaul dengan elit bangsawan. Ianya tidak salah jika tidak menyalahi amanah yang dikendong.

Jika itu yang tersemat dihati nurni mengikuti kiblat UMNO-BN, eloknya usah menunjulkan diri untuk menjadi calon pilihanraya.

Kelak diri dicemuh, pengundi memaki hamun dan hilang maruah diri.



Lompat - Undur Kerana Curang Harapan Marhaen

Pencatat bukannya individu yang layak menyelar beberapa pimpinan dan ADUN PKR yang 'merajuk' lantas keluar parti dan letak jawatan.

Kita tahu mengalas harapan rakyat bukan pekara enteng. Meraka tewas dalam mendokong apa yang mereka janjikan selama ini.

Jawatan dan amanah yang diberikan telah diperlekehkan, tidak mustahil ianya demi kepentingan diri . Inilah masalah jika hanya pandai berpidato tetapi jiwa tumpul dengan jati diri.

Bukan sahaja 4, jika 100 wakil rakyat keluar dari Pakatan Rakyat, marhaen tetap mahukan perubahan dan muak dengan rejim UMNO BN.

Siapakah dikalangan kita berjiwa kental untuk mendokong harapan rakyat marhaen ?

Pilihanraya Umum dan Kecil, bila sahaja Pakatan Rakyat menang, kita bersorak. Tetapi menghampakan, kalangan mereka masih ada lagi berjiwa VVIP dan curang undi dan amanah yang diberikan.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri keluar PKR ia tidak merobah kehendak rakyat. Yakinlah bahawa rakyat masih perlukan kerajaan yang amanah, jujur mantap serta prihatin.

Bukan kerajaan yang ada sekarang dan seperti mereka yang 'melompat-undur'. Bersama kita galas Harapan Baru sebagai bangsa yang bermaruah untuk merobohkan kerajaan yang sangat zalim.

20091029

Tranfomasi Kearah Harapan Baru Kian Dicapai

Kesedaran berpolitik dikalangan belia kini kian meningkat. Para professional beranggapan golongan pengundi muda-belia berusia 21-45 tahun majoritinya adalah pengundi atas pagar.

Mari kita berbicara pokok cerita ini dan kebenarannya. Adakah benar muda dianggap pengundi atas pagar atau tidak berpendirian teguh.

Hakikat dari dari keputusan pilihanraya umum dan kecil saluran 4 dan 5 sering berubah angka.

Selain dari itu pengundi bandar dan india dilihat kerap berubah keputusan. Ia sesautu pekara yang perlu dipandang serius oleh semua pendokong PKR.

Dikalangan masyarakat belia terutama di Johor, kita lihat sangat kurang mengatifkan diri dalam PKR. Mereka bukan benci, malu mahupun pengundi senyap tetapi mereka seperti kita. Mereka mahukan perubahan.

PKR adalah parti Harapan baru dan Reformasi kearah bangsa Malaysia setanding dengan Singapura dari segi ekonomi dan bermaruah seperti Iran.

Tidak mustahil ahli UMNO, MCA, MIC dan lainnya mengundi PKR pada pilihanraya. Kelangsungan dari itu kita tidak perlu terkeliru jika mereka masih 'berpakaian UMNO-BN'.

Keputusan undi yang lepas menunjukkan mereka menyokong kita. Lantaran itu, rapatkan hubungan bersama rakan belia dan pengundi muda tanpa emosi kepartian.

Semuanya yakin kita perlukan pemimpin baru bukan dari UMNO-BN yang korapsi dan semakin lama semakin jijik.

Mengimbangi Harapan Belia Dan Bangsa

Selasa malam,
Pencatat bertemu kelompok AMK Kulai membincangkan kerisauan aktiviti Cabang yang terhenti sejak Ramadhan. Rangka gerakkerja yang dipersepakati lebih berkisar kerjasama dikalangan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini gerakkerja agak terbatas oleh turutan Pilihanraya kecil. Rakan-rakan merasakan ketika ini agak bersesuaian kerja diperhebatkan terutama perjumpaan kelompok dan ceramah perdana.

Rabu malam,
Pencatat menghadiri mesyuarat Maljis Belia Felda Wilayah Johor Bahru. Objektif utama perbincangan tersebut mengenai pengurusan kewangan belia cawangan.

Aktiviti belia kawasan juga disusun kembali bagi menfaatkan sumber kewangan dijana bersama. Kemerosotan moral belia ketika ini perlu diimbangi oleh aktiviti kemasyarakatan dan berkumpulan.

Dasarnya kedua-dua perbincangan tersebut berpaksikan ekonomi yang merundum menyebabkan belia dan masyarakat kian terbiar dan liar.

Parti politik dan NGO perlu bersepakat bukan sahaja menghentam secara tuli , program kemasyakatan perlu dijana dengan efektif dan berterusan.

20091027

Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... (9)

Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... (7)

Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... (6)

Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... (4)

Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... (3)



Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... (2)


Bajet 2010: Rakyat Mana diutamakan ... (1)

Memertabatkan Pemuda Sebagai Pemimpin

Setelah had umur Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR diluluskan kepada had umur 35 tahun. Kini Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin dilantik menjadi Ketua Majlis Pimpinan Negeri Melaka.

Pencatat mengucapkan tahniah kepada Ketua AMK PKR diatas perlantikkan itu. Ia memperlihatkan kepercayaan Biro Politik PKR terhadap beliau dan mempertabatkan lagi pemuda dalam kepimpinan.

Lumrah setiap perlantikkan ketua pasti ada yang berbisik. Pencatat yakin Shamsul Iskandar boleh mengalas PKR Melaka dengan lebih mantap.

Warga AMK Johor mengucapkan syabas dan selamat bertugas kepada beliau. Sudah tentunya Melaka dan Johor jiran yang perlu berganding bahu demi kejayaan bersama.

MEMORANDUM PENDUDUK SETINGGAN KEMPAS

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setinggan Kempas telah ditubuhkan pada Jumaat 18hb April 2008 di bawah Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membela nasib penduduk setinggan Kempas yang berjumlah lebih kurang 9,624 orang terdiri daripada 2,000 keluarga. Ia bertanggungjawab menjaga kepentingan 18 perkampungan penduduk setinggan iaitu Denai Pinggiran, Denai Utama, Denai Selatan, Denai Aman, Denai Damai, Kg Semangat, Sawa, Lurah, Seri Rahmat 1, Seri Rahmat 2, Kg Gudang Beras, Seri Kempas 1, Seri Kempas 2, Kg Lembah Murni, Permatang, Sinaran, Banjaran dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai.

Penduduk setinggan Kempas telah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak tetapi malangnya tiada pihak yang sanggup mendengar rintihan kami. Berikut kami nyatakan tindakan-tindakan yang telah kami lakukan :

01. 20.Jun.2008 : Penyerahan Memorandum Penduduk Setinggan Kempas Kepada Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Tetapi Tidak dilayan

02. 20.Jun.2008 : Jemputan Untuk Berdialog Bersama Menteri Besar Negeri Johor. Tetapi Tidak dilayan

03. 9.Jun 2009 : Permohonan Berjumpa Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi Tidak dilayan

Lebih menyedihkan lagi adalah kenyataan yang telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian di dalam Dewan Undangan Negeri Johor pada 26hb Jun 2008 yang telah melabelkan setinggan Kempas sebagai ’buta hati’ dan ’buta mata’.

Kami penduduk setinggan Kempas mempunyai asas-asas yang kukuh untuk menuntut kepada pihak kerajaan. Berikut adalah asas-asas tuntutan kami :

1. Kampung kami telah diteroka sejak 20 tahun yang lalu. Sebelum ini tanah ini adalah kawasan hutan yang menakutkan penduduk setempat. Kami telah membersihkan kawasan ini. Selama ini kami tidak mendapat bekalan air dan elektrik. Dengan penuh kesabaran, kami sesama penduduk saling bermuafakat membangunkan kampung ini dengan segala kekurangannya. Anak-anak dan cucu-cucu kami dibesarkan di sini. Kampung ini mempunyai sentimental value kepada kami semua. Kami sangat sayangkan kampung ini.

2. Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung penduduk kampung membekalkan tenaga buruh yang murah kepada pengembangan ekonomi negara. Penduduk kampung sangat komited dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Sebahagian daripada kami menganggotai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan telah banyak membantu menjaga keselamatan pimpinan utama negara yang melawat ke Negeri Johor seperti Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi VIP negara.

3. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada parti pemerintah khususnya UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Kami telah banyak kali menyokong parti ini dalam pilihanraya sebelum ini. Kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). Atas sokongan padu ini BN telah menang mudah di peringkat DUN Kempas dan Parlimen Pulai.

4. Penduduk kampung kami adalah majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebahagian kami berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Kelembapan ekonomi global masakini telah menyebabkan sebahagian kami kehilangan pekerjaan. Kehidupan di bandar besar seperti Johor Bahru memerlukan komitmen kewangan yang besar. Kami juga perlu menyara keluarga yang serba-serbinya memerlukan kewangan. Jikalau pihak kerajaan boleh memberi peluang kepada warga asing khususnya daripada Singapura membeli rumah dan tanah bernilai lebih daripada RM250,000 mengapa tidak kerajaan boleh menganugerahkan tanah kepada penduduk setinggan Kempas.

5. Kami juga sangat tertarik dengan pendekatan pihak Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu setinggan di Kg. Seri Serdang Baru, Kg Seri Jaya Baru, Perling dan Kg Pasir, Tampoi. Penyusunan semula kampung mereka telah memberi peluang kepada penduduk memiliki tanah yang cukup strategik. Sebahagian penduduk di Kampung Gudang Beras, Kempas telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM10 ribu/sebuah rumah. Setinggan Kg Serantau Baru (Kebun Teh) telah menerima bantuan sebanyak RM10,000/sebuah rumah atau pengurangan harga rumah sebanyak RM32,000. Setinggan Kg Jalan Rajawali, Larkin Jaya mendapat sumbangan sebanyak RM25 ribu/sebuah rumah. Terkini adalah setinggan Kg Baru Pelentong Tengah hanya perlu membayar premium bagi memperolehi tanah lot di Kg Bukit Dagang, Ulu Tiram, Johor.

Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan rumah rakyat dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai. Walaubagaimana pun kami terpaksa mengeluarkan wang lebihkurang RM2,500 untuk proses perpindahan. Setakat ini pihak Kerajaan Negeri Johor tidak langsung membantu meringankan beban kami. Kami berpindah tanpa sumbangan saguhati daripada pihak kerajaan seperti rakan-rakan kami di tempat lain. Rumah pangsa17 tingkat ini pula mempunyai perbagai masalah yang merungsingkan kami seperti masalah sosial, masalah kebersihan, jenayah yang meningkat, kekurangan kemudahan infrastruktur dan kelemahan pengurusan. Kami sangat bimbang PPR Taman Kempas Permai bakal menjadi seperti Rumah Pangsa Larkin yang telah menjadi liabiliti kepada imej Kerajaan Negeri Johor sekarang.

Pihak kami sangat teruja dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Y.A.B. Lim Guang Eng yang telah menguruskan setinggan di Kg Buah Pala dengan baik, di mana pihak Syarikat Perumahan telah menganugerahkan mereka sebuah rumah bernilai RM500 ribu/sebuah keluarga. Walaupun umur Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) baru setahun jagung tetapi mereka telah memberi perhatian yang lebih kepada rakyatnya. Berbanding dengan kami yang telah 30 tahun menyokong BN tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Y.A.B. Perdana Menteri telah melancarkan agenda Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kami merasakan agenda ini adalah sangat bersesuaian dengan kehendak semasa. Tahniah diucapkan. Sehubungan itu pihak kami mendesak Y.A.B merealisasikan agenda rakyat ini dengan melunaskan tuntutan-tuntutan kami seperti di bawah :

1. Memohon Y.A.B Perdana Menteri turun ke Kempas untuk mengadakan dialog terbuka dengan seluruh setinggan Kempas tidak kira fahaman politik.

2. Menganugerahkan tanah milik kekal kepada kampung setinggan yang tersusun.

3. Memberikan sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi setiap rumah dan menawarkan rumah sewa-beli atau gantian tanah di tempat lain.

4. Menangguhkan notis Mengosongkan Tanah Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru di Kg Denai Pinggiran, Kempas dan dan sekitarnya sehingga tuntutan kami dipenuhi.

Pihak Kerajaan Negeri Johor sering memberi alasan kekurangan dana untuk memberi sumbangan kepada rakyat Johor khususnya setinggan Kempas. Di sini suka untuk kami nyatakan sumber kewangan yang seharusnya dimanfaatkan oleh pihak kerajaan. Dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri Johor pada November 2008, telah dinyatakan bahawa pada mesyuarat kerajaan negeri Johor bertarikh 14hb Ogos 2007 kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa kerajaan persekutuan perlu menjelaskan ¼ bayaran premium tanah kawasan tanah Hospital Permai sebanyak RM108,492,450 kepada kerajaan negeri Johor. Tanah Hospital Permai adalah tanah yang didiami oleh sebahagian setinggan Kempas. Sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat, tentulah pihak kerajaan boleh memperuntukkan sebahagian kecil daripada nilai premium ini kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan kami.

Semoga perlunasan terhadap tuntutan ini menjadi bukti kepada rakyat Malaysia bahawa Y.A.B sangat serius terhadap agenda rakyat yang telah dilancarkan.

Sekian, Terima Kasih.

Wassalam

Yang Benar

...........................................
Ramli Bin Hj. Ibrahim

Pengerusi
JAWATANKUASA BERTINDAK,
PENDUDUK SETINGGAN KEMPAS,
NO 39 JALAN DAHLIA 9, TAMAN DAHLIA,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tel Pej : 07-2346997, H/P : 019-7285174, No Fax : 07-5205002

s.k :
Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman,
Menteri Besar Johor

Y.B Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang/ Penasihat PKR

Y.B Dato’ Sri Hj. Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS

Y.B Lim Kit Siang.
Pengerusi DAP

Y.B Dato Nurjazlan Bin Mohammad.
Ahli Parlimen Pulai

Cetusan Malim Deman...

Saudara pencatat, Zabidie Abas. Saya berharap saudara menyiarkan email saya.

Saya adalah ahli PKR dan penyokong PAS. Saya telah mengikuti PRU yang lepas-lepas dan 9 PRK selepas Mac 2008. Saya terua kenyataan Datuk Nik Aziz, Meteri Besar Kelantan pasal EGM.

Pada saya , Nik Aziz telah melakukan pekara yang betul dan sepatutnya PKR juga sedemikian rupa. Ini bukan sentimen dipengaruhi MCA tetapi kekalahan memalukan di Bagan Pinang dan hampir kalah di Manek Urai disebabkan YB-YB kita datang berkempen seperti melancong dan pengarah saja.

Saya respect DSAI dan Nik Aziz walaupun kondisi uzur namun kepentingan berkempen tidak membatasi dua pemimpin ulung ini untuk berjuang untuk menang. Lain-lainnya, maaflah... hempehhh.

Kekalahan kita kerana ego dan pemimpin YB-YB pakatan rakyat yang tidak ada kesungguhan perlu dibuang kerana akan merosakkan parti yang memperjuangkan rakyat.

Saya tidak lihat kelibat Hassan Ali, Nasharuddin, Mustafa Ali, Timbalan Presiden PKR dan MPT PKR datang membantu dengan kesungguhan pada PRK yang lepas. Kalau datang pun cuma seperti VVIP, makan dan berborak.

Kita kalah kerana pemimpin seperti ini, sejarah lepas membuktikan kita menang dengan bersua pengundi dan kita kalah kerana pimpinan kita, seperti kacang lupakan kulit.

PKR juga perlu dirombak dan saya lihat ketua PKR Johor macam tak boleh pakai... percayalah Johor akan kalah lagi jika ketua PKR Johor tidak diganti....

Malim Deman
Segamat.

Pencatat :

Saudara Malim Deman, Pencatat hanya boleh menyiarkan dan pembaca menilainya. Bidang kuasa ditangan Biro Politik Pusat.

Terima kasih.

Ketuanan Melayu Singapura & Malaysia

Kita dihidangkan dengan jeritan demi jeritan 'Ketuanan Melayu' oleh juak UMNO. Katanya melayu dimertabatkan di bumi ini.

Adakah benar dakwaan juak UMNO bahawa melayu dianggap tuan atau sampah ?

Fakta yang jelas bahawa pegawai kerajaan dan anggota Polis berbangsa melayu terpaksa mengambil rasuah kerana gaji yang kecil berbanding kos sara hidup.

Adakah pegawai kerajaan dan anggota Polis melayu di Singapura melakukan jenayah ini. Ada tapi sangat sedikit, hanya segentir kerana sikap bukan kerana hidup tersepit.

Dimana 'Ketuanan Melayu' yang kononnya dimertabatkan. Jawapannya tiada, dan kerajaan UMNO-BN kononnya menjaga hak melayu hanya sandiwara untuk mengayakan diri sendiri dan keluarga.

Pencatat tidak merasa keji jika seorang anggota Polis Trafik berkata, " duit ini halal ya... bukan saya minta tapi encik yang beri".

Kejinya pada melayu-UMNO yang dari dulu menjerit-jerit membela nasib melayu pada masa yang sama pegawai kerajaan berpendapatan kecil terpaksa mengambil dan meminta rasuah untuk menyara keluarga.

Itulah UMNO parti keji, pemimpin bermewah dan lali menipu bangsa melayu.

20091026

Putar-Alam Melangsungkan Agenda Billion

Kini kita kian dikelirukan dengan fakta ekonomi negara dan khususnya luarbandar dan rakyat miskin.

Konon pelbagai bantuan berbentuk dana dan khidmat diberikan kepada marhaen dan peniaga kecil. Pabila kita bertanya kepada meraka, jawapannya hampa belaka.

Kini tiada siapa lagi percaya kecuali TV3 dan Utusan Malaysia jika seorang menteri berkata, "Kerajaan memperuntukkan RM.. Billion kepada....... ". Inilah hakikat kerajaan UMNO-BN kini dan seterusnya.

Pencatat tidak mengalang jika ada pembaca yang mempercayai janji putar-alam pemimpin UMNO-BN. Namun kita sedar dan memahami UMNO-BN terpaksa menipu rakyat.

Ia terpaksa diucapkan bagi memeriahkan setiap majlis yang dihadiri menteri itu , kebiasaannya menelan belanja ratusan ribu ringgit ada yang mencecah juta.

Kita akan lihat ianya terus berlaku lagi dan lagi. Bagi UMNO-BN menipu rakyat setiap hari adalah aktiviti sihat.

Untuk menghentikannya, hanya dengan menukar kerajaan. Kita tidak dengar pembohongan ini di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana Pakatan Rakyat enggan menipu rakyat.

20091025

PAKATAN RAKYAT 2009 BY ANWAR IBRAHIM

2009 BY ANWAR IBRAHIM

3A , EGM PAS , 1Malaysia Dan Bajet Tong Sampah

Koran dan media pro UMNO-BN terus menerus mainkan propaganda melemahkan Pakatan Rakyat terutama PKR. Kini abjad '3A' menjadi bualan mereka.

Yang mereka maksudkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali iaitu '3A'. Agenda mereka jelas, agar semua pendokong Pakatan Rakyat terpengaruh.

Siapa diantara anda yang terpengaruh ?. Ataupun anda lebih berminat mengikuti isu cadangan Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat mengenai EGM kepada PAS.

Pencatat mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana mempopularkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu setelah Utusan Malaysia dan TV3 menyedari Bajet 2010 adalah 'Bajet Tong Sampah'.

Isu koran mengenai EGM oleh PAS dan '3A' sebenarnya bagi menutup pekong 'Bajet Tong Sampah' itu. Sasaran mengurangkan pengangguran, lambakan jenayah dan ketirisan berbelanjaan mewah tidak disebut.

Negara mempunyai lebih 50 buah Universiti, Kolej, Institut, Politiknik dan Pusat Kemahiran namun kerajaan UMNO-BN tiada perancangan terhadap belia berilmu selepas tamat pengajian pada 'Bajet Tong Sampah'.

1Malaysia, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari hanya indah pada slogan, hakikatnya ia menghabiskan wang rakyat bagi mengadakan majlis demi majlis, papan iklan, tajaan iklan dimedia dan majlis membodek.

Hasilnya rakyat kian menderita.

20091024

Bajet 2010 Untuk Menipu Peneroka

Kita telah dengar walaupun belum mengerti yang tersirat pada Bajet 2010. Penipuan bersekala besar akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak. FELDA, FELCRA dan RISDA di cantumkan.

Kita maklum ribuan peneroka Felda diseluruh negara sedang berusaha untuk menyaman Felda kerana penipuan wang tanam semula dan grid minyak sawit sepanjang lebih 25 tahun.

Jika saman terlaksana, dana melebihi RM10 Billion untuk diagihkan kepada peneroka semula. Inilah masanya untuk Najib menutup segala keritisan, penipuan dan menjana propanganda.

Jika ketiga-tiga badan-ladang ini dicantukan maka peneroka akan menjadi PESERTA dan bukan lagi berstatus PENEROKA.

Maka saman peneroka akan ditolak mentah-mentah oleh mahkamah kerana Felda Holding dan Technoplant sudah tidak wujud lagi.

Pencatat pasti Najib Razak tergesa-gesa melakukan ini semua kerana terlalu penyelewengan dana telah berlaku dan tidak dapat disembunyikan lagi.

Satu pekara menarik untuk dibincangkan ialah setiap perkampungan Felda mempunyai ribuan ekar tanah poket dijanjikan kepada anak peneroka.

Jika Imam Masjid-Surau di Permatang Pauh ditipu oleh Najib tanpa rasa bersalah, adakah Najib akan rasa bersalah menipu peneroka dan anak-anak peneroka ?

20091023

Dulu, Kini dan Ada Kesudahanannya....

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dituduh menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Pencatat maklum ianya adalah keputusan terpilih bagi melunturkan semangat juang membela rakyat tertindas. Pencatat pasti marhaen pasti geleng kepala dengan keputusan tersebut.

Perlu diingat bahawa insiden tersebut berlaku berpunca daripada tiada tolak ansur pihak Polis terhadap beliau yang melakukan tangkapan tersebut bertujuan provokasi politik.

Ia bukan sautu yang baru terhadap Tian Chua dan pemimpin Pakatan Rakyat lainnya. Sebelum ini rakaman tulen tersedia di You Tube bagaimana pihak Polis melakukan provokasi politik melampaui batas.

Pencatat ingin mengimbau bagaiman Datuk Seri Anwar Ibrahim dibelasah oleh Ketua Polis Negara dan kita lihat bagaimana Mahkamah melindungi Polis.

Seterusnya anakbangsa terus menyaksikan pihak berkuasa meletakkan logo UMNO semasa menjalankan tugas.Alangkah elok jika ditopi Polis tersemat logo UMNO.

Kerajaan perlu ditukar bagi memertabatkan institusi mahkamah dan keselamatan negara.

20091022

Tuntutan Bajet 2010

Pencatat berharap Bajet 1Malaysia yang diwawarkan dapat membela rakyat terutama kaum ditindas. Diantara kacamata pencatat pekara dibawah perlu dititikberatkan :

1. Pegawai, Pondok & Balai Polis ditambah di kawasan Felda dan Taman Perumahan baru.
2. Memulangkan hak rakyat seperti royalti kepada rakyat dan kerajaan Kelantan.
3. Pengumuman mengembalikan Kerajaan perak kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri.
4. Bahasa Malaysia diberikan hak kembali kepada sekolah rendah dan menengah.
5. Penganggur bersijil diberi inisiatif khas disebabkan kerajaan gagal menjana ekonomi.
6. Diberikan kuasa kepada peneroka untuk melantik lembaga pengarah Felda Holding dan Technoplant dimansuhkan.
7. Meluluskan peruntukan untuk membangunkan perumahan Generasi ke 2 disetiap Rancangan
8. Meluluskan permohonan lesen MPOB oleh peneroka.
9. Meningkatkan pendapatan peneroka dengan menaikkan % perahan minyak

Mari Berzapin Bersama Ghani Othman

Tanggal 23hb Oktober 2009 merupakan tarikh Bajet 2010 akan diumumkan. Bajet 2009 telah tersasar jauh.

Pencatat berharap Bajet yang akan diumumkan esok tidak lagi bagai mengetuk 'tong kosong' lagi. Bajet Ransangan 1 & 2 hanya cebisan ungkapan melengkapi ketirisan.

Pencatat prihatin tentang kadar pengangguran di Johor ditahap tertinggi di negara. Ia memualkan dan Johor lebih buruk dari Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak yang sektor perindustriannya tidak setanding dengan Johor.

Pencatat pasti Menteri Besar - Kerajaan BN Johor dan Menteri dari Ahli Parlimen Johor lena dibuai premis dan kehidupan mewah. Rakyat tercicir, kemewahan diutamakan.

Pencatat amat berharap Kerajaan BN-UMNO Johor usah terlalu ego dengan 1Malaysia. Usah "riak berkokok, ekor berciciran tahi". Leka berzapin anak-bangsa kelaparan.

20091021

Pokok Sawit Dirmusnahkan "Geng 1Malaysia"

Felda Nita 2, Mersing menyaksikan pokok sawit yang memberi nafkah tambahan kepada anak-bangsa tumbangkan setelah 8 tahun ditanam.

Ini satu lagi siri kekejaman Felda terhadap peneroka oleh 'Geng 1Malaysia'.

Sebelum ini seramai 42 orang peneroka dan anak peneroka generasi ke-2 telah memohon lebih 5 kali kepada pihak pengurusan Felda agar tanah terbiar diusahakan. Asalnya kawasan tersebut adalah kawasan berpaya dan banjir.

Ribuan Ringgit telah dialirkan untuk membangunkan tanah terbiar tersebut termasuk membina sistem saliran yang sempurna.


Namun tidak diendahkan. Demi untuk menyara keluarga dan tidak melakukan jenayah, sekumpulan penduduk Felda Nita 2 mengusaha menanam sawit lingkungan 150 ekar daripada lebih 1000 ekar tanah terbiar.

Kontraktor dilantik bagi menjalankan kerja-kerja membunuh pokok sawit tersebut. Perkara yang dipersoalkan Felda Technoplant merancang untuk menanam sawit semula ditanah tersebut. Tiada pampasan atau ganti rugi yang dibayar terhadap peneroka ini.

Pelbagai kertas cadangan dan surat rasmi diutarakan untuk membolehkan tanaman sawit itu diluluskan, hasilnya Felda mengarahkan pokok sawit itu ditumbangkan dan dimusnahkan dengan alasan tanaman kontan sahaja boleh diusahakan.

Bagi membantu peneroka berhati tulus yang mencari rezeki halal, ANAK dan Biro Felda & HalEhwal Orang Asal PKR Johor akan bersepadu membantu peneroka terbabit.

Pencatat mengerti dikalangan AMK ramai golongan anak peneroka, ayuh bersama memertabatkan ekonomi bangsa melayu yang ditindas. Usah biarkan mereka terus meracun pokok sawit.

20091020

Nota Perkemas Jentera AMK Johor

Nota kepada AMK Johor.

Kita mengalas Pilihanraya Umum pada Mac 2008 dan 8 Pilihanraya Kecil (PRK) sehingga hari ini.

Alhamdulillah, majoriti masih berpihak kepada Pakatan Rakyat. Terima kasih diatas pasukan AMK Johor yang berhempas pulas mendokong perjuangan demi bangsa dan negara tercinta.

Sesungguhnya mengalas tanggugjawab lebih perit dari mereka yang hanya berbicara dipojok kedai kopi. Terakhir di PRK DUN Bagan Pinang, UMNO-BN mengunakan samseng-pemabuk arak untuk mengarap kemenangan.

Kita tewas pada kecuaian sendiri dan 'strategi ala-yahudi' UMNO-BN.

Tiada Beban Batu Digalas

Kita dengar juga rakan-rakan berbisik tentang jawatan dan calon pilihanraya mendatang. Pada segi positifnya yang membangkitkan motivasi berpasukan.

Namun jika dilihat dari segi negitif, perjuangan tidak perlu pada jawatan. Ia akan membelenggu pemikiran kepada sifat tamak.

Sesiapa juga layak menjadi ketua, hatta layak menjadi Ketua AMK Pusat jika hasil kerja berbaloi. Cabang bergolak tanpa pasukan mantap, apa perlu berbicara tentang calon dan mencatur pentadbiran Pusat.

Pencatat bimbang menang sorak kampung tergadai. Pencatat menyeru, setiap AMK Cabang menyediakan pelan tindakan pada mesyuarat AMK mendatang, Inshallah awal November 2009.

Apa gunanya menyalak bukit tetapi mesyuarat AMK negeri tidak hadir. Malah terdapat Cabang tiada perubahan, malah makin lesu-malap.

20091019

Resolusi Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor

Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor telah berjaya mengeluarkan kenyataan bersama untuk tindakan bersama peneroka Felda Gugusan Linggiu, Taib Andak dan lainnya.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Tn Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal PKR beserta Jawatankuasa Pusat.

Pihak kami telah menerima 5 aduan bertulis daripada peneroka dan akan menyiasat aduan tersebut dan akan mengambil langkah yang sewajarnya.

Ianya akan dibawa kepada Biro Politik PKR Pusat sebelum tindakan selanjutnya dan mahkamah diambil.

Resolusi yang telah dicapai adalah :

  1. Tuntutan wang tanam semula berjumlah RM 17,000 setiap peneroka tanam sendiri beserta faedahnya.
  2. Tuntutan harga perahan nilai sebenar, dan bukan mingikut penilaian Felda atau kilang.
  3. Tuntutan hasil kernel isirung mesti dikembalikan kepada peneroka sejak peneroka menjual sawit kepada kilang Felda.
  4. Menuntut kembali buah sawit yang telah digreding - penipuan kilang sawit Felda
  5. Menuntut Lesen MPOB kepada peneroka.
  6. Mendesak Technoplant dimansuhkan dan dikembalikan kepada Koperasi Peneroka.
  7. Perumahan Generasi ke 2 perlu dilaksana segera seperti yang diumumkan oleh Menteri Felda
  8. Pemilikan tanah peneroka mengikut Akta GSA 1960 perlu digubal mengikut keperluan masakini.

Bakti Semai , Hasil Di Tibai

Jutaan terima kasih kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman atas kesudian beliau berkeringat meresmikan Biro Felda & Anak Asal PKR Johor. Walaupun berteksi beliau mampir demi perjuangan.

Beliau mengimbau perjuangan zaman Tun Razak bersama arwah bapanya dan rakan dalam keperitan menubuh tanah rancangan Felda demi menyelamatkan anakbangsa dari tertinggal dari bidang perekonomian.

Kini lebih 100,000 peneroka Felda telah mangsa penipuan Pengurusan Felda Holding. ia terbukti kes saman Felda Kemahang di Kelantan.

Hasil perahan sawit dan pengurusan ladang oleh Technoplan memperlihatkan peneroka diperdaya dengan maksima. Tipudaya ini akan dibuktikan lagi melalui kes saman Gugusan Moakil, Segamat.

Sudah pasti ia bukan penamat, Gugusan Taib Andak, Kulai juga akan menyusul dengan saman berikutnya , Insyallah.

Jika sebelum ini perkampungan Felda hanya mempunyai seorang pengurus, kini mempunyai dua pengurus bagi menutup segala ketirisan.

Pencatat teruja cerita dan pengalaman Datuk Fauzi bersama bapa serta kelompok pejuang membangunkan tanah rancangan Felda. Namun kini keringat Tun Razak dijadikan habuan lumayan dari kelompok yang memperkayakan diri sendiri.

Daruk Seri Najib Razak dengan jelas memperkotak-katikkan peneroka bagi 'mencuri' undi dan hasil keringat peneroka. Biro Felda & Anak Asal akan meneruskan perjuangan demi mempertabatkan keadilan anakbangsa.

13661

20091017

Diskusi & Pelancaran Biro Felda Johor

Disebelah pagi Pengerusi Biro Felda PKR, Tuan Haji Suhaimi Said dan Ahli jawatankuasa Biro PKR Pusat akan berdailog di Felda Linggu, Kota Tinggi , Johor.

Ia merupakan konvensyen tertutup siri pertama bersama peneroka.Siri jelaljah Malaysia akan diteruskan selepas ini.

Majlis yang disertai oleh beberapa peguam professional akan menyelami permasalahan yang kematu juga membelenggu para peneroka. Dijangkakan sekitar 400 peneroka akan hadir.

Sautu solusi akan dicatatkan seterusnya tindakan bersepadu akan diajukkan kepada Biro Politik PKR untuk tindakan bersepadu.

Pencatat membayangkan sidang mahkamah adalah penyelasaian terbaik untuk membela nasib peneroka tertindas. Kelicikkan Felda memperdayakan peneroka memerlukan penelitian serius sebelum tindakan sia-sia dilakukan.

Sekitar jam 3.00, Biro Felda PKR Johor akan dirasmikan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman. Ia juga merupakan majlis sambutan Hari Raya. Satu dailog terbuka juga akan diadakan di majlis tersebut.

Deepavali Nal Valthukal

Kepada penganut Hindu terutama buat Sdr. Magendran dan rakan-rakan , pencatat mengucapkan selamat menyambut hari Diwali atau Deepavali.


Menyorot kembali permuafakatan di antara Muslim, kristian, budhha dan penganut Hindu. PKR satu-satunya parti berbilang kaum-agama menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Pencatat teruja mengimbas ke dalam dunia Ramayana dan Mahabharata yang penuh mitos, dengan mengadunkan peranan tuhan mereka yang dianggap kudus tetapi juga bersifat fana, dan juga persoalan nilai kemanusiaan dan haiwan.


Pertembungan budaya dan agama tidak berlaku didalam UMNO-BN yang mengkastakan parti menjadikan PKR disegani dan digeruni. Pelbagai fitnah adu-domba tidak mengoyahkan semangat juang membela rakyat dalam segala aspek.


Buat semua yang meraikan hari Deepavali, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal.


20091016

' Tawan Johor ' Teruskan Membela Rakyat

Program 'Tawan Johor' meneruskan jelajahnya. Semalam pencatat bersama rakan Pakatan Rakyat berada di Mersing.

Turut bersama pimpinan dari PKR, PAS dan DAP. Ia juga merupakan program bersama bagi menyambut Eidul Fitri Pakatan Rakyat Johor.

Pencatat mendengar juga ada dikalangan rakan-rakan masih berbisik-bisik mengenai peristiwa di PRK Bagan Pinang.

Ia bukan peristiwa pahit, malah keputusan itu merupakan sautu kesinambungan terhadap siri beberapa kemenangan bagi meneruskan persepakatan.

Peristiwa itu tidak melunturkan kita untuk meneruskan 'Tawan Johor', pencatat yakin rakan-rakan juga tidak luntuk jati diri untuk memertabatkan keadilan dibumi Johor bertuah ini.

Perlu disemat, malah dipatrikan dijiwa bahawa rejim UMNO-BN khususnya di Johor perlu ditumpaskan demi membela nasib rakyat yang kian diperbodohkan. Lihat dikeseliling, pasti kita lihat pencacai UMNO-BN kian mewah merompak hak rakyat.

Penjawat politik UMNO-BN hanya bermodalkan jawatan bahagian atau cawangan tetapi mempunyai kemewahan yang menjijikan. Perlukah kita terus mengeluh disebabkan kekalahan di Bagan Pinang atau terus membela nasib rakyat yang terus dirompak.

Rapatkan saff dan jana kekuatan, seterusnya Yang Maha Esa telah bersumpah didalam Al Quran bahawa kezaliman pasti tumpas pada ketikanya.

20091015

Razali Yakin Kejahatan Mampu Juarakan UMNO-BN

Seduh terang, lagi bersuluh.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang juga seorang Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen dari utara Johor menuduh dakwaan pemuda Pakatan Rakyat membawa dakyah kotor dan menipu di PRK Bagan Pinang, semalam.

Pencatat mengerti kepertian kelompok beliau menegakkan benang yang basah. Hakikatnya bagaimana kelompok perosak bangsa ini mahu menutup bangkai gajah.

Rupanya pencatat terlupa beliau sebenarnya salah seorang politikus yang bersetongkol dengan para perompak hak rakyat. Katanya kelmarin dulu, "saya didik oleh Hissamuddin Hussein".

Pencatat lupa beliau juga mempunyai kereta, rumah dan kehidupan gilang-gemilang hasil dari habuan sebagai penjawat UMNO-BN. Jika beliau berkata jentera Pakatan Rakyat yang ditetak itu hanya omongan kosong.

Benar dan pasti beliau pemimpin pemuda-remaja yang buta-tuli. Mungkin beliau terlalu selesa dengan jawatan yang sediaada dan payah untuk memertabatkan peradapan Islam-melayu dengan memperakui kesilapan dan bercakap benar.

13448

20091014

Delima Ketirisan Felda Kepada Peneroka

Penatap boleh menafikan fakta tersenarai tersebut. Ia dikatakan fitnah dan agenda jahat kepada pejuang Peneroka FELDA :

1. Sejak FELDA ditubuhkan, peneroka tidak pernah diberitahu gred, jumlah tan (terpeninci) dan jumlah tabungan tanam semula.

2. Kerajaan dan FELDA mewawarkan Persatuan Anak-Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) sebagai Penyebarkan dakyah palsu. Ugutan saman sehingga hari ini hanya omong kosong.

3. Wang tabungan tanam semula tidak dipulangkan kepada peneroka yang menanam sendiri dengan pelbagai alasan untuk mencuri wang peneroka.

4. Felda Holding ditubuhkan daripada sebahagian besarnya dari wang caruman peneroka dan hasil keuntungan tahun ini melebihi RM100 juta . Hanya diagihkan RM350.00 kepada setiap peneroka tahun ini.

5. MPOB diarahkan oleh FELDA untuk menentukkan gred buah sawit pada mutu rendah dan bukan pada fizikal sebenar.

6. ANAK diistiharkan sebagai pertubuhan haram kerana memperjuangkan hak peneroka tertindas.

7. Jumlah penagih dadah tertinggi di kawasan perkampungan FELDA tetapi setiap 5-10 perkampungan FELDA hanya ada 1 Balai atau Pondok Polis saahaja.

8. FELDA penyumbang cukai antara terbesar negara. Tetapi prasarana perkampungan FELDA dibiayai majoritinya oleh peneroka melalui pemotongan gaji hasil sawit-getah.

9. Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) mempunyai puluhan ahli persatuan gabungan, sejak tahun 2000 tidak pernah mengadakan mesyuarat agungnya. Namun Ahli Jawatankuasanya menguruskan jutaan ringgit yang disumbangkan oleh FELDA dan kementerian tanpa dipantau oleh mana-man badan.

10. Persatuan gabungan MBFM diberikan sumbangan puluhan ribu setahun dengan tujuan menutup mulut ketirisan yang dilakukan oleh FELDA dan Felda Holding.

11. Sejak 15 tahun lalu diistiharkan 'tanah poket' perkampungan FELDA untuk diberikan kepada pewaris peneroka. Hingga kini tidak terlaksana, hanya 'tanda kawasan' sahaja.

12. Billion ringgit dipinjamkan kepada syarikat dan individu oleh FELDA Holding dari hasil caruman tanaman semula dan tipu gred sawit kepada peneroka. FELDA Holding tidak umumkan peminjam tersebut kepada pencarum.

13. Menteri FELDA dilantik tanpa persetujuan peneroka FELDA. Sejak tahun 1994, Datuk Seri Najib Razak melantik dirinya sendiri sebagai Menteri FELDA sesuka hati.

14. Pengumuman demi pengumuman disebut oleh Menteri 'Haram' FELDA, sehingga kini ia hanya menghabiskan wang Felda Holding untuk majlis keraian dan kos memberi makan untuk menutup mulut peneroka.


13368

20091013

Firaun Pasti Hancur Pada Takdirnya

Provokasi keterlaluan dan nisbah kemenangan pilihanraya kecil yang lepas diantara faktor yang boleh diterima punca kekalahan yang memalukan.

Pencatat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera AMK Johor yang bertungkus-lumus dari awal hingga akhir bagi menjayakan kempen di PRK Dun Bagan Pinang.

Sekalung pujian kepada Khairul Fauzi Muhammud dan rakan-rakan yang mengalas tugas AMK Johor. Pencatat diberitahu terdapat petugas AMK Johor yang dicederakan. Sungguh jijik perlakuan jentera UMNO-BN.

Terdapat juga suara-suara sumbang mengenai pengagihan tugas-kerja. Ia umum bagi mereka yang lebih kuah dari nasi. Pencatat berharap tiada yang tersinggung dengan kaki komplen tersebut.

Kita telah lalui 8 pilihanraya kecil. Semuanya mempunyai strategi berbeza mengikut rentak parti lawan dan strategi Pakatan Rakyat. Menang-kalah adat pertandingan.

Namun nisbah kemenangan masih berpihak kepada Pakatan Rakyat. Rapatkan saff galas tanggungjawab demi bangsa dan negara.

Allah tidak membiarkan Firaun terus bertahta sehingga saat tiba kehancuran ditahap sangat menjelikkan.

20091012

Pencatat Bangga PAS-Pakatan Rakyat Kalah

Tan Sri Mohd Isa Samad : 8,013 undi.
Zulkefly Mohamad Omar : 2,578 undi.
Majoriti menang : 5,435 undi

Undi rosak : 223


Ia agak memalukan. Bukan sahaja PAS sahaja kalah dalam pertandingan ini. Seluruh ahli Pakatan Rakyat harus 'membayar' kekalahan ini.

Kita akan dengar beberapa teguan keras dari bloggers Pro-Pakatan Rakyat dan mulut-mulut basi dari pencacai UMNO-BN.

Pada hakikatnya pencatat bangga dengan kekalahan ini. Bangga kerana kita cuai dalam memperkemaskan jentera. Petugas luar dan tempatan datang hanya berminat berniaga , menghirup sup menjual pelekat-baju-CD, suka mendengar ceramah dan sebagainya.

Tiada kesungguhan membantu kempen, memasang poster dan lebih berminat sebagai pelanggan 'Pasar Pakatan Rakyat'.

Yang agak menarik, terdapat banyak orang kuat PAS mengadakan hari terbuka di hari terakhir kempen dan hari mengundi, tahniah.

Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai sudah membayangkan jentera dan kempen kita goyah. PRK Bagan Pinang kelihatan UMNO-BN lebih kemas berkempen dan mempergunakan pelbagai kejahatan.

Pencatat telah merakamkan gambar Ketua pemuda UMNO Bandar Tenggara sedang memperagakan aksi samseng dan lucah. FRU dan Polis dengan senang hati mengizikan perlakuan itu

UMNO-BN perlu dikalahkan lagi dan lagi, kerana mereka perosak bangsa dan negara.

20091011

Menang Kalah Adat Pertandingan

Pencatat kini dengan bersama hiruk-pikuk saat mengundi.

Walaupun SPR mencipta undang-undang sendiri tanpa kelulusan sesiapa, kami terus bertugas sebagai merayu undi. Dilarang merayu kepada pengundi disebabkan UMNO semakin bacul dalam pilihanraya.

Jentera UMNO dibantu oleh samseng PEKIDA tanpa keperimanusaan terus membaling apajuga bentuk barang kearah kami. Mereka sengaja menimbulkan huru-hara, jika kalah mereka akan berkata punca jentera Pakatan Rakyat bertindak samseng.

Perkhabaran dari undi pos PAS-PR menang hanya bualan mulut-kemulut. Kebenarannya belum dipastikan.

Pencatat boleh katakan PAS-PR boleh memangi PRK kini dari lambaian senyum dari majoriti pengundi. Jika kalah kami sedikitpun tidak berkecil hati.

Semangat membinasakan rejim kejam-zionis UMNO-BN sudah sebati dijiwa kami, jentera Pakatan Rakyat.

Power of Anwar Ibrahim To Bagan Pinang

51% - 49%

Pagi ini Bagan Pinang bagai memberi isyarat kemenangan berpihak kepada calon PAS-Pakatan Rakyat. Hujan turun sejak awal pagi lagi.

Culaan sehingga semalam, Umno mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51 peratus berbanding dengan 49 peratus untuk calon PAS.

Namum pencatat diberitahu ia dicatat sehingga Jumaat petang dari 8 daerah mengundi. Sehingga malam tadi jentera UMNO-BN kelihat tidak sehebat sebelumnya.

Rejim UMNO hanya berharapkan poster Datuk Seri Najib Razak menziarahi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tahun 2004 sebagai senjata terakhir.

Apa yang menarik di PRK DUN Bagan Pinang ialah strategi UMNO-BN agak berlainan. Dengan kehadiran samseng, calon yang tidak bermoral dan hanya bermodalkan 1Malaysia sebagai bahan kempen.

Beberapa pemimpin Pakatan Rayat melahirkan keyakinan kempen hari terakhir mampu meraih 10-20% pengundi atas pagar.

Malah mereka tidak terkejut jika PAS kalah kerana pengundi pos dan cara SPR-Polis mengandalikan PRK ini sangat memalukan.

Mampukan UMNO-BN bertahan kerusi ini. Jam 7 malam sudah terjawab segala persoalan.

12953

20091010

Isa Samad VS Anwar Ibrahim : UMNO Kg. Bagan Pinang Bubar

Pucuk dicita, Ulam mendatang.

Setiba Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat awal pagi, dengan berehat beberapa jam selepas Zohor. Beliau bergegas berkempem ke PRK DUN Bagan Pinang.

Tambah Imej
Sambutan masyarakat india di Sua Betong Estate sekitar 3 petang diluar jangkaan. Ratusan pengundi kaum india menunggu ketibaan Anwar.

Beliau terus menjelajah diberapa tempat dan sambutan begitu juga.


Sepanjang berkempen sebelum ini pencatat memerhatikan UMNO-BN tidak memperlihatkan menentang calon PAS-Pakatan Rakyat. Mereka, terutama Tan Sri Isa Samad lebih berminat mencemuh Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Poster Najib Razak melawat Nik Aziz ketika gering menjadi poster haluan mata di segenap pelusuk Bagan Pinang. Ia memperlihatkan Najib akur ketokohan dan kebijakkan menteri besar Kelantan itu.

Sekitar jam 10.00 malam, Anwar mengadakan ceramah perdana pertamanya di Kg. bagan Pinang, pencatat danlainnya dikejutkan oleh Ketua UMNO Caw. Kg. Bagan Pinang mengistiharkan keluar UMNO menyertai PKR bersama lebih 260 orang ahli UMNO-BN.

Anwar menyentuh mengenai calon PAS-PR yang tidak sedikitpun di 'sentuh' oleh UMNO-BN. ia membuktikan Mohd. Zulkifli Omar tiada cacat cela sebagai pemimpin dan wakil rakyat kelak.

20091009

AYUH REMPUH BAGAN PINANG

Kenyataan Tidak Bermaruah Polis Di Bagan Pinang


Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC II Abd Manan Mohd Hassan berkata "Sebenarnya tidak berlaku apa-apa insiden. Polis ada di situ, ada berkumpul ramai-ramai, kita beritahu suruh bersurai, jadi mereka patuh dan bersurai,"

"Penyokong BN lebih kurang 10 orang yang ditugaskan memasang poster di kawasan berhampiran, perkara ini tidak disenangi oleh penyokong PAS dan telah menegur sekumpulan penyokong BN yang memasang bendera tetapi pada ketika itu polis sampai dan pihak polis telah menasihatkan mereka supaya bersurai,".

"Mereka akur dengan arahan polis dan tiada apa-apa insiden yang berlaku pada ketika itu," katanya.

PERKHABARAN DARI BAGAN PINANG

Kami ( Jentera AMK Johor ) terpaksa bermalam dan berehat di sepadan Melaka/ N.Sembilan kerana bimbang diri dan kenderaan kami dicederakan-dirosakkan oleh 'Geng Bekas Banduan ( Isa Samad ).

Yang pasti kenderaan yang mempunyai pelekat parti pakatan rakyat pasti dipecahkan cermin dan dirosakkan.

Malang, kerana Pihak Polis hanya pandai berkata ,tetapi tidak boleh menangkap penjenyah UMNO-BN. Malah tidak mampu mengaawal keadaan.

Kami akan teruskan perjuangan membeli nasib rakyat. Ayuh, hapuskan rejim Israil UMNO-BN.

- Muhammad Fauzi ( AMK Batu Pahat )

SEBENTAR TADI SY MENDAPAT PANGGILAN TELEFON DR WAKIL PEMUDA(PAS) TERENGGANU, MEREKA SEDANG BERGERAK DENGAN 60 BUAH KERETA DENGAN JUMLAH 1000 ORANG.

SY JUGA DAPAT MAKLUMAT TADI, MARKAS DEWAN ULAMA KITA DIKEPUNG, INSYAALLAH SELEPAS INI KITA AKAN KE SANA BAGI MENYELAMATKAN ULAMA KITA. PERCAYA DAN YAKINLAH KITA MAMPU BERDEPAN MRK WPUN JUMLAH MEREKA MELEBIHI KITA.

BERAPA BYK GOL SIKIT DPT MENGALAHKAN GOL YG RAMAI, DAN ALLAH BERSAMA2 ORANG2 YG SABAR. KITA TDK MENGAJAR PEMUDA KITA MELANGGAR UNDANG2, TTP DLM MASA YG SAMA KITA TDK BERSEDIA DILAKUKAN SEWENANG2NYA OLEH PHK YG TDK BTGGJWB NI.

MRK JUAL, DAN KITA BERSEDIA BAYAR CASH MALAM NI.

- USTAZ DIN TANTAWI

20091008

What happen to Johor PKR ?

Berikut adalah jawapan pencatat terhadapa e-mail tat_lee@yahoo.com. Maaf tidak dapat membalas, e-mail pencatat menghadapi masalah teknikal hari ini.


Assaalamualaikum wbth dan Salam Sejahtera semua.

Terima kasih diatas pendangan dan pendapat yang bernas.

Terlebih dahulu dimaklumkan AMK Johor mempunyai beberapa jentera tetap di PRK DUN Bagan Pinang, diketuai oleh Sdr. Mohd. Fauzi (AMK B.Pahat) Sebagai mewakili AMK PKR Johor. Ketua Wanita , Nah Budin juga kerap berada di Bagan Pinang.

Mengenai cadangan Srd. tat-lee, cara berkempen parti DAP, PAS & PKR banyak perbezaannya. Kebiasaannya trend sekarang AMK Johor mengikut arahan 'on the sport' AMK PKR Pusat. Strategi adakalanya berubah secara mengejut.

Bagi Majlis Perhubungan Negeri Johor mungkin ada kesamaannya.

Punca tiada pengkususan JDM atau dimansuhkan , pencatat mengambil beberapa pekera yang diutarakan kebelakangan ini.

1. Strategi sering bertukar kerana faktor parti lawan.
2. PKR negeri terutama Johor sendiri tidak berani menjanjikan jumlah petugas.

3. PAS telah minta nama petugas dari PKR Johor termasuk Cabang Gelang Patah dan lainnya. Malangnya tiada jawapan konkrit kecuali Cabang Batu Pahat. Jadi Gelang Patah dan lainnya boleh ikut dimana Batu Pahat bertugas(JDM) di PRK DUN Bagan Pinang.

4. Sebelum ini kerja telah ditentukan & diberikan, tetapi ada negeri tidak hantar perserta (pengalaman PRK lepas).
5. Jentera yang tiba hanya berminat dengar ceramah dan beri arahan sahaja.

Ia adalah diantara jawapan am bila ditanya 'mana schedule kerja & JDM bertugas' untuk PKR Johor. Jawapan mereka, JDM mengikut kumpulan terdekat. Iaitu, jika Perhubungan Negeri ikut arahan terus MPT Pusat, AMK ikut arahan AMK Pusat. Begitu juga dengan Wanita.

Saya faham cadangan email dan cetusan ini. Tetapi PRK kini terlalu kerap. Selepas ini maybe DUN Klang pula.

Saya bagi pihak AMK Johor, mencadangkan jika rakan-rakan ingin bertugas. Datang sahaja dan minta kerja di bilik gerakan PKR Pusat. PKR pusat mempunyai ratusan tugas tersedia-ada disetiap JDM.

Terima kasih Sdr. pengirim e-mail

Zabidie Abas
* catatan ini mewakili AMK Johor bukan MPN Johor

Anwar Ibrahim Di bagan Pinang

Si Samseng Menipu Lagi....


Ini gambar si-penipu kononnya membela rakyat, pada masa yang sama mengarahkan ratusan samseng membunuh bangsa sendiri....

Mangsa Geng Samseng Isa Samad & Muhyiddin


'Bekas Banduan' Mengamuk Di Bagan Pinang

Pencatat diberitahu dari beberapa sumber yang meyakinkan , puluhan petugas Pakatan Rakyat yang berada DUN Bagan Pinang telah dicederakan, malam tadi.

Ia dipercayai dilakukan oleh penyokong UMNO dan PEKIDA yang mengunakan kayu, topi keledar , pedang dan dan senjata bebentuk besi.

Diberitahu Y.B. Mujahid calon daripada PAS-Pakatan Rakyat juga turut cedera. Menurut sumber, 'bekas banduan UMNO' iaitu Tan Sri Isa Samad yang juga calon BN-UMNO telah membawa masuk samseng-samseng untuk membantu kempen beliau ala-mafia.

Turut rosak dalam kejadian itu puluhan kereta yang dirosakan dan dipecahkan cermin, pelbagai poster dan kain rentang milik PAS-Pakatan Rakyat.

Malah beberapa Markas-Bilikan Gerakan PAS-Pakatan Rakyat juga telah dirosakkan. Walaubagaimana pencatat masih mencari kesahihan sumber berita tersebut.

20091007

'Katalog Baru' Dari Kota Paris

Ketika kita sedang menanti Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari Amerika Syarikat. Dakwaan Khairi Jamaluddin bahawa Anwar kesana bertujuan membawa pulang wang berbillion-billion.

Tidak kurang hangatnya berita Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berada di kota Paris. Ia adalah kota yang menyaksikan berlakunya 'sain kontrak-komesyen Najib-Razak-Altantuya'.

Acting Altantuya di 'Katalog Playboy'

Pencatat percaya Razak Baginda juga mungkin berada disana untuk bercerita komission sebelum dan selepas ini. Tidak mustahil juga najib Razak sedang memilih 'katalog kapal selam' untuk dibeli lagi.

Al-maklum perdana menteri suka membeli barang-barang keperluan negara dan aksessori keperluan 'wanita ala-katalog'.

Selain helikopter, kapal selam dam rantai berlian-mutiara ala-katalog, Altantuya juga 'dibeli ala-kataog' dari majalah Playboy.

Kita nantikan kapal apa yang Najib bawa balik dari Kota Paris esok nanti.

Anwar Didakwa Ada Sumber RM3 Bilion

Setelah rakan AMK membaca artikel dibawah, jangan lupa minta Anwar Ibrahim RM100,000.00 seorang sebagai 'ang-paw raya' di Bagan Pinang nanti.

Jangan biarkan bapak Anwar habiskan 'oleh-oleh dari USA' itu bersendirian. teruskan membaca.....

PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia pada Rabu meminta polis segera menyiasat dakwaan kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sumber kewangan berjumlah RM3 bilion.


Pengerusi yayasan itu S. A. Vigneswaran membuat laporan mengenai perkara tersebut di Balai Polis Putrajaya, di sini, petang Rabu.

Vigneswaran, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan berkata siasatan itu perlu bagi mengetahui sama ada terdapat unsur penyalahgunaan kuasa atau duit rakyat telah diselewengkan.

Isu Anwar mempunyai sumber kewangan sebanyak itu pernah dibangkitkan pada 1999 dan dibangkitkan semula baru-baru ini.

sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=445134

Khairi 'Cilok' Ketokohan Anwar

Laporan bernama semalam, Khairi Jamaluddin bertegas akan membuat laporan Polis mengenai sumber kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pencatat bersetuju sangat dengan tegasan Khairi itu. Lagi cepat lagi bagus.

Pencatat dan rakan-rakan AMK juga ingin tahu kebenaran celaan Pemuda UMNO yang mengatakan Anwar mempunyai berbillion-billion US Dollar diluar negara.

Jika terbukti benar tanggapan Khairi itu, tidak perlu Polis menangkap Anwar, pencatat dan rakan-rakan AMK akan hantar Anwar ke Balai Polis setibanya Anwar tiba dari luar negara.

Jika momokkan itu sekadar mencari publisiti murahan agar Anwar memujuknya ke PKR. Pencatat berharap Khairi perlu berguru dengan bapa mertuanya Tun Abdullah Badawi.

Hishmuddin Terkucil Dalam Berkempen

Pencatat teruja dengan kenyataan Menteri Kementerian Dalam Negeri mengenai seorang Yang Berhormat dari PKR yang mengunakan ayat suci Quran dalam ceramahnya.

Ia melambangkan wakil rakyat itu kian berminat dengan kandungan agama suci Islam. Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan tegas melarang bukan penganut Islam mengunakan ayat suci.

Pencatat mendengar dan mengalami sendiri untuk menjemput penceramah agama VVIP yang kini berada di kabinet UMNO-BN kerajaan Malaysia.

Anda terpaksa menyediakan RM,5000.00 hingga RM15,000.00 untuk mendengar ceramah agama satu hingga dua jam dari dua manusia yang kini berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri.

Pencatat tidak pasti adakah ia masih berlaku sekarang, tetapi sebelum menjadi menteri ia sudah menjadi bualan 'panas' di masjid-surau.

Menjadi mimpi ngeri kepada para Pengerusi-Bendahari masjid jika AJK memutuskan dua manusia ini menjadi calon penceramah majlis keagamaan.

Dengan jelas mereka menjual Agama Islam untuk meraih kemewahan. Pencatat merasakan ia lebih hina dari bukan penganut yang melaungkan ayat suci.

Jika Hishamuddin, MP Semberong melarang penganut lain membaca dan melafazkan ayat suci. Kita sudi mendengar jika beliau melaungkan ayat suci semasa ceramahnya.

Sekarang ini Dr. Riduan Tee Abdullah juga kian menjadi VVIP pro UMNO. Jika anda ingin menjemputnya dalam ceramah agama ,anda perlu menyediakan 'Wang Besar' untuk mendengar sepotong-dua ayat suci Al-Quran darinya.

20091006

'Bomoh' Hantu Dapat Pingat

Aduh,rupa-rupanya banyak pengundi hantu di DUN Bagan Pinang. Terbaru diwartakan lebih 400 nama mempunyai nama sebagai undi pos dan undi biasa.

Tidak mustahil ia sengaja dimunipulasi oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Jika dikatakan masalah teknikal sudah tentu sistem komputer boleh mengesannya.

Pencatat kian faham kenapa penjawat tertinggi SPR amnya menerima pingat teringgi Diraja. Biasanya kerajaan memerintah yang mencadangkannya siapa akan menerima pingat.

Kecuali 'Istana Bukit Serene'. Politikus BN-UMNO Johor terpaksa membeli pingat dari 'Istana' negeri lain.

Mendapat gelerana "Tan Sri" hanya berjasa kerana membantu kerajaan memerintah menipu rakyat mengenai teknikal undian yang dilakukan.

Esok kita akan lihat pengarah SPR membuat muka terkejut atau memek muka kononnya tidak dimengetahui.

Ambilah Pulau Batu Putih Buat Singapura

Rakyat tidak lupa terutama rakyat Johor mengenai kehilangan asset negara paling bernilai, Pulau batu Putih.

Walaupun Tunku Sultan Johor bertitah dan bertegas agar pulau itu perlu dimiliki Johor semula. Hari ini tiada seorang pun dari kerajaan BN-UMNO Johor berusaha mengembalikannya semula. Lena dengan terus mencuri harta rakyat.

Tiada usaha tiada berdiskusi dengan rakyat bagaimana mahu menebus kembali. UMNO-BN Johor ego dalam dunggu dalam isu ini. Ia amat mengecewakan dan menderhaka titah Sultan.

Selagi ada minat, jalan penyelesaian pasti ada. Datuk Seri Abdul Ghani Othman, bagai ayam berak kapur dan tidak tahu bagaimana mahu menurut titah perintah Tuanku Sultan. Agar Pulau Batu Putih kembalikan kepada Johor-Malaysia.

Malah tiada mesyuarat dikalangan EXCO negeri dan perbincangan terbuka. Lesu bertambah kuyu.

Bagi Abdul Ghani, biarlah Singapura ambil pulau itu . Bagi kerajaan UMNO-BN titah Tuanku Sultan bagai suara langau yang tidak perlu dihirau.

Rakyat Johor perlu diberi peluang untuk kemukakan cadangan jika pemikiran yang dunggu menjadi landasan untuk menyelesaikannya. Datuk Shahrir Samad hanya petah mencari undi mempopualarkan perbadi sahaja.

Menjadi duri dalam daging diantara parti keris Johor itu memang diketahui umum, itulah Sharir Samad. Kerja beliau hanya petah menghentam sahaja, kecapaian sebagai menteri diketahui sebagai 'Pak Turut PM'.

Beri peluang rakyat Johor untuk memberi cadangan, Pulau Batu Putih milik Johor. Atau sebaiknya tukar kerajaan agak kami dapat menyelesaikan masalah ini dengan suara mantap dan berkongsi kepintaran bersama rakyat Johor.

20091005

Terus Rempuh, Berkecai Yang Rapuh

Malam tadi pencatat menghadiri hari terbuka pemuda UMNO Bahagian Tengara di Pasir Raja. Walaupun agak ketat dengan pelbagai program sejak kebelakangan ini, pencatat sempat meluangkan sedikit masa.

Sejak kebelakangan ini Pemuda UMNO mengambil pendekatan 'beramah-mesra'. Mungkin mereka malu akibat luangan 'Penghianat Bangsa' yang tidak diendahkan oleh masyarakat.

Ternyata apa juga kempen UMNO-BN yang melibatkan fitnah tidak berfakta menikam diri sendiri. Jika sebelum ini mereka begitu keji memandang PKR. Kini mereka tidak begitu lagi.

Malah kehadiran pencatat sangat dialukan dan kami sedikitpun tidak berbicara mengenai perjuangan parti atau pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

Pencatat percaya mungkin ada segelintir ahli AMK Johor mempertikaikan kehadiran pencatat dimajlis anjuran parti keris itu. Melayu tidak berpecah, ahli PKR tidak berpaling tadah. Hanya UMNO-BN sudah hilang pengaruh dipersada politik tanahair.

Keyakinan mereka (ahli UMNO) kepada Perdana Menteri dan pemimpinan mereka kian pudar. Hanya menunggu masa 'ke pusara'.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut UMNO-BN binasa. Ayuh teruskan perjuangan, rapatan saff dan gapai kemenangan.

SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2009 - PERUMAHAN UNTUK SEMUA

Ahad 4 Ogos 2009
Hari Habitat Sedunia 2009


Sambutan Hari Habitat Sedunia akan diadakan pada peringkat negeri Johor anjuran JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas), Pertubuhan Politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersama Penduduk Flat Taman Cempaka pada 4hb. Oktober 2009.

Apa itu Hari Habitat ?

Hari Habitat adalah suatu hari yang disambut diseluruh dunia bagi menyambut perjuangan rakyat bagi mendapatkan hak perumahan yang mampu dimiliki, selesa dan mencukupi dan juga untuk mengutarakan tuntutan dan permasalahan rakyat jelata, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Hari ini ialah sebuah hari dimana rakyat mendesak pihak Kerajaan agar menunaikan tanggungjawabnya untuk menyedia dan menyelenggarakan perumahan untuk keperluan kesemua rakyat jelata.

Kini rumah untuk golongan berpendapatan rendah selalunya diabaikan. Ada banyak infrastruktur dan prasarana yang gagal di sediakan oleh pemaju. Saiz rumah juga sekitar 650 kaki persegi tidak sesuai untuk pembangunan institusi keluarga dan perkembangan kanak-kanak.

Di negeri Johor, terdapat banyak isu pengusiran daripada kampung peneroka yang belum selesai. Kebanyakan kawasan kampung peneroka yang telah dibangunkan oleh rakyat biasa beberapa dekad yang lalu kini telah bertukar tangan kepada pemaju. Pemaju pula, demi mengaut keuntungan maksima akan mengusir penduduk tanpa perumahan ganti dan pampasan yang munasabah.

Manakala perumahan tersusun jenis berstrata yang banyak terdapat di sekitar bandaraya Johor Bahru dan bandar-bandar lain sering ditimpa permasalahan sama ada dari sudut teknikal mahupun pengurusan.

Pembangunan yang dijalankan seringkali meminggirkan nasib penduduk yang berpendapatan rendah, yang banyak mendiami kediaman jenis berstrata (flat) kos sederhana rendah dan rendah. Maka, JERIT Johor berinisiatif untuk melancarkan program setempat bagi mendapatkan data, maklumat dan bantahan dari penduduk.


Untuk Hari Habitat 2009 peringkat negeri Johor, JERIT dengan kerjasama Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas bersama Jawatankuasa Penduduk Flat Taman Cempaka akan menganjurkan program seperti yang berikut :

Pelancaran Hari Habitat Sedunia 2009 peringkat negeri Johor pada hari Ahad 4 Oktober 2009 di Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.

Sesi Perkongsian Maklumat dan Dialog Rakyat bersama penduduk pada 7, 8 dan 9 Oktober 2009 bertempat di Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.

Menghantar 5 orang wakil penduduk Flat, NGO dan wakil JERIT dari Johor ke Parlimen Malaysia sempena persidangan Parlimen pada 19 November 2009 untuk menghantar Memorandum dan Deklarasi Hari Habitat 2009 kepada Ahli Parlimen dan Kerajaan Malaysia.

Justeru itu, sambutan Hari Habitat 2009 merupakan sebuah tanda bagi meraikan perjuangan rakyat marhaen bagi mendapatkan haknya sebagai manusia.

SIDIQIN OMAR
Penyelaras JERIT Johor

DEKLARASI HARI HABITAT- PERUMAHAN UNTUK SEMUA

Hari Habitat Sedunia adalah Hari untuk mengingatkan kerajaan mengenai isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tahun ini Hari Habitat Sedunia disambut pada 5 Oktober 2009. Sejak 2002, Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP) di bawah naungan Jaringan Rakyat Tertindas( JERIT) menyambut Hari Habitat untuk mengenengahkan isu perumahan rakyat tertindas dan miskin.

Pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, pekerja sektor perkhidmatan, orang asal dan setiap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk perumahan yang sempurna dan selesa.

Pembangunan negara yang pesat tidak menjamin keperluan asas rakyat. Isu perumahan adalah isu yang masih tidak dapat diselesaikan kerajaan, walaupun sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan. Maka kami wakil masyarakat tertindas menuntut kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk :

1. Menggubal satu polisi perumahan negara yang memastikan perumahan yang sesuai dan di konsultasikan untuk semua lapisan masyarakat.

2. Skim Perumahan Sendiri Tun Abdul Razak untuk pekerja Ladang harus digubal sebagai undang-undang.

3. Kerajaan tidak harus meluluskan pembangunan tanah oleh pemaju sehingga isu perumahan peneroka bandar kawasan terlibat tidak diselesaikan.

4. Setiap projek pembangunan setempat, mesti mempunyai peruntukan untuk perumahan kos rendah dan gantirugi untuk peneroka asal tanah yang dicadangkan untuk pembangunan

5. Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan) tidak harus digunakan untuk pengusiran paksa peneroka bandar dari tanah mereka dan semua notis yang dikeluarkan dibatalkan dengan serta–merta,

6. Perumahan untuk golongan miskin mestilah mempunyai jaminan pinjaman bank oleh pihak berkuasa supaya peneroka asal mampu membeli rumah kos rendah yang ditawarkan kepada mereka.

7. Undang-undang harus digubal untuk memastikan penyelenggaraan semua Flat Kos Rendah Swasta dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

HAK PERUMAHAN, HAK ASASI SETIAP RAKYAT !
PASTIKAN HAK PERUMAHAN UNTUK SEMUA !

Disokong oleh :

1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) caw. Johor Bahru
3. Parti Sosialis Malaysia (PSM) caw. Nusajaya
4. Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
5. Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka
6. Persahabatan Semparuthi
7. Persatuan Tamil Neri Johor
8. Angkatan Muda Keadilan Johor
9. PAS Kawasan Pulai
10. Parti Keadilan Rakyat cabang Kluang
11. Free Public Forum Kluang
12. Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK)

20091004

NILAI PERSAHABATAN

Pagi tadi bermula jam 10.00 am, pencatat diminta menyampaikan taklimat Anugerah Belia Felda Piala Perdana 2009 (ABFM 2009) kepada 42 orang pengerusi-pengerusi persatuan belia dibawah Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Johor Bahru (MBFMWJB).

Pencatat mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam membangunkan aktiviti berpersatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sekitar jam 12.00 pm pencatat menghadiri majlis Sambutan Hari Raya MBFMWJB. Tetamu jemputan adalah YB Datuk Dr. Adham Bin Baba. Pencatat sempat menemui Dr. Adham, sambil menjamu juadah kami bersembang dan bermaaf-maafan.

Walaupun berlainan idealogi politik suasana muhibbah masih terjalin erat seperti 20 tahun yang lepas.

Selaku Bendahari Kehormat MBFMWJB, pencatat telah diberi penghormatan untuk menghulurkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama Dr. Adham dan Pengerusi MBFMWJB.

Sebelum ini, pencatat mengepalai Persatuan Belia Sejati yang diterajui sehingga merangkul Johan Anugerah Belia Felda Kebangsaan 2006. Seterusnya membantu Belia Sumber Felda Simpang Waha menjuarai Anugerah Belia Negara dan Anugerah Belia Felda seterusnya ke peringkat Asia Pasifik 2007.

Pada 2008 pula, pencatat berganding bahu bersama Belia Sungai Mas tapi sekadar berjaya diperingkat negeri sahaja . Tahun 2009, pencatat diberi amanah membantu membangunkan Belia Air Tawar 2.

Jam 9.00 malam ini, pencatat dijemput ke Majlis Sambutan Hari Raya Pemuda Umno Cawangan Pasir Raja. Pencatat sempat bertanya kepada Ketua Pemuda Cawangan, adakah beliau berani menjemputnya, cuma khuatir beliau akan memerima tekanan daripada pemimpin atasan beliau sahaja.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Pemuda Umno Cawangan Pasir Raja dan Bahagian Tenggara.