20091231

Musa Hassan, Pelakon Terbaik Negara

Buat apa lagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terus bersandiwara mengenai kehilangan dua enjin jet F-5E tahun 2007.

Membodek sudah ditahap maksimum dan negara kian hancur.

Kita dimaklumkan , Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan kepada Polis kerana siasatan seperti melepas batuk ditangga.

Itulah jasa Tan Sri Musa Hassan kepada negara, meranapkan harta negara dan sering berpura-pura dihadapan media. Adalah lebih baik letak jawatan jika tidak tahu buat kertas siasatan.

Jika kertas siasatan tidak tahu buat bagaimana pula ingin menangkap penjenayah. Maka kita pasti pertumbuhan ekonomi negara pada tahap negetif kerana Polis lebih berminat menjaga ceramah Pakatan Rakyat dan membiarkan UMNO-BN merompak harta rakyat.

Kita akan saksikan Kementerian Pertahanan, Polis dan Jabatan Peguam Negara meneruskan sandiwara ini.

Takziah Buat Lee Sang

Pencatat dan warga AMK Johor mengucapkan takziah buat Timbalan Majlis Perhubungan Negeri Johor dan ketua Cabang Kluang, Sdr. Lee Sang atas kematian isteri beliau petang kelmarin.

Mendiang banyak membantu PKR dan sokongnya kepada parti dan suaminya telah memberi kekuatan kepada PKR Johor terus berada dilandasan yang digeruni.

Dimaklumkan mendiang akan disemadikan ditanah perkuburan pada Jumaat ini.



20091229

2009 : Sejarah Tahun Kejahatan UMNO-BN

Marhaen dan dunia menyaksikan tahun 2009 adalah tahun dimana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO diambang keruntuhan dan penuh kejahatan.

Ia bukan dicanang oleh pencatat tetapi dilakukan sendiri oleh tangan-tangan jijik UMNO-BN :

1. Setelah BN kalah PRU 12 bagi DUN Perak. UMNO-BN mengunakan wang dan Istana untuk merampas DUN Perak dari Pakatan Rakyat.

2. Datuk Seri Najib Razak mengunakan taktik kekalahan Pilihanraya kecil untuk merampas tahta Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Badawi.

3. Pembunuh Altantuya iaitu Razak Baginda mengunakan bom C4 . Razak dibebaskan kerana mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri
.

4. Hilangnya enjin jet F5E bernilai RM100 juta. Langkah pertama untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjatuhkan Najib Razak.

5. Tan Sri Isa Samad yang mengaku melakukan jenayah wang untuk pemilihan UMNO. Sayugia dilantik calon pilihanraya Kecil .

6. Orang dalam UMNO Negeri Sembilan menyalurkan maklumat tentang wang yang diseludup oleh MB N.Sembilan dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan tujun mencantas satu sama lain.

7. Robohnya Stadium di Kuala Terengganu. "Satu lagi projek Barisan Nasional ".

8. Rebutan kuasa MCA berpunca skandal sex dan PKFZ. BN-MCA yang melakukan jenayah, malangnya pegawai syarikat pengendali yang didakwa.

9. Khairi Jamaluddin telah dibuktikan mengunakan wang semasa Pemilihan Agung UMNO tetapi dibiarkan memegang jawatan Ketua Pemuda.


10. Ketua Menteri UMNO Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan ramai pemimpin UMNO didapati mengunakan wang dalam pertandingan Naib Presiden dan jawatan lain dalam UMNO. Tetapi 'dibiarkan' sahaja.

11. Sembilan Pilihanraya Kecil berlaku. UMNO-BN gagal disebabkan kejahatan dan masih melakukan jenayah secara terang.


12. Akhirnya Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatan kerana tidak mahu lagi bersetongkol dengan kejahatan UMNO-BN.

13. UMNO mengunakan taktik pendakwaan liwat sekali lagi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
. Kes liwat tersebut diseliakan oleh Najib Razak.

14. UMNO-BN mengunakan wang untuk 'membeli' wakil rakyat Pakatan Rakyat. Dibuktikan dengan beberapa wakil rakyat disimpan dirumah Najib Razak.

15. Teoh Beng Hock dibunuh atau bunuh diri ? Yang pasti dia terbunuh didalam jagaan SPRM. Ada yang mengatakan ada rakaman video Teoh dibunuh semasa soal-siat dan tahanan SPRM.

16. Rosmah Mansur mengatakan rakyat memfitnahnya. 'Big Mama' berkata semua tuduhan adalah fitnah dan gosip.

17. Rakatan Rakyat menerima keahlian baru yang mendadak sepanjang 2009 termasuk beberapa tokoh UMNO-BN meninggalkan UMNO-Bn dan menyertai PKR.

18. Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatan PM dalam keadaan dihinakan oleh bekas PM dan orang-orang UMNO sendiri.

19. Dewan Rakyat hampir 'menguburkan BN' kerana gelombang rakyat dan sikap semulajadi pemimpin BN-UMNO yang sentiasa cuai.

20. Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) - terus mendapat tentangan daripada rakyat. Namun pemimpin UMNO masih berkeras kepala tanpa penyelasian.


20091228

Alahai UMNO Selangor

Seluruh negara mentertawakan UMNO Selangor yang bertindak membuta-tuli.

Mereka menyeru PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Pencatat mula terkomat-kamit siapakah dalang dibelakang 'anak-anak nakal' ini.

Adakah Dato' Seri Khir Toyo, Ezam Mohd. Noor atau Lokman Nor Adam ?


Tapi pepatah ada mengatakan, "usaha itu tangga kejayaan". Pencatat berharap didalam kita menandang sinis, usah kita leka membentuk pasukan ampuh.

LAPORAN POLIS PENDUDUK & PAKATAN RAKYAT

Sebelum ini Datuk Sharil Samad, Ahli Parlimen Johor bahru digelar 'Pahlawan Johor bahru'. Namun setelah beberapa kemenangan, beliau membiarkan kepayahan penduduk yang mengundinya.

Malah yang menyedihkan pimpinan UMNO Johor Bahru dibawah jagaannya ingin mengambil kesempatan diatas penduduk Kg. Melayu Majidee dan kampung-kampung lain yang akan dipindahkan.

Sebahagian 'wang saguhati pemindahan' ingin 'disonglapkan'. Dinyatakan sebagai yuran perkhidmatan kepada UMNO. Terdapat juga laporan lain yang akan dilaporkan nanti.

Tarikh : 28hb. Disember 2009 ( 11.00 Pagi )
Lokasi : Balai Polis Central Johor Bahru
Hubungi : Zabidie Abas

Kandungan : Penipuan Pemimipin UMNO terhadap penduduk Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru.

Universiti Felda : Perlukah Peneroka Ditipu Lagi ?

Khabarnya Felda mahu menubuhkan universiti. Jika itu sedang dirancang dan sedang diteliti untuk dilaksanakan. Pencatat bersetuju ianya ditubuhkan.

Tetapi mestilah mendapat restu daripada pelbagai pihak terutama peneroka dan generasi. Pencatat berharap tidak seperti Sekolah Berasrama Penuh kelolaan Felda, majoritinya dikuasai anak staff Felda Holding Berhad.

Anak dan generasi peneroka terpaksa 'merayap' ke sana-sini mencari sekolah berasrama penuh.

Jika ianya ditubuhkan untuk generasi staff Felda Holding serta anak syarikat Felda, pencatat merasakan Felda mahu perbodohkan peneroka lagi.

ANAK menyeru sekian peneroka dan generasi, usah terus setuju setiap pengumuan Felda. Terlalu banyak pengumunan sebelum ini hanya tipu-daya untuk merompak hasil peneroka.

20091226

F-5E : Zahid Hamidi Tikam Najib Razak

Kehilangan dua enjin jet F-5E mengesahkan kita bahawa negara dan Datuk Seri Najib Razak telah hancur.

Pertama, Sistem Pertahanan Negara lemah dan daif. Kedua, Najib Razak ditikam oleh 'Orang UMNO'.

Pertama. Diantara invois ditandatangan dan dibayar dahulu sebelum enjin F-5E dibekalkan. Atau dikalangan pegawai TUDM sendiri yang mencuri dan ingin menjualnya.

Kedua. Rakyat tidak tahu. Jabatan Audit telah ditipu mengenai rekod kehilangan asset enjin tersebut. Tidak disebutkan didalam Laporan Audit Negara tahun 2008 atau 2009. Ia dibongkarkan bagi mengibkan Najib Razak.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah membocorkan maklumat kepada media . Dilakukan agar Menteri Pertahanan ketika itu dan kini sebagai Perdana Menteri dipersalahkan oleh rakyat dan ahli UMNO-BN.


Zahid mahu disebut sebagai Hero Negara dan Najib Razak yang sudah terkenal dengan pelbagai kes akan diminta agar melatakkan jawatan dengan segera oleh UMNO-BN sendiri.

Apapun, enjin bernilai RM50 juta telah hilang, tidak perlu Ketua Polis Negara berpura-pura lagi. Najib Razak perlu dipertanggungjawabkan dan mengantikan semula wang rakyat.


20091225

BTN : Hanya Menjahamkan Bangsa Dan Malaysia

AWAS UMAT MELAYU

Biro Tata Negara tajaan UNMO telah berjaya menipu dan membodohkan Melayu agar agenda jahat mereka terus mendapat sokongan.

Semangat Ketuanan Melayu yang disongsangkan agar UMNO dengan mudah dapat terus mara meneruskan agenda penipuan dan pengkhianatan pada bangsa dan negara sendiri.




Sampai Kiamat Felda Terus Menipu Peneroka

Dailog Warga Felda bersama Presiden Persatuan Anak - Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) , Sdr Mazlan Aliman, di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang, pada 25hb Disember, 2009. jam 5.00 petang.

Tempat dailog akan dilangsungkan di Warung Pemuda Felda berkenaan.

Pada sebelah malamnya, satu ceramah oleh Sdr. Mazlan Aliman yang juga akan diadakan di Felda Panching Selatan, Kuantan, jam 9.00 malam.

Perlu perhatian serius, walaupun ketahui umum kilang-kilang Felda telah melakukan penipuan gred sawit selama puluhan tahun.

Sehingga hari ini kilang tersebut masih melakukan pekara yang sama . Perlukah ANAK dan anda berdiam diri lagi ?

Malah tanpa bersalah Felda Holding Berhad serta anak syarikat seperti Felda Technoplant Sdn Bhd dan lainnya secara rakus memunipulasi hasil dan pendapatan peneroka.

Diketahui umum juga keuntungan Kumpulan Felda Holding (tertubuhnya hasil wang caruman peneroka dan penipuan gred) berbilion setiap tahun.

Tetapi hanya diagihkan sekitar RM200 - RM500 setahun kepada setiap seorang peneroka.

Datuk Seri Najib Razak dan kroninya mengumumkan wang tersebut sebagai 'saguhati'. Ia bermaksud sampai kiamatlah peneroka tidak akan merasa keuntungan hasil caruman yang digelar 'Caruman Tanam Semula'.

Tahukah anda terdapat ribuan peneroka telah taman semua sendiri sejak 1 -15 tahun lepas. Sehingga hari ini majoritinya tidak satu sen pun Felda Holding pulangkan wang caruman tersebut.

Itulah jijik dan tirisnya Felda dibawah kelolaan UMNO-BN.

e-mail : Ayuh Y.B. Pulanglah Ke Pangkuan Johor

From : sidiqin omar

salam perjuangan

ini antara artikel yang saya rasa boleh dijadikan pemangkin gerakan perubahan besar-besaran bagi politik di johor secara khusus dan di malaysia seara amnya.

http://www.malaysiakini.com/news/120589

mungkin hj subky memberikan "bola tanggung" - kepada ahli2 politik anak johor sendiri untuk menjawabnya. tokoh2 anak johor yang bertanding di luar dari negeri asal semenjak PRU pertama merupakan subjek yang perlu diberikan perhatian dalam artikel ini. nama seperti dato' onn jaafar, khadijah sidek dan tokoh2 politik popular terkini, seperti salahuddin ayub sengaja disentuh. itu belum lagi nama2 lain seperti ahli2 politik bukan melayu seperti yb lim kit siang, tony pua, lee boon chye etcs dan yang paling pelik - lim guan eng, anak johor, tapi jadi ketua menteri di pulau pinang!

harapan besar kepada AMK Johor - dengan mungkin mulai tahun 2010 akan ada gerakan "kesedaran politik" secara besar-besaran terutamanya kepada anak2 johor di perantauan (ahli politik dan bukan ahli politik, penggerak perubahan masyarakat, NGO, mahasiswa dll) untuk pulang dan memberikan "servis" kepada ibu pertiwi. strateginya tidak sulit - tidak perlu terus menetap di johor, tetapi keberadaan di kampung halaman secara konsisten, buah pandangan berdasarkan pengalaman, gerak kerja yang sistematik, komunikasi tanpa putus, selain keperluan yang paling sensitif, tapi agak malu untuk dimaklumkan - kewangan.

perkumpulan2 anak johor diperantauan perlu digerakkan semula, atau perlu dibina yang baru dengan semangat dan keazaman politik yang juga baru sesuai dengan tema - "harapan baru untuk malaysia" saya yakin sekiranya anjakan ini dilakukan - menyeru anak2 johor (di mana2, termasuk diluar negara) untuk pulang secara sedar mahupun secara sentimen, perubahan akan kelihatan sebelum menjelang PRU-13.

Sebabnya - "menawan johor bererti menawan malaysia!"

20091224

Ayuh Y.B. Pulanglah Ke Pangkuan Johor

Pencatat teruja dengan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pilihanraya Umum akan datang diutamakan calon tempatan di Kelantan.

Sudah tiba masanya seperti Y.B Salahuddin Ayub, Y.B Amiruddin Shaari, Y.B Yakob Sapari, Y.B Dato' Kamarul Bahrin dan lainnya kembali kebumi kelahiran dan bersama Tawan Johor.

Anda adalah Pewira Harapan Johor.

Setelah beberapa kerusi DUN dirampas dari UMNO-BN, pencatat yakin 'Anak Johor' tidak perlu lagi 'malu' bertanding di Johor pada masa akan datang.

Keadaan telah berubah dimana perlu ada keberanian untuk bertanding di tanahair sendiri. Johor bukan lagi kubu kuat UMNO-BN.

Jika tiada kesanggupan, pimpinan pusat Pakatan Rakyat perlu melakuan 'pujukan mesra' agar hero-hero Johor kembali dan meranapkan UMNO-BN.

Mari bersama Dato' Seri Chua Jui Meng, Datuk Mahfuz dan Y.B Dr. Boo Ching Hau memperkasakan Patakan Rakyat Johor.

Felda Perbodohkan Peneroka Bukit Tangga , Kedah

Selepas pertemuan dengan AMK Zon Selatan, Pencatat bersama Sdr. Mazlan Aliman dan rakan lainnya terus ke Kubang Pasu. Perjalanan lebih 800 km agak meletihkan.

Lumrah dengan sikap pengurusan Felda. Menipu, menipu dan menipu. Kami kesana bagi mendengar rintihan peneroka Felda Bukit Tangga.

Peneroka ditawarkan oleh pengurusan Felda dengan tawaran RM3,000.00 seekar untuk pokok getah yang akan ditebang. Setiap peneroka mempunyai 10 ekar.

Terdapat kontraktor sanggup membeli pokok getah sehingga RM8,000.00 seekar tetapi Felda tidak membenar pokok getah dijual dengan harga tersebut.

Jika pengurusan Felda yang tebang dan jual, peneroka bakal menerima RM30,000.00. Jika peneroka yang lakukan sendiri akan dapat RM80,000.00.

Jumlah yang cukup untuk menampung kehidupan kelurga peneroka selama 2 tahun tanpa hasil.

Jika di Felda Bukit Tangga mempunyai 300 peneroka. Jelas RM50,000 x 300 = RM15 juta lesap ditangan pengurusan Felda.

Felda mengugut jika peneroka tebang dan jual sendiri pokok getah tersebut maka tindakan mahkamah mungkin diambil. Atau tidak mustahil mereka akan dihalau dari kawasan tersebut.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi bela Anwar

Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

20091223

Rakyat Jadi Bangsat Kerana Punya Kerajaan Bangsat

Ribuan pendedahan telah dibuktikan oleh ratusan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO. Jelasnya Kerajaan dan pimimpin UMNO-BN semakin bangsat merompak-menyamun harta rakyat.

Apa yang perlunya Polis, Mahkamah, SPRM, FRU dan 'media penjilat' terus melindungi mereka.

Terbaru kes kehilangan enjin jet, menyeludup wang dan pembongkaran berserta bukti, fakta dan saksi.

Sampai bila Ketua Polis Negara , Ketua Hakim Negara dan lainnya perlu berpura-pura.


Rakyat diperbodohkan dengan ketara. Slogan 1Malaysia adalah slogan agar rakyat Malaysia terus diperbodohkan.

Jelas apabila Ketua Pengarah SPRM bersara awal, isyarat memberitahu rakyat bahawa beliau tidak mahu rakyat terus dibangsatkan lagi.

Pencatat menyeru Utusan Malaysia dan TV3, "usah jadi bodoh kerana sedikit habuan, berhentilah perbodohkan rakyat Malaysia".

Pertingkatakan Usaha Gempur Dan Penerangan

Pertemuan dan diskusi dengan AMK Zon Selatan malam tadi di Permas Jaya membuahkan sautu tuntutan agar digembling tenaga supaya aktiviti penerangan dipertingkatkan.

Terdapat juga kegusaran jumlah ahli PKR Johor yang berada pada tahap mengecewakan.

Perlu ingat pada peristiwa peperangan diantara Toluad dan Joluad dimana 700 tentera menentang 70,000 tentera Joluad.


Akhirnya tentera Islam Yahudi yang berjumlah 700 menang dengan pertempuran pintar. Nabi Dawood A.S kunci kejayan tersebut.

Strategi gempur perlu mantap dan bersesuaian pada zamannya. Terdapat pihak yang menuding jari terhadap jentera AMK dan Wanita apabila keahlian Johor hanya sekitar 8,000 sahaja.

Peranan blog dan sebaran maklumat bercetak banyak membantu pada PRU-12 . Pencatat menyeru agar pasukan AMK Johor gandakkan usaha dalam menyebarkan maklumat melalui internet dan berkaitan.

20091222

Gabungan PR Johor Dan NGO Untuk Membasmi Ketirisan Dan Kejahatan

Hari ini Angakatan Muda Keadilan Johor, PKR Cabang Pengerang, Biro Felda PKR Johor, Dewan Pemuda PAS Johor, ANAK** dan Seketariat Aman Palastin Johor berganding bahu dalam menyelesaikan beberapa masalah peneroka dan ketamadunan bangsa.

Disebelah pagi kami bersama-sama ke MPOB* bagi menyerahkan memorendum mengenai aduan ribuan suara Peneroka Felda yang ditipu oleh Kilang Sawit Felda mengenai hasil perahan minyak sawit.

Fakta dan bukti ketara serta jelas yang ANAK dan Biro Felda PKR kemukakan pada memorendum tersebut. Kami berharap tindakan tegas diambil oleh pihak tersebut.

Selepas sholat Zohor di Masjid Jamek Abu Bakar kami ke Balai Polis untuk membuat satu laporan Polis.

Laporan tersebut terhadap unsur sabotaj dan hasad-dengki ADUN UMNO Tenggara yang dengan sengaja membatalkan Konset Amal Aman Palastin.


** Persatuan Anak -Anak Peneroka Felda
* Malaysian Palm Oil Board

20091221

Syabas Persatuan Belia Permata

Persatuan Belia Permata yang berpaksi di Felda Air Tawar 2 Kota Tinggi yang menerima beberapa piala pertandingan dan Anugerah di Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Diantara pertandingan yang dimenangi ialah Kejohanan Futsal, Bola Jaring, Kumpulan Kugiran dan Kumpulan Kompang.

Manakala memenangi pula Johan keseluruhan Karnival Iktiraf pada Kategori Anugerah persatuan Belia Terbaik membenteras Gejala Sosial.

Bagi Kategori Kepimpinan Terbilang Beliawanis Terbilang Felda malaysia, Noraslina Zainal Abidin merangkul anugerah utama.

Pencatat merasa teruja dengan beberapa piala yang dimenangi Persatuan Belia Permata .

Walaupun tidak memperolehi anugerah utama, pencatat merasakan ia merupakan titik-tolak untuk lebih berdaya saing bagi tahun mendatang.

Teruskan semangat berpasukan dan berorganisasi. Insyallah ,kejayan pasti hadir. Jika tidak dengan piala dan anugerah. Semangat silaturahim pasti membawa berkat.

Teruskan dan tingkatkan iltizam untuk cemerlang,syabas.

ADUN UMNO Tenggara Setaraf Tentera Zionis

Konset Amal anjuran Aman Palastin yang sepatutnya berlangsung malam tadi dibatalkan disebabkan tidak mendapat kebenaran oleh Lembaga kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Kami menghubungi pegawai KEJORA, seorang pegawai berkata ianya perlu dirujuk kepada Y.B Datuk Baderi Dasuki.

Dasarnya pihak KEJORA telah meluluskan pengunaan Stadium Bandar Tenggara. Tetapi tangan ajaib menghalangnya.

Sehingga malam tadi tiket telah dijual lebih 2,000 helai bernilai RM20.00 setiap satu. Ramli Sarip memaklumkan tiada bayaran diatas kehadiran beliau .

Pencatat dan semua Urusetia Konsert Aman Palastin merasa meluat dan jijik terhadap pemimpin UMNO itu. Beliau setaraf tentera Israel.

Pemuda UMNO Tenggara serta-merta mengantikan majlis Aman Palastin dengan pertandingan bolsepak.

Aktiviti kemanusiaan yang Aman Malaysia anjurkan bagi membantu rakyat Palastin yang dikejami oleh rejim zionis Israel dihalang oleh wakil rakyat UMNO.

UCAPAN ANWAR IBRAHIM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT





Najib Razak Hilangkan Enjin Jet

Hujung minggu lepas negara diberitahu mengenai enjin jet yang dicuri dari Tentera Udara Diraja Malaysia kini berada di Amerika Syarikat.

Ini amat memalukan, enjin jet bernilai lebih RM50 juta dicuri dari Kementerian Pertahanan .

Diketahui umum Menteri Pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan bukti lengkap terhadap pembunuhan Altantuya.


Pencatat hairan dengan sistem pertahanan negara yang dikatakan mempunyai unit-unit yang professional terlatih dan berkemahiran tinggi boleh kehilangan enjin pesawat.


Sehingga hari ini masih belum diperolehi kembali. Hanya desas-dusus telah dijumpai sahaja.

Malangnya negera mempunyai Menteri Pertahanan sekarang ini sebagai Perdana Menteri yang memalukan dimata dunia.
Terlibat dengan pertuduhan jenayah, cuai mentadbir negara dan menghilangkan enjin jet.

Ini adalah salah satu jawapan kukuh kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang terkenal dengan 'mulut celupar' mengapa kerajaan BN perlu tumbangkan dengan seberapa segera.


20091220

Ahmad Husni : Timb. Menteri Kewangan Yang Dikutip Dari Tepi Jalan

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Pakatan Rakyat ingin hancurkan negara dengan undi tidak percaya di Dewan Rakyat beberapa hari lepas.

Ia memperlihatkan beliau berstatus 'budak hinggusan' yang dikutip ditepi jalan untuk menjadi salah seorang peneraju ekonomi negara.

Kenyatan tersebut jelas beliau tidak mengetahui fungsi parti pembangkang. Seperti yang beliau tahu semasa perbahasan Dewan rakyat, tiada seorang pun MP Pakatan Rakyat bersetuju apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

Malah ramai ahli akedemi dan professional dengan tegas tidak bersetuju denga Bajet 2010 yang diumumkan oleh Dato' Seri Najib Razak.

Pencatat melihat Ahmad Husni cuba menyembunyikan fakta bahawa Ahli Parlimen BN penghianat negara. Kerap ponteng sesi Dewan Rakyat dan tidak prihatin masalah rakyat.

Dalam Ahmad Husni leka mempertikaikan kekuatan Pakatan Rakyat. Beliau lupa bahawa dirinya telah gagal memacu ekonomi negara sebagai orang nombor dua di Kementerian Kewanagan.

Ibarat ayam jantan kerap berkokok tetapi ekor dipenuh tahi. Pembaca tahu siapa orang itu.



UCAPAN ANWAR IBRAHIM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT





20091217

DSAI : Penghijaran Demi Memertabatkan Negara

Setelah beberapa kali Bakar Komando* meminta kebenaran daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar majikannya diselamatkan/ dilarikan dari ditangkap oleh Polis. Anwar Ibrahim dengan tegas menegahnya.

Peristiwa itu berlaku pada penghujung 1998 selepas Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Akhirnya Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan yang tidak diketahui sehingga hari ini.

Penghijrahan dan pengorbanan besar dari tampuk kekuasaan ke penjara demi memperjuangkan hak marhaen dan keadilan bersinar di Malaysia tercinta.

Anwar Ibrahim sanggup dibelasah dan dipenjarakan dari terus bersama pimpinan UMNO-BN merompak harta dan memperkosa keadilan negara.

Datuk Seri Nazri Aziz lupa apa yang berlaku tahun 1998, apabila beliau mempertikaikan status Anwar Ibrahim ketika menjawat TPM di Dewan parlimen kelmarin.

Penghijrahan itu diratapi dan disokong jutaan rakyat Malaysia dan puluhan jutaan penduduk dunia. Telahan Nazri Aziz kelmarin merupakan sesautu yang memalukan dan berunsur emosi.

Pencatat terharu bila membaca laporan Anwar Ibrahim meminta maaf kepada Dewan bila Nazri menyentuh 'Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas semasa menjawat TPM'.

Apabila Nabi S.A.W bersabda, "Tiada lagi hijrah selepas ini" (dari mekah ke Madinah). Pencatat merestui penghijrahan Anwar ke penjara demi memertabatkan Agama dan bangsa.

Kerajaan UMNO-BN wajib-mesti ditumbangkan demi menegakkan kebenaran dan menobatkan keluruhan perlembagaan negara.

* Pengawal peribadi

20091216

MBFM : Delima Pertubuhan Belia Felda

Tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang layak ke perlawanan akhir sukan Sea di Loas. Ia sudah tentu membanggakan negara.

Jika menang pemain disanjung, ahli politik UMNO berciciran mengejar media. Jika kalah lagi, juga berciciran mengejar media agar komennya boleh diguna-pakai.

Adat politik bolasepak negara, sentiasa serba salah.

Bolasepak anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) tidak kurang hebatnya juga pada 18hb Disember ini.

Nama piala diubah dari Perdana Belia Felda Malaysia 2009 kepada Piala Timbalan Perdana Menteri. Piala membodek untuk jawatan idaman 'seseorang' di MBFM.

Dana penganjuran dari Felda, Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dapat nama. Mungkin juga budaya membodek keterlaluan didalam MBFM.

Ia mungkin juga berkaitan MBFM yang tidak mengadakan mesyuarat agung sejak 2000. Bimbang akaun yang tidak di audit., TPM dibodek agar tutup mulut.

Pencatat yakin terlalu banyak ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam MBFM.

Pencatat sebagai ahli gabungan MBFM tergerak hati ingin membuat laporan Polis dan SPRM atau pihak berkaitan. Namun ianya terencat kerana kreabiliti SPRM dan Polis kini amat mendukacitakan.

Pencatat terkilan MFBM yang dipimpin oleh presiden yang berusia 50'an, Datuk Ramli Ismail gagal melaksanakan segala tanggungjawab.

Tanpa mesyuarat agung, tanpa pembentangan perakaunan dan perlantikkan Ahli Jawatankuasa sesuka hati. Malangnya MBFM mendapat restu Perdana Menteri selaku Menteri Felda.

Setakat ini pencatat dimaklumkan MBFM masih tidak diluluskan oleh Registrar of Youth (RoY) dan mana-mana Pertubuhan Kerajaan.

Yang kelakarnya ahli gabungan Majlis Belia Felda gabungan kawasan mempunyai pendaftaran sah dengan RoY, MBFM pula masih diawang-awangan.

20091215

Halangan Politik Dalam Program Amal Palastin

Pencatat sebagai salah seorang urusetia penganjur Konsert Aman Palastin sempena Maal Hirah teruja dengan kesudian Papa Rock Nusantara, Ramli Sarip atas kesudian beliau untuk menjayakannya.

Ramli Sarip telah mengesahkan kehadiran dan memaklumkan kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan ke Tabung Aman Palastin bagi membantu rakyat Palastin yang dikejami oleh zionis Israel.

Walaupun mendapat kekangan dari wakil rakyat kawasan tersebut. Pencatat bersama rakan-rakan Urusetia Aman Palastin akan sedaya upaya menjayakannya.

Tiada unsur politik dalam konsert tersebut. Ianya khusus untuk membantu nasib mereka yang tertindas. Tiada bendera PKR, DAP dan PAS disitu kelak.

Pencatat menyeru UMNO usah memainkan polimik politik dalam usaha bantuan kemanusiaan. Hari ini pihak lain kesusahan dan minta bantuan, kelak kita pula kesusahan dan perlukan bantuan.

ARTIS KONSERT AMAN PALASTIN





20091214

KONSERT MALAM HIJRAH


Tarikh : 20hb Disember 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 Malam - 12.00 Malam
Tempat : Stadium Bandar Tenggara
Tiket : RM 20.00 Sahaja

Sempena sambutan Maal Hijrah 1431 H, Satu Konsert Hijrah bertemakan Ketuhanan akan diadakan bersama


  • Ramli Sarip - Papa Rock &

  • Azhan Atan - Juara Akedemi Nasyid 2008
Konsert anjuran bersama AMAN PALESTIN dengan tujuan untuk :



  1. Mengumpulkan dana sumbangan untuk membantu rakyat Palestin

  2. Melahirkan rasa simpati dan insaf akan nasib rakyat Palestin

  3. Mentarbiah rakyat Malaysia berhibur kerkonsepkan Ketuhanan

  4. Mengajak Rakyat Malaysia BERHIJRAH kekehidupan yang lebih sempurna.

Semua dijemput hadir dan dapatkan tiket-tiket sekarang sebelum kehabisan. "MENDERMA SAMBIL BERHIBUR"


Hubungi Zabidie Abbas 019-7654699


UMNO-BN Meniti Hari-Hari Terakhir Di Putrajaya

Kian ramai pimpinan UMNO-BN mempertikaikan pentadbiran dan pengurusaan dana negara. Terbaru lontaran keras Y.B Tunku Razali Hamzah mengenai royalti minyak di Kelantan.

Sudah pasti kerajaan BN menghianati perjanjian yang dimeterai pada tahun 1974.

Pembongkaran penyelewengan projek di Selangor pula tiada seorang pun pimpinan UMNO-BN menafikannya.

Lebih mengecewakan tiada siasatan daripada SPRM dan Polis . Pihak berkuasa berpeluk tubuh dan membiarkan penyelewengan berlaku.

Jika arus bertiup kencang beberapa pimpinan UMNO-BN ingin menyertai PKR, ia sepatutnya perlu berlaku.

Tindakan tersebut bukan untuk memperkuatkan PKR atau membalas dendam, tetapi ianya perlu bagi menunaikan hak rakyat marhaen.

Dikatakan sudah ada persetujuan sulit untuk melantik Khairi Jamaluddin untuk menyertai kabinet 1Malaysia.

Ia jelas memperlihatkan Datuk Seri Najib Razak ingin menambah 'penyamun' di Putrajaya.


20091212

Notis Kepada Jentera AMK Johor

Perjumpaan dan penyusunan gerak kerja untuk persiapan terakhir bagi Program di Pulai Spring Golf & Resort.

Lokasi : Tempat Letak Kereta Pulai Spring.
Masa : 9.00 malam
Tarikh : 12hb Disember 2009

Kehadiran jentera AMK Johor dialu-alukan.


PEKELILING SETIAUSAHA MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR BIL 12/2009

TIMBALAN PENGERUSI 1 , 2 dan 3
BENDAHARI
KETUA PENERANGAN
KETUA AMK JOHOR
KETUA WANITA JOHOR
PENGERUSI CABANG-CABANG NEGERI JOHOR
PEGAWAI KHAS MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR

Saudara,
MAJLIS WACANA ILMU ANJURAN MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT YANG PERTAMA PADA 19 DISEMBER 2009

Menemui saudara semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi. Majlis tersebut akan di adakan seperti berikut;-

Tarikh : 13 Desimber 2009
Masa : 9.30pagi – 6.00 petang
Tempat: Pulai Spring Resort, 20km Jalan Pontian Lama, Pulai.

2. Aturcara Majlis adalah seperti berikut;
2.1. Ucapan Aluan oleh Pengerusi MPNJ (9.30 pagi)
2.2. Pembentangan kertas kerja
• Sepakat sepasukan
• Merubah kepimpinan
• Menjana kemenangan
2.3. Ucapan Ketua AMK Pusat
2.3. Ucapan Pengarah Strategik Pusat
2.4. Bengkel dan Sidang Pleno
2.5. Resolusi Wacana Ilmu
2.6. Penutupan Rasmi oleh Y.Bhg Dato Chua Jui Meng ( 4.30 petang).

3. Sehubungan itu, semua Ketua Cabang adalah dipohon menjemput seluruh ahli PKR cabang masing-masing untuk hadir di dalam Majlis tersebut. Kehadiran ahli dan penyokong PKR merupakan simbol sokongan terhadap perjuangan menawan negeri Johor dalam PRU ke-13.

Kerjasama saudara dalam hal ini amatlah dihargai . Sekian terima kasih.

Salam Reformasi,

Saiman Marjuki
(Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor)

20091211

Rangka Kerja Anwar Ibrahim Untuk 40 Hari

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merencana siri jelajah 40 hari . Pencatat dimaklumkan yang terakhir akan berada Johor.

Kenapa Johor yang terakhir ?. Kerana Johor adalah Istimewa untuk Ketua Umum PKR.


40 Hari, salah satu angka Sunnah Rasulullah S.A.W. Begitu juga Jemaah Haji Malaysia diperlukan berada di Tanah Suci selama itu.

40 hari juga banyak fadhilatnya jika dilakukan dengan istiqamah. Seperti yang diamalkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


Ingin pencatat maklumkan bahawa dalam jangka masa 14 hari, keahlian baru di Cabang Kulai mencecah seramai 390 orang. Borang keahlian yang belum diserah ke pejabat Cabang Kulai sekitar 150 orang.

Sehingga detik ini, 540 ahli baru di Cabang Kulai. Pemakluman ini atas kapisiti pencatat sebagai Setiausaha Cabang Kulai.

Pencatat dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja PKR Pusat . Ahli yang layak untuk mengundi, merebut atau memegang jawatan lantikkan hanya diterima oleh pusat sebelum 20 Disember 2009.

Ia merujuk kepada pemilihan Cabang, Negeri dan Pusat dijangka pada tahun 2010.

Pencatat menyeru AMK Johor perkemas dan memperhebatkan pendaftaran keahlian baru.

20091210

Kehadiran Tian Chua Ke Program AMK Johor

Pencatat telah dihubungi oleh rakan-taulan AMK Johor, Pimpinan Negeri dan Pusat sepanjang hari ini dan semalam. perkhabaran gembira kesudian YB Tian Chua untuk menghadirkan diri.

Konvensyen berbentuk forum PKR digarap bagi bagi Mengilap Harapan Rakyat Johor.

Beberapa cetusan baru dari rakan-taulan memberi semangat kepada pencatat bahawa kemuafakatan dan tolak-ansur penting dalam membina kecemerlangan.

Pencatat muhasabah diri daripada cetusan dan pandangan dikalangan pimpinan AMK. Liku perjuangan bermula dari keyakinan dan diakhiri dengan kejayaan.

Syabas kepada rakan semua.

Melangkah Kehadapan bagi Kemenangan Rakyat

Perjumpaan pasukan AMK Johor di Taman Teratai kelmarin membuahkan keputusan sebulat suara agar konvensyen AMK Johor ditunda. Pencatat mengambil pendirian menerimanya.

Konvenseyen yang diadakan tetap diadakan atas sokongan dan dorongan Majlis Perhubungan Negeri dan AMK Pusat. Namun pendekatan berbeza akan dilaksanakan. Perlaksanaannya akan dimaklumkan.

Datuk Seri Chua Jui Meng selaku penaung program tersebut menyatakan kesungguhan untuk menghadirkan diri dan komited AMK Johor mampu mengalas Harapan Baru bagi rakyat Johor.

Jumlah kehadiran tidak memperlihatkan pasukan AMK Johor perlu goyah dengan ribuan jentera UMNO-BN. Perang Badar memperlihatkan semangat juang menjamin kemenangan.

Pencatat menyelami keperibadian Salahuddin Al Ayubi. Tentangan dari pihak musuh menjadi fokus keutamaan dalam mengatur strategi. Peperangan bukan pilihan terakhir, tetapi menegakkan keadilan perlu ada yang tewas.

Menumpaskan penjajah yang rakus serta zalim perlu sentiasa tersemat dibenak fikiran agar bangsa Malaysia dijulang. Johor perlukan kita untuk merobahnya.

20091209

Kemuncak Konvensyen Agama , Kaum Dan Darjat

Dentuman Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 19hb. Disember 2009 kian terasa. Rakan-rakan dari PKR Johor bertali-arus membicarakannya.

Setiap negeri telah menunaikan konvensyen, hanya tinggal Konvensyen AMK Johor yang bakal diadakan di Pulai Spring Golf & Resort Ahad ini.

Ia memperlihatkan PKR dan PR dalam kondisi sepadu dan megah.

Pencatat dimaklumkan setiap Cabang hanya dibenarkan empat perwakilan sahaja. Ia pasti menjadi iguan kepada mereka yang tidak dapat hadir.

Apa yang pasti UMNO dan Barisan Nasional kian hilang arah dalam arus politik perdana. Satu persatu serangan peribadi diletuskan. Wakil rakyat dibeli bertujuan mencari pengaruh baru.

Pakatan Rakyat dipacu Datuk Seri Anwar Ibrahim makin gagah, kian berpengaruh dipersada politik tanahair dan dunia.

Bagi menutup berbalahan sesama sendiri dan rebutan kuasa, UMNO-BN berterusan memperagakan politik murahan. Maruah UMNO-BN berada ditahap terendah dalam sejarah negara.

Mana mampu BN menyaingi PR walaupun dibantu oleh SPRM, Mahkamah, Polis dan pegawai kerajaan. Kerana suara rakyat adalah suara keramat.

Malaysiakini Banner

20091208

Mengilap Harapan Johor Gemilang

Kehangatan Konvensyen AMK Johor kian terasa. Rakan pejuang bertali-arus menghubungi pencatat menyusun atur untuk program itu kelak.

Ketika ini pencatat berada di Macap bagi menunai hajat rakan sini bagi membicarakan susun atur agar matlamat anak-muda Johor dapat digemblengkan kearah bangsa pertiwi yang bermaruah.

Terdapat juga desas-desus menyatakan Pemuda UMNO merancang agar segala program AMK Johor disabotaj.

Ia bukan pekara pokok untuk pencatat bicarakan. Kerosakkan akhlak anak muda-muda kian tersasar dari landasan. Lambakkan pengganggur kian ketara.

Ekonomi Johor dilaksanakan tanpa mengambil kira rakyat kebanyakkan. Penyelewengan kian bermaharajalela. Anak-muda perlu bersatu-padu merobohkan rejim zalim pada bangsa sendiri.

AMANAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM




Kalah 3 - 1 : KJ Beri Amaran Kepada Pasukan Negara

En. Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO mencemuh pasukan bolasepak negara yang hilang kawalan semasa pertandingan di Loas semalam.

Anda mungkin tersenyum mendengar berita yang tersiar didada-dada akhbar hari ini. Pepatah baru ada mengatakan " syaitan menyuruh anaknya sholat".

Kita boleh ditujukan pepatah ini kepada seseorang pemimpin yang telah pembaca ketahui kenali. Mungkin juga ketika Khairi melepaskan amaran itu ketika beliau sedang hilang ingatan.

Beliau lupa dirinya mempunyai sifat lebih hodoh dari pasukan bolasepak negara.

Sesiapa juga ketahui kelibat manusia dua alami ini dalam kencah politik negara. Di setiap pilihanraya kecil kita lihat Khairi akan berkeliran seperti an***g liar. Menyalak sana-sini bagaikan manusia tidak bermoral.

Sebagai Timbalan Presiden FAM, kita akan lihat sejauh mana beliau dapat memimpin dan memberi contoh terbaik kepada pasukan negara sedangkan dirinya dipenuhi sifat-sifat hina-keji sebagai pemimpin.


20091207

Putrajaya : Retak Menanti Berkuburnya UMNO-BN

Daya ketahanan UMNO-BN dicatat oleh gologan pemerhati semakin longgar. Tidak mustahil jika ada rakan-rakan berkata terdapat beberapa rundingan politik memperlihatkan " pemimpin UMNO-BN ingin melarikan diri ".

Apa yang berlaku di Putrajaya bukan mainan bloggers lagi. Ia adalah realiti apabila beberapa Menteri dan Timbalan Menteri dikatakan ingin keluar dari kepongpong BN secara berani mati.

Suasana panik telah menyelubungi Pejabat Perdana Menteri apabila Pak Menteri yang ingin digantikan mengugut akan menyertai barisan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adalah ini cerita hayalan pencatat atau realiti ?

Pergolakkan kelompok veteren UMNO seperti Tunku Razali Hamzah dan 'si-pulan' , pemimpin MCA dan PPP bersiap sedia 'menyeberang jambatan'. Malah dikatakan ada kejutan lebih besar dari itu.

Siapa sahaja boleh menafikan catatan ini. Namun kem risik Bukit Aman dan Kementah ketika ini sedang kebinggungan dengan maklumat terkini. Datuk Seri Najib Razak kian tidak karuan.

Jika rombakan pertama kabinet Najib - Muhyiddin untuk menghalang perubahan kerajaan "16 Setember", kali ini untuk apa pula. Kita berjuang dan lihat kehendak rakyat pasti termakbul.


Halangan Polis Untuk Peneroka Mendengar Hak

Sesi dailog, ceramah dan perjumpaan tertutup di Felda Sungai Mas, Tenggaroh 2, Ulu Dengar, Felda Besar dan Pasir Raja selama dua hari membuahkan cetusan kepada peneroka dan generasi.

Walaupun terdapat kekangan dari Polis dibeberapa tempat namun ianya berjaya dijayakan. Polis menghalang hak peneroka diperdengarkan dengan alasan permit tidak diluluskan.

Pencatat merasakan Konvensyen Biro Felda Pusat yang diadakan pada Febuari 2010 di Pahang nanti bakal memecah segala kebuntuan permasalahan yang dihadapi oleh peneroka.

Insyallah, siri jelajah pertama ini memberi gambaran bahawa ia akan diteruskan kepada beberapa lagi siri jelajah atas permintaan puluhan perkampungan Felda di Johor.

Pencatat ingin merungkap perjuangan Tun Abdul Razak memperjuangkan hak pribumi dangan penubuhan Felda. Malangnya Felda telah dinodai oleh anak Allahyaham iaitu Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Hasil perahan sawit ditipu secara jelas. Persatuan Belia di Felda diberikan puluhan ribu setiap tahun bagi menutup mulut agar penyelewengan tidak diwarwarkan.

20091206

SPRM : Antara Mangsa Banjir Dan Makan Gaji Buta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil inisiatif dengan banyak aduan mangsa banjir tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Malangnya jika wakil-wakil rakyat BN-UMNO dan Pak Menteri UMNO-BN tiba, jamuan makan agak menghairahkan. Diketahui umum sejak bertahun-tahun dahulu disetor penempatan banjir terdapat dua stor.

Satu setor VIP, satu setor mangsa banjir.
Selepas banjir surut, barangan bantuan dan sumbangan orang ramai kebiasaannya menjadi habuan mereka yang menguruskannya.

Baru kini SPRM mahu bertindak, itupun dilakukan di negeri Kerjaan Pakatan Rakyat. Selama ini SPRM lena diselimuti UMNO-BN.

Penyelewengan bukan sahaja sebati di Putrajaya, cucu-cicit dan kaum kerabat UMNO-BN dimana sahaja sudah lali dengan penindasan terhadap bangsa sendiri.

Ia adalah malang jika kita terus mempercayai SPRM boleh mengatasi masalah rasuah, penyelewengan dan ketirisan di negara.

Kes-kes besar dibiarkan begitu sahaja dan seperti kes penyelewengan bantuan banjir kononnya membahayakan negara.


Maka marhain akan berkata, "
anak siapakah itu yang mencuri ? ". SPRM berkata, " anak-cucu UMNO-BN ! ". Marhain terus bertegas, " Yang hang ni SPRM dah tahu UMNO-BN tu lanun, hang dok tangkap anak lanun curi telur ayam buat apa ? ".

Itulah ibarat tugas SPRM mencari kebenaran dan mencegah penyelewengan terhadap mangsa banjir. Kes billion dibiarkan tidak disiasat dan tidak didakwa kes kecil menjadi keutamaan.

Jika kita melapor berserta bukti, saksi, keterangan, dokumen dan rakaman yang melibatkan UMNO-BN. SPRM amnya seperti tunggul dan mengharap gaji diperolehi pada hujung bulan (makan gaji buka).


Jika ia melibatkan Pakatan Rakyat seperti di Lembah Pantai. Walaupun akaun tidak mencatat RM17.00. SPRM seperti gagak dirimba. Terjerit-jerit ingin membawa YB Nurul Izzah Anwar untuk didakwa.


20091205

SPRM : Ahmad letak Jawatan Kerana UMNO-BN Kian Biadap

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan akhirnya terpaksa meletak jawatan dipercayai enggan berkerjasama parti UMNO-BN.

Diantara amanah dan tekanan politik, Ahmad Said memilih untuk bersara awal.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat bukannya memberi tekanan kepada beliau dan SPRM.

Semuanya kerana membela nasib dan ekonomi rakyat keseluruhan.
Pencatat menyambut baik perletakkan jawatan Ahmad Said daripada terus berpura-pura jujur .

Ini memperlihatkan bahawa setiap dakwaan dan lapuran yang dilakukan oleh kami adalah benar.
Hanya kerana tekanan berlebihan dari UMNO-BN yang semakin biadap dan tidak bermaruah, Ahmad Said rela 'rehat dirumah'.

Diberitakan di Selangor sahaja terdapat sebahagian besar pegawai dan staff SPRM ditugaskan hanya memantau dan mengugut wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Sudah pasti ianya adalah 'arahan sulit' UMNO-BN.
Kematian Setiausaha Politik seorang wakil rakyat di Selangor yang didakwa mangsa 'keganasan' SPRM sebagai bukti SPRM dicucuk hidung oleh UMNO-BN.

Di Johor, pencatat telah beberapa kali melapurkan kejadian rasuah dengan bukti dan ada yang ditangkap tempat kejadian berserta bukti dan rakaman.


Tetapi sehingga hari ini tiada satupun pendakwaan. Jelas SPRM tidak sempurna dalam mengalas amanah rakyat.

Bukan sahaja Ahmad Said perlu meletak jawatan, SPRM perlu dirombak sebagai benar-benar badan bebas mengawal jenayah rasuah. SPRM perlu 100% adil, telus dan efisyen dengan tugas.

Sampai bila SPRM perlu dikandangkan seperti haiwan peliharaan.


Mengilap Harapan Masyarakat Felda Johor

Jadual Program Dailog dan Penerangan Biro Felda Dan Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor dan Persatuan Anak- Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Tarikh : 05/12 / 2009

Tempat : Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor
Masa : 2.00 - 6.00 petang

Tempat : Felda Tenggaroh 2, Kota Tinggi , Johor
Masa : 9.00 - 10.30 malam

Tarikh : 06/ 12 / 2009

Tempat : Felda Ulu Dengar, Semberong, Johor
Masa : 10.00 pagi

Tempat : Felda Bukit Besar, Kulai, Johor
Masa : 2.30 petang

Tempat : Felda Pasir Raja, Kulai , Johor
Masa : 9.00 - 10.30 malam

Oleh :

1. Mazlan Aliman ( Pengerusi ANAK & AJK PAS Pusat )
2. Che'gu Bard ( MPT PKR Pusat & Pengerusi SAMM )
3. Zabidie Abas (Pengerusi Biro Felda Johor & Ketua AMK Johor)
4. Wan Rohaimi ( Peguam )
5. Zulkifli Daud ( Ketua Cabang Pengerang )
6. Azlan Ishak ( Ketua AMK Cabang Gelang Patah )


20091204

Anwar Bakal Melakar Sejarah Ekonomi Selangor

Rasmi sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. Ia bakal menjadikan Selangor makin gawat dengan pelaburan dan rangsangan baru.

Anwar Ibahrim baru-baru ini telah diistiharkan sebagai Pemimpin Sejagat ke-32 dunia yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namanya langsung tidak tersenarai atau yang popular.

Dalam sektor ekonomi dunia, Anwar ibrahim juga bukan sahaja terkenal di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Blok barat dan lainnya seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah nama Anwar Ibrahim telah tersohor.

Pencatat agak janggal mendengar keluhan Tun Mahathir Mohamad bahawa RM1.00 akan bernilai RM1.00 kepada Selangor. Ungkapan berunsur permusuhan poliitik membuatkan mantan Perdana Menteri terpaksa berkata demikian.

Perlu diingat kepada keyakinan rakyat pada Piliharaya Umum ke-12. Kehadiran Anwar Ibrahim menjadikan Pakatan Rakyat digeruni oleh Barisan Nasional. Ia disebabkan keyakinan rakyat bahawa Anwar mampu mengalas dan memangkinkan ekonomi negara.

Sehingga hari ini sokongan pemimpin BN kepada Anwar Ibrahim kian mantap dan menyebabkan Najib Razak kian tidak lena tidur. Sehingga terpaksa Najib Razak ' minum bersama' di Lobi Parlimen.

Pencatat teringat peristiwa bilamana Pemuda UMNO Sekijang berduyun-duyun bersalaman dan mencium tangan Anwar Ibrahim pada Ramadhan lepas. Semasa ceramah di Air Manis, sumber mengatakan puluhan pemimpin UMNO Johor berada disitu.

20091203

Gempur Adat Pejuang Mantap

Pencatat menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih melalui e-mail kepada seluruh jentera AMK Johor daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya berkaitan ceramah Anwar Ibrahim pada 22hb. Nov. 2009.

Selain merakamkan ucapan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam dengan 'inshallah' akan mampir ke Johor lagi.

Sebelumnya Majlis Perhubungan Negeri Johor juga telah merakamkan ucapan syabas kepada semua yang terlibat.

Semalam semasa pencatat ditemui oleh pegawai bertugas yang menyiasat ceramah tersebut, pencatat telah meminta garis-panduan bagaimana program PKR tidak diganggu-gugat lagi.


Harapan Baru Dan Taqwin 2010

Pencatat sempat minum secanggir kopi bersama Sdr. Azra, Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa rakan. Corat-corit kami berkisar Konvensyen AMK Johor serta Taqwin 2010.

Konvensyen AMK Johor bakal diadakan pada 13hb. Disember 2009 di Pulai Spring Golf & Resort, Johor Bahru bakal mengamit sejarah AMK Johor.

Sdr. Azra melahirkan keyakinan AMK Johor mampu menjana jentera PKR Johor. Lawatan kerja sehari beliau ke Johor dengan harapan agar ahli pasukan dapat menyusun barisan yang digeruni lawan.

Pencatat yakin AMK Cabang telah memfokuskan Taqwin 2010 dengan kemas untuk diutarakan pada mesyuarat AMK negeri kelak.

20091202

Siasatan Terhadap Ceramah Di Air Manis

Pagi ini sekitar jam 10.00 pagi pencatat dipanggil ke Balai Polis Kulaijaya bagi memberi keterangan mengenai ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa oleh Polis sebagai perhimpunan haram.

Sebelum ini Timbalan Ketua Cabang, Sdr. Hairi telah memberikan kerjasama terhadap dakwaan tersebut. Pencatat difahamkan ceramah tersebut mungkin disabitkan dengan siasatan jenayah.

Liku-liku dalam memperjuangkan hak rakyat marhain sememang getir untuk dilalui. Para sahabat mengadaikan nyawa dan darah bagi memperjuangkan hak umat akhir zaman dan berdakwah kearah hakiki.

Perlu diimbaas bahawa kecemerlangan perlu ada wadah dan kesungguhan. Rintangan yang dilalui semestinya menjengkelkan.

Namun Allah S.W.T menjanjikan kesejahteraan setiap usaha dan niat yang murni pasti mendapat manfaatnya. Pihak Polis bukannya musuh, perlu diingat penzalim(UMNO-BN) akan mengunakan pelbagai cara dan jentera untuk terus berkuasa.

20091201

PENDEDAHAN KETIRISAN KPYPJ

Saya bekas staf di Kumpulan Pendidikan YPJ.Sudah lama masalah institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri Johor ini membusuk dari dalam.

Masalah utama jika ditanya pada BOS2 besar YPJ sendiri mengakui masalah utama kejatuhan YPJ adalah kerana pengerusinya MB (Ghani Othman).. tetapi ramai yang hanya bercerita dari balik tabir sebab sayangkan jawatan dan gaji masing-masing.

Yang menjadi mangsa adalah staf bawahan yang tidak dapat kenaikan gaji serta elaun2 biasa sebagai kakitangan kerajaan. Jika saudara pergi sendiri ke Bank Rakyat sendiri, saudara akan dapat kenyataan bahawa kakitangan YPJ dilarang membuat pinjaman kerana 'masalah kewangan' yang dihadapi mereka.

YPJ gagal menjelaskan bayaran pinjaman kakitangannya kepada bank walhal dalam slip gaji sudah dipotong.YPJ wujud sebelum adanya KUITHO (Sekarang UTHM), dan Lim Kok Wing. Dahulu pengambilan pelajar ke IPTS YPJ sangat menggalakkan.

Tidak perlu banyak promosi kerana namanya terkenal. Tetapi sekarang,Yayasan Selangor sudah naik taraf menjadi UNISEL. Yayasan Melaka sudah ada kolej sendiri. YPJ..hanya menumpang di tanah orang/menyewa.

Tiada bangunan sendiri!. Ada cerita dari orang lama keuntungan YPJ telah digelapkan oleh 'seseorang' sehingga menggagalkan YPJ untuk di upgrade.Wallahua'lam.Tetapi yang seronoknya masalah YPJ ini turut menjadi tempias untuk BN jadikan gula-gula sebelum PRU12. Kononnya kerajaan negeri akan membina sebuah universiti sendiri atau paling tidak bangunan sendiri dan dijangka siap pada 2011.

Selepas PRU12 senyap sunyi..pecah tanah pun tiada!Kampus induk universiti KPYPJ RM35j siap 2011Utusan Malaysia, Jumaat 18 April 2008


Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD

JOHOR BAHRU 17 April - Johor akan memiliki universiti sendiri apabila kampus induk fasa pertama Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) yang bernilai RM35 juta siap dibina di Jalan Kulai-Kota Tinggi pada tahun 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, pembinaan kampus yang terletak di kawasan seluas 40 hektar itu dijangka dapat menampung kira-kira 5,000 penuntut dalam satu-satu masa berbanding ketika ini hanya 2,100 orang.

"Pada dasarnya segala kelulusan dasar termasuk pelan pembangunan dan reka bentuk telah pun diluluskan. Kami menjangkakan upacara pecah tanah sebagai tanda bermulanya pembinaan akan dilakukan hujung tahun ini.

"Apa yang menjadi harapan kami adalah kewujudan kampus itu menjadi tarikan kepada warga Johor khususnya untuk merebut peluang belajar di kolej berkenaan berikutan kos belajar di situ jauh lebih rendah berbanding di institusi pengajian tinggi swasta lain," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Maulizan berkata demikian setelah mendengar taklimat khas mengenai perkembangan KPYPJ yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Saari Md. Nooh di Taman Tampoi Utama di sini.

Beliau berkata, kewujudan kampus itu kelak menawar lebih banyak program baru diperkenalkan dengan mengambil kira perkembangan ekonomi dan sumber manusia semasa.
"Berdasarkan pengamatan, kewujudan kampus itu kelak akan memberi persekitaran dan kemudahan yang selesa untuk para penuntut dengan penuntut tahun pertama dan kedua diberi peluang tinggal di kolej yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang,'' katanya.

Menjawab pertanyaan Maulizan berkata, pada keseluruhannya beliau berpuas hati dengan perkembangan dan daya saing yang ada pada KPYPJ.

Sebagai contoh, katanya, ramai graduan KPYPJ diterima baik oleh industri dan kebanyakan mereka mendapat pekerjaan dalam sektor yang berdaya saing.

"Bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang yang boleh kami baiki dan pertingkatkan bagi membolehkan kolej berkenaan terus berdaya saing dalam apa juga keadaan," katanya.

Apa yang nyata sekarang YPJ semakin merosot. Kemasukan pelajar semakin berkurangan bukan kerana masalah pasaran pekerjaan tetapi fasiliti YPJ sendiri yang begitu jauh jika nak dibandingkan IPTA yang lain. Mana janji MB untuk menaik taraf institusi bertaraf anak kerajaan negeri ini. Hutang yang ditanggung YPJ terlalu banyak.

Ini selalu disebut-sebut di dalam mesyuarat dalam, dan semua staf bertanggungjawab menjadi AJEN PENGIKLANAN supaya membawa pelajar masuk.

Dan ada sistem kuota, jika ada staff yang gagal membawa pelajar masuk ke kolej, maka kemungkinan untuk kontrak perkhidmatan untuk disambung adalah tinggi. Sememangnya YPJ dalam usaha untuk mengurangkan kos, maka membuang staf bukan satu masalah.

Saudara Mazlan Aliman juga pernah menyentuh.."Yayasan Pelajaran Johor menunggu masa untuk dibubarkan manakala projek-projek mega yang menelan belanja berbilion-bilion ringgit terus dibangunkan antaranya Pantai Lido Waterfront 2020 bernilai RM 2.5 bilion, projek pembangunan Tanjung Puteri (RM 2 bilion), Danga Bay (RM 15 bilion).

Ini adalah bukti betapa rakusnya Ghani Othman terhadap projek raksasa meski pun rakyat marhain hanya menjadi penonton sahaja tanpa memikirkan projek-projek mewah ini akan memusnahkan sistem ekologi, hutan bakau serta merosakkan alam sekitar tetapi yang jelasnya penduduk asal akan dihalau tanpa belas kasihan. ":Mazlan Aliman

Sdr. Zabidie diGALAKKAN untuk tinjau sendiri kedaifan kolej-kolej dibawah YPJ ini dan mungkin boleh dibawa ke tengah. Moga Ghani Othman tersedar dari tidurnya. Dalam masa yang sama staf bawahan ramai yang pro PR tidak dapat bersuara kerana bos-bos mereka orang yang berjawatan dlm UMNO adanya..

Oleh: Mohd (Bukan nama sebenar)
Bekas pensyarah di Institut Perindustrian YPJ

Kita Tiada Perdana Menteri

Pendedahan demi pendedahan berserta bukti terhadap rasuah dan penyelewengan dibongkarkan terhadap kerajaan UMNO-BN. Disebabkan sudah harga diri dan jawapan terhadap rakyat UMNO-BN kini kian hilang arah.

Terbaru mereka menyerang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Menteri Besar Kelantan itu meletakkan jawatan. Ia boleh dianggap mengamalkan politik b*d*h dan primitif.

Ekonomi Indonesia, Singapura, Vietnam, China dan lainnya sedang melonjak naik manakala kerajaan Malaysia terkais-kais mencari arah. Malah pemimpin negara terus menerus dalam kebuntuan.

Satu pekara yang harus diteliti oleh semua bahawa sebenarnya kita sebenarnya tiada Perdana Menteri(PM) . Negega hanya ada pelindung dan pelaku jenayah. pencatat boleh ibaratkan sebagai PM kita sebagai ketua lanun.

Wartawan dan media dihalang dari bertanya mengenai jenayah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN setiap sesi soal-jawap. Kes Altantuya langsung diharamkan untuk ditanya.

Terbaru kes Menteri Besar Negeri Sembilan dengan pengubahan wang RM10 juta. Kerana kita mempunyai PM yang d***gu, maka Datuk Seri Najib Razak lebih berminat mengenai doa MB Kelantan.

Diskusi Dan Merancana Kerja

Perbincangan malam tadi bersama beberapa Ecxo AMK Johor di pejabat Cabang Gelang Patah berkisar Konvensyen AMK Johor.

Pelan cadangan akan diputuskan selepas mendapat riaksi daripada barisan pimpinan AMK Johor dan ketua AMK Cabang. Perbincangan kali kedua ini lebih menjurus kepada kertas-kerja yang akan dibentangkan.

Pencatat menyeru barisan yang terlibat mengambil inisiatif agar konvensyen ini nanti membuahkan resolusi kepada AMK Johor yang lebih bersepadu.

Kepada ahli AMK Johor yang kerap 'corat-corit' hasil-kerja pasukan AMK Johor, inilah peluang untuk mengislahkan pandangan bernas.