20091207

Halangan Polis Untuk Peneroka Mendengar Hak

Sesi dailog, ceramah dan perjumpaan tertutup di Felda Sungai Mas, Tenggaroh 2, Ulu Dengar, Felda Besar dan Pasir Raja selama dua hari membuahkan cetusan kepada peneroka dan generasi.

Walaupun terdapat kekangan dari Polis dibeberapa tempat namun ianya berjaya dijayakan. Polis menghalang hak peneroka diperdengarkan dengan alasan permit tidak diluluskan.

Pencatat merasakan Konvensyen Biro Felda Pusat yang diadakan pada Febuari 2010 di Pahang nanti bakal memecah segala kebuntuan permasalahan yang dihadapi oleh peneroka.

Insyallah, siri jelajah pertama ini memberi gambaran bahawa ia akan diteruskan kepada beberapa lagi siri jelajah atas permintaan puluhan perkampungan Felda di Johor.

Pencatat ingin merungkap perjuangan Tun Abdul Razak memperjuangkan hak pribumi dangan penubuhan Felda. Malangnya Felda telah dinodai oleh anak Allahyaham iaitu Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Hasil perahan sawit ditipu secara jelas. Persatuan Belia di Felda diberikan puluhan ribu setiap tahun bagi menutup mulut agar penyelewengan tidak diwarwarkan.

No comments:

Post a Comment