20091206

SPRM : Antara Mangsa Banjir Dan Makan Gaji Buta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil inisiatif dengan banyak aduan mangsa banjir tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Malangnya jika wakil-wakil rakyat BN-UMNO dan Pak Menteri UMNO-BN tiba, jamuan makan agak menghairahkan. Diketahui umum sejak bertahun-tahun dahulu disetor penempatan banjir terdapat dua stor.

Satu setor VIP, satu setor mangsa banjir.
Selepas banjir surut, barangan bantuan dan sumbangan orang ramai kebiasaannya menjadi habuan mereka yang menguruskannya.

Baru kini SPRM mahu bertindak, itupun dilakukan di negeri Kerjaan Pakatan Rakyat. Selama ini SPRM lena diselimuti UMNO-BN.

Penyelewengan bukan sahaja sebati di Putrajaya, cucu-cicit dan kaum kerabat UMNO-BN dimana sahaja sudah lali dengan penindasan terhadap bangsa sendiri.

Ia adalah malang jika kita terus mempercayai SPRM boleh mengatasi masalah rasuah, penyelewengan dan ketirisan di negara.

Kes-kes besar dibiarkan begitu sahaja dan seperti kes penyelewengan bantuan banjir kononnya membahayakan negara.


Maka marhain akan berkata, "
anak siapakah itu yang mencuri ? ". SPRM berkata, " anak-cucu UMNO-BN ! ". Marhain terus bertegas, " Yang hang ni SPRM dah tahu UMNO-BN tu lanun, hang dok tangkap anak lanun curi telur ayam buat apa ? ".

Itulah ibarat tugas SPRM mencari kebenaran dan mencegah penyelewengan terhadap mangsa banjir. Kes billion dibiarkan tidak disiasat dan tidak didakwa kes kecil menjadi keutamaan.

Jika kita melapor berserta bukti, saksi, keterangan, dokumen dan rakaman yang melibatkan UMNO-BN. SPRM amnya seperti tunggul dan mengharap gaji diperolehi pada hujung bulan (makan gaji buka).


Jika ia melibatkan Pakatan Rakyat seperti di Lembah Pantai. Walaupun akaun tidak mencatat RM17.00. SPRM seperti gagak dirimba. Terjerit-jerit ingin membawa YB Nurul Izzah Anwar untuk didakwa.


No comments:

Post a Comment