20091212

PEKELILING SETIAUSAHA MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR BIL 12/2009

TIMBALAN PENGERUSI 1 , 2 dan 3
BENDAHARI
KETUA PENERANGAN
KETUA AMK JOHOR
KETUA WANITA JOHOR
PENGERUSI CABANG-CABANG NEGERI JOHOR
PEGAWAI KHAS MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR

Saudara,
MAJLIS WACANA ILMU ANJURAN MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT YANG PERTAMA PADA 19 DISEMBER 2009

Menemui saudara semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi. Majlis tersebut akan di adakan seperti berikut;-

Tarikh : 13 Desimber 2009
Masa : 9.30pagi – 6.00 petang
Tempat: Pulai Spring Resort, 20km Jalan Pontian Lama, Pulai.

2. Aturcara Majlis adalah seperti berikut;
2.1. Ucapan Aluan oleh Pengerusi MPNJ (9.30 pagi)
2.2. Pembentangan kertas kerja
• Sepakat sepasukan
• Merubah kepimpinan
• Menjana kemenangan
2.3. Ucapan Ketua AMK Pusat
2.3. Ucapan Pengarah Strategik Pusat
2.4. Bengkel dan Sidang Pleno
2.5. Resolusi Wacana Ilmu
2.6. Penutupan Rasmi oleh Y.Bhg Dato Chua Jui Meng ( 4.30 petang).

3. Sehubungan itu, semua Ketua Cabang adalah dipohon menjemput seluruh ahli PKR cabang masing-masing untuk hadir di dalam Majlis tersebut. Kehadiran ahli dan penyokong PKR merupakan simbol sokongan terhadap perjuangan menawan negeri Johor dalam PRU ke-13.

Kerjasama saudara dalam hal ini amatlah dihargai . Sekian terima kasih.

Salam Reformasi,

Saiman Marjuki
(Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor)

No comments:

Post a Comment