20091228

Universiti Felda : Perlukah Peneroka Ditipu Lagi ?

Khabarnya Felda mahu menubuhkan universiti. Jika itu sedang dirancang dan sedang diteliti untuk dilaksanakan. Pencatat bersetuju ianya ditubuhkan.

Tetapi mestilah mendapat restu daripada pelbagai pihak terutama peneroka dan generasi. Pencatat berharap tidak seperti Sekolah Berasrama Penuh kelolaan Felda, majoritinya dikuasai anak staff Felda Holding Berhad.

Anak dan generasi peneroka terpaksa 'merayap' ke sana-sini mencari sekolah berasrama penuh.

Jika ianya ditubuhkan untuk generasi staff Felda Holding serta anak syarikat Felda, pencatat merasakan Felda mahu perbodohkan peneroka lagi.

ANAK menyeru sekian peneroka dan generasi, usah terus setuju setiap pengumuan Felda. Terlalu banyak pengumunan sebelum ini hanya tipu-daya untuk merompak hasil peneroka.

No comments:

Post a Comment