20091215

Halangan Politik Dalam Program Amal Palastin

Pencatat sebagai salah seorang urusetia penganjur Konsert Aman Palastin sempena Maal Hirah teruja dengan kesudian Papa Rock Nusantara, Ramli Sarip atas kesudian beliau untuk menjayakannya.

Ramli Sarip telah mengesahkan kehadiran dan memaklumkan kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan ke Tabung Aman Palastin bagi membantu rakyat Palastin yang dikejami oleh zionis Israel.

Walaupun mendapat kekangan dari wakil rakyat kawasan tersebut. Pencatat bersama rakan-rakan Urusetia Aman Palastin akan sedaya upaya menjayakannya.

Tiada unsur politik dalam konsert tersebut. Ianya khusus untuk membantu nasib mereka yang tertindas. Tiada bendera PKR, DAP dan PAS disitu kelak.

Pencatat menyeru UMNO usah memainkan polimik politik dalam usaha bantuan kemanusiaan. Hari ini pihak lain kesusahan dan minta bantuan, kelak kita pula kesusahan dan perlukan bantuan.

No comments:

Post a Comment