20091201

PENDEDAHAN KETIRISAN KPYPJ

Saya bekas staf di Kumpulan Pendidikan YPJ.Sudah lama masalah institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri Johor ini membusuk dari dalam.

Masalah utama jika ditanya pada BOS2 besar YPJ sendiri mengakui masalah utama kejatuhan YPJ adalah kerana pengerusinya MB (Ghani Othman).. tetapi ramai yang hanya bercerita dari balik tabir sebab sayangkan jawatan dan gaji masing-masing.

Yang menjadi mangsa adalah staf bawahan yang tidak dapat kenaikan gaji serta elaun2 biasa sebagai kakitangan kerajaan. Jika saudara pergi sendiri ke Bank Rakyat sendiri, saudara akan dapat kenyataan bahawa kakitangan YPJ dilarang membuat pinjaman kerana 'masalah kewangan' yang dihadapi mereka.

YPJ gagal menjelaskan bayaran pinjaman kakitangannya kepada bank walhal dalam slip gaji sudah dipotong.YPJ wujud sebelum adanya KUITHO (Sekarang UTHM), dan Lim Kok Wing. Dahulu pengambilan pelajar ke IPTS YPJ sangat menggalakkan.

Tidak perlu banyak promosi kerana namanya terkenal. Tetapi sekarang,Yayasan Selangor sudah naik taraf menjadi UNISEL. Yayasan Melaka sudah ada kolej sendiri. YPJ..hanya menumpang di tanah orang/menyewa.

Tiada bangunan sendiri!. Ada cerita dari orang lama keuntungan YPJ telah digelapkan oleh 'seseorang' sehingga menggagalkan YPJ untuk di upgrade.Wallahua'lam.Tetapi yang seronoknya masalah YPJ ini turut menjadi tempias untuk BN jadikan gula-gula sebelum PRU12. Kononnya kerajaan negeri akan membina sebuah universiti sendiri atau paling tidak bangunan sendiri dan dijangka siap pada 2011.

Selepas PRU12 senyap sunyi..pecah tanah pun tiada!Kampus induk universiti KPYPJ RM35j siap 2011Utusan Malaysia, Jumaat 18 April 2008


Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD

JOHOR BAHRU 17 April - Johor akan memiliki universiti sendiri apabila kampus induk fasa pertama Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) yang bernilai RM35 juta siap dibina di Jalan Kulai-Kota Tinggi pada tahun 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, pembinaan kampus yang terletak di kawasan seluas 40 hektar itu dijangka dapat menampung kira-kira 5,000 penuntut dalam satu-satu masa berbanding ketika ini hanya 2,100 orang.

"Pada dasarnya segala kelulusan dasar termasuk pelan pembangunan dan reka bentuk telah pun diluluskan. Kami menjangkakan upacara pecah tanah sebagai tanda bermulanya pembinaan akan dilakukan hujung tahun ini.

"Apa yang menjadi harapan kami adalah kewujudan kampus itu menjadi tarikan kepada warga Johor khususnya untuk merebut peluang belajar di kolej berkenaan berikutan kos belajar di situ jauh lebih rendah berbanding di institusi pengajian tinggi swasta lain," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Maulizan berkata demikian setelah mendengar taklimat khas mengenai perkembangan KPYPJ yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Saari Md. Nooh di Taman Tampoi Utama di sini.

Beliau berkata, kewujudan kampus itu kelak menawar lebih banyak program baru diperkenalkan dengan mengambil kira perkembangan ekonomi dan sumber manusia semasa.
"Berdasarkan pengamatan, kewujudan kampus itu kelak akan memberi persekitaran dan kemudahan yang selesa untuk para penuntut dengan penuntut tahun pertama dan kedua diberi peluang tinggal di kolej yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang,'' katanya.

Menjawab pertanyaan Maulizan berkata, pada keseluruhannya beliau berpuas hati dengan perkembangan dan daya saing yang ada pada KPYPJ.

Sebagai contoh, katanya, ramai graduan KPYPJ diterima baik oleh industri dan kebanyakan mereka mendapat pekerjaan dalam sektor yang berdaya saing.

"Bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang yang boleh kami baiki dan pertingkatkan bagi membolehkan kolej berkenaan terus berdaya saing dalam apa juga keadaan," katanya.

Apa yang nyata sekarang YPJ semakin merosot. Kemasukan pelajar semakin berkurangan bukan kerana masalah pasaran pekerjaan tetapi fasiliti YPJ sendiri yang begitu jauh jika nak dibandingkan IPTA yang lain. Mana janji MB untuk menaik taraf institusi bertaraf anak kerajaan negeri ini. Hutang yang ditanggung YPJ terlalu banyak.

Ini selalu disebut-sebut di dalam mesyuarat dalam, dan semua staf bertanggungjawab menjadi AJEN PENGIKLANAN supaya membawa pelajar masuk.

Dan ada sistem kuota, jika ada staff yang gagal membawa pelajar masuk ke kolej, maka kemungkinan untuk kontrak perkhidmatan untuk disambung adalah tinggi. Sememangnya YPJ dalam usaha untuk mengurangkan kos, maka membuang staf bukan satu masalah.

Saudara Mazlan Aliman juga pernah menyentuh.."Yayasan Pelajaran Johor menunggu masa untuk dibubarkan manakala projek-projek mega yang menelan belanja berbilion-bilion ringgit terus dibangunkan antaranya Pantai Lido Waterfront 2020 bernilai RM 2.5 bilion, projek pembangunan Tanjung Puteri (RM 2 bilion), Danga Bay (RM 15 bilion).

Ini adalah bukti betapa rakusnya Ghani Othman terhadap projek raksasa meski pun rakyat marhain hanya menjadi penonton sahaja tanpa memikirkan projek-projek mewah ini akan memusnahkan sistem ekologi, hutan bakau serta merosakkan alam sekitar tetapi yang jelasnya penduduk asal akan dihalau tanpa belas kasihan. ":Mazlan Aliman

Sdr. Zabidie diGALAKKAN untuk tinjau sendiri kedaifan kolej-kolej dibawah YPJ ini dan mungkin boleh dibawa ke tengah. Moga Ghani Othman tersedar dari tidurnya. Dalam masa yang sama staf bawahan ramai yang pro PR tidak dapat bersuara kerana bos-bos mereka orang yang berjawatan dlm UMNO adanya..

Oleh: Mohd (Bukan nama sebenar)
Bekas pensyarah di Institut Perindustrian YPJ

No comments:

Post a Comment