20091211

Rangka Kerja Anwar Ibrahim Untuk 40 Hari

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merencana siri jelajah 40 hari . Pencatat dimaklumkan yang terakhir akan berada Johor.

Kenapa Johor yang terakhir ?. Kerana Johor adalah Istimewa untuk Ketua Umum PKR.


40 Hari, salah satu angka Sunnah Rasulullah S.A.W. Begitu juga Jemaah Haji Malaysia diperlukan berada di Tanah Suci selama itu.

40 hari juga banyak fadhilatnya jika dilakukan dengan istiqamah. Seperti yang diamalkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


Ingin pencatat maklumkan bahawa dalam jangka masa 14 hari, keahlian baru di Cabang Kulai mencecah seramai 390 orang. Borang keahlian yang belum diserah ke pejabat Cabang Kulai sekitar 150 orang.

Sehingga detik ini, 540 ahli baru di Cabang Kulai. Pemakluman ini atas kapisiti pencatat sebagai Setiausaha Cabang Kulai.

Pencatat dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja PKR Pusat . Ahli yang layak untuk mengundi, merebut atau memegang jawatan lantikkan hanya diterima oleh pusat sebelum 20 Disember 2009.

Ia merujuk kepada pemilihan Cabang, Negeri dan Pusat dijangka pada tahun 2010.

Pencatat menyeru AMK Johor perkemas dan memperhebatkan pendaftaran keahlian baru.

No comments:

Post a Comment