20090304

04 - 03 - 2009

2.12 pm
Saya kini berada di Kuala Lumpur bersama Md Simpul Hj Yahya dan rakan-rakan. Beliau adalah wakil kumpulan bekas peneroka Felda yang di 'anaktiri' kan oleh Felda. Sebentar tadi kami berdiskusi dikantor En. Anuar Hj. Harun, beliau adalah Pengurus Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia.
Beliau amat terkejut dengan permasalahan yang berlaku terhadap bekas peneroka Felda ketika ini. Kini kami dalam perjalanan ke MPOB bagi menyerahkan permohonan lesen untuk menjual buah sawit .
.
08.43 am
Bumiputerarisme atau Apartheid
* MHSE, Pelabuhan Tanjung Pelapas dan Syarikat gergasi lain memperlihatkan orang melayu berani bersaing.
* Bank perdagangan dan firma pembiaya tidak memilih untuk membantu. Namun kondisi pentabdiran dan prasyarat menjadi keutamaan.
* Terdapat banyak projek yang dianugerahkan kepada bumiputera telah terbengkalai. Banyak juga firma bukan melayu yang menyiapkan projek tersebut melalui konsep 'alibaba'.
* Terdapat banyak firma bumiputera yang mana pengarahnya adalah hanya kerani atau pemandu syarikat. Perlukah ia diteruskan bagi memuaskan kuota bumiputera.
* Apa perlunya pemilihan/keutamaan kaum dalam pengagihan tender, pinjaman dan pemberian hak jika bangsa melayu terus mundur dalam ekonomi dan sektor pelbagai industri.
* BN-UMNO bimbang penjawat politik mereka tidak mendapat imbuhan jika quota melayu-bumiputera dihapuskan.
* Terdapat banyak firma bumiputera telah mencapai tahap kecapaian dunia tanpa melibatkan tender kerajaan dan membangkitkan isu quota.
* Rekod melayu-bumiputera pasti lebih gemilang dengan persaingan sihat dan tanpa memilih kaum.
* Pengagihan kuasa melalui dasar perkauman-apartheid merosakkan kitaran ekonomi dan politik negara.

No comments:

Post a Comment