20090303

Bumiputerasim yang Disalahgunakan Merupakan Apartheid

KENYATAAN YB Dr BOO CHENG HAU
( Ketua Pembangkang Johor )

Tujuan saya membangkitkan perbandingan di antara Apartheid dan Penyalahgunaan Bumiputeraism dalam dasar ekonomi adalah untuk menarik perhatian Kerajaan terhadap ketidakpuasan pelabur Dana Johor terhadap harga belian balik satu saham 50 sen manakala pelabur Amanah Saham Johor ditawarkan harga belian balik satu unit satu ringgit.
Maka layanan berbeza ini boleh dikatakan bersifat “Apartheid” yang memisahkan dua golongan Warga Johor. Seperti yang dikatakan oleh YAB Menteri Besar 49% pelabur Dana Johor adalah Orang Melayu.Oleh itu, tujuan saya adalah mengharapkan Pelabur Dana Johor Melayu ditawarkan harga belian balik saham yang saksama juga jika berbanding dengan Amanah Saham Johor.
Oleh itu, hujah YAB Menteri Besar sendiri itu membuktikan bahawa saya tidak memainkan sentimen perkauman sebab pelabur Dana johor didirikan daripada semua Anak Johor pelbagai kaum.Tambahnya sesetengah bank menwujudkan dua kadar faedah berasaskan Ahli dan Bukan Ahli. Sebenarnya, keahlian tidak ditawarkan kepada bukan Bumiputera walaupun mereka miskin.
Dasar ini bukannya tindakan afirmatif tetapi lebih bercorak segregasi dan menjejaskan perpaduan warga Malaysia.Apartheid adalah ditafsirkan sebagai “separate development” (Pembangunan Berasingan)

Selanjutnya, sila layari http://drboochenghau.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment