20090309

09 - 03 - 2009

1.01 pm

Saya telah menerima arahan daripada Ketua Perhubungan Negeri dan AMK Pusat agar menyiap-siagakan jentera AMK Johor ke Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Perak. Saya berharap semua jentera tidak leka dan 'melucahkan' gelaran-sebutan 3 pilihanraya tersebut. Kelekaan pasti membawa padah.
Mengenai beberapa pertanyaan mengenai 'skim mini ransangan' yang akan diumumkan esok. Saya melihat, jika RM 10-15 Billion diagihkan. Ianya tidak mencapai maksud pakej rangsangan ekonomi. Pemulihan maksima perlu dilakukan dengan teliti :
1. Peniaga kecil dan sedarhana diberi pinjaman-saguhati khas bersyarat.
2. Pakej rangsangan sepatunya RM100-150billion (dinilai mengikut peratusan tranksaki perniagaan-perdanganan tahun 2008) .
3. Pelabur asing diberi imbuhan khas dan pekerja asing disusut-berhentikan bagi mengisi pengangguran rakyat. ( Mengurangkan pengalirkan dana keluar tanpa pertumbuhan ekonomi )
4. Bonus khas diberikan kepada usahawan-pengusaha yang telah bertahan lebih 10 tahun.
5. Jumlah Kolej-Universiti tajaan kerajaan dikurangkan. Kerana terdapat beberapa pusat pengajian mempunyai bidang pengajaran yang sama. Pejimatan kos perlu dilakukan dengan tegas. ( Telah dilaksanakan di Singapura )
6. Kerajaan perlu jujur mengistiharkan syarikat-syarikat yang telah mengalami kerugian-muflis.( seperti di istiharkan dengan jujur di barat )

9.36 am
Hayati Cerpen Zionis Malaysia. Layari & klik : http://amkjohor.blogspot.com/2009/03/arnaud-dubus-vs-najib-tun-razak.html

8.12 am
Kemana Pemuda UMNO di Johor, riuh bak gagak . Ajak bersemuka. sepi seribu bahasa !
Kelmarin selepas mendengar Pidato 'Ketuanan Rakyat' di Shah Alam. Saya sempat meneguk secawan teh dan sepinggan nasi lemak bersama Ketua PPNJ iaitu Hj Annuar Salleh, Pengerusi Tetap PKR iaitu Hj Issamuddin, Cik Nah Budin, Sdr. Fauzi Ketua AMK Batu Pahat, Sdr Azam Setiausaha AMK Johor termasuk 11 orang yang lain.
Diskusi dibawah pokok itu amat menarik. Maklumat terkini, keahlian baru PKR Johor kini terkumpul mencecah 1000 orang. Fokus diskusi lebih menjurus kepada gerakkerja bersepadu dan 'serangan cyber' bertaliarus terutama kepada UMNO.
Beberapa rangkakerja sepanjang tahun 2009 antara AMK dan Perhubungan Negeri akan diatur tanpa pulisiti awal bagi keberkesanannya. Minggu hadapan saya bersama Cik Nah Budin akan melawat dan memulih-selia satu bahagian diselatan.
Dalam sehari-dua hari lagi saya akan mengumumkan perlantikan pegawai khas AMK Johor bagi menyelaras gabungan pemuda Pakatan Rakyat dan NGO. Ianya bagi penyelasaran sumber maklumat , gerakgempur dan 'serangan c4' untuk dilakukan sepadu.

No comments:

Post a Comment