20090301

01 - 03 - 2009

Kemuncak Bantahan Terhadap PPSMI

Adakah kerajaan sedar bahawa mereka sebenarnya cuba menegakkan benang yang basah atau buat-buat tak tahu kerana keegoan diri melebihi daripada kepentingan masyarakat dan negara.Butakah mereka ini kerana Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Mathematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja dibantah oleh orang-orang kampung malah oleh Gapena, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIM), Teras, tokoh bahasa, para cendikiawan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Pakatan Rakyat, malah parti komponen BN sendiri iaitu MCA turut membantah.

Pelik, Datuk Seri Hishamuddin tidak ak buat kajian awal ke, atau memang patuh melulu arahan Tun M? Umno sendiri je yang sokong, itu pun bukan semua. Wahai ahli-ahli umno, nasihatkanlah pemimpin-pemimpin kamu yang bongkak. Kembalikan kedaulatan Bahasa Melayu. Letakkanlah kelogikkan dan kewarasan pada tempatnya iaitu dengan meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya menjadikan Sains dan Mathematik sebagai mangsa.

Kalau pemimpin-pemimpin kamu tetap bongkak, JOM SERTAI KAMI, demi kedaulatan Bahasa Ibunda kita dan kejayaan anak-anak kita dalam Matematik dan Sains dimasa depan. Tunjukkan Kesungguhan kita dengan menyertai :

HIMPUNAN AMAN 100,000 RAKYAT
Tarikh : 7hb Mac 2009
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Istana Negara, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment