20090303

03 - 03 - 2009

5.11 pm

Sidang DUN Perak dijalankan di bawah pokok.
Sandiwara BN-UMNO memperkosa segenap institusi. Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak lagaknya seperti Sultan mengatakan Sidan DUN tidak boleh dilakukan, petang ini Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh Ridwan Ibrahim meluluskan permohonan injunksi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam exco negeri bagi menghalang Speaker V Sivakumar mengadakan persidangan DUN alasan penghakiman ianya tidak mengikut undang-undang.
BN-UMNO kian panik, malah Datuk Mazlan Harun, UMNO Muar sendiri telah jelak dengan tipuhelah partinya. Malangnya ugutan beliau jika aduan tidak diterima, belaiu ingin menyertai Pakatan Rakyat (PR). Mungkin bagi Datuk Mazlan PR adalah parti pengemis. Saya rasa beliau adalah pengemis.
*
8.02 am
Semalam saya berkesempatan duduk bersama Naib Ketua (1) Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sambil menikmati tom yam udang di Restoran Noor, Taman Universiti, Skudai. Apa yang menarik dalam perbincangan malam itu adalah berkaitan dengan pemikiran EXCO AMK Johor dan Ketua2 dan EXCO2 Bahagian...Beliau yang baru sahaja pulang dari Mesyuarat EXCO AMK Johor dan beliau berpandangan bahawa EXCO AMK Johor dan Ketua2 AMK Bahagian perlu ada anjakan paradigma di luar kotak pemikiran jika mahukan AMK atau PKR itu sendiri dihormati lawan dan kawan...... ( catatan penuh di http://amkgelangpatah.blogspot.com/ )

Sdr. Faizul Amer dan rakan-rakan.
Makenisma perlaksanaan memerlukan toleransi dan persepakatan antara penjawat Bahagian dan Negeri serta Pusat. Bahagian Gelang Patah mempunyai nama tersohor diserata, kombinasinya diambil iktibar dari segi positif dan negitif.
Saya menerima pandangan saudara dengan inisiatif dan positif. Bawakan pekara tersebut ke mesyuarat AMK Gelang Patah , utarakan secara rasmi dan bentangkan pada mesyuarat negeri. Kami akan minitkan untuk diambil tindakan. Saya pasti Naib Ketua, Srd. Nazri Ismail mempunyai inovasi kearah kecapaian terbaik cadangan tersebut.
Saya menelitinya pada transaksi yang lalu. Rekod Johor agar memilukan sehingga Ketua Umum menegur secara tegas kepada barisan kepimpinan baru PKR Johor agar memperbaikinya.
Saya berterima kasih atas pandangan tersebut. Persoalan dan jawapan keseluruhannya, kesepakatan dalam membuat keputusan pada perancangan membawa kebaikkan. Tindakan individu pastinya menanggung kredit kepada kelompok lainnya. Ia memeritkan.

No comments:

Post a Comment