20100321

One Israel adalah 1Malaysia....

Adakah anda terkejut bila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata 1Malaysia meniru One Israel ?

Berkata di kota London, Anwar menyifat tindakan untuk mengantung beliau dari menghadiri sidang Dewan Rakyat sebagai jenaka basi.

Anwar Ibrahim berkata pada sidang media selepas berucap di London School of Economics ,"APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini".

Ketua Umum PKR berkata lagi persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.

Minggu lepas semasa membahaskan titah Yang Dipetuan Agong di dalam Dewan Rakyat Anwar telah memdedahkan hubung kait APCO dengan pemerintah Zionis Israel dan mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri sanggup menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk memperbaiki ekonomi negara.

Satu kenyataan yang dikeluarkan semalam APCO yang mempunyai pejabat di Malaysia menafikan syarikat tersebut terbabit dalam menasihati Najib berhubung gagasan 1Malaysia.

Sebelum ini kerajaan UMNO-BN dan pencacai UMNO begitu girang menuduh Anwar Ibrahim adalah agen yahudi. Pada masa yang sama melantik dan membayar syarikat yahudi untuk menentu halatuju kewangan negara.

1Malaysia adalah ilham dan perlaksanaan ekomoni yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak . Penasihat 1Malaysia ialah APCO yang sah pro Israel . APCO bertanggungjawap menjayakan 1Malaysia.

Oleh kerana APCO berkiblatkan One Israel dan 1Malaysia mengikut telunjuk kepada APCO. Maka One Israel dan 1Malaysia adalah sama dan senada.

Pembaca boleh menilai secara rambang apa yang berlaku di Malaysia dan Israel adalah sama. Contohnya membiarkan parti lawan ( MCA, MIC, Gerakan dan lainnya) lumpuh dan 'hidup segan mati tak mahu'. Dan mengunakan polis, mahkamah dan tentera untuk terus berkuasa.

Polis digunakan untuk melemahkan dan menangkap pemimpin parti lawan. Gaji mereka dinaikkan, layan istimewa kepada anggota polis. Tentera pula digunakan untuk mencuri undi. Perbelanjaan tentera dicuri melalui komesyen berbillion.

Mahkamah digunakan secara rakus sehingga fungsi raja-raja dikawal oleh mahkamah. 1Malaysia secara jelas menindas sesaipa sahaja yang menentang UMNO. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada MCA. Pemimipin UMNO bertempuk tangan keruntuhannya.

begitu juga dengan MIC, Gerakan dan PPP. Malah telah diketahui umum 'tangan ajaib' dari UMNO menentukan siapa Presiden dan dipecat dari jawatan dan keahilan.

No comments:

Post a Comment