20100324

Ibrahim Ali : Hero Katak Melayu, Pengarah Syarikat Judi

Pencatat menyokong penuh kenyataan Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Beliau mengaitkan Datuk Ibrahim Ali yang mempunyai saham dalam syarikat perjudian berkenaan.

Saifuddin berkata,"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," .

Ibrahim Ali adalah pengarah Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan. Perniagaan Ascort melibatkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Ibrahim sebelum ini begitu lantang dengan hak asasi ketuanan melayu telah dipecat oleh UMNO kerana tindakan dan perangainya yang membelakangkan perjungan melayu-UMNO.

Setelah dimalukan setelah kalah begitu teruk sebagai calon bebas di Parlimen Pasir Mas, Ibrahim berjaya memperdaya PAS untuk dicalonkan sebagai calon PAS pada PRU ke-12. namun selepas itu PAS tipu selepas itu dan beliau mengistiharkan dirinya calon babas.

Kini dipercayai Ibrahim sedang mencuri hati parti lain terutama UMNO untuk bertanding atas tiket BN pula dengan memperkudakan PERKASA setelah PEKIDA dilihat lumpuh setelah Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Seorang rakan berkata, Ibrahim berjaya mengumpulkan ahli UMNO dan PKR melayu yang kecewa disebabkan kalah dalam pertandingan dan tidak terpilih pada jawatan yang dikendaki.

No comments:

Post a Comment