20100427

PESTA LOMPAT KATAK


Akibat daripada kekalahan PKR di Hulu Selangor, mungkinkah akan berlaku lompat parti lebih ramai lagi. Perkara ini yang perlu diperbincangkan. Terdapat ahli yang kecewa, yang keletihan, tewas disekerat jalan dan tidak kurang yang bosan dan muak dengan sinario politik kini.

UMNO/BN sedang menunggu kalau-kalau ada YB Pakatan Rakyat yang berhasrat hendak melompat. Karpet merah disediakan kepada katak-katak ini. Kita tunggu dan lihat bagaimana pemimpin-pemimpim kita menangani kemelut ini. Jangan dibiarkan berlarutan.

Parti Keadilan Rakyat masih mengharapkan Pengundi atas pagar dan pengundi protes. PRK Hulu Selangor telah menyaksikan mereka-mereka ini tidak keluar/balik mengundi. Mereka merasa bosan dengan tindakan asyik melompat saja. sementara pemimpin kita cuma beri alasan Tempoh Pemutihan... Perlu ada langkah drastik mencegah perkara ini berlarutan.

UMNO/BN berjaya memainkan isu arak dan judi. Dato` Zaid Ibrahim dilihat seorang pemabuk dan kaki judi. Pengundi melayu terperdaya. Pengundi Felda ditabur dengan wang. Pengundi yang dipindahkan masuk disyaki pengundi hantu. Terdapat pengundi yang telah hilang namanya dari senarai.

Petugas dan jentera Pakatan Rakyat disibukkan dengan kerja pasang poster, urus program ceramah, jaga pengundi hantu, konvoi ikut pemimpin kehulu-kehilir, lepak-lepak dikedai kopi, shopping digerai-gerai, malah ramai yang datang dari jauh hanya sekadar makan angin sahaja.

Pengundi dibiarkan. Tidak ada yang menemui dan merayu pengundi. Kita hanya bertahan, tiada serangan balas yang mampu menawan hati pengundi. Kehadiran dilokasi ceramah terdiri dari penyokong PR dan petugas PR. Pengundi tempatan dan atas pagar tidak kelihatan. Penceramah terlalu memaki hamun perti lawan dengan kata-kata kesat yang melampaui mengakibatkan pengundi atas pagar dan UMNO/BN yang hadir mengangkat kaki balik. Inilah antara punca kempen kita tidak sampai kepada pengundi.

Kepada semua ahli dan penyokong PR, jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran yang perlu diperbaiki. Jangan berputus asa dan merasa kecewa. Perjuangan kita terlalu lurus sedangkan mereka penuh dengan tipudaya. Kuatkan iltizam dan bangkit untuk berjuang menumbangkan rejim UMNO/BN

No comments:

Post a Comment