20100406

HIMPUNAN GENERASI FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN

Himpunan generasi Felda Siri ke 2 yang sepatutnya berlangsung pada 24hb & 25hb April di Felda Sungai Tengi terpaksa dipercepatkan kerana terdapat permintaan dari kalangan masyarakat setempat dan pemimpin2 kita.

Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK ) telah memutuskan setelah berbincang dan mengambil kira pandangan Pemimpim2 Pakatan Rakyat bahawa Himpunan tersebut akan diadakan pada 23hb & 24hb April 2010 ( Jumaat & Sabtu ).

Pelbagai program dan acara disediakan bagi menghasilkan Himpunan yang terbesar, antaranya sukanika, untuk kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki dan wanita, acara pasangan suami isteri, keluarga, ibu dan anak, dan banyak lagi. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga disediakan.

Bagi yang berbadan sasa, bolehlah turut serta dalam pertandingan Tarik Tali, Kaum ibu disediakan acara masakan, gubahan, sulaman, ukiran buah, jahitan leher baju, anyaman ketupat dan banyak lagi. Kaum bapa pula, acara kopek kelapa, bowling padang, panjat pokok kelapa, dan bermacam-macam lagi yang dijanjikan cukup meriah.

Malam pertama akan dijalankan, acara pentas termasuk persembahan Utz Akhil Hai, Koprotasa, Deklamasi sajak, konsert, pertandingan pakaian beragam dan sebagainya.

24hb 2010 bermula jam 8.00am Konvensyen Himpunan Generasi Felda akan dijalankan dengan ucapan-ucapan aluan oleh beberapa pemimpin ANAK dan Pakatan Rakyat. Seterusnya Konvensyen Himpunan akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Konvensyen diteruskan dengan 3 pembentangan iaitu 1. Mazlan Aliman ( ANAK ) 2. Md Shah Misnan ( SEPAKAT - NGO Peneroka ) dan 3. Wan Rohimi Bin Wan Daud ( Peguam yang memenangkan kes Felda Kemahang 3 )

Resolusi akan dibentangkan di akhir majlis sebelum YAB Tan Seri Abd Khalid MB Selangor Menutup Rasmi Majlis tersebut. YAB Tan Seri akan mengumumkan satu plan berkesan untuk menyelesaikan permasalahan Felda Sungai Buaya.

Malam terakhir adalah kemuncak Himpunan. Tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat akan menyampaikan pidato dan ceramah. Termasuk Calun Pakatan Rakyat. Antarnya DSAI, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hj Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Syaifuddin Nasution, Mohd sabu, Husam Musa, Semua tokoh-tokoh ini akan berada sepanjang majlis.

Semuga usaha ANAK mampu menarik warga Felda memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Ayuh datanglah beramai-ramai

No comments:

Post a Comment