Sepanjang tempoh berkempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, pencatat berada di sekitar Tanah Rancangan Felda termasuk Felda Sungai Tengi, Felda Seorharto, Felda Gedangsa dan Sungai Tengi Selatan. Sepanjang masa yang berharga ini, pencatat sedaya upaya memanfaatkan setiap sudut menyusun perancangan dan strategi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan Felda.
Bersama Hj Suhaimi Said, Sdr Mazlan Aliman dan Sdr Wan Rohaimi Wan Daud, dalam setiap ceramah kami telah mula membongkar pembohongan dan penipuan Felda yang bersekongkol dengan UMNO/BN. Pengundi Felda sudah mulai yakin dengan kehadiran yang menunjukkan peningkatan setiap ceramah kami.
Kemuncak kepada pendedahan kami, pada 24hb ini Konvensyen himpunan Warga Felda akan menentukan resolusi yang akan dicapai. Sdr Mazlan Aliman akan membongkar isu-isu Generasi Ke 2. Ketirisan yang berlaku dalam Felda teruatama isu penempatan Generasi Ke2. Tiada pembelaan terhadap Generasi Ke2. Dan tuntutan Generasi Ke2 terhadap Felda.
Sdr Wan Rohaimi Wan Daud selaku Peguam yang memenangkan kes saman Felda Kemahang 3 akan membongkar dan mengupas sebenarnya AKTA GSA yang diilhamkan oleh Tun Abd Razak. Juga penipuan Felda dan Kilang Sawit Felda terhadap perahan minyak, Ketirisan Greading hasil sawit, kecurian minyak kotor/busuk, caruman wang peneroka dan banyak lagi.
Beliau telah menyediakan Kertas Kerja Pembentangan 17 mukasurat yang menjanjikan pendedahan sebenar penipuan Felda. 1 Malaysia akan menyaksikan muka sebenar Felda. Kezaliman Felda terhadap peneroka. Perompak sebenar pendapatan Peneroka. Kuasa peneroka lebih besar daripada Felda sehingga boleh menolak keluar Felda.
Peneroka adalah TUAN kepada Felda. Peneroka yang membayar gaji pegawai dan kakitangan Felda. Peneroka yang melangsaikan semua hutang Felda. Kenapa mesti gentar dengan ugutan.
Ayuh lakukan perubahan. Jadilah peneroka TUAN kepada tanah sendiri. Jadilah TUAN kepada Felda. Tuntut semula semua hak dan hasil peneroka yang telah mereka curi. Bersatu mencapai kejayaan bersama Pakatan Rakyat.
Pilihan Raya Kecil ini, peneroka penentu kejayaan parti bertanding. Yakinlah peneroka merupakan peneraju kemajuan ekonomi negera selepas patrolium. Tidak mustahil peneroka juga Peneraju perubahan kepimpinan negara.
Kami amat memerlukan undi peneroka dan warga Felda untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Ketelusan kami memjanjikan peneroka dan warga felda bakal menempa kehidupan yang lebih baik bersama Pakatan Rakyat. Undi kalian amat berharga.
Datanglah beramai-ramai ke Konvensyen Himpunan Warga Felda tersebut.
No comments:
Post a Comment