20100402

Sokongan Shamsul Iskandar Sebagai Calon PRK Ulu Selangor


KENYATAAN MEDIA : CALON PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN ULU SELANGOR


02 APRIL 2010

AMK Johor mengucpkan ta'ziah terhadap Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, yang telah meninggalkan dunia pada 25hb Mac lepas, moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Maka dengan ini Parlimen Ulu Selangor menjadi kosong dan pasti berlakunya Pilihanraya kecil. AMK Johor yakin Pakatan Rakyat akan mencalonkan pemimpinan berkaliber dan berkarisma untuk mengantikan Allahyaram yang terkenal dengan kepimpinan yang mantap.

Shamsul Iskandar Mohd Akin bukan sahaja dikenali di Ulu Selangor, Selangor malah diseluruh negara. Ketokohannya dihormati oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan seluruh barisan pimpinan PKR dan semenangnya AMK semakin mantap.

Usahanya mengembalikan maruah PKR yang dicalari oleh beberapa bekas pimpinan PKR yang 'tewas' dan bersetongkol dengan juak UMNO amat dikagumi. Malah dibawah pimpinan Shamsul Iskandar mohd Akin, pada Pilihanraya Umum ke-12 calon AMK telah berjaya merampas beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) dan Parlimen dari Barisan Nasional.

Gandingan mantap diantara Shamsul Iskandar bersama barisan AMK dan Pemuda Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil tahun 2009. Pakatan Rakyat telah cemerlang dan berjaya memperolehi kemenangan di lapan kerusi DUN dan Parlimen dari sepuluh.

Atas kecemerlangan ini, AMK Johor mencadangkan Shamsul Iskandar Mohd Akin dicalonkan di Pilihanraya kecil Parlimen Ulu Selangor. AMK Johor yakin calon yang dicadangkan ini boleh mengekalkan kemenangan kedua di Ulu selangor.

Usaha beliau sejak menyandang Ketua AMK PKR telah mengemukakan barisan digeruni oleh Barisan Nasional dan UMNO. Kepintaran beliau dalam membongkar ketirisan dan rasuah begitu terserlah tanpa sedikitpin merasa gentar. Ia menjadi contoh kepada AMK , Pakatan Rakyat dan seluruh anak muda. Fakta yang diutarakan tidak dapat ditangkis dan dinafikan.

Apa yang membanggakan, Shamsul Iskandar tidak seminit pun pernah ditahan Polis, SPRM mahupun didakwa dimahkamah atas apa jua pendedahan dan dakwaan atas tugas-tugas membela rakyat.

Dengan ini AMK Johor dengan bangga meminta pimpinan Pakatan Rakyat dan Biro Politik PKR mencalonkan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor.


Zabidie Abas
Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor

No comments:

Post a Comment