20100430

FORUM BERSAMA DATUK NIZAR

Forum “Kes MB Berkembar Perak:

Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”



Panel Jemputan : Datuk Seri Nizar, Dato Zaid Ibrahim, Yeo Yang Poh



Forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia” akan diadakan seperti ketetapan berikut:



Tarikh : 15hb Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Hotel Tropical Inn, JB (Aras 4)





Anjuran Bersama Dua Badan-Badan NGO



Selain daripada “Friends of Suaram (FOS) Negeri Johor”, “Persahabatan Semparuthi” turut bersama dalam menganjurkan forum ini. “Persahabatan Semparuthi” pada asalnya merupakan kumpulan individu yang prihatin pada masa depan kaum India yang giat mempopularkan sebuah majalah Tamil berjudul “Semparuthi” ataupun “Bunga Raya” yang melaporkan keadaan penderitaan yang dihadapi oleh Kaum India. Kumpulan ini kemudianya berkembang menjadi sebuah badan yang menpertahankan hak-hak asasi Kaum India dan memperjuangkan kepentingan rakyat pelbagai kaum.

20100428

SENATOR EZAM


Ezam serah bukti kaitkan Anwar dengan Yahudi, esok
Apr 21, 10 7:57pm

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai dakwaan kaitan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.


Katanya, “dossier” (maklumat) itu akan diserahkan kepada anggota-anggota Parlimen esok.

"Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Datuk Seri Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Hulu Selangor hari ini.

Ezam berkata, beliau sanggup menjadi saksi di mahkamah atau mana-mana peringkat jawatankuasa parlimen berhubung perkara itu.

- Bernama



Komen Pencatat
Sebagai upah beliau dilantik menjadi senator, beliau akan mengganas.Pendedahan demi pendedahan akan beliau lakukan. Sasaran utama adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam PKR beliau tidak mendapat apa-apa habuan atau darjat malah puluhan ribu duit beliau dihabiskan dalam perjuangan bersama PKR. Kini tiba masanya mengumpul kekayaan dengan berpayung dibawah UMNO/BN. Bersubahat merompak harta rakyat. Menghalalkan cara demi mengejar cita-cita. Bersekongkol dengan talibarut yahudi dan Israel.

Demi mengejar cita-cita, sanggup melempar tuduhan kononnya Anwar agen Yahudi. Sudah jelas lagi bersuluh, Najib mendapatkan khidmat APCO yang terbukti Yahudi, masih hendak melindungi. Pejuang jenis apa makhluk bernama Ezam ini.

Dulu kononnya memperjuangkan Koruption/Rasuah, rupa-rupanya lebih seronok bersekedudukan dengan setan perasuah ini. Jadilah pejuang yang bermaruah. Jangan jadikan duit sebagai tuhan. Bebaskan diri dari kehidupan yang penuh kehinaan. Mulia dipandangan manusia, tapi hina dipandangan Allah.

Tahniah dan syabas diatas perlantikan SENATOR.

20100427

PESTA LOMPAT KATAK


Akibat daripada kekalahan PKR di Hulu Selangor, mungkinkah akan berlaku lompat parti lebih ramai lagi. Perkara ini yang perlu diperbincangkan. Terdapat ahli yang kecewa, yang keletihan, tewas disekerat jalan dan tidak kurang yang bosan dan muak dengan sinario politik kini.

UMNO/BN sedang menunggu kalau-kalau ada YB Pakatan Rakyat yang berhasrat hendak melompat. Karpet merah disediakan kepada katak-katak ini. Kita tunggu dan lihat bagaimana pemimpin-pemimpim kita menangani kemelut ini. Jangan dibiarkan berlarutan.

Parti Keadilan Rakyat masih mengharapkan Pengundi atas pagar dan pengundi protes. PRK Hulu Selangor telah menyaksikan mereka-mereka ini tidak keluar/balik mengundi. Mereka merasa bosan dengan tindakan asyik melompat saja. sementara pemimpin kita cuma beri alasan Tempoh Pemutihan... Perlu ada langkah drastik mencegah perkara ini berlarutan.

UMNO/BN berjaya memainkan isu arak dan judi. Dato` Zaid Ibrahim dilihat seorang pemabuk dan kaki judi. Pengundi melayu terperdaya. Pengundi Felda ditabur dengan wang. Pengundi yang dipindahkan masuk disyaki pengundi hantu. Terdapat pengundi yang telah hilang namanya dari senarai.

Petugas dan jentera Pakatan Rakyat disibukkan dengan kerja pasang poster, urus program ceramah, jaga pengundi hantu, konvoi ikut pemimpin kehulu-kehilir, lepak-lepak dikedai kopi, shopping digerai-gerai, malah ramai yang datang dari jauh hanya sekadar makan angin sahaja.

Pengundi dibiarkan. Tidak ada yang menemui dan merayu pengundi. Kita hanya bertahan, tiada serangan balas yang mampu menawan hati pengundi. Kehadiran dilokasi ceramah terdiri dari penyokong PR dan petugas PR. Pengundi tempatan dan atas pagar tidak kelihatan. Penceramah terlalu memaki hamun perti lawan dengan kata-kata kesat yang melampaui mengakibatkan pengundi atas pagar dan UMNO/BN yang hadir mengangkat kaki balik. Inilah antara punca kempen kita tidak sampai kepada pengundi.

Kepada semua ahli dan penyokong PR, jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran yang perlu diperbaiki. Jangan berputus asa dan merasa kecewa. Perjuangan kita terlalu lurus sedangkan mereka penuh dengan tipudaya. Kuatkan iltizam dan bangkit untuk berjuang menumbangkan rejim UMNO/BN

20100422

PENIPUAN FELDA

Sepanjang tempoh berkempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, pencatat berada di sekitar Tanah Rancangan Felda termasuk Felda Sungai Tengi, Felda Seorharto, Felda Gedangsa dan Sungai Tengi Selatan. Sepanjang masa yang berharga ini, pencatat sedaya upaya memanfaatkan setiap sudut menyusun perancangan dan strategi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan Felda.

Bersama Hj Suhaimi Said, Sdr Mazlan Aliman dan Sdr Wan Rohaimi Wan Daud, dalam setiap ceramah kami telah mula membongkar pembohongan dan penipuan Felda yang bersekongkol dengan UMNO/BN. Pengundi Felda sudah mulai yakin dengan kehadiran yang menunjukkan peningkatan setiap ceramah kami.

Kemuncak kepada pendedahan kami, pada 24hb ini Konvensyen himpunan Warga Felda akan menentukan resolusi yang akan dicapai. Sdr Mazlan Aliman akan membongkar isu-isu Generasi Ke 2. Ketirisan yang berlaku dalam Felda teruatama isu penempatan Generasi Ke2. Tiada pembelaan terhadap Generasi Ke2. Dan tuntutan Generasi Ke2 terhadap Felda.

Sdr Wan Rohaimi Wan Daud selaku Peguam yang memenangkan kes saman Felda Kemahang 3 akan membongkar dan mengupas sebenarnya AKTA GSA yang diilhamkan oleh Tun Abd Razak. Juga penipuan Felda dan Kilang Sawit Felda terhadap perahan minyak, Ketirisan Greading hasil sawit, kecurian minyak kotor/busuk, caruman wang peneroka dan banyak lagi.

Beliau telah menyediakan Kertas Kerja Pembentangan 17 mukasurat yang menjanjikan pendedahan sebenar penipuan Felda. 1 Malaysia akan menyaksikan muka sebenar Felda. Kezaliman Felda terhadap peneroka. Perompak sebenar pendapatan Peneroka. Kuasa peneroka lebih besar daripada Felda sehingga boleh menolak keluar Felda.

Peneroka adalah TUAN kepada Felda. Peneroka yang membayar gaji pegawai dan kakitangan Felda. Peneroka yang melangsaikan semua hutang Felda. Kenapa mesti gentar dengan ugutan.

Ayuh lakukan perubahan. Jadilah peneroka TUAN kepada tanah sendiri. Jadilah TUAN kepada Felda. Tuntut semula semua hak dan hasil peneroka yang telah mereka curi. Bersatu mencapai kejayaan bersama Pakatan Rakyat.

Pilihan Raya Kecil ini, peneroka penentu kejayaan parti bertanding. Yakinlah peneroka merupakan peneraju kemajuan ekonomi negera selepas patrolium. Tidak mustahil peneroka juga Peneraju perubahan kepimpinan negara.

Kami amat memerlukan undi peneroka dan warga Felda untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Ketelusan kami memjanjikan peneroka dan warga felda bakal menempa kehidupan yang lebih baik bersama Pakatan Rakyat. Undi kalian amat berharga.

Datanglah beramai-ramai ke Konvensyen Himpunan Warga Felda tersebut.

20100420

FELDA SG. BUAYA, MIMPI NGERI BUAT UMNO HULU SELANGOR


Felda Sungai Buaya, mimpi ngeri buat Umno di Hulu Selangor
Tuesday, 20 April 2010 3:29 PM
Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
Suntingan dari Era Pakatan

KUALA LUMPUR :Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiaanya akan berlangsung pada 25 April ini pastinya merupakan mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional di Hulu Selangor terutamanya bagi pengundi Melayu bagi Felda di situ.

Ini kerana Syarikat Murna Jaya Development Berhad, yang juga proksi Umno didakwa berhutang ratusan ribu ringgit terhadap peneroka Felda di Kampung sungai Buaya, di Hulu Selangor.

Hutang terhadap 363 peneroka itu sejak 16 tahun lalu sehingga ke hari ini gagal dilangsaikan walaupun perjanjian asal itu syarikat berkenaan mesti melunaskan hutang mereka sebelum tahun 1998 lagi.

Kejadian itu mula berlaku apabila satu perjanjian antara 363 peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya terbabit dengan Syarikat Murna Jaya Development Berhad ditandatangani pada 23 Disember 1994.

Perjanjian itu yang disediakan sendiri oleh pihak pemaju didakwa berat sebelah apabila anak-anak penoraka itu dihalang menyemak dan membaca syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Felda Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, 42, berkata, akibatnya perjanjian itu bukan sahaja zalim tetapi menindas peneroka apabila nilai tanah yang mengikut perjanjian asal sepatutnya dijual RM5.20 untuk sekaki persegi tetapi dalam perjanjian yang tertulis hanya RM2.80 iaitu setengah daripada perjanjian asal.

Menurutnya, pihak pemaju pula mendesak agar peneroka yang hampir keseluruhanya warga emas menandatangani sahaja perjanjian itu.

“Pihak pemaju bersikap samseng apabila mengarahkan peneroka ketika itu menandatangani sahaja perjanjian itu secara serentak dalam masa yang singkat selain menghalang anak-anak peneroka daripada membacanya apatah lagi menyemak isi kandungan itu,” katanya kepada erapakatan.com semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Saidin memberitahu, perjanjian itu menyebut Syarikat Murna Jaya Development Berhad perlu melunaskan hutang itu dalam tempoh 36 bulan atau sebelum tahun 1998.

Sehinggalah pada tahun 1999, syarikat itu tetap gagal melunaskan perjanjian itu yang membawa kepada perjanjian kedua.

“Dalam perjanjian ini, syarikat itu mendakwa akan melunaskan hutang mereka yang berbaki ratusan ringgit dalam tempoh 24 bulan atau sebelum tahun 2003.

Namun, kami hairan dari tahun 1999 sehinggalah ke hari ini, kami langsung tidak pernah ditunjukkan perjanjian itu dalam bentuk hitam putih.

Mana perjanjian itu, kami mahu lihat, kalau betul adalah… kerana sehingga tahun 2003 syarikat itu tetap gagal melunaskan hutang mereka yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kesal.

Saidin menjelaskan, setiap peneroka mengikut perjanjian pertama pada Disember 1994 mesti dibayar RM1 juta seorang dan pembayaran pendahuluan oleh syarikat itu hanya dilunaskan RM10,000 ketika itu.

“Bayaran itupun mereka bayar secara ansuran dan sehingga tahun 2003, kami hanya menerima RM 270,000 seorang bagi setiap peneroka dan ada di antara kami menerima kurang daripada jumlah itu.

Tetapi yang pasti, syarikat masih berhutang hampir RM800,000 bagi setiap peneroka dalam perkampungan Felda Kampung Sungai ini,’ katanya.

Tuntut Janji

Sehubungan itu, beliau menuntut Syarikat Murna Jaya Development Berhad yang juga kroni Umno, bekas Menteri Besar (MB) Umno, Mohd Taib, dan kerajaan pusat serta semua bekas MB Umno seperti Khir Toyo, Abu Hassan Omar yang mencengkam negeri Selangor sejak puluhan tahun lalu bertanggung jawab dengan perbuatan mereka ini kerana hutang tetap hutang.

“Kalau kamu tidak selesaikan hutang kamu di dunia ini, ingatlah, azab yang pasti pedih menanti kamu di akhirat sana,” jelasnya.

Sebanyak enam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Murna Jaya Development Berhad telah dilantik yang ke semuanya merupakan ahli dan penyokong kuat Umno yang bertujuan menjaga kepentingan dan imej mereka di kampung itu sejak tahun 1994.

Sejumlah lima cawangan Umno wujud di perkampungan Felda itu dan lima daripada enam Ahli Lembaga Pengarah Umno itu masih hidup dan kaya raya termasuklah memiliki rumah mewah berbanding peneroka yang terus dihimpit kemiskinan.

Saidin turut menjelaskan bahawa isu hutang dari syarikat kroni Umno-BN itu pernah disiarkan oleh media berkali-kali sebelum ini namun pimpinan Umno dan syarikat itu kekal membisu.

Ditanya apa respon menteri berhubung perkara itu selepas didedahkan oleh media, Saidin dengan nada tegas menjawab hipokrit.

“Pemimpin BN terkenal dengan sikap hipokrit mereka yang suka menabur janji. Tabur janji, janji dan janji kononnya kami akan menyelesaikan masalah anda,’ katanya.

‘Raikan’ kedatangan Rosmah dan Shahrizat

Tinjauan erapakatan.com mendapati isu itu turut diluahkan kepada Menteri Umno, Shahrizat Jalil (gambar) oleh seorang wanita yang bernama Aminah Hussin di laman sosial Facebook.com. di sini

Namun, sehingga berita ini ditulis, Shahrizat gagal membantu masalah itu walaupun Menteri yang bertanggungjawab berhubung kebajikan rakyat dalam kabinet Najib Razak, hadir ke kampung Felda Sungai Buaya beberapa hari lalu bersama Rosmah Mansor yang juga isteri ke dua kepada Najib Razak.

Kira-kira 2,000 pengundi berdaftar wujud di perkampungan ini malah kedatangan Rosmah bersama Shahrizat baru-baru ini ‘disambut’ oleh penduduk dengan kata-kata berikut.

“Sekiranya mahu undi kami ! Selesaikan masalah tanah kami ni ! $$$ pesanan daripada pengund-pengundi Kampung Sungai Buaya,”

Kata-kata itu jelas tertera di simpang utama jalan masuk ke kampung itu yang di pasang beberapa jam sebelum kedatangan pimpinan Umno itu.

Seramai 296 daripada 363 peneroka itu telah meninggal dunia tanpa sempat mengecap nikmat jutawan dan sehingga kini hutang syarikat kroni Umno itu gagal dilangsaikan.

Kes terus tertangguh di mahkamah

Sehubungan itu, 34 daripada 67 peneroka yang masih hidup itu mewakili mereka untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Wakil peneroka yang membawa kes itu ke mahkamah, Jamadi Ahmad, berkata, kes itu kerap tertangguh selama tujuh tahun kerana pihak syarikat kerap menggunakan alasan enggan hadir setiap kali kes itu berjalan di mahkamah

Menurutnya, Mahkamah Shah Alam akhirnya bertegas memutuskan agar wakil syarikat itu hadir dan pada 4 September tahun lalu, kedua-dua pihak iaitu peneroka selaku plaintif dan Syarikat Murna Jaya Development Berhad selaku defendan diberikan tempoh selama setahun setengah untuk berunding berhubung perkara itu.

Dipercayai syarikat itu terpaksa akur dengan kehendak mahkamah hanya selepas cubaan mereka membuat mengemukakan rayuan ditolaj mahkmah sebulan sebelum itu.

Syarikat Murna Jaya berkempen di Hulu Selangor

Jamadi menjelaskan, beliau cukup hairan dengan taktik syaikat itu yang datang menyebarkan penipuan kepada penduduk apabila menyebarkan risalah palsu kononnya semua penduduk terbabit akan diberikan bayaran yang sama dengan semua mereka yang menuntut di mahkamah.

Menurutnya, tindakan syarikat jelas menipu kerana mahkamah telah memberikan tempoh hanya setahun setengah kepada plaintif dan defendan dan ini jelas penipuan terhadap penduduk yang kian marah dengan kerajaan persekutuan.

“Saya ada bukti bahawa pihak Murna Jaya membuat ugutan terhadap kami berhubung isu itu termasuklah melalui tindakan saman dan undang-undang,” tegasnya kepada erapakatan.com.

Pada malam 15 April lalu, risalah itu dikesan disekitar kampung itu yang jelas tertera kepala surat syarikat itu.

Dipercayai perbuatan itu bertujuan bagi meraih sokongan penduduk itu yang pastinya akan mengundi calon Pakatan Rakyat.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tujuan kami mendedahkan perkara ini kepada media hanyalah untuk memperjuangkan hak kami yang tertindas sejak tahun 1994 lagi dan kami cukup kenal dengan watak-watak penipu di kampung ini yang berpura-pura untuk membantu tetapi pada masa yang sama pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, mereka berhak untuk mendedahkan nama mereka menerusi media dan menuntut melalui cara ini kerana mempunyai bukti yang kukuh sehingga hak mereka dikembalikan.

“Kami ada kuasa memfailkan semula kes ini kerana mahkamah dengan jelas menyatakan perjanjian yang dibuat bersama bekas peneroka adalah perjanjian jual beli.

Difahamkan syarikat itu sengaja enggan melunaskan hutang mereka kerana dinaungi oleh tiga Menteri Besar Umno sebelum ini masing-masing oleh Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo di mana di zaman ketiga-tiganya hutang syarikat itu tetap gagal dilangsaikan.

Tinjauan erapakatan.com mendapati pejabat syarikat (gambar) itu kini di miliki oleh Felda dan sempena PRK ini ia dijadikan pejabat rasmi Umno-BN yang turut kelihatan bendera rejim itu terpampang jelas di simpang tiga kampung itu.

Malah carian di internet mendapati email syarikat (gambar) itu juga telah dipadamkan.

Sementara itu, Bendahari JKKK di kampung itu, Yusri Sarigat, 34 melahirkan kehairannya bagaimana kerajaan Umno-BN ketika era pemerintahan Moh Taib membenarkan syarikat Murna Jaya membeli dan menguruskan tanah dan pembangunan ketika itu walaupun jelas syarikat kroni Umno itu tidak memiliki sebarang aset.

Sehubungan itu, katanya, peneroka menuntut agar Umno dan BN segera menyelesaikan malsah itu sebelum PRK itu berakhir atau berdepan dengan kegagalan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada pengundian 25 April ini.

‘Jutawan’ teruskan hidup dengan memungut barang lusuh

Sejak peristiwa itu, semua bekas peneroka berkenaan bukan sahaja gagal bergelar jutawan, tetapi kebanyakan daripada mereka kini berstatus muflis dan bankrap selain ada dia antara mereka terpaksa menjual asset seperti rumah dan kereta untuk meneruskan hidup.

Lebih menyayat hati lagi apabila ada dia antara mereka terpaksa memungut barang lusuh seperti tin kosong dan kotak untuk meneruskan hidup.

Anak cadang tubuh jawatankuasa khas

Bagi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, matlamat Allahyarham Tun Abdul Razak yang menggagaskan Felda demi kejayaan orang Melayu tidak menjadi kenyataaan dalam konteks Felda Sungai Buaya.

Menurutnya, jika semua pihak sibuk bercakap soal ketuanan Melayu dan benar-benar mahu menjadi pembela bangsa buktikan kepada peneroka Felda Sungai Buaya yang sudah lebih 16 tahun menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman BN.

Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka hanya memotong getah

20100419

SEMAK DAFTAR PEMILIH P094


Untuk Semak Daftar Pemilih

PRK P094 Hulu Selangor




Hampir 14000 pengundi yang berdaftar telah dipindahkan ke tempat mengundi yang lain. Oleh itu, adalah penting SETIAP pengundi MESTI menyemak nama mereka sebelum mengundi pada 25 April ini untuk mengelakkan berbagai kesulitan dan kemungkinan hampa untuk mengundi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Sila semak nama anda dalam daftar pemilih berikut:

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA KECIL P094 HULU SELANGOR
http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

Atau

Semak melalui SMS dengan menaip:



SPR SEMAKNO IC

Contoh: SPR SEMAK 730119105649

Hantar ke: 15888



.

TEGURAN PAK NGAH

salam perjuangan

pak ngah hanya mengetahui bahawa sdr Zabidie selaku Ketua AMK Johor telah melantik pemangku atau menjalankan tugas Ketua AMK johor (kerana sdr zabidie bercuti selama 6 bulan), maklumat ini belum diketahui secara rasmi dengan memaklumkan kepada Setiausaha MPNJ (sdr zabidie ada telepon pak ngah tentang hal ini) , maklumat hanya dibaca melalui blog sahaja.

Jika benar sdr ingin bercuti, mohon maklum secara rasmi kepada MPNJ (w/pun pentadbiran AMK dibawah AMK Pusat). Pemangku sdr seharusnya mempunyai tokoh kepimpinan yang matang dan tenang menghadapi setiap cabaran. sebagai ketua mesti ada penentang, oleh itu jangan agresif dan cakap yang lembut lebih berkesan dan lebih tajam dari mata pisau.

terdapat dikalangan kepimpinan AMK cabang mempersoalkan kewibawaan Pengerusi MPNJ dan barisannya yang dianggap lembab dan tidak turun ke padang. Wahai...!, anak-anak salam perjuangan

pak ngah hanya mengetahui bahawa sdr Zabidie selaku Ketua AMK Johor telah melantik pemangku atau menjalankan tugas Ketua AMK johor (kerana sdr zabidie bercuti selama 6 bulan), maklumat ini belum diketahui secara rasmi dengan memaklumkan kepada Setiausaha MPNJ (sdr zabidie ada telepon pak ngah tentang hal ini) , maklumat hanya dibaca melalui blog sahaja.

Jika benar sdr ingin bercuti, mohon maklum secara rasmi kepada MPNJ (w/pun pentadbiran AMK dibawah AMK Pusat). Pemangku sdr seharusnya mempunyai tokoh kepimpinan yang matang dan tenang menghadapi setiap cabaran. sebagai ketua mesti ada penentang, oleh itu jangan agresif dan cakap yang lembut lebih berkesan dan lebih tajam dari mata pisau.

terdapat dikalangan kepimpinan AMK cabang mempersoalkan kewibawaan Pengerusi MPNJ dan barisannya yang dianggap lembab dan tidak turun ke padang. Wahai...!, anak-anak AMK, cuba renungkan, mencabut pokok jagung yang berusia 100 hari lebih mudah dari mencabut pokok balak yang berusia 100 tahun, jangan berkokok berlebihan, perlu tunjukkan bukti kepimpinan dahulu, lantas orang akan berkata ...memang betullah dia boleh buat kerja. Janganlah bila teraba kaki gajah dikatakan dunia macam batang kayu dan sebaliknya bila terpegang .... macam itu dan ini...

berhemah dan sentiasa beri peluang anggota sama membantu memaju dan memacu kejayaan. Berperangai seperti "berok dapat bunga hendaklah dihindarkan dalam kepimpinan..".

sebagai orang tua yang kurang pengajaran dan pembelajaran dalam dunia politik mohon maaf jika terlanjur kata.

sekian.

pakngah


Salam Semua,
Pencatat kesihatannya mulai beransur pulih. Doktor menasihatkan agar pencatat mengambil cuti yang panjang. Demi kebaikkan PKR Johor, pencatat perlu membuat keputusan yang bijak. Pak Ngah menasihatkan agar pencatat mengambil cuti berehat selama 6 bulan, namun kalau itu keputusan yang dituruti pencatat, maka kerja-kerja yang dipertanggung jawabkan keatas pencatat akan turut berehat.

Pencatat berpandangan tersendiri, Adalah lebih baik pencatat berundur daripada tugas-tugas dan tanggung jawab yang terpikul sekarang ini dan MPNJ perlu segera mengisi kekeosongan jawatan-jawatan tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada tugas-tugas tersebut terbeku begitu sahaja.

Sebagai langkah awal, pencatat telah menyerahkan tugas Ketua AMKJ kepada Azlan Ishak sebagai Pemangku Ketua AMKJ. Jawatan-jawatan lain turut juga dilepaskan oleh pencatat iaitu, Pengerusi Biro Felda dan Halehwal Orang Asal PKR Johor, Setiausaha PKR Cabang Kulai dan Ketua AMK Cabang Kulai.

Pencatat tidak mampu untuk memikul tanggung jawab tersebut kerana kesihatan pencatat yang tidak mengizinkan. Pencatat akan beristirehat tanpa jawatan dan tetap setia menyokong PKR dan Pakatan Rakyat.

20100406

SELAMAT BERCUTI

Pencatat seawal jam 9am tadi menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kota Tinggi kerana mengalami batuk-batuk yang berpanjangan. lingkungan jam 3.30pm tadi, doktor memaklumkan bahawa saya akan ditahan di Wad kerana disyaki dijangkiti Penyakit TB atau Radang Paru-paru.

Ngeri juga bila Doktor kata sedemikian. Pencatat mohon keizinan untuk pulang seketika untuk menyelesaikan beberapa perkara dan akan kembali keHospital Kota Tinggi sebelum jam 8.00 malam ini. Tiada tempoh tertentu yang boleh dijangkakan lama mana pencatat akan tinggal di Wad.

Pencatat memohon maaf kepada seluruh pelayar blog ini kerana terpaksa berehat seketika.

Kepada seluruh Exco AMKJ, atur dan susun gerakkerja untuk membantu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Hasil undian Pemangku seperti berikut:

1. Azlan Ishak - 5 undian
2. Mohd Nazri Ismail - 4 undian
3. Zabidie Abas - 2 undian
4. Ahmad Anwar Asyraf Ismail - 1 undian
5. Khairul Fauzi - 1 undian
6. Dato Paduka Abd Khadir - 1 undian

Berkecuali - 6 undian
Tidak mengundi - 9 undian ( Cabang masih tiada organisasi AMK )
( Pengerang, Kota Tinggi, Labis, Ledang, Pagoh, Segamat, Tg. Piai, Pulai dan Mersing )

Berikan komitmen dan kerjasama anda untuk menjayakan AMKJ.
Syabas kepada yang dipertanggungjawabkan. Jalankan tugas dengan penuh dedikasi.

HIMPUNAN GENERASI FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN

Himpunan generasi Felda Siri ke 2 yang sepatutnya berlangsung pada 24hb & 25hb April di Felda Sungai Tengi terpaksa dipercepatkan kerana terdapat permintaan dari kalangan masyarakat setempat dan pemimpin2 kita.

Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK ) telah memutuskan setelah berbincang dan mengambil kira pandangan Pemimpim2 Pakatan Rakyat bahawa Himpunan tersebut akan diadakan pada 23hb & 24hb April 2010 ( Jumaat & Sabtu ).

Pelbagai program dan acara disediakan bagi menghasilkan Himpunan yang terbesar, antaranya sukanika, untuk kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki dan wanita, acara pasangan suami isteri, keluarga, ibu dan anak, dan banyak lagi. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga disediakan.

Bagi yang berbadan sasa, bolehlah turut serta dalam pertandingan Tarik Tali, Kaum ibu disediakan acara masakan, gubahan, sulaman, ukiran buah, jahitan leher baju, anyaman ketupat dan banyak lagi. Kaum bapa pula, acara kopek kelapa, bowling padang, panjat pokok kelapa, dan bermacam-macam lagi yang dijanjikan cukup meriah.

Malam pertama akan dijalankan, acara pentas termasuk persembahan Utz Akhil Hai, Koprotasa, Deklamasi sajak, konsert, pertandingan pakaian beragam dan sebagainya.

24hb 2010 bermula jam 8.00am Konvensyen Himpunan Generasi Felda akan dijalankan dengan ucapan-ucapan aluan oleh beberapa pemimpin ANAK dan Pakatan Rakyat. Seterusnya Konvensyen Himpunan akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Konvensyen diteruskan dengan 3 pembentangan iaitu 1. Mazlan Aliman ( ANAK ) 2. Md Shah Misnan ( SEPAKAT - NGO Peneroka ) dan 3. Wan Rohimi Bin Wan Daud ( Peguam yang memenangkan kes Felda Kemahang 3 )

Resolusi akan dibentangkan di akhir majlis sebelum YAB Tan Seri Abd Khalid MB Selangor Menutup Rasmi Majlis tersebut. YAB Tan Seri akan mengumumkan satu plan berkesan untuk menyelesaikan permasalahan Felda Sungai Buaya.

Malam terakhir adalah kemuncak Himpunan. Tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat akan menyampaikan pidato dan ceramah. Termasuk Calun Pakatan Rakyat. Antarnya DSAI, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hj Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Syaifuddin Nasution, Mohd sabu, Husam Musa, Semua tokoh-tokoh ini akan berada sepanjang majlis.

Semuga usaha ANAK mampu menarik warga Felda memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Ayuh datanglah beramai-ramai

20100405

300 Pengundi Hantu Di Gedangsa Dibongkar

GEDANGSA 4 Apr - Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen P094 Hulu Selangor masih ada 12 hari namun usaha jahat Umno-Barisan Nasional untuk membawa masuk pengundi hantu dan memanipulasi daftar pemilih sudah bermula secara senyap.

Terbaru Ranting KEADILAN Kalumpang mendakwa terdapat 300 pengundi berdaftar yang disenaraikan bagi kuarters anggota polis Gedangsa yang tidak wujud.

Menurut ketua ranting, Zulrushdi Ismail, Balai Polis Gedangsa sediada yang terletak di Kuala Kubu Baharu hanya mempunyai 10 anggota yang bertugas sementara kuarters penginapan ahli keluarga mempunyai kira-kira 120 penghuni.

"Kami sudah periksa lokasi di mana kononnya kuarters itu dibina tetapi tempat itu kosong, malah kami sudah mengambil gambar dan akan kemukakan bukti kepada pihak Cabang Hulu Selangor untuk tindakan susulan.

"Disamping itu kami juga akan mendapatkan senarai pengundi yang bertukar alamat ke Hulun Selangor bagi tempoh bulan Januari 2010 hingga April 2010. Selalunya purata hanya membabitkan 10-50 pengundi sahaja dan kalau ada peningkatan mendadak ini bermakna Umno-BN membawa pengundi luar yang menggunakan alamat di Hulu Selangor untuk mengundi dalam pilihan raya ini," kata Zulrushdi.

Beliau berkata KEADILAN akan sentiasa memantau daftar pengundi terkini akakn membuat pemeriksaan teliti bagi menyaring pengundi yang menragukan menjelang PRK Hulu Selangor 25 April depan

PKR Sambut Ulangtahun Ke 11

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 4 Apr - Hari ini genap 11 tahun penubuhan Parti Keadilan Rakyat yang menjadi wadah perjuangan gerakan reformasi yang dipelopori pejuang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejarah perjuangan parti ini bermula dengan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, yang mengkritik pentadbiran Umno-BN di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan rasuah, kronisme dan nepotisme.

Ekoran peristiwa itu, Anwar menjadi mangsa fitnah dan konspirasi kerajaan Umno-BN sehingga beliau merengkok di penjara selama 6 tahun.

Meskipun di penjarakan, semangat dan api perjuangan rakyat tidak pernah padam untuk menuntut sebuah gerakan politik secara total berlaku di negara ini.

Tatkala Anwar dihukum dipenjara, beribu-ribu Anwar lagi dilahirkan di luar penjara meneriakkan laungan reformasi yang bergema di mana-mana termasuk di jalan-jalan raya.

Meskipun menerima pelbagai tekanan, gerakan rakyat terus bangkit melawan segala bentuk kezaliman dan rasuah yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno dan BN.

Para reformis, tokoh akademik, aktivis sosial dan pemimpin-pemimpin politik kemudian bergabung membentuk sebuah parti politik yang dinamakan Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999.

Pada 2003, parti ini kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang dinaungi presidennya waktu itu, Dr Syed Husin Syed Ali dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

PKR menjadi asas dan pemangkin gerakan rakyat bangkit melawan kezaliman dan kediktatoran parti pemerintah Barisan Nasional.

Meskipun dikatakan masih mentah dalam arus politik tanahair, PKR telah berjaya mengubah lanskap politik sejak kewujudannya lebih sedekad lalu dan menjadi suara kuat kepada pembangkang.

Parti ini kemudian bergabung bersama Parti Islam Malaysia dan Democratic Action Party (DAP) yang membentuk sebuah entiti politik pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dan menafikan majoriti dua pertiga kerusi BN di Parlimen.

Sekaligus gagasan Pakatan Rakyat telah berjaya mengubah lanskap politik negara dan menjadi sebuah kerajaan alternatif yang kuat untuk mara bagi membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya.

20100404

FELDA HULU SELANGOR DAPAT PERUMAHAN RM32 JUTA

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor.

"Kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru yang tinggal di dalam rancangan yang memerlukan rumah kediaman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Kubu Baru hari ini.

Sebelum itu, Najib yang mempunyai jadual padat di Hulu Selangor hari ini telah merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto yang merupakan sebahagian daripada Gugusan Felda Sungai Dusun.

Dalam kenyataan itu, Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.

Najib berkata, rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik.

Harga setiap unit ditetapkan RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah

"Warga peneroka boleh memiliki rumah melalui pembiayaan daripada institusi kewangan dan bagi mereka yang tidak mendapat pembiayaan, mereka boleh memiliki rumah melalui skim sewa beli," katanya.

Beliau berkata projek perumahan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu generasi baru Felda memiliki rumah yang selesa.

Hasil daripada jualan rumah ini tidak dapat menampung kos pembinaan dan kerajaan terpaksa membiayai kos infrastruktur berjumlah RM20,000 seunit yang terdiri daripada kos sistem kumbahan, perparitan, jalan, tiang lampu, tempat rekreasi dan seumpamanya," katanya.

Najib berkata sehingga kini kerajaan telah pun menyiapkan 1,357 unit rumah di empat lokasi dengan kos berjumlah RM54.8 juta dan telah diduduki oleh warga peneroka.

Sebanyak 1,326 unit lagi sedang dalam pembinaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM118.8 juta dan dijangka siap secara berperingkat dalam tahun ini, katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa meneliti keperluan dan permintaan daripada warga FELDA untuk membina lebih banyak unit rumah di tanah rancangan selaras dengan iltizam kerajaan mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat rancangan di seluruh negara

KOMEN PENCATAT

Banyak perumahan yang dibina kononnya untuk generasi baru Felda, tapi sebenarnya dimiliki oleh kakitangan Felda itu sendiri. Sebagai contoh Felda Jaya Raja Alias, berapa ramai anak peneroka yang mendiami perumahan tersebut berbanding kakitangan Felda?

Keperluan yang lebih utama adalah kembalikan hak peneroka. Sejak sekian lama Felda menipu peneroka dengan memberi nilaian perahan minyak sekadar 17%-19%. Sedangkan kilang sawit swasta mampu membeli dengan perahan 20%-22%. Perbezaan % ini amat bernilai, sekurang-kurangnya sehingga RM 50/Tan. Diandaikan seorang peneroka memperolehi hasil 10Tan sebulan, bermakna pemeroka kehilangan RM 500/bulan. Dalam tempol 30 tahun, duit peneroka yang telah diambil oleh Felda sebanyak RM180,000 seorang peneroka.Kalau seluruh Malaysia... Sebab itu Felda kayaraya, peneroka tetap melarat.

Felda Sungai Buaya juga di hulu Selangor telah ditipu oleh pemaju. Saya cabar DS Najib, selesaikan permasalahan mereka, kembalikan semula hak mereka, RM 32 juta itu lebih memberi manfaat buat Felda Sungai Buaya.

Pencatat tidak yakin Felda masih mempunyai duit. DS Najib sudah habiskan??? RM 11 juta hak Felda Kemahang 3 pun masih belum dibayar....

20100402

RENUNGAN

Wahai insan mulia yang jujur, wahai hamba Allah yang taat, jadilah seperti pohon kurma yang jarang membusuk dan berpenyakitan. Ketika dilempar batu, justru memberikan kurma. Dan, selalu tumbuh di musim panas maupun di musim dingin, dan banyak manfaatnya.

Hiduplah di tempat yang tak menyentuh hal-hal yang tak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat mengelabuhi rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah menarik pelajaran, dan diammu adalah berpikir.

Di manapun berada, engkau selalu mendapatkan kebahagiaan dan kesejahteraan. Selalu diterima di manapun engkau berada. Pujian yang baik dan doa yang jujur dari semua makhluk selalu mengalir untukmu.

Allah senantiasa menghilangkan mendung kelabu yang menghimpitmu. Melenyapkan rasa takut dan menjernihkan dirimu dari kemuraman. Tidurlah engkau di atas suara doa orang-orang mukmin untukmu dan bangunlah seiring dendang pujian untukmu. Di manapun, engkau mengetahui bahwa kebahagiaan bukanlah pada harta, namun ketika engkau mentaati Zat Yang Maha Terpuji. Bukan pula pada pakaian yang baru dan pelayanan seorang hamba, namun pada saat engkau mentaati yang Mahaagung.

Sokongan Shamsul Iskandar Sebagai Calon PRK Ulu Selangor


KENYATAAN MEDIA : CALON PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN ULU SELANGOR


02 APRIL 2010

AMK Johor mengucpkan ta'ziah terhadap Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, yang telah meninggalkan dunia pada 25hb Mac lepas, moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Maka dengan ini Parlimen Ulu Selangor menjadi kosong dan pasti berlakunya Pilihanraya kecil. AMK Johor yakin Pakatan Rakyat akan mencalonkan pemimpinan berkaliber dan berkarisma untuk mengantikan Allahyaram yang terkenal dengan kepimpinan yang mantap.

Shamsul Iskandar Mohd Akin bukan sahaja dikenali di Ulu Selangor, Selangor malah diseluruh negara. Ketokohannya dihormati oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan seluruh barisan pimpinan PKR dan semenangnya AMK semakin mantap.

Usahanya mengembalikan maruah PKR yang dicalari oleh beberapa bekas pimpinan PKR yang 'tewas' dan bersetongkol dengan juak UMNO amat dikagumi. Malah dibawah pimpinan Shamsul Iskandar mohd Akin, pada Pilihanraya Umum ke-12 calon AMK telah berjaya merampas beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) dan Parlimen dari Barisan Nasional.

Gandingan mantap diantara Shamsul Iskandar bersama barisan AMK dan Pemuda Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil tahun 2009. Pakatan Rakyat telah cemerlang dan berjaya memperolehi kemenangan di lapan kerusi DUN dan Parlimen dari sepuluh.

Atas kecemerlangan ini, AMK Johor mencadangkan Shamsul Iskandar Mohd Akin dicalonkan di Pilihanraya kecil Parlimen Ulu Selangor. AMK Johor yakin calon yang dicadangkan ini boleh mengekalkan kemenangan kedua di Ulu selangor.

Usaha beliau sejak menyandang Ketua AMK PKR telah mengemukakan barisan digeruni oleh Barisan Nasional dan UMNO. Kepintaran beliau dalam membongkar ketirisan dan rasuah begitu terserlah tanpa sedikitpin merasa gentar. Ia menjadi contoh kepada AMK , Pakatan Rakyat dan seluruh anak muda. Fakta yang diutarakan tidak dapat ditangkis dan dinafikan.

Apa yang membanggakan, Shamsul Iskandar tidak seminit pun pernah ditahan Polis, SPRM mahupun didakwa dimahkamah atas apa jua pendedahan dan dakwaan atas tugas-tugas membela rakyat.

Dengan ini AMK Johor dengan bangga meminta pimpinan Pakatan Rakyat dan Biro Politik PKR mencalonkan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor.


Zabidie Abas
Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor