20110528

MANSUHKAN FELDA PLANTATION

KENYATAAN MEDIA

MANSUHKAN FELDA PLANTATION SDN.BHD.

PAKATAN RAKYAT mempertegaskan kenyataan sebelum ini bahawa Felda Plantation adalah organisasi haram dan terbatal kerana bertentangan dengan Akta GSA 1960 yang mana status pemilikan hanya individu (seksyen 7(2) dan koperasi (seksyen 11(1) bukan kepada SYARIKAT seperti Felda plantation Sdn. Bhd.

Pembukaan Felda Plantation adalah bertentangan dengan matlamat asal menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Tujuan utama pembukaannya adalah untuk memberi tanah kepada rakyat.

Felda Plantation bersama Kerajaan Pusat telah menipu dan mengkhianati Kerajaan Negeri kerana mewujudkan penempatan tanpa peneroka. Dasar Felda Plantation bercanggah dengan hasrat Allayarham Tun Abd mengikut Akta GSA bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar Bandar.

Keluasan 367,710 hektar tanah Felda Plantation adalah datangnya dari kerajaan negeri.
Tanah adalah aset yang berada dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri dan kesediaan Kerajaan Negeri memberikan sejumlah tanah yang luas kepada Kerajaan Pusat menerusi Felda adalah bertujuan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah.

Keadilan dan Pakatan Rakyat ingin mendedahkan bahawa pembukaan tanah untuk tujuan Felda Plantation dibuat secara ‘TIPU DAYA’dari Kerajaan Negeri kerana tidak difahami secara jelas apa maksud sebenar penubuhannya. Justeru itu semua kerajaan negeri disaran menyemak semula pemberian tanah untuk Felda Plantation.

Pemansuhan Felda Plantation dan digantikan kepada generasi kedua dan ketiga Felda sebagai peneroka akan memberi manfaat kepada 79,000 orang dan merangsang sosio ekonomi rakyat khususnya bangsa melayu? Turut menikmati peluang sama pekerja-pekerja Felda Plantation ketika ini yang sedang menderita dengan gaji rendah, diperlaku seperti hamba dan kebajikan mereka yang diabaikan, akan berpeluang menjadi peneroka baru.

Janji 100 hari Pakatan Rakyat melalui buku jingga untuk memansuhkan Felda Plantation adalah langkah paling tepat untuk mengembalikan hak rakyat dan tanah milik kerajaan negeri disamping memangkinkan ekonomi rakyat Kaum Melayu di Negara ini.





Zabidie Abas
Pengerusi Generasi Baru Felda
Biro Masyarakat Felda & Orang Asal
Parti Keadilan Rakyat.