20110504

RON 97 Naik Lagi


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Nota Pencatat

Kenaikkan harga minyak amat menguntungkan kepada negara-negara pengeluar minyak. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tidak terlepas menikmati kenaikan harga minyak. Tetapi malangnya kerana memiliki kerajaan yang bebal, rakyat dideritai dengan kenaikkan harga minyak.

Tidak mustahil dalam waktu yang singkat ini, rakyat ditambah beban dengan kenaikan harga barangan keperluan. Kenapa ini harus berlaku?

Malang sungguh rakyat Malaysia memilih Kerajaan Umno/BN yang ternyata gagal memulihkan ekonomi rakyat. Rakyat akan terus terperangkap dalam kegawatan ekonomi dan Kroni-kroni Umno/BN tersenyum riang mengaut kekayaan.

"Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia"