20101224

Semboyan 'Perang Saudara Tenang' Bermula

Suruhan UMNO-BN merangkap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan bermesyuarat hari ini bagi menentukan tarikh Pilihanraya kecil DUN Tenang setelah direstui tarikhnya dari UMNO.

Rakan-Rakan KEADILAN dan Pakatan Rakyat yang sedang telah memulakan kerja kian bersemangat dan rancak. Terdapat sedikit halangan kecil yang lumrah pada pilihanraya kecil.

Seperti biasa para Inspektor Polis telah memulakkan tugas mereka dan 'meneropong' aktiviti rakan-rakan. Beberapa panggilan dari pihak polis telah diterima.

Bagi rakan-rakan ianya tidak lebih dari 'Lawak Antarabangsa'.

Kelendar awal, 1hb Janauari 2011 Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan bilik gerakan dan meiup semboyan. Ia bermaksud 'Perang Saudara Tenang' bermula.

3hb Januari 2011, Ketua pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Naib Presiden / Pengerusi KEADILAN Johor, Dato' Chua Jui Meng dan barisan pimpinan KEADILAN pula akan melancarkan perang bagi KEADILAN-PKR.

Beberapa perang psikologi dari UMNO-BN kelihatan telah dilancarkan, namun bagi pencatat dan rakan-rakan ianya 'guruan' yang mengelikan hati.

Tidak ketinggalan kelihatan Datuk Ahmad Maslan mula kegelisahan dan mula menyusun atur untuk menabur Ringgit Malaysia di beberapa Felda di kawasan DUN Tenang.

Kontraktor pula mula kegelisan bila juak UMNO mula menalipon bagi mengisi kantong untuk dijadikan umpan kepada pengundi dan jentera mereka.

Gimik penangkapan seorang blogger kononnya menghina Sultan Johor bagi menakut-nakutkan kami nampaknya pelancaran UMNO untuk mengungkit isu 'Ketuanan Rakyat & Sultan' sebagai agenda.

Walaupun sebelum ini beberapa isu seperti APCO, liwat, WikiLeaks dan Pemilihan MPP KEADILAN diperkosa dengan rakus. Rakan-rakan kelihatan tidak gentar menghadapinya.

Lawan Tetap Lawan, menang ditangan pengundi dan takdir Allah SWT. Pencatat bersedia jika kalah, namun berundur tidak sekali.

No comments:

Post a Comment