20101204

Biar Rakyat Merana Dan mati Dijalanraya

Selepas kenaikkan minyak petrol RON97. Kita diberi berita mengelirukan iaitu pemotongan saman trafik sebanyak 50%.

Pemandu yang berdisplin tentu kecewa kerana pelanggar peraturan dimaafkan dan diberi peluang keemasan. Motifnya pemotongan itu untuk menutup kenaikkan gejala rasuah dikalangan polis trafik atau kerajaan sudah kesempitan wang.

Jika disebabkan mengurangkan rekod jenayah trafik. Kenapa pula Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Pembandaran Tempatan tidak mengurangkan denda dan saman.

Motif Kementerian Dalam Negeri mengenai isu saman trafik amat mengelirukan semua rakyat Malaysia. Jika JPJ percaya kes saman diserahkan kepada mahkamah dan jika pembayaran dikaunter mendetori.

Megapa pula Polis Trafik boleh mengambil langkah sambil lewa. Apakah kerejaan tidak percaya sistem keadilan kelolaan mereka sendirikah ?

Ianya tiada masalah jika kemalangan berkurangan. Malah catatan kemalangan saban hari kian meningkat begitu juga dengan kematian.

Hari ini harga petrol RON95 disel dan gula pula naik. Kita makin keliru apa yang diputuskan oleh kerajaan. Sudah tentu harga keperluan am seperti bahan makan mentah dan bermasak dapur meningkat.

Apakah kerajaan bertujuan membakar provokasi supaya rakyat turun dijalanan atau rasa selesa selepas menang di 4 pilihanraya kecil yang lepas. Mereka boleh melakukan semuanya sesuka hati.

Mala masih menteri tersipu-sipu menjawab segala persoalan ekonomi di Dewan Rakyat. Kita ditambahkan beban dengan kenaikkan harga asal keperluan. Adakah ini perlaksanan " Rakyat Diutamakan ".

Kita akan lihat esok dan lusa ada lagi pengumuman 'pemberian coklat' bagi 'mengula-gulakan' rakyat agar beranggapan rakyat diutamakan.

Atau, kerajaan yang ada sekarang mempunyi maksud tersirat ' Biar rakyat merana dan mati dijalanraya' tapi kami popular. Pembaca ada jawapannya.

No comments:

Post a Comment