20101213

PKR beri kebebasan bersuara

http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8514186.asp

SENAI – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa memberi kebebasan dan hak kepada setiap ahlinya selaras dengan prinsipnya memberi peluang mana-mana pihak untuk bersuara menyuarakan pendapat masing-masing.

Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri Johor, Zabidie Abas berkata, setiap perkara yang diputuskan tetap melalui meja rundingan yang mana dipersetujui dan mendapat sokongan daripada setiap ahli demi memastikan hak dan kepentingan semua pihak terpelihara.

Menurutnya, pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan bermotif �men- jatuhkan PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

“Hal ini termasuklah tuduhan yang ditujukan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan beliau memerintah parti secara kuku besi dan mengutamakan keluarga adalah tidak benar sama sekali.

“Kami tidak pernah melihat kuasa vetonya sebaliknya beliau sentiasa mentadbir melalui pengalaman politik yang dimiliki selama ini melambangkan bahawa beliau sebenarnya matang dalam dunia ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, kewibawaan yang dimiliki Anwar nyata menunjukkan keyakinannya untuk men- tadbir parti termasuk pelbagai perkara yang dilakukan untuk membela nasib rakyat dan negara sebagai tujuan pembangunan.

“Kami langsung tidak khuatir tentang fitnah tersebut kerana itu hanya tuduhan melulu sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan yakin bahawa rakyat kini semakin bijak untuk menilai tentang hal ini, malah sebaliknya terus me- nyokong Anwar,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika sebelum ini PKR dilabelkan sebagai parti bateri 3A kerana hanya Anwar; isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sahaja yang berkuasa, tetapi hari ini, parti itu diberi gelaran baru iaitu parti 3F.

Menurutnya, parti tersebut kini bukan sahaja sebuah parti anak-beranak (family) tetapi merupakan sebuah organisasi politik yang mengamalkan penipuan (fraud) serta pemalsuan (forgery.

1 comment: