20101228

E-Mail : Chegu Bard Melakar Sejarah Ezam

Salam kejayaan buat Chegu Bard,

Saudara Zabidie, rakan-rakan AMK Johor dan diseluruh negara. Saya terpanggil ingin membicarakan sidang media semalam di Pulau Pinang.

Keputusan bard sudah diduga oleh beberapa pemerhati termasuk saya. Lagak penyokong mereka yang lantang di Facebook sudah mengambarkannya.

Alasan Bard tidak menerima jawatan Timbalan Setiausaha Agung kerana pemilihan tidak telus dan cekap. Ayat yang sama dengan Datuk Zaid Ibrahim.

Semasa berkempen untuk jawatan Ketua AMK beliau tidak langsung mempertikaikan isu ini. Semasa pemilihan berlangsung. Kiraan mendahulu, beliau senyap sahaja. Bila sudah agak ketinggalan beliau mula menyalak.

Zabidie dan rakan-rakan,

Kita masih ingat sebelum pemilihan lagi kira-kira 1-2 tahun lepas, Bard telah menyerang Shamsul IskandarMohd Akin ( Sam ) dengan pelbagai keceman. Pelbagai gelaran diberikan kepada Sam.

Mungkin kerana malu kekalahan tersebut pelbagai kelemahan parti diungkit-sebar. Jika menang adakah beliau akan membuat onak seperti sekarang ?

Satu persoalan, kenapa beliau membuat sidang media di tempat Din Binjai ? Kenapa tidak di Rembau. Persoalan yang menarik untuk diteliti.

Rakan-rakan AMK,

Usah gentar dengan Bard yang sama taraf dengan mereka yang menyerang PKR secara 'luaran'. Ada masa kita kena berlembut, jika keterlaluan maka beliau patut menerima hakikat tindakan beliau.

Untuk selanjutnya kita lihat alasan penolakkan Bard yang disenaraikannya. Mungkin ada baiknya beliau kalah di Parlimen Rembau dan AMK Pusat. Jika menang agaknya macamana lagaknya di media.

Mungkin juga Bard rasa tindakan ini wajar bagi menutup malu kekalahan dipersada AMK.

Peluang diberikan kepada beliau utk memperbetulakan PKR dengan jawatan itu ada lah bersesuaian. Jawatan Timbalan setiausaha Agung lebih besar dari MPP atau Ketua AMK.

Kepada Bard, aku ingin berpesan, 'cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang'.

Jika tindakan ini untuk tiket ke parti lain, ianya idea yang baik. Hahahahaha...

Cucu Sri Medan

No comments:

Post a Comment