20101013

UNMO JAWAB BAGI PIHAK POLIS

Polis ada sebab buat serbuan jamuan hari raya PKR

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8285168.asp

SENAI - Pemuda UMNO Tebrau menganggap tindakan pihak polis menyerbu jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor di Kampung Air Manis, Kulaijaya Jumaat lalu adalah wajar.

Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Syahrin Jamaluddin berkata, pihak polis ada sebab dan asas atas serbuan yang diadakan Jumaat lalu.

Menurutnya, tindakan pihak polis itu bukanlah bertujuan untuk menghalang jamuan Hari Raya Aidilfitri yang sedang berlangsung, tetapi ceramah yang disampaikan oleh parti PKR tersebut.

“Kesucian jamuan Aidilfitri tidak sepatutnya digunakan bagi kepentingan masing-masing. Jika jamuan itu dilakukan dengan pengisian yang betul, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada penganjur,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang berkata, Malaysia membenarkan rakyatnya bebas bersuara serta tidak memerlukan permit untuk mengadakan jamuan seperti itu.

“Permit diperlukan untuk ceramah-ceramah seperti ini apabila musim pemilihan raya, tetapi sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri tidak perlulah memohon permit,” katanya ketika dihubungi.

Nota Pencatat :

Ini menunjukkan UMNO menguasi POLIS dalam tindakan tersebut

No comments:

Post a Comment