20111003

PENEROKA FELDA UMPAMA LEBAI MALANG

Bermula daripada pembukaan tanah, Felda memikul tanggung jawab meningkatkan tahap ekonomi Peneroka Felda diseluruh negara. Felda terus membangun dan mengembangkan sayapnya menuju empayer Koperat dengan membuka ladang-ladang baru berkonsepkan Estate yang bernama Felda Plantation tanpa ada peneroka didalamnya.


Ladang-ladang tersebut merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan dan kekayaan Felda. Peneroka merupakan pemegang saham terbesar iaitu 51% sementara selebihnya adalah daripada kakitangan Felda. Dengan penghasilan dan keuntungan yang begitu besar, kerajaan umno/BN begitu ghairah untuk merebut peluang. "Ini lubuk duit". Maka kerajaan telah mencadangkan agar Felda menembusi pasaran di Bursa Saham secara terbuka.


Rancangan ini gagal dilaksanakan atas kesedaran peneroka dan kakitangan Felda yang tidak mahu felda terlepas ketangan pihak luar. Felda bakal tergadai kerana jual beli sahamnya dibuka dan sesiapa yang mampu boleh membeli. Syabas dan tahniah kerana mampu mempertahankan Felda.


Felda merupakan penyumbang kedua terbesar kepada negara selepas Patronas. Dalam kegawatan ekonomi, Felda masih mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan. Justeru itu, Felda menjadi rebutan kepada pemimpin-pemimpin bermata duitan untuk mengorek kekayaan Felda.


Sekarang, perebutan untuk menguasai Felda semakin ketara. Bermula dengan Tan Seri Yusof Nor digugurkan daripada jawatan Pengerusi Felda, digantikan oleh Tan Seri ISA samad. Orang politik dan pernah digantung keahlian Umnonya. Terpalit sebagai pemimpin RASUAH, politik wang. Namun beliau mendapat penganugerahan mulia dengan penobatan sebagai Pengerusi Felda. Suatu yang sukar diterima, namun mulut peneroka dan pegawai Felda terkunci, tidak mampu untuk menentang.


Disebabkan tiada bantahan, ISA samad merasakan bahawa kehadiran beliau amat diperlukan oleh warga Felda. Beliau terus mengorak langkah mara kehadapan. Beliau turut ingin menyumbang khidmat bakti dengan cemerlang. Langkah awal, melalui beliau, Felda telah meminjam RM 6 Billion daripada KWSP dengan tidak dimaklumkan tujuan dan matlamatnya. Peneroka mulai bimbang diatas tindakan beliau kerana khuatiri melibatkan cagaran terhadap tanah-tanah peneroka. Kemarahan peneroka tidak betahan lama.


Kini ISA samad mulai nampak bahawa Pengerusi KPF Datuk Dzulkifli tidak bijak mengurus harta dan tunai KPF berbanding beliau. Dan mungkin menjadi penghalang utama kerakusan beliau. Lantaran itu, beliau mula mengintai-intai dan mengidamkan jawatan teringgi dalam KPF. Hasrat ini berjaya diperolehi. ISA samad telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF semasa Datuk Dzulkifli berada di Mekah menunaikan Ibadah Umrah. Ini merupakan suata rampasan kuasa yang tidak sah.


Kerakusan ISA samad menjadi lebih nyata, Felda Plantation akan dicagarkan kepada Felda Global Venture Sdn Bhd untuk tempoh 60 tahun. Sedangkan kita tahu, Felda Global Venture Sdn. Bhd. merupakan salah satu anak syrikat Felda yang mengalami kerugian teruk dan terpaksa diselamatkan melalui pinjaman Wang KWSP itu. Penyerahan Felda Plantation kepada Felda Global Venture ini bakal mengundang kerosakan yang lebih parah kepada Felda.


Ini akan memberi kesan yang besar kepada pendapatan Felda dan seterusnya kepada dividen KPF. Semua pemegang saham PKF seharusnya sensitif berkaitan isu ini. Hala tuju KPF bergantung kepada Seluruh Warga Felda. "Selamatkan KPF, Selamatkan Felda, Selamatkan Warga Felda"