20110726

Malaysia Negara Paling Selamat???

Bukan nak pertikaikan kedudukan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara ke 4 di Asia Pasifik, ke 19 di dunia seperti yg dinobatkan oleh Global Peace Index tapi perhatikan fakta-fakta berikut samada Malaysiasia layak dipanggil sebuah negara paling selamat:

1. Kecurian kenderaan pd 2010 mencecah rm1 bilion (Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Ma...laysia Berhad).

2. Malaysia mempunyai rekod hak asasi yg buruk di bawah pentadbiran Najib (World Report 2010 by Human Rights Watch HRW).

3. Malaysia disenaraihitamkan bersama-sama 16 negara lain pd 17 Jun 2009 kerana terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia ( Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009).

4. Seramai 183 orang mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009 - ini termasuk kes penembakan mati remaja Aminulrasyid dan Mohammad Afham olh polis (statistik kdn).

5. Sebanyak 153 kes kematian dlm tahanan polis dilaporkan antara tahun 1999 hingga 2008, pd tahun 2009 tujuh org mati di dlm tahanan polis termasuk kes kematian A. Kugan, R.Gunasegaran, Mohd Anuar Sharip (Suaram).

Apa pun usaha baik PDRM patut dipuji kerana berjaya mengurangkan indeks jenayah sebanyak 13.47% pd 2010 membabitkan 176,459 kes jenayah berbanding 203,930 kes pd 2009.

Ini tidak bermakna Malaysia lebih selamat kerana banyak lagi kekangan yang dikenakan ke atas rakyat seperti kebebasan media, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak berpolitik secara sah, hak mengadakan ceramah, badan kehakiman yang tidak telus, Institusi Polis yg disalahgunakan, SPRM yg pro-umno, SPR yg berat sebelah dan lain-lain yang sehingga kini masih amat jauh daripada memuaskan.