20110731

Selamat Datang Syhahrul Barakah 1432H

SELAMAT MENIKMATI PERJALANAN RAMADHAN,


Nomor penerbangan Anda adalah 1432H, dengan tujuan TAQWA Selama 29 hari kita akan terbang di atas dahsyatnya gelombang SYAHWAT, LAPAR, dan DAHAGA. SIAGAKAN diri Anda, kenakan semua pengaman PUASA Anda. Tersedia... kantung AMAL di samping Anda, isilah setiap saat. Nikmati berbagai hiburan yang tersedia SHALAT, INFAQ, berbagai ‘AMAL Shalih lain. Untuk keamanan dan keselamatan Anda, perhatikan petunjuk berikut :


* Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan *. Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.


Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.


Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;


Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.


Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.


(Sahabat-sahabat lain bertanya): “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.


Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”. Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”


“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.” “Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”


Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.


Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”


“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah).


Dari lubuk hati yang paling dalam... Dengan segala kerendahan hati... Dengan tulus… Kami mengucapkan : “Ja’alanallahu waiyyakum, taqabbalallahu minna wa min-kum, minal ‘a‘diina wal faidziin” "Mohon Ma'af Lahir & Bathin, Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan 1432H” “Semoga Allah menerima ‘amal-‘ibadah kita, memperkenankan do`a kita, mensucikan diri kita, meningkatkan ketaqwaan kita, ridho & cinta Allah selalu menaungi detik kehidupan kita" Aamiin.....

20110726

Malaysia Negara Paling Selamat???

Bukan nak pertikaikan kedudukan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara ke 4 di Asia Pasifik, ke 19 di dunia seperti yg dinobatkan oleh Global Peace Index tapi perhatikan fakta-fakta berikut samada Malaysiasia layak dipanggil sebuah negara paling selamat:

1. Kecurian kenderaan pd 2010 mencecah rm1 bilion (Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Ma...laysia Berhad).

2. Malaysia mempunyai rekod hak asasi yg buruk di bawah pentadbiran Najib (World Report 2010 by Human Rights Watch HRW).

3. Malaysia disenaraihitamkan bersama-sama 16 negara lain pd 17 Jun 2009 kerana terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia ( Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009).

4. Seramai 183 orang mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009 - ini termasuk kes penembakan mati remaja Aminulrasyid dan Mohammad Afham olh polis (statistik kdn).

5. Sebanyak 153 kes kematian dlm tahanan polis dilaporkan antara tahun 1999 hingga 2008, pd tahun 2009 tujuh org mati di dlm tahanan polis termasuk kes kematian A. Kugan, R.Gunasegaran, Mohd Anuar Sharip (Suaram).

Apa pun usaha baik PDRM patut dipuji kerana berjaya mengurangkan indeks jenayah sebanyak 13.47% pd 2010 membabitkan 176,459 kes jenayah berbanding 203,930 kes pd 2009.

Ini tidak bermakna Malaysia lebih selamat kerana banyak lagi kekangan yang dikenakan ke atas rakyat seperti kebebasan media, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak berpolitik secara sah, hak mengadakan ceramah, badan kehakiman yang tidak telus, Institusi Polis yg disalahgunakan, SPRM yg pro-umno, SPR yg berat sebelah dan lain-lain yang sehingga kini masih amat jauh daripada memuaskan.

20110708

Kenyataan Media - KERABAT

Berlandaskan Perintah Majlis Angkatan Tentera(PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973 perenggan 9-11; menyatakan bahawa setiap anggota tentera dan isteri mereka berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan dimana-mana seluruh Malaysia dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Malangnya, sejak tahun 1973, tiada sebarang rekod kemas disimpan oleh KEMENTAH untuk anggota tentera yang ingin memiliki perolehan tanah melalui perintah ini. Mereka yang berminat akan menguruskan sendiri dan KEMENTAH hanya memberikan surat sokongan sahaja. Ini adalah fakta dan realiti sikap Kementerian yang bertanggung jawab terhadap kebajikan Tentera. Hakikat ini sangat menyedihkan.


Kenyataannya 95% tentera dan veteran langsung tidak tahu akan kewujudan akta ini. Kehendak didalam perintah ini telah tidak diurustadbir malah diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sehingga kini tiada jabatan khusus yang diwujudkan di KEMENTAH untuk menangani kes ini. Akibatnya, 150,000 orang tentera telah menamatkan tamat perkhidmatan sejak tahun 1973, tidak mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian mereka yang telah termaktub dalam akta yang telah sekian lama di luluskan oleh kabinet. Natijahnya sangat besar apabila sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui kemelut hidup yang sangat sukar untuk menanggung keluarga sendiri dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka di kampong halaman atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat.


Di bawah pimpinan Abdullah CD, Chin Peng dan Rashid Mydin, dari Parti Komunis Malaya serta suku sakat mereka berjumlah ribuan orang tinggal dengan selesa di empat buah perkampungan baru secara kelompok di Chulaborn, Sukhirin , Daerah Weng, Selatan Thailand yang hanya bersebelahan tenggara Grik Perak. Pada tahun 1989, semasa perjanjian perletakan senjata, perjuangan mereka telah mendapat penghargaan oleh Kerajaan Thailand dengan memberikan kerakyatan Thai melalui perjanjian Damai Hatyai dan dianugerahkan pemilikan tanah secara kelompok. Bekas Komunis ini ditatang bagai minyak yang penuh dan menjalani kehidupan yang jauh lebih baik dari ribuan bekas tentera yang memerangi mereka dahulu.


‘’Kera di hutan di susukan; Anak di rumah mati kelaparan’’, yang membawa maksud yang sama apabila Komunis mendapat pembelaan; tentera kita merempat dibiarkan bergelandangan? Dimana letaknya harga diri pejuang Negara disisi kerajaan dan rakyat negara ini? Mengapakah pejuang agama, bangsa dan tanah air di pinggirkan dan dibiar merana di negara sendiri?
KANANG ANAK LANGKAU


Tentera dan Veteran pasti akan remuk redam dan kecewa dengan insentif berterusan yang diberikan kepada bekas Komunis, sedangkan mereka pula hidup susah dan dipinggirkan. Sebagai contoh, keberanian Pegawai waren Kanang Anak Langkau, sebagai penerima Pingat Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang meratapi dan melihat sendiri rakan seperjuangan mati berlumuran darah dengan dada terburai ditembusi peluru penganas. Beliau juga turut cedera parah namun terus berjuang habis-habisan. Namun ketika melalui zaman pesaraan, beliau hanya mampu mengusahakan tanah sekitar rumah panjang peninggalan pusaka ibu mertua. Walaupun Kerajaan Sarawak dan Rakyat Malaysia cukup meyanjungi kepahlawanan Kanang, namun kebajikan beliau sekeluarga tidak pernah menjadi keutamaan kerajaan khususnya KEMENTAH.


Jika tokoh sehebat beliau yang di nobatkan dalam Kalam buku rujukan sekolah seluruh Malaysia di layan sedemikian rupa, bagaimana pula nasib bekas tentera lain yang tidak ternama dan berjuang ikhlas semata demi kedaulatan nusa dan bangsa? Terdapat di kalangan veteran merasakan pengorbanan dan ketaatsetian mereka kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu dalam memperjuangkan keselamatan dan kedaulatan negara ini tidak dihargai oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri. Keutamaan pemilikan tanah perumahan dan pertanian secara percuma berdasarkan kepada PMAT 1973 langsung dinafikan malah tidak mendapat perhatian sewajarnya di KEMENTAH.


LTAT DAN SPAT
Walaupun dengan wujudnya Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan wang simpanan pencarum kesemua 110,000 anggota tentera mencecah RM500 juta setahun sejak 38 tahun lamanya(Ibarat KWSP), dengan pembentukan Syarikat Perumahan ATM malangnya tabungan ini tidak langsung di gembelingkan untuk melaksanakan projek-projek perumahan percuma untuk kebajikan kepada tentera dan Veteran. Derma Rayuan Hari Pahlawan yang hanya merupakan tindakan dangkal kerajaan Barisan National untuk mengaburkan mata rakyat.


Kerajaan seolah-olah menganggap Veteran ini sama seperti peminta sedekah. Sikap pimpinan KEMENTAH yang diterajui oleh pimpinan BN adalah terlalu pasif dalam membantu kebajikan tentera dan veteran. Gelagat ini dilihat sebagai satu kelemahan orgaisasi yang wajar di siasat siapakah dalangnya kerana ketidakcekapan mereka telah mengakibat hampir 290,000 bekas tentera terlepas menikmati keistemewaan ini sejak negara merdeka.


JHEV DAN PERSATUAN BEKAS TENTERA
Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV) yang bertanggungjawab menguruskan bayaran pencen pesara tentera turut mendapat dana peruntukan kerajaan RM20 juta setiap tahun yang disalurkan kepada Persatuan bekas Hal ehwal perajurit (PERHEBAT). Aktiviti yang dianjurkan banyak memfokuskan kepentingan tuntutan politik Pimpinan BN. Pengiktirafan bekas tentera hanya di anugerahkan dengan Pingat Jasa Malaysia dalam usaha kerajaan mengaburi mereka yang gagal melunaskan kepincangan kebajikan mereka secara berterusan. Bantuan peralatan dan kewangan ada di salurkan kepada bekas tentera melalui persatuan bekas tentera sering di eksploitasikan oleh kerajaan untuk gimik politik BN untuk meraih simpati rakyat dan hanya sekadar melepas batuk di tangga. Keluhan tentera yang benar-benar tersepit tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari KEMENTAH.


JHEV adalah agensi Kementerian yang hanya dilihat bertindak sebagai penyalur bantuan kecil-kecilan kepada 282 persatuan bekas tentera pelbagai kor. Sikap sambil lewa ini meletakan JHEV dan Persatuan ini sebagai kuda tunggangan pimpinan BN (BN) yang langsung tidak peka terhadap matlamat setiap anggota tentera dan keluarga untuk menghabiskan sisa hidup selesa selepas bersara melalui bantuan berterusan dan bermenafaat sepanjang hayat.


PEMBELAAN BERTERUSAN
Melihat kepada kemelut hidup yang membebankan veteran dan anggota ATM, maka pada hari ini Seketariat KEBAJIKAN VETERAN DAN ANGKATAN TENTERA (KERABAT) akan digerakan seluruh Malaysia wajib menjejaki dan memberikan khidmat membalas jasa kepada mereka sekeluarga. Pakatan Rakyat khususnya PAS hendaklah membantu kebajikan dan taraf hidup tentera dan Veteran secara sempurna dan berterusan bukannya ‘Touch and Go’ dan bermusim seperti oleh telatah pimpinan BN.


KEBAJIKAN VETERAN DI BANGLADESH
Kita lihat negara Bangladesh sebagi contoh, walaupun negara miskin, Perancangan di buat awal dan sebelum bersara mereka akan di anugerahkan tanah di pinggir bandar pada kadar 0.5 ekar seorang. Melalui Syarikat perumahan milik tentera diguna dengan bijak untuk memperkasakan ekonomi khususnya dalam pembangunan rumah dan tanah milik pegawai dan anggota tentera mereka secara kelompok. Apabila bersara ada diantara mereka memperolihi beberapa unit kondominum atau pangsapuri setiap seorang. Sedangkan veteran kita ramai yang kudung dan kurang upaya akibat jerangkap samar dibantu mendapat kaki atau tangan dan tercedera hanya medapat kerusi roda dan sedikit pencen terbitan yg nilainya sangat relatif.


KERABAT memohon kepada Pimpinan kerajaan dan kerajaan negeri agar dapat menganugerahkan tanah secara kelompok, untuk pembinaan pangsapuri atau kondominium untuk usaha sama projek kerajaan Negeri. Kediaman akan diagih-agihkan kepada tentera dan veteran dikalangan anak watan negeri. Namun bagi negeri yang memiliki tanah yang luas lot tanah pertanian seluas 05 sehingga 10 ekar akan di majukan sebagai perkampongan Veteran moden. Perkampongan Veteran ini adalah sebagai zon Penampan pertahanan dan Pusat Latihan model insan melatih sukarelawan dan penuntut khidmat Negara disamping mengantikan KemTentera yg dijual oleh BN.


Kepincangan BN yang menerajui KEMENTAH sehingga mengakibatkan hampir 400,000 orang veteran dan anggota tentera terinaya mestilah ditangani. Tentera dan Veteran memilik keluarga yang besar melalui rangkaian ibubapa dan sanak saudara yang bertaburan di seluruh pelusuk negara. Jumlah ini akan mencecah 2 juta orang jika meliputi isteri, anak-anak, sanak sudara dan kaum kerabat seluruh negara. Tiada simpati daripada Kerajaan pemerintah untuk menangani kebajikan mereka secara berterusan adalah satu penafian hak tentera dan veteran sebagai warga sejati negara ini oleh kerajaan BN.


CADANGAN
Tentera dan Veteran Malaysia mesti dihargai pengorbanan mereka secara berterusan. Sekretariat KERABAT mencadangkan:


1. Kerajaan pemerintah memberi pengecualian kepada setiap anggota tentera dan veteran berpencen dikecualikan dari Cukai Pendapatan dan diberi rebet potongan istimewa untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman.


2. Kerajaan pemerintah disyorkan menubuhkan seberapa banyak perkampungan Veteran di setiap Negeri dan membina prasarana yang membantu mengekalkan keterampilan kepakaran serta boleh digunapakai sebagai Pusat Latihan seperti PLKN, BKN dan seumpamanya.


3. KERABAT bertindak menyelaraskan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT), Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT) dan anak syarikat milik bersama untuk diperkasakan kearah kebajikan Tentera dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia khususnya dalam pembangunan perumahan dan peladangan.


4. KERABAT bertanggungjawab membentuk keluarga besar Veteran dan anggota ATM sebagai pendokong dan pejuang Kerajaan berwadahkan Islam, Al Quran dan Sunah. Tentera dan bekas Tentera mesti di hargai pengorbanan mereka. Kebajikan yang menjadi hak milik mereka wajib dipertahankan dan diberikan keutamaan.


5. Semua pihak mengenalpasti dan mengumpulkan seberapa ramai tentera, veteran dan balu serta anak-anak mereka menyertai KERABAT. Pendaftaran akan dibuat di setiap negeri dan parlimen untuk membantu mereka. KERABAT di semua negeri akan dibentuk dan diselia tadbir oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan berterusan yang termaktub dalam PMAT 1973 di implimantasikan.