20100801

Ceramah Pakatan Rakyat Di Halang Polis

Anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menghalang ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Markas PAS Kg Sungai Tongkang, Batu Pahat malam tadi.

Polis menahan tujuh orang ketika menyuraikan orang ramai yang berhimpun sebelum ceramah sempat dimulakan. Ceramah anjuran PKR Batu Pahat ini dijadual dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKR cabang Batu Pahat telah memohon permit untuk mengadakan ceramah itu di tempat lain, tetapi memilih mengadakannya di markaz PAS di situ selepas polis menolak permohonan tersebut "atas sebab-sebab keselamatan".

Anggota polis, termasuk kereta, landrover, 10 trak FRU dan 2 watercanen. Dan beratus-ratus polis berkawal dimuka pintu masuk ke dewan ceramah telah berjaya menakutkan orang ramai untuk menghadiri ceramah tersebut.

Selepas meminta ceramah itu diadakan dalam dewan markaz PAS di situ, polis kemudiannya dikatakan mengubah fikiran dan tidak membenarkan ceramah itu diadakan langsung.

Ketika bertindak menyuraikan orang ramai di dalam dewan tersebut, polis menahan tujuh orang - dua daripadanya merupakan peniaga yang membuka gerai di situ - dan dibawa ke balai polis Rengit. Empat daripadanya telah melaporkan dipukul oleh anggota polis.


Poster Backdrop dan kain rentang serta bendera PKR dan DAP turut diturun dan dikoyak, manakala alat sistem pembesar suara turut dirampas oleh polis.

Pihak markas PAS dan pemilik sistem pembesar suara itu dilaporkan telah membuat laporan ekoran rampasan tersebut serta mendakwa polis "menceroboh kawasan persendirian".

Antara yang hadir ke balai Polis Rengit ialah timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Cabang Batu Pahat Syed Hamid Ali, Pimpinan dan Exco AMK Johor serta Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Khairulfauzi Ahmad Kamil.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau hanya menjalankan tugas dan telah diarahkan orang atasan. Orang Atasan yang dimaksudkan adalah pemimpin umno. Ini menunjukkan umno dalam ketakutan berhadapan Pakatan Rakyat.

Cadangan Pakatan umno / PAS bukan tanda keikhlasan umno.

No comments:

Post a Comment