20110424

Saf Anti Fitnah ( SAF )

Anwar oh Anwar!!!..


Bermula kes liwat 1 diikuti kes liwat 2 dan terbaru dikaitkan dengan video sex pula. Dahsyat sungguh FITNAH yang dilemparkan terhadap Anwar.


Saf Anti Fitnah ( SAF ) yang terdiri daripada gabungan NGOs sepakat menolak politik fitnah yang diamalkan olen Umno/BN. Politik fitnah yang diamalkan oleh Umno/BN bakal meruntuhkan sistem masyarakat di negara ini. Saban hari rakyat disajikan dengan pelbagai fitnah. Sehinggakan dirasai sebagai suatu kebiasaan dan menjadi budaya dalam kehidupan.


Kemunculan video sex fitnah yang mengaitkan dengan Anwar Ibrahim langsung tidak berasas. Mencurigakan, meragukan, pelakon porno tersebut yang dipalitkan dengan Anwar Ibrahim jauh meleset. Berperut yang buncit. Susuk badan yang membongkok sedikit. Lenggok jalan yang tiada persamaan sama sekali. Video hitam & putih umpama dizaman 60an.


Ianya telah disahkan bukan Anwar oleh insan terdekat beliau, isteri dan anak beliau sendiri. Mereka ini merupakan orang yang paling hampir dan paling mengenali beliau. Sehinggakan apa juga yang tersembunyinya akan dapat dikenalpasti. Masihkah kenyataan ini meragukan?


Kasihan sungguh nasib keluarga Anwar ini. Berjuang untuk rakyat. Menjadi musuh yang digeruni umno/bn. Difitnah tidak habis-habis. Dicemuh, dimakihamun. Berniat untuk memulikan negara pada kehidupan yang lebih baik. Menghapuskan Rasuah, kezaliman, penindasan terhadap rakyat miskin, mengembalikan ketelusan dan keadilan dalam mengurus tadbir kerajaan. Malang inilah hadiah untuk Anwar... FITNAH


Umno/BN merasakan bahawa Anwar Ibrahim adalah ancaman terbesar untuk mengekalkan kuasa. Kewujudan Anwar menyukarkan umno/bn mengaut atau merompak kekayaan negara. Adanya Anwar, kuasa mereka tergugat, rahsia penyelewengan mereka bakal terbongkar. Jika Anwar menaiki tahta, mereka semua akan terpenjara. Inilah ketakutan mereka.


Apa juga cara akan diguna, demi menyekat kemaraannya. Kaedah jijik ataupun hina, yang penting Anwar mesti dihapuskannya. Perkataan sopan yang sesuai adalah Anwar mesti dimatikan. Ini mesti segera dilaksanakan. Gunalah apa cara sekalipun, yang penting Anwar dihapuskan. Kekuatan Pakatan Rakyat terletak dibahu Anwar.


Rakyat mesti bersatu mendokong Anwar. Iltizam beliau menjadi sandaran kita. Kita akan bangkit menentang FITNAH yang dilemparkan oleh umno/bn. Kita sedar kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh Anwar selama ini. Kita tetap bersama-sama Anwar demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta menghapuskan kezaliman dan penyelewengan umno/bn.


Media talibarut umno/bn, Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo, NST, TV3, RTM dan sebagainya adalah penyumbang kepada penyebaran Fitnah yang paling ZALIM. Kerana media-media ini tidak melaporkan berita yang benarlah menjadikan rakyat terus ditipu. Dan rakyat terus-terusan mendapat berita fitnah.


Sudah sampai masanya rakyat menyedari bahawa inilah ajen penabur fitnah yang perlu dihapuskan terlebih dahulu. Rakyat tidak perlu mendapatkan maklumat melalui mereka lagi. Tidak perlu membeli akhbar mereka, tidak perlu membaca akhbar mereka, tidak perlu menonton TV mereka malah kita akan BOIKOT semua media mereka.


Rakyat perlu disegarkan dengan maklumat yang benar. Dan berhati-hatilah bahawa negara ini telah dipenuhi dengan FITNAH. Bijaklah dengan meneliti maklumat yang diterima sebelum membuat sebarang andaian. Jangan sempitkan pemikiran hanya kerana disebabkan fanatik dengan umno/BN.