20110429

PKR Johor failkan Saman Polis Kulaijaya

29/4/2011 - PKR Negeri Johor hari ini telah memfailkan saman keatas Ketua Polis Kulaijaya Zulkifli Yahya dan PDRM di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pagi tadi. PKR diwakili oleh Peguam Hassan Karim.


Kes melibatkan pencerobohan dan gangguan Polis Kulaijaya yang diketuai oleh Tuan Zulkifli Yahya ketika Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 8hb Oktober 2010 bersamaan 29 Syawal 1431H yang lalu.


Majlis tersebut yang sepatutnya berjalan dengan baik telah diganggu oleh pihak polis. Ketika Datuk Chua Jui Meng sedang menyampaikan ucapan Hari Raya, Tuan Zulkifli Yahya telah menghampiri beliau dan merampas microfon dan mengakibatkan mikrofon patah. Beliau melarang majlis tersebut diteruskan sedangkan majlis tersebut adalah majlis keraian sama seperti majlis perkahwinan.


Majlis menjadi kecoh, para tetamu yang hadir turut menjadi marah. Sebelum itu polis telah membuat beberapa sekatan jalan raya semata-mata mahu menghalang orang ramai menghadiri majlis tersebut. Sebuah bas yang dipenuhi tetamu PKR dilarang memasuki laluan itu mengakibatkan penumpang terpaksa berjalan kaki lebih 2 KM.


Anggota polis dan SB sekitar 30 orang telah berkampung lebih awal disekitar kawasan majlis tersebut. Atas dasar kemanusiaan, Mereka semua turut dijemput sama menjamu selera. Rupa-rupanya mereka ini memang pelahap, makan banyak, bertambah-tambah. Ada dikalangan mereka menyatakan bahawa mereka tidak makan sejak pagi lagi...


"Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Rupanya polis-polis ni memang dari baka yang tidak mengenang budi langsung. Kita sudah beri mereka makan, tapi sebaliknya mereka menggigit kita pula malah mahu memakan kita. Memang tidak layak untuk berbaik-baik dengan mereka. Memang layak pun ada dari kalangan rakyat memanggil mereka anjing.


PKR Negeri Johor tidak teragak-agak akan menyaman mereka. Kekejaman mereka mesti dihentikan. Mereka hanya menjadi barua Umno/BN sahaja. Tindakan mereka hanya menjadikan rakyat benci. Hilang keyakinan terhadap polis. Kita bertemu di mahkamah...


* Kempen saman Polis -

Kalau ada sesiapa yang tidak berpuas hati terhadap polis, ayuh SAMAN POLIS

20110424

Borang Pengambilan Peneroka Baru

PKR Cabang Kuala Krau edar Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda untuk Generasi Baru Felda
http://lubokkawah.blogspot.com/2011/04/pkr-cabang-kuala-krau-edar-borang.html?spref=fb


Berikutan dengan keputusan Pakatan Rakyat seperti yang termuat didalam Buku Jingga bahawa PR akan memansuhkan Felda Plantation didalam tempoh 100 hari PR mengambilalih Putrajaya, dan ladang-ladang Felda Plantation akan diagih-agihkan kepada anak-anak Peneroka Felda dan lain-lain golongan yang layak untuk menjadi Peneroka Baru, Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan mengedarkan Borang-Borang Permohonan menjadi Peneroka dari kalangan anak-anak Peneroka, Orang-Orang Asal, dan kaum India yang layak bermula pada 27hb April 2011. Peneroka-peneroka dan Gen. Ke-2 dan Ke-3 yang menghadiri Himpunan Warga Felda pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan akan dibekalkan Borang ini untuk diisi penuh dan dikembalikan ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau.

Borang-borang itu akan diedarkan peringkat awalnya di Himpunan Warga Felda di Felda Jenderak Selatan, dan selepas itu mana-mana pihak yang berminat mendapatkan Borang itu boleh datang sendiri ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau di No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau.

Kawasan Parlimen Kuala Krau mempunyai kawasan Felda yang begitu banyak khususnya didalam DUN Jengka kerana selain dari Bandar Jengka hampir keseluruhan kawasan DUN itu adalah kawasan-kawasan Rancangan Felda, manakala DUN Kerdau mempunyai 3 buah Rancangan Felda dan DUN Jenderak mempunyai 2 Rancangan Felda.

Borang-Borang yang diedarkan tersebut adalah terbuka kepada semua Generasi Ke-2 dan Ke-3 serta lain-lain kaum yang layak tanpa mengira affliasi parti politik mereka. Borang-Borang ini akan diproses sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya. Dan borang-borang ini diedarkan secara percuma.

Borang ini juga akan dibekalkan kepada semua Cabang-Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang didalam mesyuarat yang akan diadakan pada jam 4.00 petang, 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan.

Peneroka-Peneroka dan Generasi Baru mereka boleh mendapatkan Borang ini semasa diadakan Majlis Ceramah di Felda Jenderak Selatan pada 1hb Mei 2011 jam 9.00 malam.

YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Biro Komunikasi PKR Pusat dan Dato Fauzi Abdul Rahman akan berucap didalam Majlis Ceramah itu.

Saf Anti Fitnah ( SAF )

Anwar oh Anwar!!!..


Bermula kes liwat 1 diikuti kes liwat 2 dan terbaru dikaitkan dengan video sex pula. Dahsyat sungguh FITNAH yang dilemparkan terhadap Anwar.


Saf Anti Fitnah ( SAF ) yang terdiri daripada gabungan NGOs sepakat menolak politik fitnah yang diamalkan olen Umno/BN. Politik fitnah yang diamalkan oleh Umno/BN bakal meruntuhkan sistem masyarakat di negara ini. Saban hari rakyat disajikan dengan pelbagai fitnah. Sehinggakan dirasai sebagai suatu kebiasaan dan menjadi budaya dalam kehidupan.


Kemunculan video sex fitnah yang mengaitkan dengan Anwar Ibrahim langsung tidak berasas. Mencurigakan, meragukan, pelakon porno tersebut yang dipalitkan dengan Anwar Ibrahim jauh meleset. Berperut yang buncit. Susuk badan yang membongkok sedikit. Lenggok jalan yang tiada persamaan sama sekali. Video hitam & putih umpama dizaman 60an.


Ianya telah disahkan bukan Anwar oleh insan terdekat beliau, isteri dan anak beliau sendiri. Mereka ini merupakan orang yang paling hampir dan paling mengenali beliau. Sehinggakan apa juga yang tersembunyinya akan dapat dikenalpasti. Masihkah kenyataan ini meragukan?


Kasihan sungguh nasib keluarga Anwar ini. Berjuang untuk rakyat. Menjadi musuh yang digeruni umno/bn. Difitnah tidak habis-habis. Dicemuh, dimakihamun. Berniat untuk memulikan negara pada kehidupan yang lebih baik. Menghapuskan Rasuah, kezaliman, penindasan terhadap rakyat miskin, mengembalikan ketelusan dan keadilan dalam mengurus tadbir kerajaan. Malang inilah hadiah untuk Anwar... FITNAH


Umno/BN merasakan bahawa Anwar Ibrahim adalah ancaman terbesar untuk mengekalkan kuasa. Kewujudan Anwar menyukarkan umno/bn mengaut atau merompak kekayaan negara. Adanya Anwar, kuasa mereka tergugat, rahsia penyelewengan mereka bakal terbongkar. Jika Anwar menaiki tahta, mereka semua akan terpenjara. Inilah ketakutan mereka.


Apa juga cara akan diguna, demi menyekat kemaraannya. Kaedah jijik ataupun hina, yang penting Anwar mesti dihapuskannya. Perkataan sopan yang sesuai adalah Anwar mesti dimatikan. Ini mesti segera dilaksanakan. Gunalah apa cara sekalipun, yang penting Anwar dihapuskan. Kekuatan Pakatan Rakyat terletak dibahu Anwar.


Rakyat mesti bersatu mendokong Anwar. Iltizam beliau menjadi sandaran kita. Kita akan bangkit menentang FITNAH yang dilemparkan oleh umno/bn. Kita sedar kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh Anwar selama ini. Kita tetap bersama-sama Anwar demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta menghapuskan kezaliman dan penyelewengan umno/bn.


Media talibarut umno/bn, Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo, NST, TV3, RTM dan sebagainya adalah penyumbang kepada penyebaran Fitnah yang paling ZALIM. Kerana media-media ini tidak melaporkan berita yang benarlah menjadikan rakyat terus ditipu. Dan rakyat terus-terusan mendapat berita fitnah.


Sudah sampai masanya rakyat menyedari bahawa inilah ajen penabur fitnah yang perlu dihapuskan terlebih dahulu. Rakyat tidak perlu mendapatkan maklumat melalui mereka lagi. Tidak perlu membeli akhbar mereka, tidak perlu membaca akhbar mereka, tidak perlu menonton TV mereka malah kita akan BOIKOT semua media mereka.


Rakyat perlu disegarkan dengan maklumat yang benar. Dan berhati-hatilah bahawa negara ini telah dipenuhi dengan FITNAH. Bijaklah dengan meneliti maklumat yang diterima sebelum membuat sebarang andaian. Jangan sempitkan pemikiran hanya kerana disebabkan fanatik dengan umno/BN.

Deklarasi Ulama` Tolak Politik Fitnah

DEKLARASI ULAMA DAN UMAT
PERANGI POLITIK FITNAH, LAKSANAKAN HUKUM QAZAF TERHADAP PENFITNAH ZINA




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Perhimpunan Saf Anti Fitnah (SAF) pada hari ini , 13 Jamadil Awwal 1432 H / 17hb April 2011 bertempat di Masjid Bukit Indah , Ampang , Selangor


PRIHATIN terhadap wujudnya budaya dan amalan fitnah-memfitnah yang kini menjadi lumrah dalam kehidupan umat Islam terutamanya dalam persaingan politik tanah air,


SANGAT PEKA bahawa, terdapat pihak-pihak yang terlalu ghairah untuk menjatuhkan lawan dengan mengguna senjata fitnah lucah dan fitnah zina dengan tujuan mengaibkan seseorang melalui konspirasi menanamkan pra-sangka buruk masyarakat ke atas seorang musuh politik,


MENEGASKAN budaya fitnah hendaklah diperangi oleh semua pihak,


MENYEDARI bahawa fitnah zina adalah suatu jenayah berat di sisi Allah S.W.T dan ia membawa implikasi yang sangat buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah,


MENGINSAFI bahawa fitnah zina membawa kepada kesan yang sangat parah kepada maruah ummah dan bertentangan dengan segala prinsip Maqasid Syar’iyyah,


MENGAMBIL PERHATIAN bahawa budaya fitnah zina yang diamalkan mesti diperangi,


MEMAHAMI bahawa hukum Qazaf adalah hukum syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan ia wajib dilaksanakan oleh pihak penguasa berdasarkan Surah An Nur : 4 (maksudNya):


”Orang yang menuduh wanita Muhsanat berzina kemudian tidak menampilkan empat orang saksi yang sah maka deralah mereka dengan lapan puluh kali sebatan . Janganlah terima lagi kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan golongan itu adalah golongan orang –orang fasiq”


MENGAMBIL PERHATIAN terhadap Firman Allah S.W.T yang berkaitan dengan fitnah seperti beirkut:
لَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَ الْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَ إِثْمًا مُبِينًا )الأحزاب 58 ( .


Orang-orang yang menyakiti mu’min lelaki dan mu’minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata (Surah Al Ahzab : 58)
و قال جلّ و علا : ( إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ وَ لَهُمْ
عَذَابٌ عَظِيمٌ ) [ النور : 23


Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu’minah , Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat . Untuk mereka disediakan azab yang sangat besar.(An Nur 23)


Maka kami


MENEGASKAN BAHAWA fitnah zina adalah perbuatan yang sangat berat dalam hukum syariat Islam, oleh itu mengingatkan semua lapisan umat Islam semada penguasa atau rakyat hendaklah memeranginya dan hukum Qazaf hendaklah dijadikan perundangan yang dikuatkuasakan ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah fitnah zina.


MENGINSAFKAN BAHAWA Allah S.W.T akan menurunkan bala dan musibah kepada seluruh umat manusia jika kemungkaran fitnah dibenarkan berleluasa,


MENGINGATKAN BAHAWA umat Islam di semua peringkat hendaklah mengambil sikap yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebar dan bermakar (yakni berkomplot) dalam konspirasi fitnah untuk menjatuhkan dan memburukkan peribadi seseorang.


MENASIHATI BAHAWA umat Islam mesti mengamalkan perintah Allah S.W.T dalam menanggapi berita yang dinukilkan oleh golongan fasiq iaitu rang Islam sentiasa bertabayyun yakni meneliti dan mencermati akan kebenaran sesuatu berita yang disebar oleh orang-orang fasiq semada dalam bentuk media massa mahu pun kenyataan-kenyataan mahu pun apa pun bahan yang disebarkan.


BERPENDIRIAN TEGAS BAHAWA umat Islam mesti menolak dengan tegas mereka yang terlibat dengan fitnah semada dalam kalangan pemimpin yang fasiq mahu pun dalam kalangan ahli yang mengguna alat dan saluran media untuk:


mencetuskan fitnah,
menyebar fitnah,
menyiarkan fitnah,
bersekongkol menyemarakkan fitnah,
mengguna kalam mereka untuk berfitnah,
mengguna alat media mereka untuk membesar-besarkan fitnah,
mengaibkan hambaMu dengan fitnah
merosakkan persaudaraan sesama Muslim dengan fitnah
mengguna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk mereka-reka fitnah


MEMBERI PERINGATAN BAHAWA media massa terutama media massa perdana hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dengan budaya fitnah untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang semada melalui pemberitaan mahu pun wawancara untuk memburuk-buruk seseorang. Pihak media semestinya tidak menjadi tali barut dalam usaha untuk menonjolkan lagi fitnah dan kekeliruan serta kecurigaan sesama masyarakat dan umat Islam. Pihak media dalam kalangan ahli Lembaga, Kumpulan Pengarang, Ketua Pengarang, Penerbit, Wartawan dan Jurutfoto hendaklah mengamalkan prinsip kewartawanan dan jurnalisme yang profesional dan beretika.


MENGINGAT DAN MENASIHATI BAHAWA semua pihak yang terlibat dengan budaya fitnah terutamanya fitnah lucah dan fitnah zina supaya bertaubat dan kembali kepada jalan hidup Islam serta berwaspada dan sangat takut kepada Azab dan Kemurkaan Allah S.W.T yang bakal diterima jika meneruskan kemungkaran Fitnah.


MENYERU DAN MENGGESA semua lapisan umat Islam amnya dan khususnya kepada ahli politik dan golongan ilmuan dan para ulama segera bergabung tenaga untuk memerangi budaya fitnah sehingga ke akar umbinya.


KAMI DENGAN INI MENGUMUMKAN BAHAWA KAMI AKAN BERGERAK BERSAMA-BERSAMA DENGAN SEMUA PIHAK UNTUK MEMERANGI FITNAH DALAM KALANGAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA DAN WARGA MASYARAKAT MALAYSIA DI NEGARA INI AMNYA