20100901

Berhati-hati Dengan Calon Berjiwa umNO

Panas sungguh hari ini, sepanas kempen pemilihan Keadilan samada diperingkat Cabang, AMK, Wanita dan Pusat. Bahangnya mulai terasa terutama pemilihan AMK Pusat. Pencabar jawatan Ketua AMK semakin bertambah. Kini sudah 4 orang yang digembur-gemburkan akan mencabar Samsul Iskandar Mohd Akin.

Pencatat sudah melepasi had usia AMK, jadi secara automatiknya tersingkir. Ketahuilah bahawa inilah peluang terbaik untuk seluruh anggota menampilkan diri sebagai calon. Tidak perlu lagi menyembunyikan diri. Kalau dirasakan diri mempunyai kemampuan dan mampu memimpin lebih baik daripada pemimpin sediada, silakan jangan ketinggalan.

Tapi seperkara yang perlu diingat, "ukur dahulu baju dibadan sendiri" sebelum menawarkan diri. Sejauh mana jasa dan khidmat yang telah dicurahkan untuk Keadilan. Kelihatannya terlihat muka-muka yang baru muncul atau telah lama meninggalkan Keadilan, demi kerana rebut jawatan, maka ramailah yang mengaku hebat berjasa terhadap Keadilan.

Ezam juga berjasa terhadap Keadilan tetapi apa berlaku kesudahannya?. Jangan tertipu, ada ramai barua umno didalam Keadilan yang sentiasa mengintai untuk merebut peluang. Golongan ini bakal memusnahkan Keadilan. Musim pemilihan mereka berlumba-lumba merebut jawatan, menjelang Pilihanraya 13 nanti, mereka juga turut berlumba-lumba keluar Keadilan.. Saat itu, menyesal pun tidak berguna lagi.

No comments:

Post a Comment