20100603

PENGHINAAN UMNO TERHADAP RAKAN KOMPONEN

http://kkamdias.blogspot.com/

MIC,MCA & GERAKAN PERLU JALANI
KURSUS ASAS..

Pemimpin MIC, MCA & Gerakan wajib menjalani kursus asas, “Bagaimanakah tatacara dan etika untuk menjadi sebahagian dari komponen Barisan Nasional”.

Kursus ini amat penting dilakukan sebelum PRU13.

Di antara modul yang difikirkan sesuai untuk mereka ialah;

1. Kursus asas Prinsip Rukun Negara.
2. Pengenalan kepada perlembagaan negara.
3. Kursus lanjutan Perlembagaan Negara mengenai Perkara 11, 152 dan 153.
4. Pengenalan konsep perkongsian kuasa di Malaysia.
5. Pengenalan kepada konsep Barisan Nasional.
6. Etika sebagai pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
7. Kursus asas bina negara.
8. Kursus asas untuk mewujudkan sifat tolak ansur di dalam negara berbilang kaum.
9. Pengenalan tentang Sejarah Tanah Melayu.
10. Pengenalan terhadap Sejarah Tanah Melayu Pra-kemerdekaan.
11. Pengenalan terhadap Sejarah Malaya/Malaysia Pasca-merdeka.

Kursus ini boleh dipecahkan mengikut beberapa kumpulan sasar. Antaranya;

1. Jawatankuasa Kerja Tertinggi dari MIC, MCA dan GERAKAN termasuk Presiden, Timbalan dan Naib-Naib Presiden Parti.
2. Jawatankuasa pusat sayap-sayap wanita, pemuda dan puteri.
3. Ketua-ketua Bahagian dan sayap-sayap parti seluruh negara.

Adalah diharapkan, diakhir kursus ini para peserta akan;

1. Tahu dan sedar dek untung kerana dapat menjadi warganegara Malaysia.
2. Tahu asal usul bangsa mereka.
3. Tahu asal usul tanah air ini.
4. Tahu bertolak-ansur.
5. Berhenti menuntut perkara-perkara yang bukan menjadi hak mereka.
6. Tahu akan hak dan kepentingan kaum asal dan kedudukan mereka disisi perlembagaan negara.
7. Berhenti dari sikap melakukan tuntutan dan belajar pula bagaimana untuk melakukan pengorbanan sepertimana kaum asal

No comments:

Post a Comment