20100603

HIMPUNAN MENGECAM KEGANASAN REJIM ZIONIS & LESEN JUDI BOLA

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam askar komando Israel ke atas kapal Turki Mavi Marmara di Flotilla. Keganasan Zionis yang menindas hak kemanusiaan serta mengancam keamanan di Gaza, Palestine perlu dihentikan segera.

Pelbagai protes dan demontrasi telah diadakan di seluruh Malaysia khasnya di Kedutaan Amerika Syarikat sejak serangan komando Israel. Semalam Pemuda Pakatan Rakyat juga menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik dan bantuan yang berkaitan dengan regim Israel dan Zionis.

Satu Perhimpunan Anti Zionis akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat), 2.00pm selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar, JB. Maklumat yang berkenaan adalah yang berikut :

Tarikh : 4 June 2010 ( Jumaat )

Masa : 2.00 pm Selepas Solat Jumaat

Tempat : Masjid Sultan Abu Bakar


Bertepatan dengan waktu yang sama, Himpunan Membantah Kelulusan Lesen Judi Sukan Bolasepak juga turut diadakan. Mendesak kerajaan agar membatalkan kelulusan lesen judi sukan bolasepak.


Semua pencinta keamanan diseru untuk bangkit menyertai himpunan ini

No comments:

Post a Comment