20100614

GILA BOLA, JUDI BOLA

Terimakasih dan tahniah kepada Datuk seri Abd Ghani Othman Menteri Besar Johor yang turut bersetuju bersama Pakatan Rakyat menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak.

Abdul Ghani, selaku Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.

Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Pakatan Rakyat optimis dalam memperjuangkan tindakan Kerajaan Pusat meluluskan lesen judi sukan. Kita mendesak agar kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi tersebut yang akhirnya memberi kesan negatif terhadap masyarakat.

Kegagalan kerajaan pusat berbuat demikian,akan mengakibatkan keruntuhan intitusi kekeluargaan. Kerajaan mesti bertanggung jawab diatas tindakan tersebut.

Negara telah digugat dengan perjudian sukan secara haram, bukan bermakna jalan penyelesaiannya dengan memberi lesen judi halal. Kerajaan perlu bertindak memantau dan menyekat perjudian tersebut. Kebodohan kerajaan pusat dalam membuat keputusan akan mengakibatkan rakyat menderita. Kerajaan pemerintah perlu mengambil kira kesan dan akibatnya kepada rakyat. Jangan kerana kerakusan setengah-setengah pemimpin umno/BN, kehidupan rakyat diperjudikan.

Rakyat terlalu banyak menderita menanggung kesan kerakusan pemimpin umno/BN. Diatas jiwa patrotik dan cintakan negara, rakyat sanggup menerima semua tindakan kerajaan. Tapi malangnya kerajaan umno/BN sudah melampau, kerajaan kini menuju kearah memunah ranahkan negara.

Meluluskan lesen judi sukan menunjukkan kerajaan mahu menghancurkan masyarakat. Kerajaan seumpama ini mesti ditentang dan dihapuskan. Selaku rakyat yang cintakan negara, menjadi tanggung jawab semua rakyat bangun hapuskan kerajaan rejim ini.

No comments:

Post a Comment