20100625

Ceramah Ezam hanya FITNAH

Sebentar tadi pencatat bersama rakan-rakan AMK Gelang Patah dan JB mengunjungi program Bongkar tajaan umno di Gelang Patah yang menyajikan penceramah sensasi Senator Ezam Mohd Nor.

Wah!!!! hebat sungguh Ezam meneruskan tomahan dan menabur FITNAH untuk ulam telinga pengunjung-pengunjung totok umno. Serangan hebat berterusan khusus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim... Liwat! Liwat! liwat!!!!!.. Sanggup bersumpah lagi tu...

Sementara itu, beliau bukan main menjulang Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Pemimpin yang terbaik konon katanya. Almaklumlah senator pun diperolehi daripada Najib.. terhutang Budi.. Sanggup lakukan apa saja walaupun arahan daripada PM yang skandal.

Konon konsisten membenteras rasuah... Hampeh... Betulkanlah siNAJIB PERASUAH tu. Tengok esok AMK Johor dan ANAK akan buat laporan polis tentang salah laku Najib membankrupkan Felda. Kalau Ezam telus ingin membenteras rasuah, ayuh join kami buat laporan polis esok. Kita tuntuk agar siasatan dijalankan keatas Najib. Inilah Bapak segala Perasuah Pimpinan umno.

Ezam menyedari kehadiran kami, beliau berlengah dan tidak mahu bertembung berjumpa kami. Belaiu (Ezam) pernah dimalukan oleh Pemangku ketua AMKJ Sdr Azlan Ishak sewaktu menyampaikan ceramah di Tenggara dan kali ini beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali. selepas makan beliau terus angkat kaki. Kami tertunggu-tunggu juga kalau-kalau beliau tergamak bertemu kami, tapi ternyata beliau tidak berani.

Ghani Harun rakan tempel beliau mula naik berang juga dengan kehadiran kami. Almaklumlah orang berangin, panas baran, macam cacing kepanasanlah dia.

Ternyata terang lagi bersuluh, Ezam merupakan socai, barua suruhan umno untuk terus menabur fitnah dan mencaci hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baru memperolehi kedudukan Senator, sudah angkuh dan lupa hukum Allah. Syukurlah beliau terlebih awal berambus daripada KEADILAN. Memang benarlah, Beliau tidak layak bersama-sama KEADILAN atau Pakatan Rakyat, dan tempat yang layak untuk beliau adalah lubuk umno. Biarkan beliau terjun bersama labu-labunya.

Libatkan diri bersama kami, untuk menyertai Laporan Polis berhubung kerakusan Najib membankrupkan Felda pada 25hb Jun 2010 jam 11.30am di IPD kota Tinggi. Dan selesai Solat Jumaat, satu Demo membantah kelulusan Lesen Judi Sukan Bola Sepak akan diadakan diperkarangan Masjid Jamek Kota Tinggi.
.

No comments:

Post a Comment