20090924

PKFZ : KPN Berkeringat Menutup Najis

Demi menyelamatkan Pirate of Port Klang, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam bertegas untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membocorkan kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) .

Musa berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran itu.

Pencatat percaya ada dalang lebih besar mengarahkan Musa mengeluarkan arahan sedemikian. Bukan menjadi rahsia lagi terdapat 'naga' lebih besar terhadap isu penyelewengan terhadap PKFZ.

Pelik, sudah lama menyiasat. Satu orang pun tidak ditangkap. Bukti ada, maklumat lengkap dan fakta perakaunan terbukti. Apa lagi mahu tunggu ?

Malah tidak mustahil UMNO menerima ' habuan' lebih besar dari MCA. Dengarnya MIC dapat juga 'saguhati'.

Menghidu & Menutup Najis BN


Marhean tergelak-gelak melihat telatah Musa sejak kebelakangan ini. Tidak berhenti-henti menutup taik yang bertaburan di Putrajaya yang diberakkan oleh pimpinan BN-UMNO.

Pencatat adakalanya merasa kesian terhadap Peguan Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah SPRM. Saban hari terpaksa menghirup, menghidu dan menutup taik yang ditinggalkan oleh lanun-lanun negara.

Adakah mereka ini setelah mengangkat sumpah taat-setia terhadap agama dan negara sanggup bersetongkol dengan pelaku jenayah.

Kepada Musa, pencatat berharap usahlah mencari pembocor kartas siasatan itu. Tangkap sahaja mereka yang melakukan jenayah. Usah buat kerja-kerja yang menjatuhkan maruah sendiri.

Tuan (Musa Hassan) anak guru agama, masakan tidak mengetahui yang mana satu tahi negara dan penyelamat negara. Si-pembocor maklumat itu mahu rakyat tahu Perdana Menteri melindungi penjenayah.

Sampai bila mahu bermuka benggis dihadapan media, pada masa yang sama marhaen tergelak dengan lakunan tidak bermutu.

1 comment:

  1. Dulu masa saya mula meminati lagu (usia hampir remaja)ada satu lagu yang ada baris senikata nya berbunyi"Orang kampong semua dah tahu" .

    Ia juga mengingatkan saya pada satu uncle yang bijak bercakap,pintar berbahasa,tapi orang kampong semua tak indahkan die,kerana ia tak ubah seperti burung kakak Tua,.

    Pandai bercakap tapi tak tau apa maksud nya.,atau bahasa mudah nya Cakap tak serupa bikin.

    He!he! jgn maree,.

    ReplyDelete